Free Delivery on all Books at the Book Depository

Friday, June 26, 2009

Persepsi

Aku kalau baru berkenalan dengan orang, aku cuba elakkan percaya dengan first impression. Memangla lepas jumpa dan sembang-sembang akan timbul sedikit sebanyak persepsi berdasarkan pengalaman, tapi abaikan saja persepsi tu. Rasionalnya, bila kita berhadapan dengan orang yang tak dikenali mungkin kita juga menampilkan personaliti yang berbeza dengan personaliti yang biasa kan. Oh, bukan semuanya. Ada orang tak kisah pun pasal ni. Aci main redah saja, tak hipokrit katanya.

Well, kalau hang rasa hang tak hipokrit, that doesn't give you the right to being judgemental to those who do not follow the same path as being sedara-mara hipocratus kan! Somehow, some values are only suitable within certain environment kan, kalau suasana yang memerlukan aku menjadi lebih bertanggungjawab, takkan aku nak buat perangai huha huha kan. Perangai aku masa bersuka-ria dengan kawan-kawan tak sama dengan perangai aku masa ada ngan anak-anak menakan aku. Aku memang ada personaliti berbeza, bergantung pada tempat dan keadaan. Tapi takla sampai bipolar disorder hehehehe.

Sebab tu aku tak bergantung kepada first impression. Aku cuma percaya kepada persepsi dan intuisi aku. Kedua-duanya adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Kalau setakat baca berita atau dengar cerita pulak aku kena tau maklumat pro dan kontra. Maklumat seimbang katanya. Jangan sebelah pihak saja, propaganda pulak jadinya. Kadang-kadang bila melibatkan intuisi susah nak terangkan kepada orang lain, tambah-tambah bila melibatkan yang negatif.

Contohnya tahun lepas masa digembar-gemburkan cerita 16 September aku sangat tak yakin dengan kejayaannya. Puas jugakla berdebat dengan beberapa orang yang sangat yakin dengan janji 16 September tu. Intuisi aku berdasarkan beberapa pemerhatian. Ada sikit persepsi yang dibina berdasarkan 'design history'. Malas nak cakap apa, dan akhirnya 16 September pun berlalu dengan tenang, perubahan yang dijanjikan tinggal janji ja la. Dan selepas tu kita mula dengar pelbagai alasan. Apa pun alasannya, bukan semua orang mahir dengan helah politik. Aku senang ja, kukuhkan dulu pertahanan sebelum menyerang. Having said that, aku tak percaya dengan serangan peribadi, melainkan ada bukti yang jelas. Kalau yang menuduh pun dok uh ah uh ah, apa kes kan...

Dan aku sangat tak suka serangan peribadi. Selalunya serangan peribadi dibuat sebab orang yang menyerang dah takdak hujah nak berdebat tentang sesuatu isu, since perangai nak menang jugak, terus la diserang peribadi orang lain. Somehow, aku rasa orang yang suka buat camni ada masalah rendah diri. Inferiority complex ataupun tak yakin dengan diri sendiri. Ada pulak yang kata saja-saja nak tengok reaksi orang tu bila kena serangan peribadi. Siapa kamu, yang perasan bagus yang boleh suka-suka hati nak menguji orang lain? Dah selesaikah semua masalah di dunia ni yang tak dak keja sangat nak buat? Kalaupun dah bosan dengan hidup sendiri, pi la buat keja lain yang lebih berfaedah.

Apa pun, itulah persepsi. Persepsi aku, pengalaman aku. Dan untuk orang yang baru dikenali, aku sentiasa bersangka baik tapi berhati-hati. Persepsi aku dibina berdasarkan kajian latar belakang jugak. Aku tak membina persepsi berdasarkan drama ataupun filem. Once dah ada persepsi yang berasas, memang susah nak ubah. Jadi kalau rasa persepsi aku salah, tunjukkan aku di mana salahnya. Tunjukkan aku hakikat yang bertentangan dengan persepsi aku. Aku tak malu mengaku kalau aku salah, aku bukannya ego nak minta maaf kalau aku buat salah. Aku cuma payah sikit nak minta maaf kalau bukan salah aku, sebabnya kalau aku tak malu ngaku salah, kenapa orang lain takleh se'humble' aku (takbur seh!) hehehehehehe

6 comments:

khairyn said...

huh?
fuhyoh!

Unknown said...

so, berdepan dengan orang alim jadi alim, ada dengan orang baik jadi baik, bergaul dengan setan jadi setan......

Macam sesumpah daaaa... Anda tahu apakah itu sesumpah? Sesumpah adalah sejenis binatang reptilia seperti cicak yang boleh bertukar warna mengikut keadaan sekitarnya demi untuk keselamatan dan kepentingannya.......

akuatik said...

khairyn,
dah abih baca dah..letih i tau

syed,
personaliti nabi kita berubah-ubah jugak, waktu solat baginda sangat merendah diri, terasa diri sangat hina dan berharap sebab berhadapan dengan malikul mulk..tapi waktu menghantar surat kepada raja-raja kafir isi kandungan surat langsung tak menunjukkan baginda takut dgn raja2 tu..

personaliti abu hurairah berhadapan dengan setan yang datang ke baitulmal jugak tak sama dengan personaliti beliau ketika dikelilingi kucing-kucing

Unknown said...

awak perasan bagus ke meletak diri sampai tahap orang2 yang disebut?

Ara said...

thumbs up! sy sme mcm awk..cume 1 nk share ngn awk...

bru2 ni ade minah tmpt keje sy igt sy ni jnis lurus n baik2..bkn la nk kate sy jht or sosial...tp...ala,sy bkn la lurus jgk kot...

tp bnde tu wat sy geram..sbb org dh slh nilai sy...sy mmg benci tiap kali org misjudge sy...n sy terkilan sbb stiap kali, it's not like i don't show my true color..

akuatik said...

ara,
kadang2 tak boleh nak halang pandangan org pada kita... tapi takpa.. jangan jadikan pandangan org atau pandangan kita sebagai guideline...jadi diri kita sendiri tanpa melampau batas agama...