Free Delivery on all Books at the Book Depository

Sunday, November 29, 2009

Kek Baldu Merah

Eid Mubarak! Sangat la sibuk pi open house, kalau kat kampung aku hari ni orang dah sibuk menyembelih korban. Kat sini takleh buat korban terbuka, kena buat kat rumah sembelihan atau abattoir. Alasannya untuk kebersihan. Tahun ni ada Scottish Islamic Foundation buka penyertaan korban untuk diserahkan kepada homeless dan refugee di sekitar Glasgow. £100 sorang. Aku tak masuk pun, buat masa ni belum lagi ada rezeki berlebihan. Insyaallah. Mungkin bukan di sini.

Atas permintaan, dipaparkan resepi yang diambil daripada Hummingbird Bakery, aku guna resepi ni sebab yang paling mudah berbanding yang lain-lain yang boleh didapati kat Internet. Ada resepi yang gunakan tepung kek, yang ni pakai tepung biasa saja. Ada yang sapu nutella antara lapisan kek, resepi menggunakan krim yang sama yang digunakan untuk topping. Senang gitu. Kalau tak suka warna merah, boleh la cuba buat warna hijau ka biru ka ungu ka, lagipun baldu ada macam-macam kaler kan...

Mentega perlu dikeluarkan awal-awal daripada peti ais, kalau dak nanti susah nak mesin. Macam aku, lupa nak kuarkan awal-awal. Keras memang takleh nak mesin. Jadi aku letak tepi heater hahahahaha

(Nota tambahan 23 Okt 2010: ni versi pertama, ada versi kedua yang aku dah post)


Kek Baldu Merah
(resepi ni boleh menghasilkan 24 kek cawan)

Bahan kek
120g mentega-biarkan pada suhu bilik (tanpa garam, kalau guna mentega biasa tak yah letak garam)
300g gula kastor
2 biji telur
20g serbuk koko
1 botol pewarna merah (aku guna Dr Oetker 38ml sebotol)
1 cmt ekstrak vanilla
240ml buttermilk*
300g tepung gandum
1 cmt garam
1 cmt soda bikarbonat
3 cmt cuka putih (aku guna cider vinegar, tu ja yg ada, expired pulak tu hahahaha)

Bahan krim frosting
360ml double cream (resepinya guna whipping cream, tapi double cream Asda ada offer, so aku guna yang mana murah hehehehe)
1 bekas- 200g soft cheese (asal 227g) - letak kat luar macam mentega
1 bekas- 250g keju mascarpone** (asal 227g) - pun letak kat luar
1 cmt ekstrak vanilla (3/4 cmt-aku malas nak sukat-sukat, letak ja secamca)
115g gula aising (atau boleh kasi mesin gula biasa saja)

* Buttermilk boleh dibuat sendiri guna 1 cmb cuka atau limau nipis/lemon yang dicampur dengan 240ml susu. Biarkan sejam (*ada yg pernah try sendiri dak buttermilk ni? kalau kat joy of baking cakap 10 minit saja) pastu boleh guna dalam resepi.

** Mascarpone ni soft cheese dari Itali, boleh saja digantikan dengan soft cheese, tapi mungkin kena guna 2 tub la kot sebab soft cheese yang murah-murah tu setub 200g. Kalau philadelphia tu 250g boleh la guna 2 tub.

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven 170C 10 minit sebelum mula membakar. Alas tin kek dengan mentega/ marjerin/minyak, pastu alas ngan baking paper. Aku guna bekas 9 inci, dapat nipis sikit. Kalau nak lebih tebal guna la bekas 8 inci. Ada yang guna 2/3 bekas nipis sebab tak payah nak potong-potong dah kek tu untuk buat lapisan, tapi aku malas nak guna banyak bekas.
2. Kacau serbuk koko, pewarna dan ekstrak vanilla sampai jadi pes dalam mangkuk kecik.
3. Mesin mentega ngan gula sampai kembang. Aku mesin mentega kasi lembut sikit, pastu baru masukkan gula untuk elakkan gula bertempiaran sebab mentega dok mengeras lagi.
4. Masukkan telur sebiji. Pukul kasi rata. Masukkan telur sebiji lagi. Pukul kasi sebati semuanya.
5. Campurkan pes merah coklat tu ke dalam adunan mentega-gula. Pukul sampai warna rata. Kalau nak senang guna spatula yang getah tu untuk scrap adunan yang bertempiaran kat tepi-tepi mangkuk.
6. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan sebahagian buttermilk, pukul sampai rata.
7. Masukkan sebahagian tepung, pukul lagi.
8. Ulangkan tuang buttermilk ngan tepung ni sampai habis dan pukul sampai semuanya sebati.
9. Masukkan garam, soda bikarbonat cuka. Pukul lagi sampai sebati. Pastu pukul guna kelajuan tinggi dalam 2-3 minit.
10. Tuangkan dalam bekas pembakar kek tu, masak 35-45 minit. Guna lidi nak tengok kek dah masak ka dak. Kalau tak masak lagi tambah lagi masa 5-10 minit, kalau atas dia dah garing tutup ngan kertas aluminium masa nak sambung bakar tu.
11. Dah masak, boleh la sejukkan kek, kalau nak senang potong & sapu krim boleh la letak dalam peti ais barang sejam sebelum memulakan proses memotong dan menyapu krim.
12. Aku bahagikan kek tu 3 lapisan. Krim tu dibahagikan kepada 4, satu untu setiap lapisan, 2 untuk atas sekali ngan tepi keliling kek.

Untuk krim
1. Mesin kedua-dua keju sampai berkrim.
2. Mesin double cream sampai jadi soft peak, pastu tuangkan ke dalam keju. Masukkan gula aising ngan vanilla. Kacau sebati. Sedia untuk disapu.

0 comments: