Free Delivery on all Books at the Book Depository

Tuesday, April 01, 2008

Tragik!

Gambar Daily Mail

Rasanya satu UK dan Malaysia sedia maklum pasal Sufiah Yusof. Di UK dia memang popular sebab masa dia dapat offer di Oxford pada umur 13 tahun, dia merupakan pelajar paling muda. Dan kita di Malaysia pula tumpang bangga sebab dia ada ler asal-usul di Malaysia melalui mak dia walaupun hakikatnya untuk sebarang berita dia dan keluarga dia di UK ni nama Malaysia tak penah naik pun.

Daily Mail menyiarkan komen mak Sufiah bahawa dia memang tak tau pun Sufiah dah memilih jalan hidup yang begitu sebab dah lama putus hubungan. Dan aku boleh sahkan Kak Halimahton bercakap benar yang sebenarnya. Sufiah melarikan diri pada tahun 2000, masa aku berkenalan dengan keluarga Sufiah tahun 2001 mereka sedang bergelut dengan kes Sufiah. Kata Kak Halimahton penjaga Sufiah pada masa tu bagitau derang sedia memulangkan Sufiah kepada keluarganya dengan syarat keluarganya bersedia untuk dirakamkan aktiviti seharian sebab katanya ada pihak cuba mendapatkan rahsia regim latih tubi tu. Dan ada jugak berita yang Sufiah sendiri tak mau balik sebab tak tahan dengan regim latih tubi yang diasaskan oleh ayah dia. Jadi pada masa tu bila orang dok mengata yang keluarganya terlalu mengawal anak-anak, Kak Halimahton cakap orang yang mengata tu tak berada dalam situasi keluarganya. Kami yang ada mendengar saja ceritanya, lagipun aku masa tu tak tau sangat cerita mana nak dengar. Malas!

Adik-beradik Sufiah yang lain ada bersama masa tu. Kakak dan adik lelaki dia tengah study kat Warwick, dunia budak berdua ni cuma rumah dan perpustakaan. Dari pagi sampai ke malam belajar, balik bila perpustakaan tutup. Adik kecik dia masa tu lebih kurang 7-8 tahun, tengah buat persediaan untuk ambik A Level. Macam tak percaya. Mendengar cara belajar budak-budak tu, aku berpendapat sebenarnya derang bukanlah genius sangat. Kalau dari kecik dok buat itu je, memang la cekap kan.

Anyway, yang aku tau pada masa tu keluarga dia memang dah lama tak berhubungan dengan Sufiah. Dan dia bukanlah berkahwin secara Kristian seperti satu khabar angin tu. Suaminya Jonathan memeluk Islam, aku dah ada kat Malaysia masa dia kawin tapi pasangan ni ada datang rumah kawan aku berziarah. Aku difahamkan bekas suaminya yang menggalakkan dia bertudung dan menghayati Islam dengan lebih baik. Dan kawan aku ni la yang frust pulak dengan berita ni sebab Sufiah dulu memang banyak berhubungan dengan dia.

Sufiah dan Jonathan : 2004 (Gambar daripada Daily Mail)

Aku dah tanya kawan aku mana tau dia masih ada berhubungan dengan Aisha kakak Sufiah tu, tapi katanya dah lost contact la pulak. Punah harapanku.....

Aku tak dapat nak bayangkan apa la yang budak ni fikir bila dia pilih nak kerja ni. Agaknya nak mencuba pelbagai jenis kerja la kot. Dia penah jadi tukang basuh pinggan jugak. Mungkin jugak dia perlukan duit lebih banyak untuk buat Masters di London tu. Nak kerja pembantu domestik ni berapa sangat la upahnya. Tapi, ramai budak-budak universiti kat sini memang buat kerja ni untuk dapatkan duit belanja. Agaknya masa fleksibel jadi boleh ler plan untuk masa belajar, tambahan pulak kat sini kerja ni dihalalkan oleh perundangan asal saja derang bayar cukai.

Ditambah lagi dengan didikan dan disiplin ketat yang diterima di rumah, dia mungkin berasa ingin menikmati kebebasan yang ada walau dengan cara yang salah dan pelbagai risiko mendatang. Hanya Dia dan dia saja yang tau.

Oh, dalam berita dalam News of the World mahupun Daily Mail ataupun berita-berita lain sebelum ni, nama Malaysia langsung tak disebutkan kerana hakikatnya dia bukan warga Malaysia cuma dia disebutkan sebagai a strict muslim, walaupun aku tak berpendapat keluarganya begitu dulu. Dan kalau tak sebab nak dapatkan biasiswa di Malaysia, agaknya sampai sekarang keluarga dia tak bergaul pun dengan orang Malaysia.


Terkini: Komen bekas suami Sufiah.
"The reason we split was that I became more observant and Sufiah became less so.

"That took her in the wrong direction, away from the direction in which I wanted to go. The teachings of Islam are fundamental to your everyday life, so when paths diverge in that respect it is a major issue.

"She was confused, really. She didn't know quite what she wanted. She wasn't ready to settle down. Basically, she wanted to be a student."

Baca lanjut di Daily Telegraph

Terkini II: Kawan aku bagitau family derang semuanya dalam keadaan ok (tenang la kot) dengan kedua-dua kes ni. Dalam berita pun cakap Kak Halimahton tengah nak failkan perceraian. Memang dah lama lost contact ngan Sufiah lebih kurang 3 tahun, dan berita perceraian Sufiah pun diketahui daripada bekas suaminya. Tu je rasanya yang boleh dibincangkan kot, nak cerita banyak pasal Sufiah pun derang tak de berita pasal dia. Nak cerita pasal kakak dia pun, takde kaitan huhuhuhuh

7 comments:

khairyn said...

dia yang pilih jalan hidup macam tu. Harap pintu taubat masih terbuka untuk dia.

Dan kau.. teruskan usaha untuk dapatkan maklumat tambahan! hahahaha

akirasuri said...

He he he..
Saya tumpang baca :D
Nanti datang lagi untuk cerita lebih panas..
Hahak!

akuatik said...

khairyn,
komuniti muslim manchester tu besar jugak, harap ada yang ambil inisiatif

akirasuri,
takde citer panas apa pun, famili pun tau berita dia daripada sotkabar je, kiranya kita lagi advanced daripada famili dia huhuhuhu

Sofinee Harun said...

Akuatik,

Akak dulu kat Coventry 1999-2007. Sekarang di North East of England..Mungkin kita biasa jumpa..akak tak sure.

Mimiamilia said...

kita doa sufiah sedar dan kembali ke jalan yang benar..

tu jer yg mampu buat masa ni.

akuatik said...

us,
terima kasih dtg ke sini. saya dah gi blog sana. saya kawan liza shafizal, tinggal kat cambridge st. dekat masjid hijau, belakang stoney stanton tahun 2000-2001. rasa kita penah jumpa kat medina road or rumah baru liza yg dekat stoney stanton tu.

mimi,
yup doa untuk dia dan lain-lain yang masih keliru.

Anonymous said...

Salam

Itu ke cerita nya...panjang lebar jugak ye. Tak sangka ex-husbnd Sufiah lebih baik dari dia.

Kesian.