Free Delivery on all Books at the Book Depository

Thursday, October 21, 2010

Xi'an: Terra Cotta Warriors and Horses Museum

Aku la ni sedang menuntut ilmu sampai ke negeri China. Ada rezeki untuk buat penilaian projek PhD, kajian kes untuk merekabentuk 3D printer. Perghhhhh!!! Hebat kan ekekekekeke.....Bos kata elok la mai sini, dia pulak ada geran projek yang dah nak abih bulan 3 tahun depan tapi tak guna-guna. Tu yang boleh sampai ke Xi'an ni. Ok, alang-alang dah sampai kena la pi jalan-jalan sama kan.

Antara tarikan utama orang mai ke Xi'an ni adalah muzium yang ada patung-patung pahlawan dan kuda, Terra Cotta Warriors and Horses Museum. Alkisahnya Maharaja Qin Shi Huang, maharaja yang berjaya menyatukan seluruh China ni sangat cintakan kekuasaan dia dan dia takut la mati sorang-sorang. Tu yang bila dia berkuasa dia pi kerah rakyat dia buat patung-patung daripada tanah liat, semuanya saiz sebenaq. Ni betul-betul punya kerajaan bawah tanah. Ada pasukan tentera, tentera berkuda sekali pemanah, kira lengkap la. Patung-patung di tanam di satu kawasan kejiranan ngan kuboq dia la. 11 tahun buang masa dok buat patung tu. Ada lebih kurang 8000 semuanya, dan muka semua lain-lain. Jadi depa syak 8000 tu adalah wajah orang sebenar yang dok buat patung-patung tu lepas tu semuanya dibunuh.



Ya la dah ada patung buat pa hidup lagi kan. Tu la dia jadinya bila yang berkuasa taksub dengan diri sendiri. Dah mati pun dok nak berkuasa lagi. Rakyat jugak yang terkorban. Kerajaan bawah tanah ni depa jumpa tahun 1970-an, ada sorang petani nak gali telaga la cari ayaq. Sekali banyak la pulak pecahan-pecahan tanah liat yang dia jumpa. Pakcik tu glemer, hari-hari keja dok sign buku pasal penemuan kawasan ni.

Ni pasukan tentera kat pit no 1 yang pertama ditemui. Hat depan sekali tu tentera ranking bawah la. Pastu ada chariot dan kuda-kuda. Kuda tu daripada tanah liat, tapi chariotnya daripada logam. Siap pakai welding semua nak sambung-sambung logam tu. Patung tentera tu siap ada ikut ranking, memang dia buat sibijik macam tentera yang betul.


banyak yang dah rosak pun...
sebahagian besar kawasan kerajaan bawah tanah yang belum tergali lagi
Ada 5 pintu masuk yang digunakan sebagai laluan untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan kerajaan bawah tanah ni...lepas siap semuanya, pintu tu ditutup dengan kayu
Ni pit no. 2. Banyak yang rosak jugak la patung-patung ni yang depa tinggai saja dalam tu

Ni chariot yang depa jumpa dalam pit no 2.

Ni patung pemanah berdiri, tangan dia tu pegang bow la..tapi bow tu relai

gambaq ni tunjuk camna keadaan pemanah yang duk melutut masa depa jumpa tu

ni pulak jeneral ka apa ntah...tapi pangkat tinggi la...perut sudah buncit dna gemuk berbanding tentera pangkat rendah...reben yang dia pakai tu pun menunjukkan pangkat
pemanah yang melutut tu
ni pulak kat pit no. 3


TKW, wish you're here....

0 comments: