Mobile phones could kill far more people than smoking or asbestos, a study by an award-winning cancer expert has concluded. He says people should avoid using them wherever possible and that governments and the mobile phone industry must take "immediate steps" to reduce exposure to their radiation.
The Independent, 30 Mac 2008
Aku sebenarnya bukan la veteran sangat dalam bidang penggunaan telefon bimbit ni. Start guna 2000 sampai sekarang, telefon bimbit pertama aku daripada model Siemens. Housemate aku beli Nokia. Salah satu sebab utama aku tak beli Nokia adalah sebab dah ramai orang pakai Nokia, aku memang suka lawan arus dan aku tak suka pada orang/benda yang popular dan menjadi kegilaan ramai. Siemens ni sangat tidak popular dan banyak jugak kekurangan berbanding Nokia. Masa tu Nokia dah ada build-in antenna, telefon aku pulak ada je protrusion sikit kat ujung tu untuk menerima siaran. Agak leceh, tapi sangat simple modelnya. Pilihan nada dering pun masa tu tak sebanyak sekarang ni, kebanyakannya bunyi biasa saja.Masa awal-awal aku pakai telefon bimbit dulu dah ada kajian kesan radiasi daripada pelbagai model telefon bimbit. Yang sangat mencuakkan aku adalah model Siemens duk tempat kedua paling tinggi huhuhuhuhu. Yang pertama Ericsson, Nokia paling rendah. Tensen aku. Lepas tu tenggelam pulak kajian tu sebab timbul pulak kajian kononnya radiasi daripada telefon bimbit takde kesan mudarat sangat. Tapi memang terasa la kepanasan dan kepeningan kepala kalau lepas cakap kat telefon lama-lama. Cuma aku assume tu kesan jangka pendek saja, ala-ala kesan tengok tivi dari jarak kurang 3 meter ler.
Sekarang ni timbul balik isu ni, agaknya dah banyak kajian kesan jangka panjang kot. Yang paling cuak tu kesan jangka panjang 10 tahun.
It draws on growing evidence – exclusively reported in the IoS in October – that using handsets for 10 years or more can double the risk of brain cancer. Cancers take at least a decade to develop, invalidating official safety assurances based on earlier studies which included few, if any, people who had used the phones for that long.
Puas mengira rasanya aku belum guna 10 tahun, dan walaupun dah guna lebih kurang 8 tahun, aku tak la bergayut sampai sejam setiap hari. Tu la ayat nak menyedapkan hati buat masa ni.
4 comments:
aku start guna handphone ni dlm tahun 1995 jenama nokia. baling anjing tak mati. masuk kocek macam bawak batu bata. Jadi la ni dah 13 tahun dah guna hp. Nak kena buat MRI ke????
patutlah tahap gila aku dah meningkat ek ek ek???
aku rasa...elok ko gi buat ctscan secepat mungkin, kalau suhu meningkat takut jadi genius pulak nanti
Aku ini lagilah. Orang yang berada 'direct' dalam industri ini. Sentiasa terdedah duduk dekat BSC, BTS yang 'power'nya jauh lebih tinggi daripada MS (MS ialah mobile station, istilah yang digunakan untuk henfon kalian. BSC,BTS tu kalian cari sendiri apa maknanya, google saja GSM.)
Ada satu mitos yang berlegar dikalangan kami yang berada dalam industri ini, iaitu sukar nak dapat anak lelaki. Aku tak tahulah betul ke tidak, aku sendiri dah dapat anak lelaki. :)
ahaaa urban legend yang sama jugak aku dengar daripada org letrik, katanya kesan jangka panjang terdedah pada HV transmission radiation ni sperm count rendah dan gene kurang bermutu, sama macam kesan nikotin dan alkohol pada perkembangan genetik :)
tapi itu masalah lain, kanser ni yang lain pulak..dunia dunia
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment