Satu masa, ada 3 perkara dalam hidup aku nak dicapai. PhD, naik pangkat
dan kahwin. Pada masa tu aku target PhD paling senang nak dicapai,
memandangkan yang tu cuma melibatkan diri aku saja.
Maksudnya, aku lah
yang kena berusaha sendiri nak mencapainya. Kenaikan pangkat dan kahwin
adalah pemberian Allah melalui orang lain. Dan kerana beberapa kali aku
gagal untuk naik pangkat dan jugak berkahwin, aku rasa antara ketiga-tiga tu, PhD yang akan dapat dulu.
Rupanya, Allah nak tunjukkan perancangan dan jangkaan kita adalah sangat
lemah, kerana sedikitnya ilmu yang kita ada.
Tahun 2012, dua perkara dah ditunaikan. Alhamdulillah, rezeki. Bertahun mencuba akhirnya dapat juga kenaikan seperti sahabat seangkatan. Walaupun lambat beberapa tahun. Dan bertemu jodoh juga dengan seseorang yang selama ini tak pernah lost contact pun dengan aku. Cuma tak pernah kenal rapat, dan bukan best friend tapi dia tau cerita aku dan aku tau cerita dia walaupun tak semua. Tak sangka pulak nak kahwin tahun lepas, sebab dok target nak kembara setiap tahun ke setiap destinasi berbeza. Itulah, ilmu Allah yang luas.
Ditunjukkan depan mata
aku, jalan PhD yang sangat berliku. Yang meranapkan semangat aku dan
sangat mengecewakan aku. Padahal awalnya aku sangka aku seorang yang
kuat. Sampai sekarang masih belum bertemu penghujung perjalanan yang
berliku. Rezeki setiap orang tak sama, dan kita tak akan diberatkan
dengan hal yang kita tak mampu. Itu saja yang menjadi pegangan.
Tahun 2013, perkara yang satu ini perlu ditunaikan. Setiap masa, inilah yang aku dok ingat. Stress pun ada jadinya sebab terasa berat sangat. Lamanya proses nak menggilap berlian yang satu ini.....
Thursday, January 03, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment