Free Delivery on all Books at the Book Depository

Saturday, April 16, 2011

Apa kelas?!

People will never fail to astonish me. Aku perati ramai yang obses betul dengan barang-barang yang branded. Lepas kat malaya pulak ada lagi satu obses, obses dengan barang import termasuk mat lombok dan bangla hahahaha!

Serius, ok mungkin la sesetengah barang tu kualitinya lebih. Contoh: keta. Sampai sekarang kulit luar Proton itu bersilih ganti, masalah kualiti tak pernah selesai. Belum lagi masuk teknologi enjin yang masih takdak. "Proton baru lagi, baru 20 tahun lebih." Abih tu agak-agak Honda, Toyota, Hyundai tu berapa ratus tahun baru depa bersaing dengan kereta Eropah? Tapi, kereta tu lain tau. Kereta bukan macam baju, atau kasut, atau beg. And that, I mean a decent car, a tool that we need to fulfil our daily tasks.

Aku tak rasa baju buatan GAP tu lebih torn-proof daripada baju, katalah yang dari kilang di Jinjang (eh ada ke?). Dan sebenarnya baju-baju tu sangat nipis dan jarang (baju summer, mustila kena nipis). Aku kat sini pakai baju 2 lapis, dress dan baju lengan panjang kat dalam. Bukan sebab saja suka-suka atau trendy ke hapa, sebab sejuk.

Dan keduanya baju dress kat sini nipis, lengan pendek, atau takde lengan langsung. Baju lengan panjang ada, tapi body hugging atau pun pendek, jadi bila dikombinasi dapatla baju yang 'agak' decent. Pastu tengok-tengok yang kat malaya pun pakai stail yang sama. Huh! Hangpa tak panas ka pakai 2-3 lapis ni? lagi, dalam berlambak-lambak baju kemeja dan blouse yang sesuai, awat yang body hugging dan pendek jugak yang dipakai? You have it, you flaunt it, so don't shout "pervert' to people when they stare at you. You, attention seeker! Bodoh! Sama bodohnya dengan budak-budak yang tergedik-gedik nak jadi selebriti. Bila dah dikenali tak reti-reti nak jaga diri, buat perangai. Lepas tu melalak-melalak pasal privasi, pasal orang bergosip.

Pakai baju, tersembul-sembul brand "GAP", "TOPSHOP", "George". Atau aku patut berbaik sangka semuanya membeli sebab suka dengan bajunya, bukan semata-mata sebab jenama?

Tu baru baju, kasut dan beg? Oh, dan yang lelaki pun sama obses. Armani, Valentino, Ferragamo, LV, macam-macam ada. Bukan pompuan saja. Yang tak mampu beli original, bersepah-sepah yang tiruan di pasaran. Tiruan pun ada gred jugak hahahahaha! Lagi teruk, yang beli pakai kad kredit lepas tu berapa tahun dok membayar. Oit, riba tu. Kalau tak mampu, tak perlu la beli yang immitate semata-mata sebab jenama. You don't deserve it.

Perfume pun ada "inspired". Oh, dan kosmetik pun ada immitate jugak. Gila la semua orang. Pakai barangan berjenama ni lambang status katanya, jadi kalau lebih mahal jenama tu lebih tinggi la kelas kita kan? Oleh sebab status dan kelas atasan, kita kena pakai bra dan spenda import la kan. Kalau boleh, matipun nak berkain kapan cop LV. Malaikat takut sikit nak soal-siasat orang yang berkain-kapan LV atau Valentino agaknya.

2 comments:

plug2pin said...

hanya beli benda yg branded kalau benda tu betul2 tahan lama or dipakai berulang kali cam jam or kasut ke...
tp kalau takat baju, beli yg biasa2 jer, sbb baju cepat bosan dan bukannya kita pakai tiap2 hari utk baju yg sama..lelama akan beli yg lain gak

akuatik said...

selalunya baju la, siap ada label lagi kat luar tak kiralah depan belakang...

ada brand yang memang sinonim dengan kualiti, design, dsb...tapi kualiti tu selalunya affordable la...dan rasanya produk tempatan pun banyak yang ok..yg harga melambung2 ni selalunya sebab kita bayar harga jenama tu sekali..

tapi sekarang ni cukai barang mewah import dah kurang...murah la kot agaknya...everybody can buy channel :D