Aku masak nasi ngan ayam ja. Pastu import tokei apam balik dari nat Dennistoun hehehehe...Dicampur ngan puding jagung Sanna, croissant Wan Zul dan pizza orang Cardiff, banyak la jugak hidangannya. Ni gambar nasi yang dipanaskan untuk soq, masa berbuka tu tak dan nak snap-snap dah. Aku buat sambal belacan untuk yang nak lebih pedas. Tapi mintak mahapla, sambalnya pun dah abih.
Bahan-bahan:
1 1/4 ekor ayam - aku potong kecik-kecik ayam tu
15 tangkai cabai kering
1 tin santan (400ml)
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
garam
gula perang/gula kabung
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan kacang goreng-ditumbuk
Bahan perapan
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia (diameter 2 kupang)
2 batang serai
1 cmt serbuk jintan (cumin)
1 cmt serbuk ketumbar
garam
Cara:
1. Kisar semua bahan perapan. Serbuk jintan, ketumbar ngan garam tu tak payah la mesin. Kalau pakai biji jintan dan ketumpar sila sangai dulu jintan dan ketumbar sebelum di mesin. Gaul semua bahan ngan ayam. Perap ayam lebih kurang sejam.
2. Masukkan ayam dalam kuali/periuk, masak sekali dengan santan, air asam jawa, bancuhan air ngan tepung beras dan cabai kering yang dimesin. Santan tu aku masukkan 2 kali, yang awal tu aku cairkan.
3. Dah mendidih, perlahankan api, masukkan gula, gula ngan kacang. Masak sampai kuah pekat, ayam masak separuh ataupun 3/4 masak.
4. Pindahkan ayam dalam dulang pembakar. Bolehla dipanggang ayam tu dalam 30-45 minit. Kalau kering sangat tuangla kuah sikit kat ayam tu. Aku suka ada kesan garing/hangit.
0 comments: