Sunday, June 07, 2009
Ghendang Ijo
Resepi daripada Kak Ana. Dia kata resepi Banjar Perak pasai mak dia orang Banjar yang duk di Perak hehehehe. Bahan-bahan lebih kurang macam rendang pedas arwah tok aku. Agaknya memang resepi Perak la kot pasai arwah tok aku orang Selama. Tapi aku rasa keperakan orang Selama ni agak kurang berbanding orang Sungkei hehehehehe..
Bahan-bahan ikut resepi Kak Ana tadak sukatan. Resepi ISA la ni. Jadi, boleh la dikurangkan atau ditambah ikut suka aku jugak...Anggaran masa memasak sejam setengah lebih la, letih jugak menunggu yang tu masak, tunggu yang ni kering dan mengacau semuanya.
Bahan-bahan
500g ayam (boleh digantikan dengan daging)
500ml santan
100ml susu (aku pepandai tambah yang ni)
2 cmb kerisik
garam
serbuk kunyit (ni ganti kunyit hidup, patutnya masuk kunyit hidup dimesin dengan bahan lain)
1 cmb minyak
2-3 helai daun limau purut (ni pulak ganti daun kunyit)
Bahan untuk dikisar
10 biji cabai melaka
2 labu bawang besar (ni ganti bawang merah)
1 inci halia
1 batang serai
1 cm lengkuas
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan masak hingga dah masak dan naik bau.
2. Masukkan ayam. Masak hingga kering air.
3. Masukkan santan, susu dan garam. Masak dengan api kuat sikit pun takpa masa ni. Jangan lupa kacau sekali sekala.
4. Dah mendidih perlahankan sikit api, satgi terpercik sana-sini pulak. Masak sampai agak kering, santan pun dah pecah minyak.
5. Masukkan kerisik. Daun limau purut boleh la masukkan sikit bagi wangi. Kacau sebati la semua sekali. Dah agak masak boleh la padam api, lepas tu boleh la dimakan dengan nasi putih yang panas-panas tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment