Free Delivery on all Books at the Book Depository

Friday, April 11, 2008

Kabur Kabus Kabut

Baru lepas jumpa Xiu. Patutnya semalam, tapi setengah jam aku tunggu, rupanya dia tengah mesyuarat. Ya, setelah sekian lama kali terakhir jumpa dia di Hainan masa naik teksi balik sekali ngan dia bulan satu hari tu, ni la baru aku jumpa dia. Kalau supervisor Vanitha tiap-tiap minggu nak jumpa untuk laporan mingguan, Xiu memang sungguh rileks dan konpiden dengan aku. Tak dak rasa cemas langsung dengan aku yang terasa macam separuh lemas dan gila ni. Tak dak rasa nak tanya idup aku camna, ok ka tak ok. Aku pun moskel agaknya muka aku ni kena ubah sikit jangan nampak konpiden sangat. Kena berbotox la gamaknya...

Berita postitif katanya, artikel aku terpilih untuk diterbitkan dalam jurnal, tapi kena tambah lagi la keja. Waaaaaaa.....terasa expressionless sungguh depan dia tadi, nak bagitau aku dah tak konpiden, dia cakap tajuk aku dah terpilih sebab ada potensi bidang baru. Aku dah mula tak ketahuan menatang apa nak tulis nanti. Tensennnnnnnnn!!!!!! Hmmm...rasa cam nak pi tengok teater la wiken ni cari idea.............

3 comments:

Mimiamilia said...

ohh patut la ajak berkonsert!

akuatik said...

ahaaa Miss D Doors tadi menonong je gi amik tiket, dah lepas amik tiket baru teringat kawan2 ahli kongsi gelap lain, pastu terasa lapar walaupun pagi tadik dah baham nasi. Lps amik tiket untuk ahli lain aku ngan khairyn pi makan ayam kat galsgow fort huhuhuhu

khairyn said...

fuh! aku dah 'termuak' dengan ayam hari ini.

err.. botox kena suntik kat dahi banyak2 la kalau nak nampak blur. Biar kening jauh. Tapi kalau dah kening jauh bukan jadi macam blur jadi macam ekspresi terperanjat la plak. Huh!

Konser dan lepas ni ahli kelab kongsi terbaru - cik leyha, mengajak menonton mamma mia la plak Abba Abba!