Free Delivery on all Books at the Book Depository

Sunday, September 14, 2008

Kenapa kita masih perlukan ISA?

1 - Malaysia takde skim perlindungan saksi, jadi sesiapa yang polis rasa keselamatan depa terancam akan di diletakkan dibawah skim perlindungan ISA.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesahkan pembebasan itu berkata, penahanan wartawan wanita akhbar berbahasa Cina itu adalah sebahagian daripada tindakan segera polis bagi menjamin keselamatannya selepas beliau menerima panggilan ugutan.

Beliau berkata risikan polis mendapati nyawa wartawan itu terancam selepas Hoon Cheng membuat laporan berita yang memetik kenyataan kontroversi bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang berbaur perkauman pada satu kempen sempena pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lalu.

Sumber: "Wartawan Sin Chew Daily dibebas." Utusan Malaysia 14 September 2008

2 - Sesiapa yang dirasakan mempunyai potensi untuk diekstradisi atau dicari oleh ejen kerajaan asing (CIA ler ni) akan diberi perlindungan melalui skim perlindungan antarabangsa ISA.


Berdasarkan justifikasi daripada fasilitator/penceramah BTN aku kenapa mereka yang disyaki KMM diISAkan walaupun tiada sebarang bukti penglibatan mereka dalam aktiviti pengganas.
Errr..sebenarnya takde bukti pun KMM tu ada.


Disclaimer:
Skim ini bagaimanapun tidak terpakai kepada ahli pertubuhan yang telah bersusah payah ke KL (Kota London) untuk menandatangai perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.

Dalam pada itu, beliau menafikan tiada tindakan diambil terhadap Datuk Ahmad Ismail kerana Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera itu telah menerima akibat digantung keahlian parti selama tiga tahun.

“Sebagai ahli parti dia (Ahmad) telah menerima hukuman tetapi polis masih teruskan siasatan kerana ada laporan hasutan terhadapnya,” ujar beliau.

Sumber: "Tindakan ISA wajar" Utusan Malaysia 14 September 2008.


6 comments:

Najmuddin Yusoff said...

Heh! Sejak bila ISA jadi skim perlindungan?

akuatik said...

kalau ikut kata penceramah BTN aku lepas 9/11 dulu...aku ingatkan propa BTN je...rupanya betul..menteri pun dah sahkan tu..

Mimiamilia said...

ooo tatau pon

khairyn said...

aku nak masuklah skim ni.. aku rasa hidup aku macam terancam jer... biasalah spesis nak pupus wakakakaka

akuatik said...

mimi,
dah tau takpe...jgn dok buat tatau lagi

khairyn,
kiranya skim ni macam percutian ke angkasa lepas dalam citer walli-e tu..lengkap semuanya..kalau tak masuk nanti jadi cam spesies pokok yg wallie jumpa dalam kasut tu ler

Anonymous said...

USA sepatutnya...

UMNO Security Act