Ingat lagi dengan program ni. Poster kat sebelah tu...Ahaa...tak abih-abih kan aku ni..asik dok citer pasal ni saja. Takpa-takpa, aku nak la jadi orang yang sentiasa berpesan-pesan ke arah kebaikan gitu..sambil berpesan-pesan supaya korang bersabar la menjalani ibadah Ramadhan, menghadapi kenaikan rega barang dengan kenaikan tekanan darah, paras gula dan kolesterol. Semoga kenaikan rega barang ni dapat disusuli dengan penurunan berat badan dan paras 3 serangkai itu. Ameeeenn.
Okeh, balik kepada rayuan(?) sumbangan bagi program Feed the Fasting 2008 yang Khairyn ngan aku buat, alhamdulillah kami dapat kumpulkan sebanyak £280. Tolak belanja kiriman wang melalui Western Union sebanyak £9.90, dapatla lebih kurang RM1620.85. Untuk yang berinfaq itu, diucapkan jazakumullah khairan kathiran. Aku pun tak tau sapa yang menyumbang itu, sebab sumbangan dibuat melalui sukarelawan yang lain jugak.
Wiken lepas ada sesi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang layak menerima pada wiken lepas di Chemor dan Bukit Gantang. Ucapan daripada Islamic Relief Malaysia, "Terima kasih atas sumbangan rakan-rakan di Glasgow." Kalau antara yang menyumbang tu bukan orang Glasgow, anggap je la jadi PR Glasgow untuk menerima ucapan tu. Tapi kalau ada lagi yang nak menyumbang sila ler menyumbang, pintu kebajikan tak pernah tertutup. Cumanya, projek ni untuk bulan Ramadhan je, kalau nak menyumbang elok la bagi cepat supaya makanan boleh diedarkan sebelum berakhirnya Ramadhan, melainkan korang bersetuju supaya sumbangan korang tu digunakan untuk projek lain jugak.
Aku menyalintampalkan beberapa gambar sesi menyalurkan sumbangan yang diambil daripada mukasurat-mukasurat bergambar milik aktivis IRM. Kalau nka tengok lebih lagi sila ke sini, dan sini.
Selain daripada program tahunan Feed the Fasting ni, ada jugak projek menyiapkan kemudahan perpustakaan bagi rumah anak-anak yatim yang agak tersorok daripada menerima bantuan. Jadi, Khairyn dengan aku bercadang nak buat kutipan deposit skim cepat kaya (akhirat) untuk membeli buku-buku yang sesuai untuk diletakkan dalam perpustakaan. Amal jariah ni weh, selagi ada yang membaca dan mengambil manfaat daripada ilmu dalam buku tu, boleh ler buat peneman masa sorang-sorang nanti.
Cadangan buku-buku adalah buku omputeh yang Islami (ada ke buku melayu diterbitkan kat sini?), tapi kalau sesapa ada cadangan buku-buku nak bagi boleh jugak. Harap dimaklumi bahawa buku-buku kabut yang tangan kedua itu tak diterima okeh. Kita cuma nak bagi buku-buku baru saja. Kalau nak berurusan terus pun boleh, sila ke ke sini untuk tengok perkembangan projek perpustakaan, pastu boleh la contact drbubbles - iskandar@irm.org.my untuk maklumat lanjut.
Friday, September 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Dah jadi macam orang2 besau lak. lepas derma or time bagi sumbangan mesti ada coverage :-)
maksud awak coverage gambar atau entry saya? tak salah kita promosikan kerja kebajikan, kalau tak orang tak tau dan ingat semuanya indah belaka..walaupun kerja amal, ketelusan kena ada..as long as tak beriya buat replika cek bagai..atau buat pc, tapi sumbangan hilang dalam perjalanan..
Foto amat penting bagi usaha kemanusiaan Islamic Relief.
Kerana dengan foto-foto yang menarik perhatian lah kami dapat terus mencari dana bagi membantu fakir miskin di seluruh dunia.
Selain itu,'proof' ke mana sumbangan itu disalurkan juga
dapat dilihat dari foto-foto berkenaan.Kami bukan sahaja kena report kepada HQ melalui gambar-gambar ini, kepada donors di Malaysia pun kami bertanggungjawab untuk 'memberitahu' yang sumbangan mereka selamat sampai ke tangan yang memerlukan.
Transparency is our utmost responsibility.Foto-foto hanya sebahagian daripada 'story', all expenses juga ditelitikan di dalam 'completion report' yang wajib dihantar ke HQ di UK.
Yang terpahat di minda kami ialah wajah-wajah gembira mereka yang dibantu itu lalu menguatkan semangat kami untuk teruskan usaha ini.
Soal 'glamour' atau jadi orang besau tak pernah terlintas di kepala kami pun.
Moga komen ini menjawab persoalan.
Kalau orang dah tak tau, kenapa perlu diberitahu? ketelusan, keikhlasan itu yang penting. Buat le kerja amal setinggi gunung dan tak perlu hebahkan seluas alam. Niat dari hati yang bersih dan selebihnya antara diri kita dan Dia.
