Lepas sarapan gi meja urusetia persidangan. Nak tanya sama ada kena daftar sekali lagi untuk ke persidangan sebab kalau ikut jadual ada sesi pendaftaran. Urusetia yang ada tak faham apa aku cakap, bengang sungguh. Nak buat persidangan antarabangsa tapi takleh cakap omputih. Terpaksa tunggu orang yang boleh cakap omputih, masa dok menunggu tu ada peserta dari UK dan Perancis, tanya pasal continental breakfast atau western breakfast. Hoh, kalau perkataan registration pun takleh paham, apetah lagi phrase kompleks cam continental/western breakfast tu hehehehehe...
Aku cuma habiskan masa kat bilik-bilik persidangan, dengar orang sembang yang inti patinya haram aku tak paham. Kesimpulan daripada peristiwa ni, bukan orang Malaysia saja yang bermasalah untuk berkomunikasi bahasa omputih ni, orang Cina pun ramai lagi. Ada satu sesi, penyampainya tak perasan ada sorang insan luar dalam bilik tu, terus dia cakap Mandarin. Semua orang kat situ pandang aku, cuma penyampai tak nampak sebab kedudukan aku terlindung sikit. Nasib baik ada sorang peserta dari Hong Kong tolong translate, tapi sebenarnya aku tak kisah pun kalau dia tak translate, sebab walaupun dah translate aku tetap tak paham heheheh
Aku ponteng sesi petang sebab dah tepu sangat rasanya. Ikut Kaklong ngan Bangah ke Sanya Bay. Depa dah keluar pagi tadi ke petempatan komuniti Islam Hui, dah siap makan kat kedai Muslim, beli barang mutiara dan kristal yang sinonim dengan Hainan ni. Dan malamnya, hidangan megi jadi santapan.....
Gambar-gambar mentah ...
Sanya Bay yang sibuk
2 comments:
amboi sikit punya lama aku tunggu sambungan cerita cina ko ni
aku kawasan p121 dulu pun dial up jer hahahaha...
la ni kawasan G31 ni broadband. Gila laju hahahahaha
lambat pick up mood nak menaip, nak kena ilang jetlag, nak kena biasakan ngan makanan, cuaca dan apa bala semua dulu hehehhe
g3 pun laju tapi kadang2 hampehhh gak tiscali nih
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment