Free Delivery on all Books at the Book Depository

Monday, April 14, 2008

Sibuk

I. St Mungo Museum of Religious Life and Art dan Glasgow Cathedral
Sebelum ni dah biasa lalu St. Mungo Museum ni. Tapi tak pernah pun singgah. Pendek kata, kalau mataku bertutup pun aku boleh kenal lokasi muzium ni dengan cathederal di belakangnya tu sekali. Muzium ni ada la koleksi artifak ngan maklumat agama-agama utama di dunia. Satu tingkat menempatkan koleksi agama-agama utama di dunia, satu tingkat lagi sejarah agama di Scotland, satu tingkat lagi ada penerangan dan sesi interaktif tentang agama, tingkat atas sekali ada koleksi "beyond visual".

Cathedral dan Necropolis

Church bahagian depan masih digunakan sampai hari ni

Glasgow Cathedral

Di kiri tu kawasan kubur, kanan Muzium St. Mungo, tengah tak tau building apa

Di belakang St. Mungo Museum ni ada Glasgow Cathedral. Belakangnya lagi ada bandar orang mati "Necropolis". Cathedeal ni sangatlah besar, ada lower church yang ada kubur St. Mungo. Satu-satunya gereja yang terselamat daripada reformasi agama Kristian. Antara sebab penentangan terhadap Katolik adalah bila semuanya terpaksa bergantung kepada paderi, dan jugak penyelewengan wang kebajikan oleh paderi, ahh banyak lagi la. Akhirnya, gereja yang utama di Scotland adalah Protestan Presbyterian, yang menghapuskan bishop daripada hirarki gereja.

II Makan-makan di Laluan Armadale
Menu kali ni melibatkan kejutan gula. Aku bakar kek keret hari Jumaat malam, lepas balik kerja. Semangatttttttt. Memandangkan permintaan orang yang bakal berangkat selepas lulus viva tanpa sebarang pembetulan ( jeles aku). Menu lain adalah cendol idaman Leyha hasil air tangan Mimi dan Khairyn (Leyha telah berjaya mengelat dengan hanya mengirimkan daun pandan sebagai wakil), lengkong longan hasil air tangan penuh kasih sayang Leyha dan krupuk ikan dan udang hasil gorengan penuh kasih sayang Mimi.



III BBC Scottish Symphony Orchestra & IRCAM - Sounds Like Music

Konsert percuma. Janganla expect lelebih kan. Ahaaa, pertama kali nak gi ke konsert yang terkenal dengan keformalannya. Ahli kongsi gelap kali ni 4 orang saja, Khairyn, Mimi, Sue dan aku sampai penat ler memikirkan baju yang sesuai. Takut salah konsep tak boleh masuk dewan pulak nanti.

Konsert ni dibahagikan kepada 3 sesi. Kami cuma masuk sesi pertama dan ketiga. Kenapa missed yang kedua? Ya, walaupun ke konsert, kami ini bukanlah insan-insan yang lalai dan leka. Solat Maghrib jangan ditinggalkan semata-mata untuk ke konsert. Kami solat di pinggiran tangga saja, takde surau disediakan bukan alasan untuk meninggalkan kewajipan huhuhuhuhu.

Sesi 1

GESANG DER JűNGLINGE (TAPE)- Stockhausen

ITTIDRA
Xenakis (1922-2001)
  1. Scottish Ensemble: guest director, Laurent Quenelle
AURORA
Xenakis (1922-2001)
  1. Scottish Ensemble: guest director, Laurent Quenelle
Bunyi-bunyian yang seakan muzik. Bercampur baur alami dan sintetik. Bunyi-bunyian Stockhausen. Macam runut bunyi Dr Who, cerita sci-fi tu. Jadi bunyi-bunyiannya bercampur-baur dan agak membingitkan telinga. Suasana pun terasa macam kena campak kat satu tempat yang gelap, pastu dengar bunyi sana sini, budan menjerit, bunyi serangga dan macam-macam bunyi lagi. Yang pastinya, orang di kiri kanan aku sempat la melelapkan diri, termasukla orang depan aku sekali. Yang selang satu tempat duduk dari aku pulak dah tak sabar-sabar nak mengakhiri penyiksaan terhadap telinga hahahhahha.

Lepas bunyi-bunyi cerita sci-fi dan seram, ada persembahan Scottish Ensemble. Semua alat muziknya melibatkan string; violin, cello. Muzik daripada Xenakis; Aurora dan Ittidra. Tema muzik Xenakis adalah kosmik, jadi bayangkan la tengak segala fenomena alam tu, macam tu la muziknya. Contohnya aurora, kalau kita tengok the northern light ni cahaya dia bertimpa-timpa kan, macam tu la bunyinya hahahahaha. Jangan harapla Aurora ni bunyi dia macam lagu Caruso yang sedap tu okeh!

Sesi 2

METALLICS

Yan Maresz (born 1966)
  1. Laurent Bômont, trumpet
  2. Xavier Chabot, Ircam computer music design
  3. Gilbert Nouno, Jérémie Henrot, Ircan sound realisation
  4. Electronics, Trevor Wishart
  5. Electro-acoustic compositions by Trevor Wishart

Takleh nak komen sebab tak masuk pun!

Sesi 3

EXCERPTS AND 2 INTERLUDES FROM WAGNER DREAM (UK PREMIERE)

Jonathan Harvey (born 1939)
  1. Claire Booth, soprano
  2. BBC Scottish Symphony Orchestra, conductor Ilan Volkov
  3. Ircam computer music design: Gilvert Nouno; sound engineer: Jérémie Henrot (Khairyn, ni mamat yang hensem tu kan)
Muzik daripada Scottish Symphony Orchestra. Ada soprano lagik! Temanya adalah cerita yang berada antara mimpi dan realiti, perbualan antara Ananda dan Prarakti. Jadi, muziknya melibatkan pengaruh Buddha, ada la bunyi loceng dan buluh semua tu. Interlude siap ada guruh kilat semua la. Dialog antara Ananda dan Prarakti ni lebih kepada Prarakti yang mencari cinta dalam kehidupannya dan kemudiannya menemui cinta melalui Ananda kepada agamanya. Dialog disampaikan melalui nyanyian soprano. Terasa cam tak masuk la soprano dalam bahasa omputeh ni, tak sampai gitu. Sebab bahasanya ringkas dan banyak guna konsonan di akhir perkataan. Jadi lagunya macam tiba-tiba saja mati. Tak macam lagu dalam bahasa Itali atau Sepanyol, ada kesinambungan gitu. Erkkk tak tau nak describe, kesimpulannya aku rasa lebih sesuai lagu kalau soprano elok bahasa Itali saja, lebih merdu gitu. Pastu letak je terjemahan lirik tu. Tapi kalau tenor cam Josh Groban atau Andrea Bocelli nyanyi lagu omputeh sedap jugak kan. Atau mungkin jugak sebab nyanyian Claire Booth ni macam tak kena ngan lagu...


IV Makan-makan di Jalan Duke
Sesi kejutan gula lagi. Donut yang Leyha beli di London. Glasgow takde nih. Kampung gila ahhh Glasgow ni. Tu yang aku suka tu. Orang kampung lebih mesra ...cam aku hehheheheh. Menu lain Leyha sediakan adalah burger ngan jus oren. Tu pun tolong bakar dagingnya je, lain aku buat sendiri huhuhuhu


Donat yang Leyha beli dengan penuh kasih sayang sebanyak 3 dozen di Krispy Kreme, KL


Aku ingat ni donut bersalut coklat, rupanya 100% coklat bersalut icing


Hidangan dinner di rumah Leyha, roti tu sejuk je, takleh panaskan ngan butter, Leyha tak bagi sebab dia dah siapkan dia nyer burger tanpa panaskan roti ngan butter. Jadi takleh ler dapat keju yang meleleh cam lava tu

6 comments:

leyha said...

Alaa..Kalau takde daun pandan tu, tak cukup sifat cendol jadiknya. Maka, berjasalah leyha dalam pembuatan cendol itu walaupun sekadar pembekal daun pandan. Hehe. :D
Yelaa..Burger tu haruslah dikau buat sendiri sebabnya daku takut tak sempurna syarat sah burger nanti. :P

Mimiamilia said...

wei...mu makan tak ajak aku sekali
huwaa!!!

khairyn said...

aku pung!!!!

ini tidak adil!

akuatik said...

leyha,
daun pandan ada lagik kan, nasi lemak sambal sotong okeh, kalau jadi kita buat periuk bertuah lagi di rumah leyha huhuhuhuhu

mimi,
bukan ke leyha dah kirimkan donat kl tu kat kg dennistoun? ke terkilan sebab beger tu, erkkk simpan je ler terkilan tu dalam lemari, rasa beger tu cam sandwich sejuk je, dia tak kasi panaskan roti apa semua sebab dia nyer dah siap, biar makan beger sejuk sesama katanya

khairyn,
oittt tadi kan dah makan satu donut tu, tak cukup ke

13may said...

bestnya cendoi!

:D

leyha said...

Akuatik,
Daku rasa baik kita berpesta mee hoon lah daripada nasi lemak. Mee Hoon Sup laaaaagi best! Hihi.
Alaa roti burger sejuk pon best tau! :P

Khairyn & Mimi,
Waduh..waduh..daku kan dah bekalkan si KrispyKreme tu sama rata dong! Sungguh adil gitu...Ke kempunan burger? Kalau mau burger, ketuk saja pintu rumahku ini. ;)