Monday, April 12, 2010
Umrah dan ziarah
Ahamdulillah, selamat kembali ke sarang di Glasgow selepas 7 hari berada di Mekah dan Madinah untuk menunaikan umrah dan ziarah. Perancangan nak berumrah ni sejak mula datang ke Glasgow, tapi ejen di sini mintak dicari sendiri mahram. Tak macam ejen kat malaya yang boleh tolong daftarkan sesapa yang pi sekali sebagai mahram. Jadinya bila ada saja orang mesia nak anjurkan pekej, terus saja daftar nama.
Orang kata dugaannya macam-macam, dan memang itu lah yang aku rasa. Harga pekej naik lebih seratus pound, campur kena tukar tarikh connecting flight ke Glasgow (dan caj tambahan semestinya) dan macam-macam lagi yang hampir menyebabkan aku dan Khairyn sampai berkali-kali dok mengira bajet. Last minute pun ada lagi dugaan, nak balik pun ada dugaan.
Niat asal sekadar nak berumrah, pi balik dari bilik ke masjid. Tapi bila difikirkan balik, seluruh kehidupan kita adalah ibadah, bukan sekadar pi masjid, solat dan baca kitab Allah. Tuntutan tanggungjawab lebih besar daripada tu, antara tuntutan untuk aku adalah mengeratkan silaturrahim. Jadinya kesempatan ni jugak aku ambik untuk ziarah sedara-mara kat sana. Sidi dan siti (datuk ngan nenek) belah mak aku berhijrah dari Mekah (sebelum tu keluarga depa pulak berhijrah dari Bangkok ke Mekah, Tok su aku masih tebal cakap siamnya) ke mesia pastu tak mau balik-balik dah (bak kata sepupu aku), suka ngan Jawi (ni yang Khairyn ngan Mimi selalu konpius, Mesia dipanggil Jawi hehehe). Aku tak selalu jumpa depa ni, tiap kali depa turun Jawi aku tak dak kat kampung. Tanggungjawab ziarah utama mestilah ziarah Mak Ngah la, Pak Ngah baru meninggal awal tahun ni jadi dia masih dalam eddah 4 bulan 10 hari, jadi tak leh pi mana-mana. Kerajaan bagi cuti. Aku sempat pi 3 rumah saja, hat lain tu pakat-pakat berkumpul la kat umah yang 3 tu. Insyaallah ziarah ke rumah lain-lain tu akan dibuat kalau ada kesempatan lagi.
Budaya arab memang sangat menghargai dan menjaga tetamu. Hari-hari depa call tanya khabar, ni dah balik Glasgow tak report duty lagi ni hehehehe. Baru report kat Pendang, tak report kat Mekah lagi. Jemput 3 orang (aku, Khairyn ngan Mimi), buat makan macam 10 orang huhuhuhuhu. Aku la yang kena makan banyak. Nak balik dapat buah tangan lagi. Lepas ni takleh buat dekk lagi kalau depa pi Jawi huhuhuhu
Cerita berumrah rasanya semua akan cerita kenangan manis. Hari-hari biasa kita mungkin tak perasan apa yang kita buat, apa yang kita cakap. Bila akal dan hati dibebaskan seketika daripada urusan lain, baru terasa betapa mudahnya Allah nak balas atas niat, perbuatan dan cakap kita. Segalanya tak boleh sebarangan. Penat, panas tapi puas hati dan terasa nak pi lagi. Insyaallah nak pi untuk haji pulak untuk melengkapan rukun. Aku dah daftar ngan Tabung Haji, tapinya dapat tahun 2030. Kata orang yang biasa pi, selalunya dapat awal sebab ramai yang takleh pi pada masa yang ditetapkan. Atau kalau ada rezeki lebih mungkin ikut saluran yang tak perlu tunggu lama. Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment