Free Delivery on all Books at the Book Depository

Sunday, September 13, 2009

Keraian semua dalam satu

Yani dah nak balik kampung (back for good), Leyha tengah membuyung, Mama Tasa pulak dah abih cuti bersalin (kulit kakinya), Khairyn pulak nak balik bercuti raya dan akhir sekali aku pun dah pindah masuk umah baru. Semua ni diraikan masa majlis buka semua dalam satu. Semuanya saling meraikan antara satu sama lain. Kira buat periuk bertuah lagi la. Aku masak nasi dagang, kek lobak merah dan puding roti.

Nasib baik pipi memasing tak nampak kembung mengunyah. Daddy Tasa jugak yang tekun. Air sampai kena letak atas rak.


Tokei apam balik daging, apam balik ayam dan apam balik kaya dari Tepen yang baru lepas bersalin (kulit kaki). Atas rak kat belakang Tokei tu ada apam balik dan puding roti. Botol ayam bulu kat depan Tokei tu dah kosong, ayam bulu merupakan minuman yang kaya dengan pewarna tiruan yang merupakan produk kebanggaan orang Sekotlen

Gulai ikan mekerel 'tuna mahai gilo' untuk nasi dagang, ayam panggang bercili 'balik kampung' dari Kepala Bandar, sotong goreng tepung 'semuanya baby punya pasal' pun dari Kepala Bandar, apam balik 'tido bawah ketiak mak' dan kuay tiaw 'apam balik daging 10' goreng dari Bukitgovan

Kek lobak merah atas permintaan Yani ngan Leyha (lepas ni sila rujuk resepi ye), telur rebus dan acar timun untuk nasi dagang, dan periuk nasi yang terpaksa diturunkan maqamnya sebab dah penuh meja. Sebelah tu adalah bekas sup untuk nasi ayam yang anak angkat Tokei bagi. Semuanya kami makan dengan penuh semangat. Lepas tu pakat-pakat tapau pulak dengan penuh semangat.

4 comments:

khairyn said...

Wah! Tak sabarnya nak cium ketiak masam mak kakakaka
Hari ni tak dapat nak mengkada'kan makanan sebab Mama Eda buat makan2. Tapi demi kek lobak merah akan kugagahi jua

akuatik said...

pastu balik sini jangan lupa bawak kain batik masam mak buat selimut hahahaha

aku pun semlm boleh abihkan nasi je, ayam ada lagi ingat nak mkn masa sahur, sekali jaga dah lewat...puding roti lagi la langsung tak berusik

leyha said...

Hahahaha..tagline tu tak tahan tuuu! :D
Aisehh pasni kena tengok resepi kahhh? :P

moksudah said...

mama tasya bersalin kulit kaki? kah kah kah