Hanya dua keping sidi, yang kalau berisi filem yang telah dicetak secara merompak cuma bernilai RM 5. Malangnya yang hilang tu mengandungi maklumat peribadi dan akaun lebih kurang 25 juta penerima benefit di serata negara. Hari ni Pengarah LHDN (HM Customs & Revenue) Paul Gray letak jawatan. Oh, rupanya ini jawatan yang dibayar paling mahal dalam gomen-£198,000 setahun. Baru aku tau rupanya kerja hal ehwal duit ni gaji paling tinggi, menyesal pulak rasanya tak pilih hal ehwal duit ni dulu. Aku rasa lepas ni mana-mana ceramah memilih kerjaya patut letak sekali jumlah gaji purata dan maksima, baru ler senang nak pilih. Letak sekali gaji para menteri dan perdananya, termasuk anggaran jumlah kontrak yang bakal diperoleh oleh diri sendiri, isteri (atau isteri-isteri), anak beranak, saudara mara dan sahabat handai supaya maklumat lebih telus, sepertinya telusnya kotak undi itu. Oh, terasa dapat misleading information pulak dulu.
Cerita tentang sidi lagi, menteri kewangan tetap berdegil tidak akan meletak jawatan kerana berasa bertanggungjawab untuk memperbaiki keadaan. Oh, sungguh bertanggungjawab si Darling ini. Siapa lagi yang layak kalau bukan dia, yang patut letak jawatan itu adalah junior official yang pepandai kirim sidi tu guna TNT, atau kalau di kampung sana kita suruh dia amik VSS saja. Bayar sedikit saguhati atas keupayaannya menghilangkan sidi itu. Di sini kecoh-kecoh data hilang, di kampung sana pun kecoh juga, ada data yang tak hilang-hilang, ada data bertukar pengkalan kerana terlampau lutcahaya, sehingga zatnya bersatu dengan cahaya tujuh spektrum dan tiada wujud lagi. Atau mungkin juga masih wujud dan menjadi data hantu.
Wednesday, November 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
polis kata jangan.........
he.he.he.
polis kata jangan...monyet
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment