Dulu-dulu aku suka sangat kumpul setem. Hobi yang aku rasa susah nak jumpa kat kad maklumat peribadi murid zaman milenium ni. Kalau setem Malaysia banyak la sumber nak dapat. Habis semua surat aku gunting setemnya. Aku paling suka setem yang ada gambar moluska laut tu. Cantik sangat. Sedar tak sedar, banyak sebenarnya yang kita belajar dengan setem, tu pun kalau rajin membelek la. Yang aku ingat, dengan setem 3 kupang tu la ada orang yang tak penah tengok pokok padi boleh tengok camna pokoknya. Selama ni dok makan nasi, tengok beras ja. Tu kawan kak aku la tu.
Kalau setem luar negara, dulu-dulu ada orang dari Kelantan yang menjual setem ni. Ramly kalau tak silap aku nama orang tu. Satu peket tu dalam RM2. Nasib la nak dapat setem mana pun. Dari setem-setem ni aku belajar kenal nama negara luar. Ingat lagi bila dapat setem dari Belize, Belarus dan ntah apa lagi negara yang aku tak penah dengar. Mula-mula ingatkan setem tiruan hehehehe. Bila ada persidangan PATA kat Mesia baru aku tau rupanya banyak lagi negara yang tak pernah pun aku dengar namanya. Kiranya masa sekolah rendah, sumber maklumat aku daripada setem tu la. Internet takdak lagi, tele pun tak banyak rancangan luar kan.
Sebab nak dapatkan setem luar jugakla aku sanggup join satu program untuk dapatkan pen-pal. Excited tak terkata bila dapat surat dari Turki, Mesir dan Itali. La ni tak tau la apa cerita semua pen-pal aku tu. Yang Turki ada 2 orang, satu kat Ankara, satu lagi kat Istanbul. Yang kat Ankara tu aku rasa dah meninggal masa gempa bumi besar kat Turki dulu. Aku agak je la. Sebabnya lepas gempa bumi tu terus takdak balasan surat aku. Yang kat Istanbul tu hilang tanpa berita jugak. Agaknya dia pi bercuti kat tempat gempa bumi tu kot. Yang kat Mesir pun ntah macam mana hilang gitu ja. Baru-baru ni aku cuba cari kat facebook, ada nama sebijik, tapi orang lain. Yang kat Itali tu seingat aku paling lama. Kiranya sampai sempat beremail la. Pun lepas tu senyap jugak. Ada gak yang dari Singapura, tapi tu aku saja-saja hantar surat, ambik alamat kat Dewan Pelajar. Sebabnya nak dapatkan setem Singapura hehehehe. Agaknya hobi ni la menyebabkan aku teringin sangat nak berjalan-jalan tengok tempat orang. Malangnya koleksi setem aku pun dah tak tau kat mana la ni.
Kalau tak membelek setem, aku baca buku cerita ataupun majalah. Banyakla koleksi buku cerita yang aku ada. Daripada buku cerita klasik macam bawang merah tu sampai la buku cerita tokoh islam. Tak lupa la buku-buku Enid Blyton 5 sekawan la, Hardy Boys, Nancy Drew pastu ada cerita siri Pedang Aurora. Dulu-dulu ada bas perpustkaan bergerak mai kampung aku. Kat situ la banyak pinjam buku. Nak beli mana la mampu kan. Masa dah darjah 4 pun dah pandai melanggan sendiri majalah Dewan Pelajar. Ingat lagi ada sekali tu aku masuk kuiz Dewan Pelajar kot, sekali dapat surat orang nak buat pen-pal. Terasa glemer gitu hehehehehe...cumanya aku rasa dalam ramai-ramai tu, kebanyakannya budak-budak sekolah yang sama. Ntah-ntah sekelas hahahahaha...
Skema gila kan. Hobi-hobi tu kalau aku ada kat rumah sorang-sorang. Dua-dua hobi tu sesuai la untuk lone ranger macam aku. Kalau aktiviti luaran aku jarang buat sorang-sorang. Ada geng baru best. Selalu lepas ngaji petang-petang kami pi cari buah rotan, buah jentik kat hutan. Kalau petang Khamis kami pi cari siput kat sungai. Kononnya kata kawan aku yang rumahnya tepi sungai tu, petang Khamis siput berkumpul sebab esoknya hari Jumaat depa nak semayang Jumaat. Harusler dongeng semata-semata, tapi masa tu memang caya abihla. Jadinya petang Khamis dikhususkan untuk mencari siput di sungai.
Kalau musim cuti sekolah, geng-geng sepupu sepapat pulak. Buat senapang kayu tu, pelurunya buah terung belanda yang jugak sedap dibuat gulai. Harusla kena marah kan, pasai dok "mengenat" buah tu. Orang nak makan, kami lak buat main. Ataupun main "capelom", yang dibuat daripada buluh. Pelurunya buah "cenerai".Agak-agak boring pi mancing ikan ataupun sauk udang sungai. Udang tu sedap makan kalau digoreng dengan telur dadar. Lepas tu buat rombongan cik kiah pi makan buah keriang. Dulu dalam ada sederet pokok keriang kat tepi petak sawah mak aku. Hah, pakatla kongsi sorang dua sepokok tu. Kalau yang tahap bos macam abang aku dia dapat satu pokok sorang dia la. Tapi kalau pokok meriam ada sepokok ja, takleh la eksyen heheheh. Musim buah sawa (ciku) pakat-pakat ambik buah, peram dan jual. Ni tok aku punya pokok la. Pokok rambai, setar, jambu, jambu kling semua ada kat umah tok aku. Sepupu aku ada 2 orang kot yang patah tangan jatuh pokok jambu kling ni. Kalau kat umah aku jambu susu. Sedapnya..rasanya lemak-lemak gitu.
Seronok pulak teringat zaman kecik-kecik dulu. Bila rasa tensen mesti teringat zaman kecik-kecik, agaknya ciri-ciri escapism aku la....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment