Free Delivery on all Books at the Book Depository

Sunday, March 30, 2008

Projek Leyha

Dan ni pulak projek selepas makan-makan di rumah Leyha yang mengidam nak makan karipap. Daripada semua proses nak buat karipap tu yang dia tau nak goreng saja, huh. Tu pun kena paksa mencanai tepung, kalau tidak harus ler semuanya aku yang buat. Lagi mau demand. Siap suruh aku highlight pulak yang dia ler pencanai dan penggoreng. Tu yang macam-macam bentuk ada daripada pokok krismas sampai ler ke kotak kasut huhuhuhu...



Hasil kerja tangan bangku Leyha menggoreng karipap. Kedekut sungguh, minyak nak goreng karipap pi guna minyak bekas goreng daging. Dan karipap yang leper macam lempeng tu Leyha punya kerja jugak, bila kelim tak jadi dia suruh aku repair.



Ni pulak spanish omelette, penyediaan oleh housemate dia. Sebenarnya aku rasa tak la spesel mana pun tapi Leyha beriya-iya cakap spesel sebab taruk kentang tu.


Leyha rasuah aku dengan sekotak coklat, konon la tu kata hadiah besdey heheheheh

Sirah Rasul


Errr gambar masa ceramah takde sebab aku khusyu` menghayati. Ni semua gambar lepas ceramah. Aku tak kenal pun sapa yang berceramah sebab ruang muslimin dan muslimat dipisahkan. Bukan penceramah seperti dalam poster tu, pertukaran pada saat-saat akhir.


Sesi tapau menapau




Malas

Satu

" Awak bawak apa nanti?"

" Tak bawak apa pun. Ingatkan semalam nak buat kek keret. Tapi balik kerja penat sangat pulak. Tengok la kalau rajin karang singgah la Marks & Spencer beli kek ke apa ke."

"Akak pun penat balik keje semalam. Pagi ni baru masak semua."

"Tu la penat pulak. Tu yang tak jadi."


" Kau ni kan, orang lain semua masak nasi le ayam ler kau je takde apa-apa. Beli ler apa-apa bawak nanti, bla bla bla bla..."

" Ye la ye la ye la karang orang singgah ler beli apa-apa kat city centre tuh."


Huh!

Dua

"Awak masak apa akak tak sempat nak merasa tengok-tengok semua dah habis."

"Huhuhuhu saya masak kek je."


"Oh, ye?"

"Kat Marks & Spencer hehehehe."



Tiga

Sila sila


Saturday, March 29, 2008

Padang yang lebih hijau

Mary minta aku gantikan Angela masa dia bercuti nanti. Memandangkan Angela dah pindah ke bangunan baru, hari ni hari pertama dia situ. Hari ni jugak Mary bawak aku ke sana sebab nak tunjukkan tempat baru tu.

Dalam perjalanan balik ke Dental Hospital tu Mary dok bercerita pasal anak perempuan dia yang kerja sebagai penyelidik di Caledonian. Anak dia Michelle ni gila belajar. Dah ada PhD, sedang buat post doctorate research sambil buat MPhil satu bidang yang lain dan bercadang nak ambil degree perakaunan pulak. Macam nak gila Mary dapat anak camni sampai dia cakap selalu gak terfikir betul ke budak tu anak dia hahhaha ntah apa-apa saja makcik Mary ni.

Mary cerita anak dia pernah mengajar sementara kat Shawlands Academy tapi lepas tu berenti sebab tak tahan. Dia kata bebudak ni tak minat nak belajar. Michelle pernah halau bebudak tu duduk kat koridor (teringat pulak koridor-koridor di Malaya sana) sebab dok bersembang dalam kelas sampai kena tegur ngan cikgu besar bila nampak ramai bebudak berdiri di luar kelas. Hari pertama dia di Shawland Academy dah berlaku pergaduhan sampai ada kes tikam menikam. Dia kata bebudak ni - animals.

Dengan kerja yang sekarang pun dia ada jugak kena masuk kelas sekali-sekala. Dan Michelle pernah halau keluar satu kapel tengah yang ganggu lecture dia. Tak pulak aku tanya Mary apa kapel tu buat, tapi Michelle bagitau dia halau kedua-dua pelajar tu dari lecture hall.

Lepas tu Mary bagitau dia penah tengok satu dokumentari pasal pengajaran-pembelajaran di Malaysia. Dalam kelas bebudak duduk dengan penuh tertib. Bila cikgu tanya soalan pakat-pakat angkat nak jawab. Dan Michelle pun bagitau dia, sepatutnya bebudak di Britain ni ikut contoh kelakuan bebudak Malaysia tu la. Jadi perspektif Mary dan Michelle terhadap Malaysia ni rupanya sangat tinggi, tetambah pulak dapat jumpa orang Malaysia cam aku ni.

Aku cakap kat dia di Malaysia pun sama saja. Ada jugak bebudak samseng cam kat Shawlands Academy tu. Kadang-kadang bebudak ni jadi camtu sebab pengaruh persekitaran, ibu bapa pun serah tugas mendidik anak-anak kat cikgu-cikgu di sekolah. Tapi bila anak kena hukum pulak terus nak saman ler report polis ler...macam-macam jugak kerenahnya. Terkejut ler Mary pasalnya selama ni dia ingat bebudak Malaysia ni semua berbudi bahasa dan bersopan santun macam yang dia tengok dalam tele tu. Dah la dia dok plan pindah ke Malaysia atau Thailand lepas pencen sebab hari tu dok tanya harga rumah kat Malaysia.

Yang di Malaysia pulak pakat-pakat dok puji sistem sekolah kat sini, pasalnya sistem lebih terbuka dan membantu perkembangan pemikiran bebudak. Yang kat Malaysia dok komplen bebudak ni sampai takdak masa nak bersenang-lenang pasalnya dok ligan nak dapat 100 A dalam periksa. Siang malam sekolah la tusyen la kelas agama la kelas muzik la akademi khayalan la. Yang disini pula komplen pasai kerja bebudak tak banyak, Mary kata masa Michelle kat sekolah dulu dia terpaksa beli buku-buku tambahan sendiri untuk bagi kerja tambahan kat anak dia. Sebab kerja berjadual sebulan Michelle siapkan seminggu saja. Macam-macam!

Friday, March 28, 2008

Nasi minyakku



Terima kasih pada Mimi dan Sue yang sudi memeriahkan majlis. Juga terima kasih pada orang jauh yang sudi melayan dan menghiburkan hati yang bengang dan bengong. Kalau bengong itu masih bersisa, mungkin nanti akan kumasak nasi kerabu pula huhuhuhu

Tuesday, March 25, 2008

Bengong!

Considering the importance of understanding customer requirements in designing new products, a decision support system is required to provide alternatives for a design engineer to gain insights into every design solutions. The support system helps the design engineer by capturing customer needs into product design specifications. There are three different tools used in this process; Quality Function Deployment (QFD), Analytical Hierarchical Process (AHP) and Fuzzy Set Theory. QFD is a comprehensive system aims at satisfying customer requirements by translating qualitative requirements into quantitative product design specifications. However, QFD itself is unable to prioritise the requirements, hence AHP and Fuzzy Set Theory come into use.

Huh!

Monday, March 24, 2008

The restless mind

Your mind is in a restless state, which only travel could satisfy


Kata fortune teller aku melalui fortune cookies semalam. Aku mengadakan sedikit majlis makan malam liar menyambut ulangtahun diri sendiri. Dah lama sebenarnya tarikhnya, tapi kata orang dulu-dulu, biar lambat asal selamat.

Ahli majlis senat 6 orang; orang rumah aku mestila kena bawak sekali, Khairyn, Mimi, Sue dan Leyha. Bertempat di Lemon Tree (makanan Cina), kami berkenduri sakan. Pertama kali mengunjungi kedai makan tu, sudah dibuat bagai rumah sendiri. Makan dan borak-borak seolah kedai tu ditempah untuk kami berenam saja. Oh, ada sedikit kelecehan kedai ni. Hanya wang tunai diterima untuk bayaran, selain makan luar tak dibenarkan dibawa masuk. Kalau agak-agak nak masak sendiri sila makan di rumah saja, atau gi berkelah di Glasgow Green huhuhuhu

Lepas 2 jam, orang pun dah makin ramai. Takkanla nak sembang macam kat kedai mamak pulak kan. Khairyn cadangkan aku dan orang rumah pi rumah dia untuk menyambung sembang, lagipun malam masih muda. Tapi orang depan aku dah pandang semacam je, tanda tak mau la tu huhuhu. Terpaksa ler ikut kata orang rumah, kami berpisah di depan kedai selepas membaca ramalan tuah masing-masing. Macam kena je dengan setiap orang yang dapat tu. Tapi janganlah dipercaya sangat akan ramalan tuahmu itu Khairyn, walaupun aku tiada sebarang halangan untuk bawak ko ikut serta dalam pengembaraanku mencari ketenangan minda itu. Mimi, Khairyn dan Sue katanya ikut Leyha balik, aku pulak terus balik rumah walaupun bertentangan dengan kehendak hati, sabar sabar sabar je la...

Friday, March 21, 2008

Di mana kan kucari ganti

Mary tanya lagi sama ada dah jumpa ke tak orang untuk ganti tempat aku. Adeh! Payah sungguh la makcik ni. Mana nak cari pekerja yang rajin dan dedikasi cam aku ni. Species hidupan terancam.

Bukan tak mau tolong carikan pengganti. Tapi si Mary ni cerewetnya ya ampun. Aku pun sejak kerja dua kali dia buat inspection, dua-dua kali tu jugak aku fail. Tapi boleh la dipertimbangkan sebab masa tu aku tengah buat kerja 2-3 orang. Nak minta kerja pun cerewet jugak. Orang lain cuma minta nama, alamat dan nombor telefon referee, dia minta surat siap dengan letterhead. Ingat senang ka orang Malaysia nak dapat dua surat sokongan dengan letterhead tu. Tambah-tambah kalau yang datang menemani pasangan tu. Mana mau cari surat sokongan rasmi tu. Lainla kalau dia terima surat sokongan yang ada kepala surat daripada alif, mim, nun, wau - sarkis hehhehe.

Kata si Canny sebelum dia masuk kerja, ada kawan dia yang pernah kerja di Dental Hospital jugak. Tapi tak lama, budak tu lari sebab tak tahan dengan beban kerja. Kawan dia memang dah bagitau awal-awal kerja di situ memang banyak sangat. Oh, patutla dia kagum sungguh bila tau aku dah setahun lebih kerja di situ.

Aku pun bercerita kat Canny. Memang la, kerja tu memang teruk sikit. Kalau kerja biasa satu hari 3 jam, dimulai dengan kutip sampah, lepas tu hoover, sapu, bersihkan abuk, mop dan cuci tandas. Kalau kena cuci makmal lagi la, kena scrap buang wax yang derang guna kat meja, lantai pun ada. Kalau klinik pulak lagi leceh sebab pesakit datang hari-hari. Cuci tandas pulak kena buat semua sampai ke tingkap, soap dispenser, towel dispenser dan paip pun kena bersihkan habuk. Dah tu nak kena bersihkan bilik kerusi meja pun kena jaga. Buffing pulak kena buat selang sehari; Isnin, Rabu dan Jumaat.

Yang teruknya kalau kena ganti orang lain yang cuti ataupun bila staf tak cukup, kerja jadi berganda, masa tetap 3 jam. Mau tak pengsan aku. Kalau kena buat tingkat 8 dan 9, sakit kaki aku bila kena sapu tangga, dah la setiap tingkat ada dua tangga, jalan kutip sampah pun kena pantas sebab banyak pulak bilik nak kena masuk. Lagi kena mop lantai sepanjang-panjang koridor dengan tangga. Jadi, secara keseluruhannya kerja di situ memang lah siksa. Staf lain dah tentulah tak tau masalah unit domestik yang sentiasa kekurangan staf, jadi expectation derang macam kita ni kerja dengan jumlah staf yang mencukupi. Kalau tak puas hati memang kena komen la. Sebab tu tak ramai yang tahan. Kebanyakannya datang dan pergi silih berganti. Budak-budak tempatan mana tahan kerja teruk. Budak-budak sini pun ala-ala budak tempatan di Malaysia la. Apa kelas mau kerja teruk, kita kan ada hak istimewa. Bezanya sini takdak hak istimewa tapi dapat benefit kalau tak bekerja atau ada anak. Kebanyakan yang jadi staf tetap pun dah veteran belaka. Yang semuanya dah malas nak cari kerja tempat lain.

Masa mula-mula kerja dulu rasa nak berenti pun ada. Tak tahan dok scrap meja dan lantai, nak kena sapu dan mop lagi. 5 makmal pulak tu. Seminggu dua tu badan memang sakit-sakit, tangan dah kematu. Kalau tidur tu tangan takleh nak gerak-gerak dah. Ada jugak aku mengadu pada Kakji, Tetah dan Kak Fah. Hahahahah biasa la kan dah ngadu mesti la depa suruh berenti saja. Ikut hati memang nak berenti, tapi mengenangkan aku kerja di situ pun dengan recommendation Baha, tak sampai hati nak memburukkan nama Baha secara khususnya, dan Malaysia secara amnya, ahaks. Aku siap kirim losyen susu kambing kat Kak Fah, buat pemanas urat dan otot tegang. La ni 3 botol losyen pun dah nak habis, minyak kapak botol besar pun dah habis separuh, krim otot yang aku beli kat sini pun dah habis. Tak sangka pulak aku boleh bertahan sampai la, Baha sendiri pun kagum sebab dia pun keja tak lama di situ. Bila nak berenti rasa berat pulak, sayang duit gaji tu la yang utamanya, bukan senang nak dapat sebanyak tu seminggu. Lagipun yang aku suka keja di situ adalah suasana keja. Manager dan penyelia yang memahami. Kawan-kawan pun takdak masalah.

La ni satu masalah aku yang sepatutnya bukan masalah aku adalah nak cari pengganti. Kata Mary orang Malaysia yang penah keja yang dia setakat ni semuanya rajin-rajin dan dedikasi. Jadi dia berharap sangat aku dapat cari pengganti orang Malaysia jugak. Adoi la......

Thursday, March 20, 2008

Dua budaya

Mereka di sini ada masa sangat mesra dalam reserved walaupun sifat individualistik sangat konsisten. Dan sifat ni sangatlah berbeza dengan kita di malaya sana. Mula-mula nampak sombong, bila dah kenal mesra, tapi ada masa menyibuk pulak.

Kalau pagi-pagi terserempak dengan sesiapa di flat, terus saja bertukar salam pagi sambil bertanya kabar, dan seterusnya mengulas keadaan cuaca semasa. Dan dua orang yang bertukar salam pagi tu sebenarnya langsung tidak mengenali antara satu sama lain.

Masa mula-mula aku kerja di GDHS, derang cuma tau nama aku saja. Itupun bukan sebutan yang betul, tapi aku ni jenis tak kisah. Asalkan aku tau nama aku yang dipanggil. Aku bergurau, bersembang dan bergelak tawa, tapi takdak sapa pun yang tanya umur aku, asal dari mana, tinggal di mana, bujang atau dah kawin, dan pelbagai soalan lain yang biasa ditanya pada hari pertama berkerja di Malaysia. Oh, bukan setakat di tempat kerja, di kedai cuci kereta pun ada yang menyibuk.

Lepas sebulan ditugaskan membantu Margaret di tingkat 4, baru dia bertanya sama ada aku ada buat kerja lain selain di situ. Aku bagitau dia aku masih belajar di universiti. Dan terhenti di situ. Lebih banyak bertukar pandangan tentang kerja, dia banyak menasihatkan supaya jangan terikut dengan Angela yang suka curi tulang. Aku biasanya tak banyak menokok tambah, cuma mendengar dan mengiyakan saja nasihat Margaret. Lama lepas tu baru dia tanya sama ada single, live in ataupun dah kawin. Tu pun sebab aku bagitau aku nak bercuti ke Belanda. Dia tanya jugak aku nak bercuti ngan sapa, aku cakap dengan kawan. "Your partner?" hohohoho aku cakap kawan biasa. Kalau cakap girlfriend kang lain pulak fahamannnya.

Masa Boom dapat duit dan hadiah krismas, bila derang tanya macam mana dia boleh dapat sedangkan orang lain tak dapat, Boom saja je jawab dia selak-selak baju hahahahahah. Di sini pun ada kasta pekerja, kalau domestik ni macam tahap bumi lapis terbawah gitu, paling rendah. Jadi staff domestik tak beramah mesra sangat dengan orang lain. Sebab tu kalau masa kerja, kalau masuk ke pejabat atau klinik yang masih ada orang, staf domestik yang tempatan biasanya ketuk pintu, cakap hai/hello dan terus buat kerja. Jadi nampak macam tak mesra pulak. Tapi kalau pekerja asing(pendatang asing dengan izin -PADI)macam aku dan Boom pulak lain, kami mesra menyapa dan bersembang. Saja nak tingkatkan penguasaan bahasa. Margaret tingkat 6 sendiri pun mengakui yang dia memang takde nak senyum-senyum, serius saja waktu buat keja. Agaknya sebab tu Boom boleh dapat kad dan hadiah, dia pulak tak dapat apa-apa walaupun kerja di tingkat yang sama. Bila aku pulak yang dapat hadiah, Margaret cakap mesti aku buat macam Boom jugak, selak-selak baju. Aku malas nak cakap apa, gelak saja. Ada sekali masa dalam lif, selain daripada staf domestik ada sorang daripada bahagian maintenance naik lif sekali, kebetulan ke tingkat sama ngan aku. Margaret kat belakang aku terus bergurau dengan selambanya cakap aku suka la mamat tu temankan aku kerja, pastu dia cakap muka aku dah merah-merah. Hoh, ntah apa-apa ntah dia ni. Aku cakap "I don't care, it's Wednesday." Dan Margaret pun gelak. Relevan ke tak ayat tu tak penting hahahahhaha.

Dalam bergurau tu tak banyak sebenarnya hal peribadi yang disembangkan, dan sampai hari ni pun aku tak tau sama ada Margaret ni single, live in together ataupun sudah berkahwin. Rumah dia pun aku tak tau di mana.

Tapi kadang-kadang terkeliru jugak aku. Nak kata kenal lama baru mesra, ada jugak yang tak kenal lama tapi dah mesra jugak. Dulu aku pernah ke kedai ikan, masa nak bayar tu aku nampak pak cik yang jaga kaunter tengah bersembang dengan orang depan aku. Rasanya pelanggan tetap la kot. Siap pakcik tu pegang tangan masa nak bagi baki duit tu. Bila sampai giliran aku, pak cik tu pun bertanya khabar jugak "Hello love, you alright?" Errkkk tapi dia pegang tangan aku yang sedang menggenggam duit. Aku menjawab seadanya terus bagi kertas harga dan duit. Masa nak bagi baki pun nak pegang tangan jugak. Aiyohhhh mesra sangat la pulak. Aku buat andaian memang pakcik ni mesra dengan semua orang la kot. Tapi lepas tu aku tanya Vee yang turut sama membeli ikan, ada tak pakcik tu pegang dia tanya khabar. Vee kata takdak pun, jual beli macam biasa saja. Dan hasil siasatan aku pada orang lain yang pernah membeli di situ, takdak pulak pakcik tu buat camtu pada derang. Erkkk muka aku ni agaknya macam salah sorang pelanggan setia dia ke....

Wednesday, March 19, 2008

Geli Mat

Hari ni baru aku faham apa dikatakan Geli Mat dek bebudak forum ni. Selama ni ingatkan ceritera rekaan semata-mata.

Timbalan Menteri di JPM

Aku ngan dia ngaji di sekolah yang sama walaupun berlainan batch. Rasanya cikgu-cikgu pun kebanyakannya yang sama jugak sebab kebanyakan adalah para veteran. Klip video ni tak bertarikh, tapi aku sangat yakin klip ni tidak mengalami sebarang proses penyuntingan hingga menjejaskan keasliannya. Sapa yang sesat dalam cahaya pun aku tak tau, tapi aku yakin teori yang dia sebutkan tu bukannya dipelajari di sekolah kami.

Tuesday, March 18, 2008

Kekacang tentang kerja

Kedua-dua Margaret bersembang tentang belanjawan yang baru dibentangkan. Tentang gaji, cukai, pencen dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Margaret muda merungut sebab dia dah tak larat nak kerja. Rasanya dia ada anak 2 orang. Tak kerja takde la duit menyara anak-anak. Bila nak kerja lebih cukai pula meningkat. Bila kerja lebih daripada 16 jam seminggu dah hilang kelayakan untuk dapat benefit sewa rumah, maknanya sewa rumah kena bayar penuh. Tapi dengan gaji kerja 16 jam seminggu pula tak cukup nak menyara keluarga walaupun katanya partnernya pun kerja jugak.

Kata Margaret senior pula macam tu lah kerajaan menghimpit golongan bawahan Dah kena potong cukai, kena potong jugak untuk tabung pencen. Kalau tak menyimpan tabung pencen nanti bila pencen takde duit pulak. Buat masa ni umur pencen di sini adalah 60 tahun, khabarnya akan dinaikkan lagi hingga 68 tahun menjelang 2050. Ini kerana jangka hayat penduduk yang semakin panjang, takut tabung pencen tak dapat menampung pembayaran la kot. Lambat lagi la nak boleh berehat-rehat di rumah sambung Margaret senior lagi. Dia ni memang berjiwa pemberontak, katanya tak pernah mengundi sebab mana-mana pihak yang menang pun takkan mengubah keadaan hidupnya. Aku dapat rasakan dia mesti tak sabar-sabar nak pencen dan berehat-rehat saja di rumah sebab dia memang jenis yang suka duk rumah saja. Cuti hujung minggu pun duk rumah, cuti-cuti tahunan pun dihabiskan dengan tidur dan berehat di rumah saja.

Aku pun menyampuk perbualan bagitau di Malaysia umur persaraan 55 tahun, boleh dilanjutkan ke 56. Dua-dua terkejut dan cakap beruntungnya rakyat Malaysia tak payah bersusah payah kerja sampai ke tua. Margaret senior cakap seronok kalau dia duk di Malaysia, dah boleh pencen dan rehat-rehat di rumah. Di sini dah tua-tua pun kena kerja lagi. Jimmy si porter tu tahun depan akan pencen, tak payah la dia bersusah payah kerja lagi.

Tu lah dia. Yang di Malaysia minta dilanjutkan, yang disini pulak berharap dapat pencen awal. Hakikatnya bukan semua yang dah pencen tu mampu bersenang lenang di rumah. Ada yang duit simpanan pencen habis dalam masa beberapa tahun saja lepas pencen, jadi terpaksa kembali bekerja. Ada jugak yang jiwanya dah sebati untuk berada di luar rumah, terasa canggung pulak kena duduk rumah jadi golongan ni pun masih bekerja lepas pencen.

Kalau di kampung-kampung, istilah pencen ni rasanya takdak kot. Ramai saja yang melebihi umur pencen masih meneruskan keja macam biasa. Orang yang meniaga pun sama. Lagipun takkan lepas pencen nak makan tidur saja di rumah, atau melepak-lepak main dam sambil membincangkan isu-isu semasa di kedai. Baikla digunakan masa untuk buat amal jariah untuk kemaslahatan ummah. Sudahnya, takdak jugakla pencennya.

Jadi, agaknya kita cuma pencen kerja bila kita berada di bawah sana. Betul la bagai dikata, kerja sampai ke mati.

Harga sebuah populariti

Aku semakin yakin dengan keputusan aku untuk tidak mencari populariti dan glemer haram. Ingatkan Irish International Universiti saja yang scam, rupanya ada lagi yang lain.

Kali pasal MB Perlis. Baru saja angkat sumpah petang Isnin 17 Mac 2008. Aku memang sejak namanya disebut-sebut aku terus bertanya sama ada dia ni bekas pensyarah ke. Memandangkan berkelulusan PhD, dan biasanya di Malaysia ni yang selalunya belajar sampai Pandai habis Dah ni adalah pensyarah yang dipaksa oleh universiti masing-masing untuk belajar demi memenuhi keperluan akreditasi. Pernah dengar Newport University Malaysia? Aku tak pernah dengar, aku cuma pernah dengar Nottingham, Monash dan Swinburne yang buka kampus cawangan di Malaysia.

Gambar para graduan dari Newport University Malaysia disini.

Disini pulak blog yang bercerita tentang kesahihan ijazah tersebut.

Dan aku cuba merayau di laman web interaktif JPA, mencari senarai nama universiti yang menerima akreditasi JPA/LAN.

Kalau ditengok senarai nama graduannya, ada beberapa nama yang aku kenal. Malangnya fail pengiktirafan kelayakan JPA tak tau pun pernah pasal universiti ni. Tapi rasanya hal ni akan tenggelam macam tu saja nanti.

Saturday, March 15, 2008

Selamat Pengantin Baru

Salam..saya akn menamatkan zaman single pd sabtu bsamaan 15hb ni..dijemput hadir ke majlis pernikahan sy di taiping. sekian -shima-

Tahniah untuk Shima dan Tasha. Lepas ni boleh dapat elaun pasangan dan anak. Aku jugak tak boleh nak minta elaun famili lagi huhuhuhuhu...

Harapan Baru Rakyat Kedah



Aku difahamkan TV3suku (kata budak-budak di internet) ada buat interview dengan rakyat Kedah tentang harapan rakyat kepada kerajaan baru yang memerintah. Rata-rata berharap agar harga minyak dan harga barang-barang keperluan dapat diturunkan. Dey! Yang menemuramah tu takkan tak tau disentralisasi kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

To Gaza

Khabar dari desa

PRU12 dah dijalankan pada 8 Mac 2008. Minggu lepas. Keputusannya telah menggoncang iklim politik negara. Sudah la Kelantan yang dipegang PAS gagal diambil kembali, 4 lagi negeri dikuasai parti-parti selain daripada BN; Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kalau nak dikira Wilayah Persekutuan pun dikuasai parti alternatif tapi WP takda DUN jadi kira selamat lagi. Nampaknya lepas ni kalau nak balik Bangi tak lalu dah negeri BN.

Bangi pun dah dapat balik kat Dr Shafie. Kalau yang pernah baca kolum Dr Shafie masa dia jadi YB 1999-2004 mesti tau macam mana layan Majlis Perbandaran Kajang kat dia. Mesyuarat majlis tak dijemput, pastu ruang parking pun takda untuk dia, kira dengan inisiatif sendiri dia buka kaunter aduan di pasar Kajang. Pendek dan panjang kata, depa langsung tak hormat dia sebagai wakil kepada rakyat di Bangi tu. Aku masa tengok jalan-jalan di Bangi berlubang sana sini takdak maintenance, area dekat pasar tu macam pekan koboi saja. Tapi aku tak kisah sangat sebab dah tau perangai zalim dan menindas masa tu. Bila dia kalah aku ingatkan bila YB BN pegang ada la perubahan sikit. Tapi tak nampak beza pun. La ni Dr Shafie kembali jadi ADUN Bangi, tapi kali ni merasa la sapa yang pernah kenakan dia tu. Kalau aku kat tempat dia, harusler balas dendam hehehehe. Tapi aku yakin dia tak macam tu sebab dia sangat berhemah bukan macam aku yang hemoi hehhee.

Aku jugak gembira pasalnya YB Tian Chua menang di Parlimen Batu. Pada aku dia adalah hero rakyat sejati. Lantak ler orang nak kata apa pun. Ada ke hero lain yang sanggup berulang masuk lokap dan ISA, pastu kena belasah lagi. Padan muka polis yang tahan dia tak bagi masuk parlimen tu. Lepas ni kena hormat banyak la kat dia.

Kampung aku pulak kali jadi kampung kerajaan la. Sebelum ni kampung pembangkang hahahaha. Antara kampung di Pendang yang sungguh totok kepasannya. Kalau dulu-dulu bendera selain bendera pas memang takdak langsung, tapi kebelakangan ni dah ada orang luar yang datang bermastautin.

Masa pilihanraya kecil selepas Ustaz Fadzil Noor meninggal dulu ada pergaduhan yang masuk tivi pasal kes pasang bendera tu kat depan rumah aku la tu. Antara pantang-larang adalah kalau nak pasang bendera ka poster ka apa ka, hanya orang kampung tu yang boleh pasang. Orang luar tak dibenarkan masuk untuk pasang poster. Masa pilihanraya kecil tu kan ramai orang luar tertumpu ke Pendang, jadi ramai ler yang amik upah pasang poster gamaknya. Budak-budak kampung aku memang tak bagi pasang, pasang ja depa ni buang, kalau nak pasang kena suruh ahli kampung tu pasang. Harus ler, mana ada hahahhaha. Tu yang sampai gaduh-gaduh melibatkan polis tu. Ala, ada jugak kampung BN totok yang camtu, orang PAS tak boleh pasang bendera /poster. Jadi, kena la saling hormat menghormati kan. Cuma bila melibatkan orang luar yang tak paham pantang-larang dan adat resam setempat tu yang bergaduh tu. Masa bergaduh tu memang orang tempatan tak libatkan diri, cuma depa tolong tenangkan mangsa yang posternya diturunkan tu la.

Tu cerita pilihanraya. Keputusan masing-masing dah tau. Harapnya Kedah akan lebih baik dibawah pentadbiran kerajaan baru. MB baru dah angkat sumpah. Harapnya masyarakat marhaen akan lebih terbela. Pada aku menukar kerajaan dalam pilihanraya ni macam tukar pengurus syarikat la. Aku bayar cukai, aku bayar zakat, aku tak langgar undang-undang aku dah jadi warga yang baik. Jadi tentulah aku nak pengurusan negeri yang sesuai. Kalau duit zakat pun nak songlap, apa hal.

Kerajaan Buruh dan Konservatif kat Britain pun silih berganti pegang negara. Salah satu sebab adalah perancangan polisi yang lebih baik dan penggunaan sumber yang cekap. Aku amik contoh Britain sebab perlembagaan kita kan berteraskan perlembagaan Ratu, kalau ambil Jepun ka Amerika ka tentulah tak sama taraf padangnya gitu. Jadi elok kita ambil negara yang sentiasa jadi rujukan kita. Tak penah pulak aku dengar Margaret Thatcher tuduh rakyat Britain tak bersyukur pada kerajaan bila parti Buruh menang dulu. Jugak takdak pulak kedengaran Gordon Brown kata rakyat Scotland lupa jasa kerajaan Buruh bila Parti Kebangsaan Scotland memenangi pilihanraya lepas. Dan tak pulak aku dengar peruntukan kerajaan pusat dan royalti minyak dari telaga minyak di Aberdeen tidak disalurkan kepada kerajaan pimpinan First Minister Alex Salmon. Parti mana pun menang, rakyat marhaen macam aku tetap akan berkhidmat macam biasa, cuma kami ini mengharapkan pengurusan sumber yang lebih cekap serta perkhidmatan yang lebih telus.

Oh, aku memang seronok mengikuti perkembangan politik ni. Sebabnya corak pemerintahan akan bagi kesan pada rakyat macam aku. Tapi kalau kata nak masuk jadi calon ka apa tu memang mustahil la. Aku bagi sokongan saja. Nak bertanding, aku rasa tak sesuai sebab tak mau jadi liabiliti nanti. Bila satu-satu calon bertanding, segala macam sejarah hidup dia orang siasat. Aku pulak tak mau la nanti sapa-sapa dok bercerita pasal aku secara terbuka, macam mana sekolah aku, universiti aku, kerja aku dan hidup aku dibincangkan secara terbuka. Jadi, kalau dah tau rugi jangan la melabur kan.

Saturday, March 08, 2008

Nuts about work

Kelmarin aku dah bagitau Mary dan Margaret supervisor pasal nak berenti keja. Masa aku ketuk pintu dan masuk pejabat dia, terus Mary cakap kat aku "Don't tell me you're leaving!" Erkkk ...camna dia tau. Sense katanya. "You're not leaving, aren't you? Where are you going? Go back and think again. I will not accept this." Lepas tu dia keluar dan katanya bagi masa untuk aku fikir dulu. Nanti dia nak jumpa balik. Adeh!

Lepas tu bila jumpa balik aku terangkan aku tak minta keja kat tempat lain. Cuma nak tumpukan perhatian pada study yg dah nak masuk 2 tahun ni. Cepatnya masa berlalu. Sembang punya sembang, dia cakap position aku dia akan reserve in case aku nak datang balik, terharu rasanya.

Masa nak balik saja je aku singgah level Margaret bagitau dia akan rindukan aku sebab aku nak tinggalkan tempat ni. Dia tak percaya tapi aku bagitau dia bulan depan aku nak berenti.

Tadi Margaret tanya lagi nak pastikan, betul ke aku nak 'leaving' macam yang aku cakap kelmarin pada dia. Aku cakap memang betul, dia tanya kenapa. Aku cakap nak tumpu pada study. Pastu dia tanya nak balik ke. Aku cakap tahun depan balik. Jadi dia ingat aku nak berenti tahun depan. Aku cakap aku akan tinggalkan sini bulan depan, aku akan tinggalkan Glasgow tahun depan, hopefully. Dia masih ingat aku buat lawak. Aku cakap memang betul nak berenti. Pastu Vimbasu tanya dah berapa lama aku keja sini. Aku cakap dah dekat setahun. Margaret terkejut sebab katanya dia ingat macam dah lama je aku kat sini. Aku cakap agaknya dia rasa lama sebab tengok muka aku hari-hari. Dia cakap dia masih ada masa sampai bulan depan untuk tengok muka aku.

Dulu pun Mary cakap hal yang sama bila budak Poland tanya aku dah lama keja. Aku cakap 6 bulan. Mary pandang aku terkejut. Katanya rasa macam dah lama aku keja. Aku cakap agaknya sebab dah jemu tengok muka aku tu yang dia rasa dah lama. Terus dia peluk aku kata dia tak penah jemu tengok senyuman aku..hehehhe

Kata Linda, kalau tengok muka aku serius, mesti dia rasa aku tak sihat. Kata Claire pulak bila tengok muka aku terus senang hati, nak kena belajar kat aku macam mana nak senyum selalu hehhe.

Yang tersirat: aku pun tak pasti bila derang dok cakap rasa macam aku dah keja lama tu, sama ada derang rasa dah kenal lama ataupun jemu? Kerana optimis, aku rasa derang rasa macam dah kenal lama ngan aku (dan suka aku)hehheh.. (dan yang tersirat lagi: sahih aku ni pekerja yang dedikasi dan disayangi bos)

Wednesday, March 05, 2008

Mari jadi FBI

Macam tadak keja saja aku hari walaupun banyak yang tak siap :). Aku pun memprofail diri sendiri. Erkkk terasa cam hidupan yang terancam pulok!

Your personality type is dominant, driven, poised, and self-aware.

Only about 5% of all people have your personality, including 3% of all women and 6% of all men
You are Extroverted, Sensing, Thinking, and Perceiving.

Pasal profail berkawan
You Are A Social Butterfly
You love your friends so much...
You're motto is "the more, the merrier"!
Making sure everyone's included is your mission
And you always prefer a group of ten to a group of two

Saturday, March 01, 2008

Catatan Perjalanan Hainan - Hari Keempat

16 Januari 2008
Hari ni hari ketiga persidangan. Outdoor activity-melawat tempat pelancongan di Sanya. Senarai tempat yang aku gi:

1. Hujung dunia
2. Pulau barat
3. Kedai industri yang jual barangan tempatan untuk pelancong
3. Bukit rusa paling belakang

Perjalanan ke sana sini adalah dengan bas. Dalam perjalanan tu boleh la nampak sikit sekitar Sanya di luar bilik persidangan saja. Industri pertanian Sanya melibatkan tanaman padi, kelapa, nenas dan beberapa yang lain. Tak banyak beza dengan Malaysia. Maklumla cuaca pun lebih kurang sama. Sawah padi pun tak la seluas yang boleh nampak kat kampung halaman aku. Petak-petak sawah bertingkat, saiz pun lebih kecik daripada satu relung.

Selain pertanian, mutiara pun popular kat sini. Kira tarikan utama pelancong. Aku beli la rantai mutiara, tak pasti la tahan lama mana. Masa jual tu penjual siap kikis ngan gunting nak buktika keaslian mutiara. Oh, dan bukan beli untuk diri sendiri sebab aku tak minat barang-barang kemas ni. Aku cuma nampak nak bagi kat orang saja.

Melalui kawasan rumah di sini teringat pulak rumah-rumah di selatan Thai. Lebih kurang camtu. Kebersihan memang kurang dipentingkan di sini. Ada budak Hong Kong tanya pendapat aku tentang Sanya, dia cakap orang China pengotor, tak macam Hong Kong. Apa-apa ja la labu. Mau tak kotor, sampah buang merata-rata, kalau makan tebu (ada dijual tebu manis sebatang satu yuan) tu kira habis madu sepah dibuang camtu saja. Belum kira yang meludah lagik, hishh

Gambar tak banyak, sebab bateri kamera dah habis. Tak boleh nak recharge sebab adaptor yang beli kat Kota Singa tu hampeh, baru ja nak charge dah terbau hangit. Gambar di bukit rusa paling ke belakang pun takdak, rugi sungguh.


Hujung dunia...sebenarnya tempat ni macam Tanjung Pengharapan, tempat paling hujung di Laut Selatan. Mutiara hasil dari Sanya dipanggil Mutiara Laut Selatan (kalau yang biasa dengar mutiara dari Rafflesia yang overvalued yang disebut mutiara laut selatan tu)




Bunga kembang tak jadi



West Island...sebelum kamera mengundur diri



Mutiara Laut Selatan