Free Delivery on all Books at the Book Depository

Sunday, March 29, 2009

Yang jadi, tak menjadi

Hari ni aku pi stesen bas. Ingatkan nak sambung lagi 10 minggu kad bas, ingatkan dapatlah harga lama lagi. Memang dah ada notis dalam bas bagitau bermula esok tambang bas akan naik lagi. Sepanjang 2 tahun kat sini ntah dah berapa kali tambang bas asik naik saja. My blood go upstairs! Masa tengah beratur tu aku terbaca notis cakap new price in operation. Aduh! Lepas tu ada la sorang pakcik pun tanya kerani kat kaunter pasai pa tambang naik lagi. Selamba ja kerani tu jawab, "Inflasi". Terus aku tak jadi nak sambung dah. Kiranya kad bas walaupun beli hari ni dah kena bayar harga tambang baru. Letih jugak la sekarang ni, walaupun harga minyak dah turun, harga barang runcit masih tinggi. Turun pun tak banyak. Semuanya kena berjimat cermat dalam keadaan pendapatan di bawah paras kemiskinan ni. Jadinya lepas ni aku akan lebih banyak berjalan kaki la, kad bas dah tak sambung.

Ada lagi aktiviti yang dirancang tak menjadi. Pagi ingat nak pi tengok pameran Dr Who kat Kelvingrove Museum, tak jadi sebab tiketnya sold out. Kesian Amang bersemangat nak bawak anaknya outing. Tapi pameran tu sampai Januari 2010 rasanya. Banyak lagi masanya. Oh, Dr Who ni cerita kat BBC rasanya, lebih kurang macam Star Trek. Sangat popular di sini, tapi harus aku akui aku cuma pernah menonton satu ja episodnya. Yang dibuat masa minggu Comic Relief rasanya, sketsa 5 minit lebih kurang. Tu pun tertengok. Jadi takleh nak cerita panjang sebab aku pun tak tau sangat, cuma Dr Who memang wira sejagat la kat sini. Berbanding Star Trek yang ada satu kapal yang besar dan staf yang ramai, Dr Who cuma ada sorang pembantu dan pondok telefon ja sebagai pengangkutan ke masa depan dan masa silam.

Lepas ke stesen bas nak beli kad bas yang tak jadi tu, aku pi rumah Sanna ambil buku. Dia tolong pinjam dari perpustakaan dia. Cadangnya lepas berlepak-lepak dan makan tengah hari di sana, nak ke taman berkelah. Lepak dulu selepas menikmati tomyam campur, ayam goreng, ulam timun dan sambal belacan sementara menunggu doktor abih menjalankan tugas. Asalnya nak ke Alexandra Park, bila Khairyn telefon tempat bertukar ke Kelvingrove Park sebab dekat. Tapi dia datang rumah Sanna dulu, boleh ler sembang-sembang dan makan nasi. Dah sampai, makan nasi, sembang-sembang pulak. Seterusnya bertukar lagi la..daripada berkelah di Kelvingrove Park, jadi berkelah di Byres Road aja huhuhuhuhu....siap turun membeli apple crumble dan aiskrim buat dessert :)

Sambil posting ini ditulis, dah masuk waktu musim panas British. Masa dah diawalkan sejam, daripada 00:59 terus jadi 02:00. Sebabnya sekarang dah cerah awal, jadi boleh la menikmati kecerahan tu sambil menjimatkan bekalan elektrik. Jadinya beza masa di tanahku dan tanah ratu sekarang adalah 7 jam. Kena tidur dulu nampaknya. Nanti bersubuh resaksa gaban pulak aku. Ciao!

4 comments:

leyha said...

Yeay! Ada pun cerita. :D

akuatik said...

leyha...yang sebelum ni pun cerita jugak..cerita tersirat..macam lagu tu cerita soal hati :x..resepi tu cerita tengah kelaparan hehehe :))

leyha said...

Taknak, nak yang tersurat jek.

*Ewahh..sesuka hati pilih2 nak taknak kat blog orang. :D *

akuatik said...

lepas nak kena letak iklan donat la pulak nampaknya..