Free Delivery on all Books at the Book Depository

Saturday, March 08, 2008

Nuts about work

Kelmarin aku dah bagitau Mary dan Margaret supervisor pasal nak berenti keja. Masa aku ketuk pintu dan masuk pejabat dia, terus Mary cakap kat aku "Don't tell me you're leaving!" Erkkk ...camna dia tau. Sense katanya. "You're not leaving, aren't you? Where are you going? Go back and think again. I will not accept this." Lepas tu dia keluar dan katanya bagi masa untuk aku fikir dulu. Nanti dia nak jumpa balik. Adeh!

Lepas tu bila jumpa balik aku terangkan aku tak minta keja kat tempat lain. Cuma nak tumpukan perhatian pada study yg dah nak masuk 2 tahun ni. Cepatnya masa berlalu. Sembang punya sembang, dia cakap position aku dia akan reserve in case aku nak datang balik, terharu rasanya.

Masa nak balik saja je aku singgah level Margaret bagitau dia akan rindukan aku sebab aku nak tinggalkan tempat ni. Dia tak percaya tapi aku bagitau dia bulan depan aku nak berenti.

Tadi Margaret tanya lagi nak pastikan, betul ke aku nak 'leaving' macam yang aku cakap kelmarin pada dia. Aku cakap memang betul, dia tanya kenapa. Aku cakap nak tumpu pada study. Pastu dia tanya nak balik ke. Aku cakap tahun depan balik. Jadi dia ingat aku nak berenti tahun depan. Aku cakap aku akan tinggalkan sini bulan depan, aku akan tinggalkan Glasgow tahun depan, hopefully. Dia masih ingat aku buat lawak. Aku cakap memang betul nak berenti. Pastu Vimbasu tanya dah berapa lama aku keja sini. Aku cakap dah dekat setahun. Margaret terkejut sebab katanya dia ingat macam dah lama je aku kat sini. Aku cakap agaknya dia rasa lama sebab tengok muka aku hari-hari. Dia cakap dia masih ada masa sampai bulan depan untuk tengok muka aku.

Dulu pun Mary cakap hal yang sama bila budak Poland tanya aku dah lama keja. Aku cakap 6 bulan. Mary pandang aku terkejut. Katanya rasa macam dah lama aku keja. Aku cakap agaknya sebab dah jemu tengok muka aku tu yang dia rasa dah lama. Terus dia peluk aku kata dia tak penah jemu tengok senyuman aku..hehehhe

Kata Linda, kalau tengok muka aku serius, mesti dia rasa aku tak sihat. Kata Claire pulak bila tengok muka aku terus senang hati, nak kena belajar kat aku macam mana nak senyum selalu hehhe.

Yang tersirat: aku pun tak pasti bila derang dok cakap rasa macam aku dah keja lama tu, sama ada derang rasa dah kenal lama ataupun jemu? Kerana optimis, aku rasa derang rasa macam dah kenal lama ngan aku (dan suka aku)hehheh.. (dan yang tersirat lagi: sahih aku ni pekerja yang dedikasi dan disayangi bos)

2 comments:

khairyn said...

ok la aku bagi up sikit

memang la ko pekerja yang berdedikasi lagi disayangi lagi dan lagi dan lagi

yeay! bestnya menang. Tak sia-sia aku jadi hantu terbang balik undi nurul izzah ahaks!

p/s aku rasa yg banyak undi dia tu mesti lelaki2 bekas reformis yang dulu memang jatuh chenta dengan dia hahahahah

akuatik said...

ya ya segalanya memang benar tentang apa yang ko up pasal aku tu hehehe

aku pun suka izzah menang, sekurang kurangnya tak la perasan sangat orang yang anggap izzah macam anak dia tu..teringat dulu budak-budak kat uni masa ayah dia kena tangkap tu pakat pakai tag - JUSTICE FOR PAPA!
hahhahahha perasan semuanya