Free Delivery on all Books at the Book Depository

Saturday, April 17, 2010

Perjalanan ke Kota Ibrahim II

Pesawat Saudi akhirnya mendarat di terminal Lapangan Terbang King Abdul Aziz yang dikhaskan untuk syarikat Saudi Airlines saja. Perlu ingat ni supaya rombongan jangan dihantar ke salah terminal macam rombongan kami masa nak balik ke London. Melayang lagi 10 riyal untuk bas ke terminal Saudi Airlines.

Masuk bangunan terminal, terpaksa menunggu pulak mahram yang masih tak kelihatan. Akan ku bagi komen pada penganjur nanti supaya rombongan yang selepas ni ambil berat isu birokrasi di kaunter imigresen ni. Kalau tak nanti batch lepas ni pun yang mana menumpang mahram akan tertunggu di depan kaunter passport control. Yang pegawainya suruh berbaris, kami pulak mana boleh cop passport tanpa mahram sebab dalam visa dah tulis nama mahram. Sama macam nak masuk ke UK jugak, kalau masuk sebagai dependent kena lah tunggu pemengang visa utama kan. Terpaksa beralih ke tepi tunggu, bas seterusnya tak nampak muka lagi. Mesti imigresen saudi pelik bila mahram terpisah-pisah jauh pulak tu. Sabar saja lah sabariah....

Lepas selesai imigresen nak ambil beg pulak. Kat carousel beg tu ramai yang menunggu sambil memegang troli beg, bersedia memberi khidmat. Tapi khidmatnya bukan percuma, ada ahli rombongan kami pun terkeliru. Sebab keluarga ni banyak barang dan dengan anak-anak, depa pun setuju mamat tu tolong pegang troli. Tu pun katanya sebelah tangan saja. Sampai dalam bas mamat tu menunggu tips. Dan lagi, ada pulak ahli rombongan yang tolong ambil beg kawannya, tapi tak dimaklumkan kepada tuan punya beg. Sudahnya, lama jugak la dok mencari beg yang disangkakan hilang. Ya, menolong itu sifat yang terpuji, cuma dalam keadaan begini dah jadi menyusahkan pulak kan. Teringat pula kisah di kawasan kejiranan aku, ada sahabat tolong ambikkan anak jiran di sekolah tapi tak maklumkan kepada jirannya. Sebab jiran tu agak terlewat sampai, jadi depa ni balik dulu. Si anak pulak lupa nak menalipon ke rumah bagitau dah balik dengan orang lain. Sampai ke petang jugaklah jiran ni mencari anaknya lepas tak ada kat sekolah. Tu lah, aku pun beringat-ingat jugak kalau nak menolong jangan sampai perbuatan kita jadi beban pada orang lain. Bukanlah terus tak buat, cuma kena pastikan semuanya dibuat dengan proper.

Dari Jeddah kami dibawa dengan bas ke Mekah. Ada sorang ustaz yang memberi panduan umrah sambil mengajak kami bertalbiyyah. Selepas bas melepasi sempadan tanah haram, hati lebih berdebar. Excited sungguh. Naik turun bukit nak masuk ke Mekah. Mekah atau Bakkah sebuah kawasan tandus yang bebukit batu suatu ketika dulu. Bayangkan perjalanan Nabi Ibrahim sekeluarga merentasi kawasan tandus ini dari Palestin dengan anak kecil. Pengorbanan kan. Hati gembira berkunjung ke tanah kelahiran Rasulullah, dan kampung halaman mama. Terus terfikir macam mana agaknya dulu mama masa kat sini sebelum sidi bawak keluarga ke Malaya. Sidi memang kontrol anak-anak pompuan dia, masa ambil gambar mama pun tukang gambar yang mai ambik gambar kat umah. Tak pi mana mama. Lain sungguh ngan aku hehehehehe...

Bila menara masjid dah kelihatan dari jauh, mata dah bergenangan. Haram sentiasa dikunjungi manusia 24 jam. Kawasan sekitarnya terang-benderang. Aku datang! Aku datang menyambut seruan Nabi Ibrahim yang berdoa memohon kepada Allah semoga tanah ini dikunjungi segenap manusia. Mungkin agak lewat berbanding yang lain, tapi kini aku datang.

Kami dimaklumkan umrah akan mula dikerjakan jam 1 pagi selepas makan dan rehat seketika. Makan lewat malam dengan hidangan melayu. Alhamdulillah, tambah tenaga sebelum bertawaf dan sa'ie nanti. Tak terasa mengantuk, terlebih excited gamaknya.

2 comments:

khairyn said...

aku memang jeles la kalau tengok orang hati sayu bila nampak Kaabah or even menara masjid, sebab aku tak rasa sayu. Aku lebih rasa tak percaya.. sangat sangat tak percaya aku berjaya pijak bumi Makkah. Biasalah KKS gittew hahahaha

akuatik said...

sebab tak sangka dah sampai tu la..bercampur-campur perasaannya...air mata gumbira..ada gak la teringat mak aku...dah 30 tahun lebih ni baru la boleh jejak ke kampung dia huhuhuhu..area dekat2 hotel kita tu kan area umah famili dia dulu...