Free Delivery on all Books at the Book Depository

Tuesday, October 26, 2010

Xi'an: Moslem Street

Cuaca musim luruh semakin menyerlah di Xi'an. Dah makin sejuk. Kata kawan aku perubahan cuaca memang ketara di sini. Pertukaran musim dan perubahan suhu mendadak. Mungkin sebab iklim kebenuaan kot, tu yang jadi macam tu. Cewah! Teringat belajaq Geografi masa sekolah dulu.

Oke, kali ni cerita pasal tarikan utama di pusat bandar Xi'an pulak. Sebelum ni kita pi kampung sikit. Kena cerita sejarah la sikit. Xi'an ni dalam wilayan Shaanxi (bukan Shanxi), lebih kurang tengah-tengah China la jugak. Sebenaqnya yang paling tengah adalah Lanzhou. Xi'an dulu Chang'an, merupakan destinasi pertama Laluan Sutera di sebelah Timur (yang terakhir kalau dari Barat). Kedatangan orang Islam berdagang, ada yang kawin dengan penduduk tempatan, dan ada penduduk tempatan yang memeluk Islam. Depa ni membentuk komuniti Islam di tengah-tengah bandaraya Xi'an (ada keturunan pedagang arab dan pendakwah tapi tak jumpa pulak syed dan syarifah macam kat malaya sana, agaknya kurang mulia kot kwang kwang kwang....). Kawasan depa duduk ni dipanggil Moslem (depa sini sebut Mosilin) Quarters, dan sejak turun temurun berniaga. Ada satu jalan dinamakan Moslem Street (Hui Min Jie) yang jadi tumpuan pelancong, kiri kanan jalan ada kedai makan yang dimiliki orang Islam berbangsa Hui. Ada jugak orang menjual snek. Pastu ada la jugak bazaar jualan ala-ala Padang Besaq.

Moslem Street yang sibuk

tugu peringatan la kot ni...menunjukkan sejak dulu bangsa Hui yang muslim terlibat dalam perniagaan makanan


Ni gerbang utama ke bazaar jualan. Ramai dengan pelancong la...semua ada untuk cenderamata dan cenderahati. tapi cam biasa la depa tak letak rega, pepandai la tawar-menawar


restoran ni pak menakan kawan aku punya...halal dumpling

Daging beger halal

daging panggang
aku paling suka yang ni...teloq puyoh depa masak..macam kuih cara..pastu sapu kuah kacang ngan cabai


makanan kebanggaan orang Shaanxi, yang rou pao mo...roti makan ngan sup dan daging kambing
ni bahan-bahan untuk sejenis manisan, rupanya macam putu buluh..kukus tepung beras dalam bekas buluh tu..bila masak golek-golek kat atas kekacang





orang menjual persimmon pancake..rupa macam coq badak..tapi manis..inti dalam dia pes osmanthus..menatang apa osmanthus pun aku tatau...cuma tau sejenis pokok saja

buah-buah kering
Kawasan Moslem Quarters ni luas, ada 7 masjid kat situ saja. Tapi masjid utama yang jadi tumpuan adalah Masjid Besar Xi'an yang tertua di China. Masjid depa buat daripada kayu. Tu la yang paling kagum tu. Buat daripada kayu tapi bertahan lama, hat buat daripada logam dan konkrit yang sepatutnya tahan lama pulak asik runtuh dan roboh saja. Hilang keberkatan dan rahmat kot kan....



gerbang pertama nak menuju ke balai solah...ada 3 gerbang semuanya...ni dalam kawasan masjid ni..luas sungguh


ni gerbang terakhir...hujung sana tu balai solah...non moslem takleh masuk la...kalau non moslem nak masuk kawasan masjid kena bayaq 25 yuan (musim mahai)...kalau moslem percuma saja....
80-90 peratus bangsa Hui (ni kawan aku yang bangsa Hui la bagitau) memang terlibat dalam bisnes terutamanya makanan. Oke cukupla sikit-sikit sejarah, aku pun dulu kalau cikgu sembang banyak-banyak aku tidoq saja kat belakang huhuhuhuhu.....

2 comments:

Ayda N said...

bestnya tikah mngembara smpai ke xian,bertuah ada local guide ,senangla nk tour

akuatik said...

ayda, sebenarnya jalan-jalan tu sendiri..bawak map sambil cari makan...tour guide tu cuma sembang-sembang saja...