Replika cek, PC, fotopages, blog sama saja, tujuannya... memberitahu bahawa satu kerja amal telah dilakukan. Kewajipan sesama muslim sama seperti kewajipan kita kepada suruhan Allh swt. Tapi perlukah kita memberitahu bahawa kita telah berpuasa dan melakukan solat 5 waktu?
okeh okeh
aku dulu journalist maka aku rasa aku layak menjawab soalan glamour atau tak glamour ni.
Untuk sumbangan persendirian sudah pastilah biar ajelah tangan kanan yang memberi dan tangan kiri dok diam diam jer. Tak payahlah nak glamer glamer diri pegang mock check besar alam tu. Tapi untuk kebajikan bersama dan atas kutipan wang orang ramai ni perlulah diberitahu ke mana duit tu disalurkan. Kang tak amanah pulak. Dalam zaman moden ni orang kerja kat Baitulmal pun boleh songlap duit, padahal duit tu duit amal jariah orang.
Blog ke tv ke pc ke fotopages ke itu satu saluran untuk memberitahu. Sebab orang tak tahulah kita perlu beritahu. Tak adalah dok tertanya2 nak hantar duit ke mana. Bukan tak boleh tapi tak organise la nanti. Kang ada pulak yg mengata. Jadi untuk mengelakkan fitnah lebih baik diwar-warkan.
Huh! Jangan suka buruk sangka pada orang yang buat amal. Tanya diri sendiri apa sumbangan kita pada orang yang memerlukan. Kalau memberi dalam diam2 tapi lepas tu mengungkit dalam hati pun Allah tarik balik amal tu.
Nak buruk sangka pun mestilah tahu pada tempatnya.
drbubbles,
walau apa pun, saya ucapkan tahniah atas apa yang saudara dan teman2 lakukan.
Jika medium foto perlu digunakan untuk menarik perhatian, pada pandangan peribadi saya, tak perlu untuk meletakkan muka2 mereka yang dikatakan fakir miskin. Menggunakan muka2 mereka yang menderita untuk tujuan menarik perrhatian saya rasa tidak begitu wajar. Jika perlu sekali pun, tidak mengapa tetapi kenapa perlu ada muka2 penyumbang/sukarelawan dalam gambar2 tersebut? ( menarik perhatian juga kah?)dan yang paling menarik mungkin banner yang digantung ( http://4.bp.blogspot.com/_YSx1i2p9Jlw/SMnjjid695I/AAAAAAAAARg/oUN7Y_0rdcc/s1600-h/the-next-task.jpg?
Jika ikhlas, telus apa lagi guna banner tersebut ya?
khairyn,
journalist yang saya rasa saya kenal setelah merewang dalam sesawang awak :P
Setelah sumbangan ikhlas diberi, perlu kah kita memikirkan lagi kemana pergi sumbangan kita itu? RM100 dimasukkan dalam tabung yang kita pasti itu tabung yang betul, cukup la sampai disitu. Tak perlu lagi perlu bukti bahawa RM100 kita itu telah sampai ke tangan sepatutnya; dan mereka sebagai pemegang amanah, jalankan kerja yang terpuji secara ikhlas juga. Mungkin baitkan sebaris emel untuk mereka yang masih perlukan bukti :-)
nik,
dalam keadaan yang serba nak cepat ini kita perlukan NGO untuk hulurkan sumbangan. Tak terdaya kita nak cari seorang demi seorang fakir untuk beri sumbangan. Sebagai orang tengah sudah pasti kita perlu memberitahu pada sipemberi ke mana wangnya telah disalurkan. Itulah yang dinamakan amanah. Memang sepatutnya keikhlasan itu yang penting. Amal antara kita dan Allah tapi macamana pula dengan hubungan kita antara si pemberi dan penerima?
Ada beza antara nak cari publisiti untuk kepentingan diri sendiri dengan kepentingan bersama. Apalah salahnya memberitahu sekiranya ia dapat menambahkan lagi bilangan penderma dan juga sukarelawan?
salam kenal.
ryn :-)...
saya tak menafikan sumbangan NGO dalam hal nie. Tahniah kepada mereka atas usaha2 murni yang dijalankan.
Cuma medium yang digunakan oleh orang tengah untuk memberitahu si pemberi saya rasa macam tak sesuai dengan nawaitu dlm kerja2 amal ini. Ya, boleh beritahu bahawa sumbangan anda sudah sampai ketangan mereka yang sepatutnya mungkin dengan cara e-mail, sms, groups e-mail atau apa cara tanpa melalui hebahan umum.
Apa kata kalau setiap projek yang akan dijalankan, hebahkan seperti biasa, sumbangan diterima, sumbangan disalurkan, selepas itu maklumkan kepada setiap penyumbang secara individu bahawa sumbangan mereka telah disampaikan.
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment