Free Delivery on all Books at the Book Depository

Sunday, December 12, 2010

3 Bulan

Pi mai pi mai dah 3 bulan kat Xi'an. Masa baru sampai aku pun cuak jugak macam mana la nak habiskan masa kat sini. Dengan berdebunya, dengan tandas hancingnya, dengan makanannya, dengan bahasanya, dengan air panas untuk mandi yang ada cuma 4 jam sehari 7-11 (inikah asal usul kedai 7-11 itu?) malam (kata Fatima memang budaya Cina tak mandi pagi, cuma mandi sekali saja sebelum tidur. Dia pun tak percaya aku berjaya mengharungi 3 bulan mandi pagi dengan air sesejuk ais itu huhuhuhu).

Tugas utama datang ke sini hanya tercapai separuh saja. Separuh lagi, mungkin tahun depan. Aku pun tak pasti. Sebabnya mesin yang telah dipasang itu, masih belum dapat berfungsi sepenuhnya. Proses rekabentuk mesin adalah berasaskan konsep copycat. China memang terkenal sebagai negara copycat kan? Cuma terlalu banyak birokrasi di sini. Menunggu kontraktor datang saja 3 minggu, dah datang tapi tak boleh nak pasang komponen. Sudahnya, tugas-tugas sampinganla yang telah disempurnakan dengan jayanya :D.

Pertama kali masuk tandas awam di Xian Xianyang Airport aku muntah-muntah dulu 2-3 minit sampai berair mata, masa tu dah terasa ngeri nak duduk kat sini. Alhamdulillah bilik asrama tu untuk International Student, jadi taklah teruk keadaannya. Masa sembang-sembang dengan Fatima, aku bagitau dia aku rasa boleh menyesuaikan diri dengan China, kecuali masalah tandas dan orang yang suka meludah merata-rata huhuhuhu...Tapi kalau tempat pelancongan boleh tahan la sikit. Ala tandas kat tempat kita pun bukannya bersih sangat kan, tapi sekurang-kurangnya kalau masuk tandas di bandar takla berbau kan. Bak kata Encik Bakar, "Nak cari tandas boleh berpandukan arah bau." So true..

Makanan masih boleh diterima perut aku. Walaupun ada masa terasa muak juga hari-hari dengan mi, nasi, mi, nasi dan mi dan nasi. Harga makanan berpatutan, macam biasa kalau nak murah banyakkan makan sayur. Sayur sawi dan bak choy yang murah, jadi makan selagi masih murah kan. Jangan menyesal pulak bila tengok harga sawi di Glasgow. Lauk pauk? Mujur tak mengidam sayur lemak, asam pedas atau masak tempoyak. Setakat mengidam nasi lemak tu boleh lagi dilepaskan dengan nasi lemak Pak Nasir Air Asia tu :).

Semalam ke bandar lagi. Beli jeket dan berziarah ke rumah Fatima. Seharian di rumah Fatima. Oh, kali ni tak ada sesi mengaji sebab tak jumpa saudara-mara lain pun :D. Cuma banyak berbincang tentang majlis pertunangan dan pernikahan dia saja. Sempat merasa homemade dumpling, hui ma xi, shi zi bing. Ada ilmu diperturunkan, insyaAllah kalu rajin aku buatla. Kat Malaysia pun susah kan nak cari makanan Cina halal, nak kena ke restoran dan hotel pulak.

Kalau sebelum ni aku tak pasti adakah ini kali pertama dah terakhir aku ke Xi'an, nampaknya nada sudah bertukar. Ada satu ketika aku rasa teringin sangat nak berkenalan dengan keluarga muslim di sini. Allah perkenankan hasrat aku. Aku insyaAllah akan datang lagi, dah ada saudara di sini. Boleh nanti seisi keluarga bercuti ke sini. Seisi keluarga Fatima dah pernah ke Malaysia. Aku jemput lagi, kalau dulu sekadar melancong, kali ni ke rumah aku. Lagipun dia kata tak pernah sampai ke Kedah. Yang jauh kita dekatkan...

Xie xie ni de zhao dai. Hui tou jian..

2 comments:

MsCinderella said...

Mantan, dha lama aku tak jenguk fb/blog hang..apatah lagi nak jenguk blog aku..sekadar tgk2 saja..br aku tau hang kat china 3 bulan...aku nak tanya mana lagi terseksa duk scotland atau xian (china)?. Aku sempat kerja di shanghai seminggu saja walau patut duk sana sebulan. nasib baik sebulan gak, walau mula2 kena duk sana 2 bulan...waktu tu mula memberontak awat sebulan saja bkn 2 bulan. bila duk sana baru lega kena sebulan.adoiiii....aku rasa terseksa duk sana walau seminggu..bau semua tu jgn cter la...aku paling tak suka bab tak leh ckp inggeris.dah la sana kerja kat sini kena duk kaunter,bila jumpa org ramai, cakap SORRY pun depa tak paham..tu aku tak masuk sastera Inggeris lagi..lagi la haru..ntah la harap2 tak kena 'mencari rezeki' kat sana nnt :p. tp tu la org kata byk jalan, luas pengalaman..walau 'terseksa' kat sana ttp dpt dpt gak secubit pengalaman...

:)

akuatik said...

aku tak penah pi shanghai, tapi kata member aku yg penah pi shanghai, shanghai jauh lebih baik berbanding xian...

hang jangan banding scotland ngan china la wei...tak terbanding hahahaha....mula2 sampai tensen gak ler...aku ada mandarin phrase book tapi yg dalam buku tak sama dgn dialek sini...masalah bahasa tu kira besaq jugak la...tuan punya restoran tempat aku pi penah gak nak sembang ngan aku...tapi aku cuma boleh ckp aku tak paham saja hahahahah...la ni boleh paham sikit2 basic...order makan pun ok...tapi nak balas ckp org tu lambat sikit la...