PRU12 dah dijalankan pada 8 Mac 2008. Minggu lepas. Keputusannya telah menggoncang iklim politik negara. Sudah la Kelantan yang dipegang PAS gagal diambil kembali, 4 lagi negeri dikuasai parti-parti selain daripada BN; Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kalau nak dikira Wilayah Persekutuan pun dikuasai parti alternatif tapi WP takda DUN jadi kira selamat lagi. Nampaknya lepas ni kalau nak balik Bangi tak lalu dah negeri BN.
Bangi pun dah dapat balik kat Dr Shafie. Kalau yang pernah baca kolum Dr Shafie masa dia jadi YB 1999-2004 mesti tau macam mana layan Majlis Perbandaran Kajang kat dia. Mesyuarat majlis tak dijemput, pastu ruang parking pun takda untuk dia, kira dengan inisiatif sendiri dia buka kaunter aduan di pasar Kajang. Pendek dan panjang kata, depa langsung tak hormat dia sebagai wakil kepada rakyat di Bangi tu. Aku masa tengok jalan-jalan di Bangi berlubang sana sini takdak maintenance, area dekat pasar tu macam pekan koboi saja. Tapi aku tak kisah sangat sebab dah tau perangai zalim dan menindas masa tu. Bila dia kalah aku ingatkan bila YB BN pegang ada la perubahan sikit. Tapi tak nampak beza pun. La ni Dr Shafie kembali jadi ADUN Bangi, tapi kali ni merasa la sapa yang pernah kenakan dia tu. Kalau aku kat tempat dia, harusler balas dendam hehehehe. Tapi aku yakin dia tak macam tu sebab dia sangat berhemah bukan macam aku yang hemoi hehhee.
Aku jugak gembira pasalnya YB Tian Chua menang di Parlimen Batu. Pada aku dia adalah hero rakyat sejati. Lantak ler orang nak kata apa pun. Ada ke hero lain yang sanggup berulang masuk lokap dan ISA, pastu kena belasah lagi. Padan muka polis yang tahan dia tak bagi masuk parlimen tu. Lepas ni kena hormat banyak la kat dia.
Kampung aku pulak kali jadi kampung kerajaan la. Sebelum ni kampung pembangkang hahahaha. Antara kampung di Pendang yang sungguh totok kepasannya. Kalau dulu-dulu bendera selain bendera pas memang takdak langsung, tapi kebelakangan ni dah ada orang luar yang datang bermastautin.
Masa pilihanraya kecil selepas Ustaz Fadzil Noor meninggal dulu ada pergaduhan yang masuk tivi pasal kes pasang bendera tu kat depan rumah aku la tu. Antara pantang-larang adalah kalau nak pasang bendera ka poster ka apa ka, hanya orang kampung tu yang boleh pasang. Orang luar tak dibenarkan masuk untuk pasang poster. Masa pilihanraya kecil tu kan ramai orang luar tertumpu ke Pendang, jadi ramai ler yang amik upah pasang poster gamaknya. Budak-budak kampung aku memang tak bagi pasang, pasang ja depa ni buang, kalau nak pasang kena suruh ahli kampung tu pasang. Harus ler, mana ada hahahhaha. Tu yang sampai gaduh-gaduh melibatkan polis tu. Ala, ada jugak kampung BN totok yang camtu, orang PAS tak boleh pasang bendera /poster. Jadi, kena la saling hormat menghormati kan. Cuma bila melibatkan orang luar yang tak paham pantang-larang dan adat resam setempat tu yang bergaduh tu. Masa bergaduh tu memang orang tempatan tak libatkan diri, cuma depa tolong tenangkan mangsa yang posternya diturunkan tu la.
Tu cerita pilihanraya. Keputusan masing-masing dah tau. Harapnya Kedah akan lebih baik dibawah pentadbiran kerajaan baru. MB baru dah angkat sumpah. Harapnya masyarakat marhaen akan lebih terbela. Pada aku menukar kerajaan dalam pilihanraya ni macam tukar pengurus syarikat la. Aku bayar cukai, aku bayar zakat, aku tak langgar undang-undang aku dah jadi warga yang baik. Jadi tentulah aku nak pengurusan negeri yang sesuai. Kalau duit zakat pun nak songlap, apa hal.
Kerajaan Buruh dan Konservatif kat Britain pun silih berganti pegang negara. Salah satu sebab adalah perancangan polisi yang lebih baik dan penggunaan sumber yang cekap. Aku amik contoh Britain sebab perlembagaan kita kan berteraskan perlembagaan Ratu, kalau ambil Jepun ka Amerika ka tentulah tak sama taraf padangnya gitu. Jadi elok kita ambil negara yang sentiasa jadi rujukan kita. Tak penah pulak aku dengar Margaret Thatcher tuduh rakyat Britain tak bersyukur pada kerajaan bila parti Buruh menang dulu. Jugak takdak pulak kedengaran Gordon Brown kata rakyat Scotland lupa jasa kerajaan Buruh bila Parti Kebangsaan Scotland memenangi pilihanraya lepas. Dan tak pulak aku dengar peruntukan kerajaan pusat dan royalti minyak dari telaga minyak di Aberdeen tidak disalurkan kepada kerajaan pimpinan First Minister Alex Salmon. Parti mana pun menang, rakyat marhaen macam aku tetap akan berkhidmat macam biasa, cuma kami ini mengharapkan pengurusan sumber yang lebih cekap serta perkhidmatan yang lebih telus.
Oh, aku memang seronok mengikuti perkembangan politik ni. Sebabnya corak pemerintahan akan bagi kesan pada rakyat macam aku. Tapi kalau kata nak masuk jadi calon ka apa tu memang mustahil la. Aku bagi sokongan saja. Nak bertanding, aku rasa tak sesuai sebab tak mau jadi liabiliti nanti. Bila satu-satu calon bertanding, segala macam sejarah hidup dia orang siasat. Aku pulak tak mau la nanti sapa-sapa dok bercerita pasal aku secara terbuka, macam mana sekolah aku, universiti aku, kerja aku dan hidup aku dibincangkan secara terbuka. Jadi, kalau dah tau rugi jangan la melabur kan.
Saturday, March 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Setuju pasal YB Dr Shafie. Dan juga Tian Chua. Seorang lagi yang aku boleh letakkan sebagai pejuang rakyat sejati ialah Dr Hatta. Dan dia juga akan memeriahkan Parlimen nanti.
Erk... perasan tak kebanyakan pimpinan pembangkang yang dihalang dan ditangkap dalam usaha untuk ke Parlimen hari tu... telah dihantar dengan lesen besar oleh rakyat. Tian Chua, Dr Hatta, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Lo' Lo, TG Hj Hadi dll.
Setuju jugak dengan Dr Hatta. Sorang lagi penghuni lokap/ISA tegar adalah Saari Sungip yang menang di Hulu Kelang.
Daripada 13 orang tu ada sorang dua tercicir, tapi majoriti terpilih. Lepas ni nak masuk Parlimen tak payah ler bersoal siasat dan dikepung polis lagi. Kasi can orang lain pulak memberuk di jalan raya.
Aku pernah borak Dr Shafie dulu. Dia komplen sebab MPK tak layan dia. Memang frust sangat-sangat. Tapi aku cakap kat dia he has no choice but to turun padang selalulah. Thats the only way nak dekat dengan orang ramai. Cuma yang problem theres nothing much he can do about public complaints sebab apa2 peruntukan pun datangnya dari MPK.
Tak dapat parking space tu tak apalah sebab kat MPK tu ada padang besar memang tempat orang parking pun bukan budak main bola.
Oh aku cover gak meeting MPK dulu. Memang melawakkan dan sesuai untuk tidor.
khairyn,
sebab tu sebagai warga bangi aku tak komplen sangat dengan pembangunan ke kemudahan ke apa...tapi bila ba dah pegang selangor ni, harapnya dapat ler dielokkan jalan fasa utama fasa dua tu, dan lampu2 dekat smkbbb, senang sikit aku lalu situ kalau balik dr pasar mlm, gelap2 ni bahaya
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment