Hai, namaku Bendera Itu. Oh, tidak tidak tidak! Aku bukanlah bendera seperti UJ, atau JG. Tempatku bukanlah di atas sana, berkibar megah. Aku cuma layak berada ni telapak kaki saja.
Aku dilahirkan secara pengeluaran massa. Jadi sebenarnya rupa parasku sangat tidak eksklusif. Aku sendiri tak pasti ada berapa ribu klon yang serupa denganku. Kami dikenali sebagai pumps dikalangan masyarakat setempat. Tapi aku sangat berbangga dan takjub dengan rupa parasku. Proud to be British!
Sebenarnya tuan aku membeli aku secara tidak sengaja. Sebabnya dia tu sebenarnya langsung tak berniat untuk berbelanja masa datang singgah di kedai tempat aku dan kawan-kawanku dijual. Dia cuma menemani kawannya yang sebenarnya yang berhasrat nak memiliki klonku SO7. Malang sekali yang ada cuma SO6. Jadi kawan tuan aku tu terpaksa memilih kasut lain yang lebih sesuai. Dia memilih saudara tiga pupuku jua, cuma rekabentuk dan warnanya berbeza walaupun masih mengekalkan ciri-ciri British itu.
Yang tuan aku pulak, mentang-mentang aku ni sedang elok saja dengan kaki dia, sekonyong-konyong saja dia mencuba, dengan kata-kata semangat dan dorongan daripada kawannya itu, kedua-duanya pun berbondong-bondong menuju ke kaunter pembayaran. Kata kedua-dua manusia yang mewarisi kegilaan dan kepapaan itu, apabila mereka memakai aku dan saudaraku, mereka sangat berbangga dan berasa seperti "Britain di tapak kakiku".
Buat masa ni, memang aku yang jadi kasut kesayangan tuan aku tu. Masa mula-mula aku dibawa balik tu, dia nampak macam masih sayangkan si Clarks kelabu dan NB putih oren tu. Si Clarks hitam tu pulak kecoh tak hengat. Tapi dia mula ciwi sejak ada beberapa orang kawannya yang memuji aku comel, cute, cantik. Jadi, memang aku saja yang jadi pilihan alas kakinya kemana-mana. Kata tuan aku tu, banyak kasut yang cantik-cantik, kasut dikakinya jugak yang paling cantik, sebab kena dengan dia dan kakinya yang cantik.
Tambah-tambah sekarang ni walaupun nama saja musim panas, ada masa hujan turun lebat. Si Clarks dan NB tu bukannya tahan lasak, kena hujan terus basah. Tuan aku pulak sensitif tak bertempat, asal saja basah kehujanan lama-lama mula la nak demam dan batuk-batuk.
Oh, sebenarnya pengilang aku itu sangat beruntung kerana beroperasi di Tanah Ratu. Aku membayangkan, kalau lah pengilang aku tu beroperasi di Malaysia sana, mesti dia akan dilucutkan kewarganegaraan kalau cuba membuat kasut dengan rekaan JG. Pasti pengedar, pemandu trak, kalendan trak, pekedai, penjual aku termasuk cleaner kedai tu juga akan menghadapi tindakan yang sama kerana bersubahat dalam penghinaan sedemikian rupa. Tuan aku tu tambah lagi la silap-silap kena buang negara atas sebab menderhaka. Errkk, aku pun sebenarnya tak pasti sangat. Tuan aku la selalu dok cakap macam tu....betul ke?
Monday, June 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Markah untuk karangan ini cikgu bagi 79%..1 markah lagi nak A. tapi takleh bagi.Sebab banyak itu jer awak layak.
Ahhahaha
giler to pape over over
marilah kita memijak britain lagi
mimi,
Cikgu zalim!!!!!!
dan cikgu akan bertanggungjawab atas kezaliman saya satu hari nanti..chain reaction huhuhuhu
khairyn,
pape to giler, roger and out.
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment