Ni dokumentari BBC beberapa minggu lepas pasai aktiviti seharian kita yang boleh menimbulkan kesan kepada sleep pattern. Kesemua 10 benda adalah berdasarkan eksperimen dengan menggunakan orang yang sebenar termasuklah pengacaranya sendiri. Boleh la kalau sapa-sapa nak try :)
Kalau nak nonton boleh la try kat sini, tak sure kalau yang luar UK boleh access ke dak.
1. Mandi sebelum tidoq
Hehehehe ni memang sejak kecik kita biasa buat kan. Ada orang cakap lepas mandi rasa fresh, nak tidoq pun rasa selesa. Tapi kadang-kadang lepas mandi rasa fresh dan takleh tidoq la pulak kan. So, mandi yang macam mana nak mudahkan senang lelap ni? Aaaa..kena mandi ayaq suam la...lebih kurang sejam sebelum tidoq. Tu pun kalau ada masalah la..kalau takde masalah tak buat pun takpa, contohnya omputeh kat sini kadang-kadang seminggu tak mandi takla sampai insomnia pun hehehehhe..
2. Untuk yang insomnia, limitkan masa kat bilik tidoq untuk tidoq saja. Kalau dah tetapkan 12-6, then 12 mesti dah start baring, kul 6 saja mesti terus bangun. Orang yang try ni eksperimen ni amik masa 4 minggu, mula-mula memang teruk sikit sebab nak biasakan diri. Kalau summer la ni harus la pengsan kan, kul 3-4 dah kena bangun subuh.
3. Masa tengahari sila lah tidur sekejap. Oh, ni memang dah disebut dalam sunnah kan. Tidoq sat masa tengah hari lebih kurang 30 minit, seeloknya kita tidoq sebelum zohor la. Siesta kata orang kat continent, orang kat sini pulak tak buat sebab depa kata pemalas. Biasa la, depa ni suka kutuk orang kat continent, depa saja yang best yang Europe ni. Pastu bila buat banyak kajian, depa la antara yang paling teruk. Siesta ni jangan la pulak lepas melantak terus tidoq kan, yang tu dah lain pulak jadinya. Kalau takleh tidoq sebelum zohor, makan awai sikit pastu semayang. Petang sikit boleh la tidoq sat, 2-3 jam lepas makan.
4. Macam mana nak hentikan dengkuran. Dia suggest beli solution over the counter, nose strip. Dua orang yang try solution ni sorang ja yang berkesan, yang sorang lagi tak berapa masuk dengan teknik ni. Jadi dia suggest sapa yang ada masalah berdengkur ni jumpa doktor sebab kadang-kadang ada penyakit lain yang menyebabkan dengkuran terutamanya penyakit yang berkaitan dengan saluran pernafasan, yang memang takleh nak buat pa la. Kalau yang penyakit macam ni tak tidoq pun boleh berbunyi kan, ni kan pulak kalau berbaring. Kak aku yang ada asthma dah berapa lama tidoq malam tak baring, kena duduk saja. Tu pun masih sesak nafas jugak. Harapnya aku nanti takla sampai kena tidoq sambil duduk bersandar ja, tidoq tak jerap kata orang kampung aku.
5. Kalau dah ada masa tidoq yang tetap, jangan tukaq sesuka hati. Ala macam yang budak-budak selalu buat la, hari-hari tidoq kul 12, sekali dekat nak exam ada yang berjaga sampai pagi. Pagi exam tu rasa macam ok saja, tapi lepas tu terus pengsan 2-3 hari kan. Tido yang terganggu boleh menyebabkan mood swing. Kalau yang tak penah minum kopi tiba-tiba teringin kopi maknanya susah la nak tidoq. Lain pulak kalau memang dah biasa minum kopi, cuma kaffein berlebihan boleh menyebabkan kita selalu terjaga malam kan. Atau kata lainnya tidur yang tak berkualiti sebab 4 peringkat tidur yang terganggu.
