Free Delivery on all Books at the Book Depository

Tuesday, November 24, 2009

Parti Kuskus

Tak tidoq lagi aku ni, dok tunggu kek masak. Aku balik tadi kengkonon mencari stok nak makan dalam peti ais, rupanya banyak la pulak dah expired. Jumpa la kuah pasta yang Amang bagi, aku rebus fusili la. Nak makan nasi malas nak masak lagi untuk esok. Yogurt, buah pear dah masak (ni Khairyn punya), buttermilk, rasanya jus oren tu pun dah expired kot hehehehe. Jadi aku sedang membakar kek yang menggunakan buttermilk, Kek Velvet Merah menggunakan resepi yang dicilok daripada Hummingbird bakery. Harapnya aku tak tertidoq sebelum masak. Yogurt ada lagi 3 bekas. tak jadi la aku nak posa esok. Kena abihkan yogurt, sambal belacan yang aku buat minggu lepas pun ada lagi. Kebelakangan ni asik membeli saja makanan, bila wiken pulak sibuk menyoping tingkap. La ni kan tengah banyak jualan murah sempena Krismas. Tu yang terlupa langsung stok-stok dalam peti ais.

Hari Sabtu lepas the Tunisian French si Najla jemput makan-makan kat umah dia. Parti kuskus sebab dia nak masak hidangan kuskus. Majlis dilewatkan ke masa berbuka puasa tapi dia tak bagitau, jadi aku pun pi la ikut masa yang ditetapkan. Untungnya dapat la tengok dia masak kuskus berlaukkan kambing, syurbah ayam+kuskus, sayur-sayur dimasak dengan tomato dan yang paling best dia buat sendiri roti semolina. Kelam kabut Najla masak, yang best tu segala periuk dibawak dari Tunisia. Kuskus ngan semolina pun dibawak dari sana. Siap masuk dalam bungkusan kain lagi, sarung bantal ke apa ntah la hahahahaha. Kuskus ngan roti tu makanan asasi Tunisia, sama la macam kita dok makan nasi tu. Sedap sungguh makan, makanan pun banyak. Masa tu kenyang sangat, tak teringat nak bawak balik. La ni terkenang-kenang pulak kuskus berlaukkan kambing tu.

Lepas makan-makan mula la sesi berkenalan lebih mendalam dan bercerita soal hati pun ada hehehe. Aku dah tak kuasa dah pasai letih sangat berjalan kaki dan berhujan, lagipun dah lewat sangat. Patutnya abih kul 530, ni kul 8 pun menyembang lagi. Asalnya semua berkenalan kat Sumsa masa buka puasa, bila habis puasa kami buat majlis gedering dwi-mingguan setiap Khamis. Nak tunggu jumpa lagi bulan puasa tahun depan lama lagi kan, mau dah lupa nama masa tu. Tu yang kami amik inisiatif jumpa sembang-sembang tu, meriah sungguh.

Aku pulak konon-konon nak bawak swiss roll coklat, amik resepi kat blog orang. Bila masak, lapisannya tebal sangat. Patah pulak bila aku gulung. Jadi aku buat sajala kek coklat berlapis-lapis, letak nutella dengan pisang kat tengah-tengah hehehehe..dah abih dah benda alah ni..

0 comments: