Mereka di sini ada masa sangat mesra dalam reserved walaupun sifat individualistik sangat konsisten. Dan sifat ni sangatlah berbeza dengan kita di malaya sana. Mula-mula nampak sombong, bila dah kenal mesra, tapi ada masa menyibuk pulak.
Kalau pagi-pagi terserempak dengan sesiapa di flat, terus saja bertukar salam pagi sambil bertanya kabar, dan seterusnya mengulas keadaan cuaca semasa. Dan dua orang yang bertukar salam pagi tu sebenarnya langsung tidak mengenali antara satu sama lain.
Masa mula-mula aku kerja di GDHS, derang cuma tau nama aku saja. Itupun bukan sebutan yang betul, tapi aku ni jenis tak kisah. Asalkan aku tau nama aku yang dipanggil. Aku bergurau, bersembang dan bergelak tawa, tapi takdak sapa pun yang tanya umur aku, asal dari mana, tinggal di mana, bujang atau dah kawin, dan pelbagai soalan lain yang biasa ditanya pada hari pertama berkerja di Malaysia. Oh, bukan setakat di tempat kerja, di kedai cuci kereta pun ada yang menyibuk.
Lepas sebulan ditugaskan membantu Margaret di tingkat 4, baru dia bertanya sama ada aku ada buat kerja lain selain di situ. Aku bagitau dia aku masih belajar di universiti. Dan terhenti di situ. Lebih banyak bertukar pandangan tentang kerja, dia banyak menasihatkan supaya jangan terikut dengan Angela yang suka curi tulang. Aku biasanya tak banyak menokok tambah, cuma mendengar dan mengiyakan saja nasihat Margaret. Lama lepas tu baru dia tanya sama ada single, live in ataupun dah kawin. Tu pun sebab aku bagitau aku nak bercuti ke Belanda. Dia tanya jugak aku nak bercuti ngan sapa, aku cakap dengan kawan. "Your partner?" hohohoho aku cakap kawan biasa. Kalau cakap girlfriend kang lain pulak fahamannnya.
Masa Boom dapat duit dan hadiah krismas, bila derang tanya macam mana dia boleh dapat sedangkan orang lain tak dapat, Boom saja je jawab dia selak-selak baju hahahahahah. Di sini pun ada kasta pekerja, kalau domestik ni macam tahap bumi lapis terbawah gitu, paling rendah. Jadi staff domestik tak beramah mesra sangat dengan orang lain. Sebab tu kalau masa kerja, kalau masuk ke pejabat atau klinik yang masih ada orang, staf domestik yang tempatan biasanya ketuk pintu, cakap hai/hello dan terus buat kerja. Jadi nampak macam tak mesra pulak. Tapi kalau pekerja asing(pendatang asing dengan izin -PADI)macam aku dan Boom pulak lain, kami mesra menyapa dan bersembang. Saja nak tingkatkan penguasaan bahasa. Margaret tingkat 6 sendiri pun mengakui yang dia memang takde nak senyum-senyum, serius saja waktu buat keja. Agaknya sebab tu Boom boleh dapat kad dan hadiah, dia pulak tak dapat apa-apa walaupun kerja di tingkat yang sama. Bila aku pulak yang dapat hadiah, Margaret cakap mesti aku buat macam Boom jugak, selak-selak baju. Aku malas nak cakap apa, gelak saja. Ada sekali masa dalam lif, selain daripada staf domestik ada sorang daripada bahagian maintenance naik lif sekali, kebetulan ke tingkat sama ngan aku. Margaret kat belakang aku terus bergurau dengan selambanya cakap aku suka la mamat tu temankan aku kerja, pastu dia cakap muka aku dah merah-merah. Hoh, ntah apa-apa ntah dia ni. Aku cakap "I don't care, it's Wednesday." Dan Margaret pun gelak. Relevan ke tak ayat tu tak penting hahahahhaha.
Dalam bergurau tu tak banyak sebenarnya hal peribadi yang disembangkan, dan sampai hari ni pun aku tak tau sama ada Margaret ni single, live in together ataupun sudah berkahwin. Rumah dia pun aku tak tau di mana.
Tapi kadang-kadang terkeliru jugak aku. Nak kata kenal lama baru mesra, ada jugak yang tak kenal lama tapi dah mesra jugak. Dulu aku pernah ke kedai ikan, masa nak bayar tu aku nampak pak cik yang jaga kaunter tengah bersembang dengan orang depan aku. Rasanya pelanggan tetap la kot. Siap pakcik tu pegang tangan masa nak bagi baki duit tu. Bila sampai giliran aku, pak cik tu pun bertanya khabar jugak "Hello love, you alright?" Errkkk tapi dia pegang tangan aku yang sedang menggenggam duit. Aku menjawab seadanya terus bagi kertas harga dan duit. Masa nak bagi baki pun nak pegang tangan jugak. Aiyohhhh mesra sangat la pulak. Aku buat andaian memang pakcik ni mesra dengan semua orang la kot. Tapi lepas tu aku tanya Vee yang turut sama membeli ikan, ada tak pakcik tu pegang dia tanya khabar. Vee kata takdak pun, jual beli macam biasa saja. Dan hasil siasatan aku pada orang lain yang pernah membeli di situ, takdak pulak pakcik tu buat camtu pada derang. Erkkk muka aku ni agaknya macam salah sorang pelanggan setia dia ke....
Thursday, March 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment