Hari tu sambil buka posa kami sembang-sembang. Kata Najla yang keja kat Call Centre IBM tu, orang Perancis sangat la berbangga dengan diri sendiri. Kiranya macam bangsa dia yang paling hebat. Najla daripada selatan Perancis, tapi berketurunan Tunis. Hari-hari penat melayan kesombongan orang Perancis. Seolah-olah bangsanya paling superior. Katanya tahap bangga diri orang negara dia tu sama ngan Amerika, jadi bila dua bangsa bertemu masing-masing cuba menonjolkan diri sendiri.
Si Najla ni keja kat Greenock, tapi menyewa di Dennistoun. Setiap hari berulang-alik, jauh jugak perjalanannya. Tapi dia cakap dia tak nak terpisah daripada komuniti muslim. Tu yang sanggup berulang jauh sikit tu. Sebelum ada la menyewa dengan sorang budak dari Tunisia. Tapi dia cakap tak tahan, sebab pemikiran berbeza. Pelik gak ler sebab dia pun asal negara yang sama. Dia cakap kawan dia tu hidup dengan cara Tunis, tak sama ngan dia. Bila aku suh dia jelaskan, dia cakap maksudnya cara tradisional tapi bukan yang mengikut agama. Bila aku tanya berbeza ke tradisional dengan agama tu, dia cakap di Tunisia, Islam bukanla diamalkan sangat. Nama ja Islam, tapi pentadbiran macam Turki ja. Tudung tak boleh pakai, kiranya menutup aurat dan mengamalkan Islam sangatlah dilarang sampai ada undang-undang untuk menghukum sesapa yang cuba menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Jadi Tunisia adalah negara Arab, tapi bukan negara Islam. Islam ditindas oleh yang mengaku Islam sendiri. Bukan takat depa tak mau amalkan, orang lain nak amalkan pun tak boleh. Sapa yang depa dapat maklumat cuba menghidupkan amalan Islam akan ditangkap, masuk penjara. Sebab tu ramai rakyat yang lari dari kampung halaman, kebanyakan memilih Perancis. Ironinya, lebih mudah mengamalkan Islam di negara bukan Islam daripada di negara umat Islam. Ada sorang penghijrah di Perancis yang nama dia dah disenarai hitamkan oleh kerajaan Tunisia. Ada la yang bagitau dia, kalau dia balik tak kena tangkap, jadi dia pun balik la melawat kampung halaman lepas 15 tahun berhijrah. Sekali... balik ja memang hilang, kiranya sama ada maklumat tu salah ataupun nak perangkap dia. Nasib baik dia ada kawan-kawan yang boleh dikira berpengaruh di Perancis, depa ni la yang berusaha untuk bawak dia balik. La ni memang dia kat Perancis, tapi macam Najla cakap, " Can you imagine, his French friends were the ones who saved him." Ah, nilai persahabatan memang melangkaui batas agama, bangsa dan budaya.
Lepas tu bandingkan pulak ngan Arab Saudi. Yang ni mengaku negara Islam, tapi sebenarnya sangat memilih untuk mengamalkan nilai Islam. Zaman kedatangan Islam ramai hamba yang dibebaskan, depa ni pulak jadikan orang merdeka sebagai hamba zaman moden. Wah, dasat makcik ni. Dia cakap dari Malizi pun ada. Aku cakap yang aku tau dari Malizi ni jadi maid, bukan hamba. Dia cakap tu cuma a kind word for slavery di sana. Sebabnya yang dia penah dengar ada kes gaji tak berbayar tapi kena keja teruk, tido kat bilik air dan macam-macam layanan yang takdak pun dalam Islam suh buat macam tu.
Aku cakap yang aku tau kat Saudi ni pompuan takleh drive, dia cakap bukan takleh drive je, semua takleh buat. Orang di sana sangat kaya, sampaikan barang-barang dalam rumah pun daripada ada yang dibuat daripada emas. Oh, aku pun penah tengok gambar sesorang yang dikenali, tangga rumahnya nampak keemasan, tapi tak pasti ler memang emas ataupun sekadar gold-plated. Mana la tau ala-ala barang-barang zhulian ja kan. Belum berkesempatan nak menyiasat lagi. Kat tempat Najla ada sorang berasal dari sana, yang boleh dikira alim la jugak..selalu jugak la mak dia (dan dia sekali la) berkhilaf pendapat. Lupa pulak nak tanya pasai pa, tapi aku saspek antara perkara yang depa khilaf tu mesti melibatkan hal ehwal wanita, jihad pun mungkin ada.
Cerita-cerita macam tu sebenarnya dah biasa didengar dan dibaca. Cerita Najla tu sekadar menambahkan lagi bilangan kes yang aku tau. Ada orang, macam sebilangan Tunis yang terpaksa berhijrah bagi membolehkan depa mengamalkan Islam dalam kehidupan. Ada jugak yang di negaranya mengamalkan Islam berhijrah/bercuti supaya lebih bebas untuk tidak mengamalkan Islam. Ahh, kes kedua ni aku kenal secara peribadi beberapa orang dari Iran dan Saudi, tapi tak la sampai boleh generalisasi semua yang dari sana macam tu. Orang Mesia pulak macam mana?
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Friday, September 05, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment