Free Delivery on all Books at the Book Depository

Monday, April 07, 2008

Kek Lobak Merah

Potongan terakhir

Resepi berdasarkan yang semalam dan cadangan ubahsuai. Sila-sila mencuba.

Bahan-bahan kek:
1 1/2 cawan granulated sugar
1 1/2 cawan minyak jagung/kacang tanah (1 cawan je cukup kot)
4 biji telur
2 cawan tepung
1 sudu teh garam
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk pala
3 cawan parutan lobak merah
1 cawan walnut - dicincang kasar
1 cawan nenas tin - dicincang kasar & diperah air gulanya (jangan letak kalau tak makan nenas)
1 sudu teh esen vanilla

Caranya:
1. Pukul gula, minyak dan telur sehingga kembang (aku guna tangan, mesin takde jadi lama sikit pukulnya)
2. Masukkan tepung, serbuk kayu manis, serbuk pala, baking soda, baking powder, garam dan esen vanilla. Gaul sebati.
3. Masukkan, lobak merah, walnut dan nenas.
4. Bakar pada suhu 180/gas mark 3.5, loyang 9 inci selama 1 jam setengah, luarnya dah gelap (oven aku weng, kalau ikut masa biasa 45 minit - 1 jam je). Atau mungkin jugak cair sangat sebab lepas 45 minit aku test dok berair lagi. Kalau loyang 4 segi tak pernah buat, 13x9 cukup kot.
5. Biarkan lebih kurang 10 minit sebelum diasingkan daripada loyang.
6. Sejukkan kek sebelum sapu frostingnya.

Bahan-bahan frosting:
1 bekas keju lembut/cream cheese
1/2 cawan mentega
3 sudu teh susu segar (letak 2 jek)
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan gula icing (update: letak 1/2 cawan je, tak manis sangat dan lebih sedap)

Caranya:
1. Gaul sebati keju, mentega, susu, esen vanilla.
2. Masukkan gula sikit-sikit. Jangan semangat sangat pukul adunan ni kang cair pulak. Kalau biar lama-lama dia membeku.
3. Sapu ler pada kek.

4 comments:

shafi said...

amboiii tikah, aku tengok hang punya blog nie penuh ngan makanan jer...lapar lak aku...apapun aku tengok rupa carotcake ko tu ...rasa cam sedap. Aku sini makan kek beli jer lah...habih rajin pun cekodok segala supercheff skill yang aku earn di Uk dah gone...wei aku respect kat hang ada blog..aku ada tapi biasanya firts page jer wujud...wei buku aku dah ada kat amazon ko cari ler author "sevia idrus"...beli buku aku tau...

Edward Ott said...

sounds delicious.

Haniss said...

Amboi sedap aih kek karot..potongan terakhir tu habuan aku ka.....

khairyn said...

kwang kwang kwang

aku berjaya menghabiskan potongan terakhir walaupun mengambil masa lebih 3 jam lalalalalala

buat lagi!