6. Pencahayaan. Kalau jenis yang kena bangun awai, pastu semangat kuat boleh la buat get used to it kan. Tapi kalau nak lagi senang alert pagi-pagi kenalah expose mata dengan cahaya. Ah, mesti orang cakap common sense la kan, ada cahaya mesti la fresh. Sebenarnya cahaya spektrum biru yang buatkan kita senang bangun pagi. Kalau nak senang tidoq, pakai langsir yang tebai, barulah cahaya takleh masuk. Tu yang masa aku menyewa kat Taman Melati dulu aku susah nak bangun hehehehe...rumah tengah, pastu tuan umah buat extension depan belakang. Bilik tidoq yang patut ada tingkap dia pi buat bilik ayaq. Jadinya bilik aku sentiasa gelap, siang-siang pun kena buka lampu. Terasa macam dalam gua, bangun kul 1 tengah hari pun rasa macam gelap lagi hehehe
7. Nak cepat mengantuk silalah makanan yang kaya karbohidrat. Kalau nak aktif kena pilih makanan yang berprotein tinggi. Orang selalu cakap kita cepat ngantuk kalau makan nasi lemak, makan nasi masa tengah hari kan. In a way, claim ni betul sebab aku percaya dibuat berdasarkan pengalaman kita ngantuk lepas makan nasi tengah hari dan nasi lemak kan. Cuma, kita bukan mengantuk sebab makanan berlemak, tapi sebab karbohidrat. Kalau makan kentang pun sama jugak. Jadi, penyelesaian untuk hilangkan ngantuk lepas makan tengah hari bukanlah terus tak makan, tapi kena pilih makanan berprotein tinggi. Lepas ni kita meratah lauk je la kan.
8. Dalam semua-semua perkara, yang ni la yang aku rasa baru bagi aku. Yang lain tu macam dah biasa, cuma disokong bukti saintifik saja. Yang ni pulak cara nak reset jam biologi badan untuk melawan jetlag. Patut la baru pun, sebenarnya solution ni masih dikira teori lagi. Tak penah dicuba pada manusia, asik dok try kat tikus je hehehehe.Kiranya, dua orang yang jadi guinea pig eksperimen ni tak tau yang depa adalah bahan eksperimen pertama. Katanya semua haiwan ada food clock yang kawal sleep pattern. Jadi kalau kita berjaya trigger food clock, kita boleh atasi masalah jetlag yang disebabkan gangguan sleep pattern. Masa dalam flight tu jangan makan langsung, minum saja. Bila dah sampai ke destinasi baru kita makan ikut masa makan kat zon masa yang baru. Jadi, untuk sesapa yang berminat nak lawan jetlag, balik mesia jangan makan apa-apa dalam flight. Harusler, terkebil-kebil ja pandang meal yang airline sediakan tu. Sampai ja KLIA terus pi cari lunch ataupun dinner, depends kita sampai masa bila, tu pun kalau sanggup berkorban ler hehehehe.
9. Rileks. Dengan kata lainnya jangan stress lebih-lebih. Memalam tu buat la regangan badan sikit. Maklumla kepenatan seharian kan. Ala, yang ni pun macam common knowledge ja kan. Cumanya kita ingat selalu jangan fikir lebih-lebih supaya senang tidoq, fizikal pun kena rileks jugak tau.
10. Aromaterapi. Lavender dah popular sangat. Tak payah tunggu nak tidoq, kalau bath shower bau lavender pun dah rasa nak tidoq kan hehehehehe. Tapi kena la pilih herba mana yang sesuai, bukan semua herba sesuai untuk rileks. Lagi satu yang sesuai adalah valerian. Sorry, kalau herba tempatan kat mesia aku tak tau. Agaknya bunga melur, tanjung, kenanga ke sedap malam yang sesuai eh?
Wednesday, June 03, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment