Free Delivery on all Books at the Book Depository

Wednesday, January 02, 2013

Sasaran Baru

Nak kurangkan berat badan atau nak kuruskan badan? Aku nak letakkan target berat berapa kg dalam masa tertentu, atau nak kecikkan saiz baju? Sebelum ni aku letakkan sasaran berat dan saiz baju, sasaran berat tak tercapai. Tapi saiz baju memang seperti yang diidamkan la.. Sebabnya plan aku ikut ni kena kawal pemakanan dan disertai senaman, aerobik dan weight training. Weight training melatih otot, dan otot lebih berat daripada lemak. Tu yang bila kita latih otot badan, berat tetap sama walhal badan dah kehilangan lemak pun. Tapi akan ada jugakla sikit penurunan berat badan. Bagi yang berpengalaman dalam kecergasan, target yang diletakkan adalah peratus lemak badan yang nak dicapai. Penimbang aku yang boleh kira lemak badan dah rosak pulak, hari tu bateri ada deposit. Agaknya lama tak guna kot.

Sebab penimbang dah rosak, aku kekalkan sasaran berat la jugak. Nak buat camna kan? Itu saja yang mampu. Oh, dan saiz baju S. Boleh? Hehehehehe... Hari tu daripada L dah turun ke M. Masa beli korset (No! No! No! bukan yang mahal itu. Beli sebab nak instant solution pakai baju kawin :) ) tak sangka kena beli M. Terkagum dengan diri sendiri.. hehhehehe.. Korset tu kalau nak pakai kebaya atau dress labuh sesuai la pakai. Tapi korset bukanlah penyelesaian jangka panjang kepada masalah berat badan anda ya. Harap maklum...

Oke, balik kepada sasaran baru ni. Hari tu 8kg untuk 7 minggu kan? Kali ni target untuk 5kg untuk 5 minggu. Kali ni ikut teknik yang ada intake berbeza dan dikira semula setiap hari. Ala.. ada template pun. Tak kuasa nak kira hari-hari.. hehhehehehhe... Hari ni, berat dah naik, 60.4 kg. Kita kira BMR aku kat web Susu Sejat 1212 kalori. Dengan aktiviti seharian aku, kadar keperluan kalori sehari adalah 1667 kalori. Formula nak kira ni memang la lain-lain sikit, ikutla nak ikut formula sapa. Tapi bezanya tak lah jauh sangat pun. Kalau ikut ebook pulak, keperluan kalori 1873 kalori. OK, kalau nak turunkan 1kg seminggu, maknanya kena kurangkan 7700 kalori seminggu. atau 1100 kalori sehari. 1873-1100 = 773 kalori. Boleh? No! No! No! Pengambilan kalori tak boleh kurang terlalu banyak daripada BMR, takut nanti badan ingat tengah kebuluran. Nanti dia switch on mode kebuluran, metabolisme akan menurun. Lagi la susah nak turunkan berat.

Jadi, kita bahagikan 1100/2, satu untuk pengurangan kalori melalui makanan, sebahagian lagi dengan penambahan aktiviti fizikal. Jadi intake tiap-tiap hari adalah 1323 kalori, dan kena tambah aktiviti fizikal tiap-tiap hari yang boleh membakar 550 kalori. Haaa, yang ni insya allah kita naiklah cross trainer yang dibeli tu. Takkan nak buat tempat sidai baju pulak kan? hahahhahah

Teori dah cerita. Implementasinya aku bagi laporan mingguan naaa... hari ni hari pertama. Tengok minggu depan camna. Tata..

0 comments: