Free Delivery on all Books at the Book Depository

Wednesday, November 12, 2008

Qurbani 2008


Daripada sibuk beraya posa la ni dah masuk bulan Zulqa'edah. La ni pun ramai dah pakat berbondong-bondong ke Makkah. Dah register haji? Kak aku kata hari tu kalau register tahun ni dapatla masuk senarai jemaah tahun 2020-an gitu. Kira wawasan 2020 la huhuhu

Yang pi haji tu haji la. Yang kita tak pi ni takkan nak dok saja masa 10 Zulhijjah nanti. Oh, aku tak buat sebarang open house raya haji nanti, sebabnya kat kampung aku takdak orang buat sesi rumah terbuka ni. Kalau nak pi tu pi saja la..agak-agak nak makan tu, makan ja la apa yang ada kan. Plan aku raya nanti mungkin ikut masjid kampung aku buat program korban. Tapi kalau ada yang tak mau buat kat masjid sendiri boleh gak bagi duit kat Islamic Relief tolong buatkan.

Ikut selera masing-masing la, ada orang rasa kat kawasan dia dah tak dak orang yang memerlukan, nak pi cari jauh-jauh tak dak masa. Maklumlah semuanya jadi orang penting negara, jadi kalau kes-kes macam ni sesuai la diserahkan kepada orang yang memang boleh menyampaikan korban tu. Harga semasa untuk korban setompok (kampung aku guna istilah ni) RM300.00 kalau kat mesia. Rasanya dah 2-3 tahun kan rega sama ja..erkk rega lembu tak terjejas ke dengan kenaikan rega barang lain ni huhuhuhuhu

4 comments:

iina said...

bila nak balik mesia ek?? rasanya ko sambut raya aidiladha kat kg kan.. selamat balik ke tanahair.. raya sakan ekk..

akuatik said...

insyaallah beraya haji di kampung halaman huhuhuhu...boleh ler aku merasa ketupat palas tahun ni

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

balik malaysia terus ke cik akuatik?kami setakat ni confirm berqurban (dan beraya) di kelantan..ada 5 ekor lembu nak ditumbang di koklanas.

thanks for hi-lite the info on qurbani.

akuatik said...

huhuhu balik bercuti aja...meriah la nanti beraya di kelantan sana..ingatkan IR buat korban kat paya pahlawan