Free Delivery on all Books at the Book Depository

Sunday, June 07, 2009

Puding Roti

Hidangan puding roti dengan aiskrim :)


Ni pasai ada setengah buku roti yang tak abih dalam peti ais. Beli 2 buku roti sebab offer, sekali tak larat nak makan la pulak kan hehehehe. Terpaksa kensel projek lain sebab kena abihkan roti ni. Bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera memasing.

Bahan-bahan
400g roti
700ml susu segar (boleh tambah atau kurangkan)
2 cmb gula (ni untuk versi kurang manis. Boleh la tambah lagi 2 cmb kalau nak)
garam
segenggam kismis
50g mentega - dicairkan
2 biji telur
choc rice untuk ditabur

Cara membuatnya
1. Roti dikoyak-koyak dan direndam dalam susu. Aku letak susu sampai tenggelam roti. Ada orang tak koyak pun roti ni. Kasi rendam ja.
2. Pukul telur dan tuangkan ke dalam campuran roti+susu.
3. Tuangkan mentega dan garam. Masukkan gula. Kacau adunan.
4. Masukkan kismis dan kacau lagi sampai sebati semuanya. Jangan lupa pre-heat oven.
5. Masukkan dalam bekas nak bakar. Aku tabur choc rice sikit kat atas tu. Ada extra dari tahun bila ntah. Bakar dalam oven lebih kurang 170 darjah lebih kurang 30 minit. Tapi lepas 20 minit tu check la tengok kot-kot dah masak dan garing sebab kadar pembakaran ni ikut bekas yang kita guna.

Puding roti dan bekasnya

6. Dah masak tu jangan lupa sejukkan dulu ye..tak elok makan manisan panas-panas ni. Ada yang melecur nanti hehehhehe. Oh, hidangkan ikut selesa masing-masing ye...


Enak dimakan begitu saja...




Lebih enak lagi dengan ekseseri heheheheh...

2 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Puding Roti ini ingatkan saya kenangan "baking' di Bradford.Daripada butter cake hangus sehinggalah murtabak biskut tawar - habis dikerjakan buku resepi. Segala aktiviti ini dijalankan semasa kuliah - ponteng kelas semata-mata nak tunggu kuih masak!

Hahaha!

akuatik said...

ni la cara paling senang nak hilangkan boring makan roti selain daripada buat roti telur..

masa kat obersi semua terer masak kan..pastu bila dah balik mesia tiba-tiba semuanya jadi ala-ala hilang ingatan hahahaha