Free Delivery on all Books at the Book Depository

Wednesday, April 02, 2008

Hero Sufiah

Hohohohohoho agaknya KL dah bersih dari jalangan...agaknya semua rakyat Malaysia dah cukup kemampuan untuk belajar....sampai sanggup nak ke Manchester semata-semata nak cari Sufiah. Ini bodoh..bodoh..bodoh..bodoh sungguh depa ni, budak tu dok kat Manchester bukannya kat John O' Groat atau Isle of Man yang susah nak cari muslim atau masjid langsung.

Agaknya depa ingat orang Islam di sini tak wujud kot, sampai perlu bantuan terus dari Malaysia. Tak payah la menteri-menteri tu nak tumpang datang bershopping dengan penajaan penuh. Berapa ramai pelajar Malaysia kat Manchester. Berapa ramai orang keturunan Pakistan, Arab, dan Afrika kat situ. British Muslim pun ramai. Serahkan usaha tu pada masyarakat setempat.

Nak bagi dana untuk dia study, ingat budak tu cam depa ka. Dia tu rakyat British, kalau dia nak boleh aje minta berlambak-lambak fund kat sini, elok bagi je bantuan pada rakyat Malaysia yang nak sambung belajar tapi tak mampu. Kalau dia nak dapatkan bantuan masalah sosial dia tu, berapa banyak NGO yang ada kat sini yang terlibat dalam social works.

Eh, bukan ke hari tu timbalan menteri tu jugak yang cakap kalau dah darurat hukumnya jatuh harus, hmmm

KUALA LUMPUR 1 April – Kerajaan hari ini memulakan kempen ‘Selamatkan Sufiah’ bagi mencari kaedah untuk membantu menyelamatkan gadis pintar matematik itu yang kini dilaporkan menjadi pekerja seks di Manchester, London (sejak bila Manchester dekat ngan London ni, baik letak Manchester, Edinburgh je lagi dekat).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi memberitahu kempen yang diketuai oleh timbalannya, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim diyakini dapat menyelesaikan segera masalah gadis itu.

‘‘Kita kasihan. Sufiah gadis bijak. Kita akan bincang cara menyelesaikan isu ini secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Yadim di sini hari ini.

Hadir sama Dr. Mashitah dan Yang Dipertua Yadim, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad.

Semalam, akhbar tempatan menyiarkan kisah malang gadis genius itu yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, yang dipetik daripada tabloid News of the World.

Tragedi itu didedah selepas wartawan terbabit menyamar sebagai pelanggan di flat murah yang didiaminya di Salford, Manchester.

Tambah Ahmad Zahid, kejadian malang yang menimpa gadis yang pernah menjadi kebanggaan negara perlu diberi perhatian dan dia wajar mendapat perlindungan segera.

‘‘Kita mahu Sufiah dibela. Kita akan fikir caranya. Membawa pulang atau mencari dana menyara pembelajarannya.

‘‘Kita tidak mahu kehidupannya terus dibelenggu dosa. Apa yang terjadi kepada Sufiah sepatutnya boleh dielakkan,’’ jelasnya.


Oh, terlebih emosi pula aku ....

14 comments:

Yana said...

cik kak,
angin aih pagi2 buta..kekkeke..
tapi apa2 pun, kami pun sependapat ngan ampa..
masalah sosial pelajar2 SEKOLAH(bukan uni pun lagi) dah tahap bernanah..ni nak pi jauh2 nu nak tolong org..mcm UK tak dak org nak tolong sufiah..

Sofinee Harun said...

Em...betul sangat2. Sokong 100%. Orang islam kat UK ni sembahyang jemaah pun macam sembahyang Jumaat. Betapa ramai dan berpusu2.

LAgi pun, betul. Sufiah tak perlu jual tubuh nak bayar yuran. That's is so underestimate statement. She's not even Malaysian citizena and she can't be one because Malaysia only allow one citizen at the time.

Dan memang jangan nak harap kat Malaysia boleh dapat all sort of benefit macam kat sini. She do that job not because she desperate. Because she just lost her self. Kalau nak bantu dari segi akidah, as a muslim, well, we can't say no and it's everybody responsibility. Tapi..baik tolong banyak orang lain kat MAlaysia..like you said..

Sokong 100%!!!

Anonymous said...

Tolong org sesama islam tak salah. Tapi byk lagi budak kat m'sia yg pandai dan bermasalah. Kenapa tak tolong mereka dulu sebelum tolong Sufiah? Dia bukan rakyat m'sia pun. Bukan lah apa tapi kite ni suka sgt mengagung2kan org2 mcm ni. Mmg kerajaan suka membazir duit rakyat. Duit cukai rakyat malaysia bukan rakyat britain. jadi tolong dululah org kita sebelum sibuk2 org lain.

khairyn said...

oit oit

suhu naik boleh genius ka?

hehehe.... ni dia semut sebesar err semut tu nampak je.. gajah sebesar err mak gajah tu buat derkkk jer.

tuuu kat UM tu berapa ramai jadi call girl... tak moh plak depa tarik ke siratul mustaqim? Pasal pa? Pasal mereka bodoh matematik ka? Orang dok 1+1=2 depa kira 1+1=3 atau 3+1=2 kakakaka

Anonymous said...

Ahaks!
Jihad depan mata tamau buat lagi mau buat jauh-jauh..
Gila kuasa betul.. gila populariti..

Anonymous said...

Salam

Aku rasa tak payah la tolong budak sufiah tu, dia dah besar dah, hari tu dok perabih duit krjaan Msia bnyk dh...baik la tolong melayu yg melarat kat tanah air sendiri..aiya apa pasat depa ni...

Mimiamilia said...

kera di hutan di susukan,
anak kat umah mati kelaparan..

tak paham aku diorang ni nak menambah masalah sendiri.Kat negara sendiri pun bnyk lagi pelajar bermasalah memerlukan bantuan.

akuatik said...

kak yana,
huhuhuhu tu la dia pagi2 dah mengentry...beremosi gitu

kak sofinie,
tak tau ler apa yg derang ni fikir masa buat keputusan tu...saya pun tak paham nak kata takde akal semua berpelajaran gitu

che an,
biasa ler derang nak buat amal jariah cam kat wan aishah yg katanya keturunan mahsuri tu, nak jaga sangat rakyat org rakyat sendiri terkapai-kapai di jalanan

khairyn,
kalau panas lama2 otak jadi cair...pastu org tua2 kata kalau otak cair tu cerdik orgnya heheheheh

kiraan matematiknya aku rasa gini

sufiah (s) = [soping free (sf) + melancong free (ts)]* jumlah ahli keluarga (n), {sf>10000, ts>15000, n>4}

kalau kat mesia pulak,

call girl (cl) = [peruntukan (T) - publisiti(p)- upah duit kopi (dk)] * jumlah budak yg diupah (b)

jadi s>cl, sebab tu pakat dok ligan s(RM)

akuatik said...

akira,
jihad derang memang kena gi jauh2 sebab pahala dikira berdasarkan jumlah tapak kaki dari rumah derang ke medan jihad hahhahahha

beth,
famili dia pun senyap saja, saja la gomen kita nak bela...bukan ka temanya Tradisi Membela Rakyat...cuma kena tukar sikit slogan tu sebab budak tu bukan warga mesia

mimi,
kera macam org utan kat sepilok/rembau tu memang kena disusukan sebab dah nak pupus, manusia ni makin membiak jadi mati pun talak apa loooohhh

khairyn said...

awat prinsip matematik aku sikit punya simple, ko plak bagi yang complicated sungguh?

otak ko dah cukup spongy dah ke? hahaha

akuatik said...

dia simple operation ja, tambah tolak darab je, tapi penerangan tu yg panjang lebar, satgi kalau aku letak abc, rst saja lagi kompleks hahhahahah

otak aku separa cair hahahhah

Anonymous said...

hahaha
mantan2..

Anonymous said...

Salam. Setuju dgn posting ni. Dan paling tak faham kenapa nak hantar senator tu dtg? Fatwa dia pasal pelacuran pun masih blur. Karang lain pulak jadinya. Pelacuran dah jadi small matter pada dia. Bershopping dan makan angin pula jadi agenda utama. Maklumlah datang UK.

akuatik said...

mkay
gelak gelak satgi hang pulak tersihir tak pasai saja, dah la nak pi tempat hang tu jauh perabih duit aku saja

che an,
wsalam. sekarang ni dah start spring, jalan2 pun bess, soping pun tak lama lagi ada mid season sale..sakan ler meronda derang nanti