Free Delivery on all Books at the Book Depository

Wednesday, November 19, 2008

Solidarity!



Ni gambar daripada acara tahun lepas, lebih kurang sebulan kot selepas percubaan nak meletupkan Lapangan Terbang Glasgow tu. Perhimpunan ni terpaksa diadakan untuk menenangkan masyarakat setempat pada masa tu. Seingat aku ada la orang tempatan yang melatah dengan percubaan pejuang keganasan ni. Ada imam masjid yang ditikam, lepas tu ada la insult dan harassment kepada penduduk Glasgow yang muslim. Aku pun ada jugak la terkena tempias, rasanya 3 kali kot. Budak-budak muda depa la over-over gitu. Yang aku kena takat diganggu kat jalanan saja la, takla sampai mencederakan.

Aku teringat balik perhimpunan ni lepas hadir ke sesi Palestinians Speak Out petang tadi. Tiga rakyat Palestin, semuanya pelajar melobi memohon bantuan untuk mendapatkan hak pendidikan bagi rakyat Palestin. Dengan cerita dan gambar, it was an eye-opening session. Macam-macam yang dibuat oleh Israel bagi memastikan proses ethnic cleansing ni berjalan lancar. Sekatan ekonomi dah dibuat. Sekarang ni pulak dibina tembok mengelilingi petempatan Palestin. Nak belajar pun tak boleh, nak ke kelas mengambil masa berjam-jam sebab perlu melalui check points. Ada yang terpaksa balik sebab tak boleh lalu. Semuanya kena lalui pemeriksaan keselamatan, ada yang terkorban di check point. Tenaga pengajar asing dihalau keluar. Semuanya bagi memastikan generasi akan datang Palestin tak tau apa-apa, dungu dan bodoh.

Kenapa hanya orang tertentu saja yang digelas terrorist? Tak paham kan. Aku rasa terrorist paling hebat tentu saja la Israel yang mengganas di bumi Palestin. Kenapa yang tu tak dikatakan pengganas pulak. Selalunya yang digelar terrorist tu adalah sebab menuntut keadilan atas ketidakadilan yang berlaku. Even IRA kat Ireland Utara tu pun sekadar menuntut kemerdekaan daripada penjajahan empayar British. Yang dijajah digelar pengganas, yang menjajah pulak dipandang mulia. Yang lain-lain macam yang menyebabkan peristiwa 9/11 tu pun pada aku tak terbukti pun. Kalau ada bukti dah tentu-tentu takdak Kem Guantamao kan.

Oh, sebut 9/11 ni teringat pulak citer lama. Masa 9/11 ni aku kat Warwick. Beberapa hari lepas tu aku dengan kengkawan pi la jalan-jalan ke Warwick Castle. Masa kat tepi jalan tu la, ada satu keta dengan bebudak mudanya meludah kat kami dan sebut nama Osama. Aku pun dah tak ingat sangat apa dia cakap. Osama tu pun aku tak kenai sangat masa tu. Dia lagi la tak kenai aku. Masa tu ntah sapa-sapa ja Osama ni, tak pasal-pasal abih semua orang diskandalkan dengan Osama. Tu la, depa ni cepat melatah jugak tambah-tambah lagi golongan yang dok ingat kita mai sini nak perabih duit benefit depa. Bangang! Dah la bodoh sombong pulak tu.

Aku tak tau sangat cerita politik tentang Palestin ni. Kurang pendedahan. Ye la duduk kat negara yang aman damai kan, buat apa nak ditakut-takutkan rakyat tentang keganasan di negara luar kan. Boleh la takat tengok berita luar negara tu Israel menembak mati rakyat Palestin, kem dibom, baling batu dibalas dengan tembakan.

Sedangkan jiran terdekat Palestin pun takleh buat apa. Ada yang bertanya, apa yang dibuat oleh jiran-jiran Palestin sama ada menghulurkan bantuan ataupun berdiam diri. Sorang panel tu menjawab yang satu kes yang dia tau cuba mendapatkan bantuan perubatan daripada kerajaan Mesir tapi ditolak. Negara Arab lain? Ah, tau-tau sendiri la kan. Lebih baik bermewah-mewah dengan hasil minyak daripada membantu jiran agaknya.

Banyak cerita yang dipaparkan dalam sesi tadi telah diolah dengan kreatifnya oleh Khairyn.

Ni lagu tangkap nangis feberet aku. Tadi pun masa dia tunjuk gambar-gambar tu aku dah sebak jugak. Nasib baik boleh mengawal perasaan.




ps: intro pop yeh yeh yang tak tahan tu..gelak kejap pastu terus syahdu huhuhu

2 comments:

khairyn said...

huhuhuhu sebenaqnya air mata aku dah mengalir tadi... huhuhuhu sangat la cengengnya

akuatik said...

aku tau aku tau..pasal tu aku tak pandang ko...kang berjangkit hahahah