Free Delivery on all Books at the Book Depository

Wednesday, November 26, 2008

Terang Gelap

Yang bess: Untuk 3 bulan akan datang aku tak perlu amik sebarang ubat. Lepas tu kena buat ujian darah lagi. Alhamdulillah

Yang tak bess: Aku takleh dapat preskripsi percuma untuk test strip ngan lancet glucometer. Kena bayar 10 paun untuk dua-dua tu. Aiseh..

Minggu lepas aku pi GP sebab nak buat ujian darah, sambil amik sekali flu jab. Maklumla dah dikenalpasti ada diabetes kan. GP bagi 3 bulan untuk buat self-management dalam usaha menurunkan paras glukos. Biasa la misi tanya perkembangan kesihatan, apa yang aku dah buat untuk kawal kan. Aku pun bercerita sakan la, aku kawal makan segala benda kek, coklat, aiskrim, nasi, roti segala. Pastu aku pun citer la dok jalan pi balik opis tu, dah buat brisk walking semua. Sembang punya sembang, misi kata dia nak tengok berat berapa. Cuak seh..pasainya berat badan dah berapa tahun sangatla constant. Nasib baik dah turun 3kg. Lega sikit, bayangkan aku dok bergebang buat itu buat ini, sekali berat badan camtu gak. Worse, kalau bertambah hahahah

Tadi pi la GP sekali lagi, nak amik pneumonia nyer vaksin sekali dengan amik result darah tu. Misi kata aku tak perlu amik ubat sebab dah berjaya turunkan daripada 9.0 mmol/L kepada 7.2 mmol/L. Ideal katanya 7.0 mmol/L. Walaupun lebih sikit daripada ideal, memandangkan penurunan tu dibuat tanpa sebarang penglibatan ubat-ubatan, jadi depa cakap nak monitor lagi 3 bulan la. Fuhhh...rasa lega. Cumanya takleh la aku dapat la test strip ngan lancet percuma untuk glucometer tu. Kalau kena amik ubat leh la dapat percuma gitu.

Sebenarnya tak sangka jugak la keputusan tu, sebabnya aku memang dah 100% ingat aku kena amik ubat. Sebabnya masa pi bengkel DESMOND tu misi yang specialised dalam diabetes pun cakap besar kemungkinan berdasarkan ujian lepas dan sejarah keluarga yang ada diabetes aku akan kena amik ubat. Lepas tu sepanjang dok buat ujian sendiri guna glucometer pun kebanyakan bacaan memang tinggi. Tambah-tambah masa bulan posa. Ingatkan bulan posa boleh la kawal rupanya lain jadinya. Sebabnya masa bulan posa hari-hari buka posa kat SUMSA tu memang nasi beriani, tak kira la ngan kari ayam ka, kambing ka, meatball ka. Lepas tu yang lebih-lebih depa suh bawak balik buat sahur. Pernah jugak bacaan sampai 15.0 mmol/L. Lepas posa mai pulak bulan raya. Tetiap minggu Sabtu Ahad ada rumah terbuka.

Hari-hari lain memang takda masalah sangat. Nak kawal yang manis-manis pun takdak masalah sebab memang bukan feberet aku pun. Masalah aku cuma nak kurangkan makan karbohidrat ja. Aku memang banyak makan nasi. Roti, croissant tu ala-ala minum petang. Jadinya langkah pertama kena la kurangkan nasi. Dulu-dulu secawan sekali makan ja. La ni kalau secawan aku cuba buat 2 kali makan. Kalau nak maksimumkan jadi 3 kali makan, aku akan buat nasi goreng. Pastu masuk la sayuq banyak-banyak. Sayuran pun dah kena pelbagaikan. Sumber karbohidrat pun dipelbagaikan jugak, tak la asyik nasi sepanjang masa. Macam kata misi tu, kawal makan tak la sampai tak makan langsung. Lagipun sasarannya lifestyle jangka panjang, kalau buat mendadak nanti takleh nak istiqamah gitu. Lagi elok kalau boleh tinggalkan terus, tapi kalau takleh tu cuma kena minimum kan kekerapan la. Setakat ni yang aku takleh tinggai cuma susu ja la, aku tetap minum whole milk, tak lalu rasanya nak minum semi skimmed milk, apatah lagi skimmed milk.

Masa dok menggagau kat web, aku jumpa la web ubat herba untuk diabetes. Satu botol RM145(tapi ada kat web lain RM210), 10 liter. Sebotol tahan untuk lebih kurang seminggu lebih-lebih sikit. Sekurang-kurangnya kene minum dalam 4-5 botol. Macam nak cuba, tapi macam mahai kan. Maksud aku kalau kita beli herba-herba pastu buat sendiri sampai dak banyak tu. So, menggagau lagi tengok herba yang didakwa berpotensi untuk mengawal diabetes. Peria, kayu manis ngan halba. Jadi la ni aku pun try gak la minum jus peria. Pahit amat! Aku terpaksa campur ngan jus timun. Tu pun pahit lagi. Tapi baru 2 kali la minum. Makan peria sedap, tapi jus dia sangat tak sedap. Pastu diselang-seli ngan minum air yang direndam ngan halba dan kayu manis. Setakat ni tu la yang dok buat, harap-harap dapat la menambaikkan keadaan selain daripada dok berjalan kaki ngan dok kawal makan yang lain-lain tu.

Perasaan bila dapat keputusan tu? Tak terkata. Bayangkanla segala komplikasi penyakit ni, sekarang ni penyakit yang mengalami pertambahan bilangan pesakit paling ramai, dan sapa yang kena memang susah nak hilangkan diabetes melainkan boleh kawal ja. Sebabnya kalau sel-sel Beta pembuat insulin dah rosak, makanya rosak la ia. Kalau kat mesia lagi bess kan stigma dia. Diabetes = potong kaki/tangan. Kalau nak kata komplikasi boleh mati tu tak heran sangat la, pasai yang tak berpenyakit pun belum tentu hidup lama kan. Banyak lagi sebab musabab kematian yang ada dalam dunia ni. Cumanya aku tak mau nanti hidup aku menyusahkan dan membebankan ramai orang. Kalau mati terus senang citer la. Tiba-tiba dalam dok pikir pasal macam mana nak kawal penyakit tu secara sintetik supaya tak mendatangkan sebarang komplikasi, anda masih diberi harapan bahawa sel-sel Beta dalam pankreas anda berkemungkinan masih boleh berfungsi normal. Aaa lebih kurang gitu la...

2 comments:

izinni said...

isyyy jaga diri tu. aku dah merasa kena diabetis masa ngandung syabil .. seksa weiii nak kena jaga makan. dok kunyah beskut je. huhuhuhu ...

alhamdulillah diabetis time ngandung je. bila ngandung lepas tu sungguh jaga sebab tak nak masalah.

take care ya.

akuatik said...

aku pun kontrol jugak la makan...tak nak la nanti badan rosak..time ngandung selalu jadi diabetes ngan darah tinggi kan..tapi sementara ja kan