Resepi asal yang aku amik kat sini. Kalau ikut resepi asal banyak jugak la bahannnya. Aku tak letak pun emulco, non-dairy whipping cream dengan serbuk agar-agar/gelatin tu. Mana nak cari barang-barang tu semua. Bahan baking kat sini semua yang asas je, jenis-jenis tepung yang pelbagai macam kat mesia pun takde kat sini. Kalau nak buat kek sama ada guna plain flour atau self-raising flour je. Takde jual pun tepung kek ke, superfine ke apa.
Komponen 1: Kek Span Coklat
Bahan A
4 biji kuning telur size sederhana
100 gm. gula kastor
120 gm tepung naik sendiri
1/2 cmt Baking powder
1/2 cmt Bicarbonate of Soda
50 gm. minyak sayur (boleh jugak pakai minyak jagung)
1 cmt vanilla essence
Bahan B
30 gm. serbuk koko + 120 gm. air panas - kacau hingga rata dan hancur semua serbuk koko.
Bahan C
4 biji putih telur size sederhana
1/4 cmt Cream of Tartar
60 gm. gula kastor
Cara-caranya (ni cara aku ler, korang boleh ikut cara sendiri kalau tak suka):
1. Timbang dan sediakan bahan-bahan A, B dan C. Seeloknya tepung, baking powder dan soda diayak sekali. Pastu putih telur tu pastikan jangan bercampur langsung ngan kuning, minyak atau bahan-bahan lain yang tak berkaitan.
2. Pukul bahan C sampai kembang berkrim, kira kalau angkat whisker tu adunan tak menitik la. Pastu ketepikan.
3. Pukul minyak, kuning telur dan gula daripada bahan A sampai kembang. Masukkan campuran tepung dan bancuhan coklat berselang-seli dan masukkan esen vanila. Kaup ngan senduk je kasi sekata. Pastu campurkan dengan adunan putih telur tadi. Boleh jugak nak kacau ngan senduk je bahan A + B tu.
4. Tuang dalam kebas pembakar, aku guna yang bulat diameter 9". Aku alas dengan baking paper. Bakar dalam oven, suhu 160 darjah (oven aku ada kipas, kalau takde boleh guna lebih kurang 170) selama 40 minit ataupun sehingga masak la.
5. Dah masak sejukkan lebih kurang 10-15 minit sebelum tanggalkan daripada dulang pembakarnya. Sejukkan kat atas redai. Dah sejuk boleh la dipotong, aku potong 3 lapis. Kalau malas buat 2 pun boleh.
Komponen 2: Krim coklat
400 gm Whipping Cream
1 cmt essence vanila
50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising }
4 cmb Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
3 cmb makan air panas }
6 biji pisang dihiris - 3 biji untuk setiap lapisan
(boleh kurangkan nescafe kepada 1 1/2 cmb, 1 1/2 cmb air panas untuk kurangkan kepekatan warna nya, atau tak letak langsung)
Cara-cara (krim ni aku prepare selepas kek dah sejuk):
1. Pukul whipping cream sampai kembang dan berkrim. Jangan over excited pukul pulak, kang dia mencair semula.
2. Campurkan semua bahan kecuali pisang. Kacau sebati.
3. Bahagikan krim ni kepada 6 bahagian (agak-agak je la, takde la tepat sangat pun).
4. Sapu 1 bahagian krim atas lapisan pertama. Pastu susun la pisang kat atas tu (sepatutnya pisang tu dipotong memanjang, bukan bulat-bulat cam yang aku buat. Ni pertama kali buat, lepas tu aku potong memanjang).
5. Sapu lagi satu bahagian krim. Pastu letak kepingan kek kedua.
6. Sapu lagi satu bahagian krim. Susun pisang. Pastu sapu krim lagi.
7. Letak lapisan atas sekali. Pastu sapu baki krim kat atas dan keliling kek. Sejukkan. Aku letak dalam fridge. Esoknya baru disapu choc coating.
Komponen 3: Salutan Coklat
35 gm serbuk koko
50 gm gula kastor
150 gm whipping cream (aku campur je sikit dengan susu segar sebab cream dah abih)
80 gm chocolate masakan - dihiris-hiris.
30 gm Butter
Cara-cara:
1. Letakkan bahan-bahan ke dalam mangkuk dan double boilkan sehingga campuran tadi menjadi pekat.
2. Sejukkan dahulu sebelum tuang ke atas kek. Aku letak dalam fridge sekejap kasi sejuk, kalau tak dia cair je.
3. Dah siap boleh la dipotong dan dinikmati bersama keluarga dan rakan taulan
Update:
Ni satu lagi cara menyusun pisang, lebih cepat siap. Anak menakan aku yang buat ni.
2 comments:
aku bakal dapat tengkorak (hang!) kakakaka. Kali ni dengan bontot plak yaribba! Me feveret tuh!
yihaaa! bila, wiken ni ke?
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment