Akhirnya, selepas berbulan madu, bercuti dan berhujung minggu yang menyebabkan pelan mengubah gaya hidup yang sihat tersekat. Ala, alasan semata-mata... Susah nak keep track kan, banyak pengorbanan yang diperlukan. Itu yang menyebabkan aku sangat kagum kepada mereka yang maintain kawal kalori dan senaman. Semangat juang sangat kental!
Sepanjang bercuti, memang aku sangat banyak terpele'ot. Pagi-pagi cari nasi lemak. Tengah hari nasi berlauk. Malam pun nasi. Nasi duniaku. Nasi lemak memang top of the pop la. Suka sangat nasi lemak. Tetiba, pagi tadi teringat nak check gula dalam darah. Pagi-pagi buta. Mak ai! Meroyan sat aku. Tinggi nya. kalau tak mula hari ni, sampai bila pun tak mula kan. Pi timbang pulak. Nahh hai! Dah naik jugak. Baju seluar pun memang dah terasa ketat, tak try pakai baju nikah pun. silap-silap tak muat ..hahahhaha
Jadi, pada pagi yang kudus tadi, aku ambil keputusan akan memulakan gaya hidup sihat. Satu cycle ikut ebook la, 35 hari. Lepas tu akan direview untuk tengok ada penambahan atau pengurangan. dan aku akan cuba konsisten tulis report harian, supaya senang aku nak review.
Target aku bulan 6 nanti buat check-up: 1) Gula-7mmol/L. 2 ) Kolesterol- 4.0
Apa yang nak kena ubah? Mainly, kena tukar corak pemakanan. Kali ni kena lebih rigid daripada sebelum ni. Sebelum ni asyik terbabas saja. Nama saja hujung minggu cheat day, tak cheat day pun makan lebih kalori. Kena lebih rajin buat sendiri. Biasanya terbabas sebab pi makan kat kafe, lauk dah habis. Tinggal yang mana ada, atau kena order nasi goreng. Haaaa... nasi goreng saja berapa kan..Oh, nasi boleh makan, tapi kena kawal la. Kata orang, sebesar penumbuk aku. Lebih kurang 2 senduk, atau secawan. Aku tak tukar jenis beras, mahal berkali-kali ganda tapi kena banyakkan sayur. Portion sepinggan tu ada setengah sayur, suku untuk nasi dan protein. Roti kena pilih wholemeal. Pemilihan makanan pun penting, kena variasi kan sayur. Kena banyakkan ulam lagi.
Makanan ni yang selalu tersasar, kalau senaman tak la teruk sangat hari tu. Boleh la buat 5 kali seminggu, 30 minit satu sesi. Sekali-sekala mungkin akan buat lebih. Kalau ikut Diabeter Assc. UK, dia cadang senaman aerobik 5 x seminggu, 30 minit sekali buat.
Alhamdulillah, hari pertama dah berakhir. Hari ni memang tersasar la, sebabnya aku menghabiskan daging beku dalam peti ais. Gila banyak kolesterol tu.
Gula: 13mmol/L (Macam KLCC, ini zon merah!)
Berat: 62.4kg (sudah naik daaaa)
Pagi : Susu skim + protein powder
Wheat biscuits
Tengah hari: Nasi
Daging goreng kari
Brokoli celur
Snek : Susu skim + protein powder
Malam: Nasi
Daging goreng kari (perabih stok)
Lobak merah
Daging lepas ni kena la pantang, mungkin sebulan sekali. Kena banyakkan soya dan ikan sebagai sumber protein. Takpa la, benda-benda yang memudaratkan memang kena elakkan. Betul dak?
Wednesday, February 20, 2013
Friday, January 11, 2013
5 kg 5 minggu Vs Diabetes Self-Management Plan
Woho! Seminggu yang lepas kalori tak terkawal. Turun 300g saja. Hahahahaha! Camna tu? Senaman pun tak dapat buat tiap-tiap hari. Banyaknya alasan!
Baik, projek nak turunkan berat badan ni aku tangguhkan dulu buat seketika. Tapi pelaksanaan pemakanan sihat akan diteruskan dengan usaha menambahkan pengambilan sayur dan buah dalam seharian. Kebanyakan sayur hijau bersifat alkali, dapat meneutralkan makanan bersifat asid yang kita biasa makan - telur, daging-daging, gula. Aku baru beli glucose test kit yang baru. Ya, masalah gula dalam darah. Jadi, untuk diabetes self-management program, aku ketepikan dulu sebarang target berapa berat nak dicapai.
Pelaksanaan lebih kurang sama, kawal portion makan dan senaman. Cuma bezanya, kalau nak bentuk badan tone, aku selang-selikan senaman aerobik dengan weight/bodyweight training. Sebab nak target kepada pembakaran lemak badan. Untuk kawal gula darah pula, kena lebihkan senaman aerobik, sebab sumber tenaga aerobik adalah gula sedia ada dalam darah. Lemak badan pun perlu dibakar juga, untuk kurangkan insulin resistance tu. Tapi target adalah habiskan gula dalam darah. Dari segi pemakanan, kena kawal gula tambahan melalui minuman dan gantikan karbohidrat ringkas kepada yang kompleks. Portion masih perlu dikurangkan. Contoh macam ni, kalau sekadar nak turunkan berat, masih boleh minum teh tarik setiap hari. Tapi, mungkin setengah gelas saja, dan tengok la jumlah kalori tu, Untuk reverse diabetes, kena pantang la teh tarik dan apa saja minuman bergula tambahan. Aku juga kena tambahkan sayuran hijau. Kena start balik buat jus sayur lepas ni. Sayur mentah ada enzim yang boleh membantu kawal gula dalam darah, dan serat tu pun boleh seimbangkan kandungannya.
Kesan jangka panjang, berat insya Allah akan berkurang juga. Cuma dengan diabetes ni, diet akan lebih strict, tanpa gula tambahan. Target aku, dalam masa 3 bulan nak turunkan kepada range 5.0-6.0.
Yeah!

Thursday, January 03, 2013
Buku lama tak tutup lagi
Satu masa, ada 3 perkara dalam hidup aku nak dicapai. PhD, naik pangkat
dan kahwin. Pada masa tu aku target PhD paling senang nak dicapai,
memandangkan yang tu cuma melibatkan diri aku saja.
Maksudnya, aku lah yang kena berusaha sendiri nak mencapainya. Kenaikan pangkat dan kahwin adalah pemberian Allah melalui orang lain. Dan kerana beberapa kali aku gagal untuk naik pangkat dan jugak berkahwin, aku rasa antara ketiga-tiga tu, PhD yang akan dapat dulu. Rupanya, Allah nak tunjukkan perancangan dan jangkaan kita adalah sangat lemah, kerana sedikitnya ilmu yang kita ada.
Tahun 2012, dua perkara dah ditunaikan. Alhamdulillah, rezeki. Bertahun mencuba akhirnya dapat juga kenaikan seperti sahabat seangkatan. Walaupun lambat beberapa tahun. Dan bertemu jodoh juga dengan seseorang yang selama ini tak pernah lost contact pun dengan aku. Cuma tak pernah kenal rapat, dan bukan best friend tapi dia tau cerita aku dan aku tau cerita dia walaupun tak semua. Tak sangka pulak nak kahwin tahun lepas, sebab dok target nak kembara setiap tahun ke setiap destinasi berbeza. Itulah, ilmu Allah yang luas.
Ditunjukkan depan mata aku, jalan PhD yang sangat berliku. Yang meranapkan semangat aku dan sangat mengecewakan aku. Padahal awalnya aku sangka aku seorang yang kuat. Sampai sekarang masih belum bertemu penghujung perjalanan yang berliku. Rezeki setiap orang tak sama, dan kita tak akan diberatkan dengan hal yang kita tak mampu. Itu saja yang menjadi pegangan.
Tahun 2013, perkara yang satu ini perlu ditunaikan. Setiap masa, inilah yang aku dok ingat. Stress pun ada jadinya sebab terasa berat sangat. Lamanya proses nak menggilap berlian yang satu ini.....

Wednesday, January 02, 2013
Sasaran Baru
Nak kurangkan berat badan atau nak kuruskan badan? Aku nak letakkan target berat berapa kg dalam masa tertentu, atau nak kecikkan saiz baju? Sebelum ni aku letakkan sasaran berat dan saiz baju, sasaran berat tak tercapai. Tapi saiz baju memang seperti yang diidamkan la.. Sebabnya plan aku ikut ni kena kawal pemakanan dan disertai senaman, aerobik dan weight training. Weight training melatih otot, dan otot lebih berat daripada lemak. Tu yang bila kita latih otot badan, berat tetap sama walhal badan dah kehilangan lemak pun. Tapi akan ada jugakla sikit penurunan berat badan. Bagi yang berpengalaman dalam kecergasan, target yang diletakkan adalah peratus lemak badan yang nak dicapai. Penimbang aku yang boleh kira lemak badan dah rosak pulak, hari tu bateri ada deposit. Agaknya lama tak guna kot.
Sebab penimbang dah rosak, aku kekalkan sasaran berat la jugak. Nak buat camna kan? Itu saja yang mampu. Oh, dan saiz baju S. Boleh? Hehehehehe... Hari tu daripada L dah turun ke M. Masa beli korset (No! No! No! bukan yang mahal itu. Beli sebab nak instant solution pakai baju kawin :) ) tak sangka kena beli M. Terkagum dengan diri sendiri.. hehhehehe.. Korset tu kalau nak pakai kebaya atau dress labuh sesuai la pakai. Tapi korset bukanlah penyelesaian jangka panjang kepada masalah berat badan anda ya. Harap maklum...
Oke, balik kepada sasaran baru ni. Hari tu 8kg untuk 7 minggu kan? Kali ni target untuk 5kg untuk 5 minggu. Kali ni ikut teknik yang ada intake berbeza dan dikira semula setiap hari. Ala.. ada template pun. Tak kuasa nak kira hari-hari.. hehhehehehhe... Hari ni, berat dah naik, 60.4 kg. Kita kira BMR aku kat web Susu Sejat 1212 kalori. Dengan aktiviti seharian aku, kadar keperluan kalori sehari adalah 1667 kalori. Formula nak kira ni memang la lain-lain sikit, ikutla nak ikut formula sapa. Tapi bezanya tak lah jauh sangat pun. Kalau ikut ebook pulak, keperluan kalori 1873 kalori. OK, kalau nak turunkan 1kg seminggu, maknanya kena kurangkan 7700 kalori seminggu. atau 1100 kalori sehari. 1873-1100 = 773 kalori. Boleh? No! No! No! Pengambilan kalori tak boleh kurang terlalu banyak daripada BMR, takut nanti badan ingat tengah kebuluran. Nanti dia switch on mode kebuluran, metabolisme akan menurun. Lagi la susah nak turunkan berat.
Jadi, kita bahagikan 1100/2, satu untuk pengurangan kalori melalui makanan, sebahagian lagi dengan penambahan aktiviti fizikal. Jadi intake tiap-tiap hari adalah 1323 kalori, dan kena tambah aktiviti fizikal tiap-tiap hari yang boleh membakar 550 kalori. Haaa, yang ni insya allah kita naiklah cross trainer yang dibeli tu. Takkan nak buat tempat sidai baju pulak kan? hahahhahah
Teori dah cerita. Implementasinya aku bagi laporan mingguan naaa... hari ni hari pertama. Tengok minggu depan camna. Tata..

Friday, December 28, 2012
Rahsia kurus
Tiada produk ajaib untuk kurus! Yang sebenarnya, kita cuma kena faham kenapa ternakan lemak badan berkembang dengan pesat sekali. Dapat faham punca masalah, barulah kita boleh cari penyelesaian kepada masalah. Asas kepada penyelesaian masalah adalah kena lah cari ilmu. Apalah guna makan atau guna produk itu ini, tapi hujungnya kalau tak berkesan dia cakap kita tak jaga makan. Kalau macam tu, kata kuncinya dah tentulah jaga makan jugak kan?
Tapi depa pun pandai la ni. Marketing hype dia kata supplement, bukan ubat kurus. Jadi, dia tak kata dia ubat kurus, cuma makanan tambahan saja. Jadi, kena pakat menderu pi beli ka?
Sekali lagi, yang penting adalah ilmu. Yang aku nampak la ni, ada dua jenis produk. Yang pertama tu memang dia claim boleh jadikan umat kurus dengan penggunaan/pemakanan. Yang kedua, claim sebagai supplement untuk bantuk kurus. Yang ubat kurus tu, jaga-jaga la sebab ubat yang dimakan boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang. Biasanya produk ni menyebabkan hati kita bekerja keras nak proses lemak, buah pinggang pulak kena singgirkan lemak. Lama-lama, badan kurus, tapi lepas tu buah pinggang rosak, hati rosak, apalah maknanya. Tak gitu? Ada pulak yang guna fiber, jadi perut sentiasa rasa kenyang. Bila kenyang takla asyik nak melantak. Fiber tu pulak diproses daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita boleh beli dengan harga yang jauh lebih murah. Kira produk ajaib ke tu?
Yang claim supplement pulak, kena kaji la dulu apa fungsinya. Supplement yang dijual di Malaysia ni bukanlah produk newly invented, yang patennya didaftarkan. Boleh kata semua adalah produk biasa yang dilabelkan dengan marketing hype konon-konon hebat. aku tak jumpa lagi supplement yang baru dicipta untuk kurus. Boleh dapat supplement yang sama di farmasi, kenapa nak bayar harga berkali-kali ganda untuk sedekah bonus kat upline? Meal replacement tu apa fungsinya? Macam mana nak berkesan kalau dah ambik meal replacement tapi masih melantak macam azali, buang karan saja.
Tak ada rahsia nak kurus. Tenaga yang diambil mestilah kurang daripada tenang yang digunakan. Kalori masuk < kalori keluar. Sama ada kurangkan kalori masuk dengan kawal pengambilan makanan, atau tambah kalori keluar dengan tambah aktiviti fizikal. Simple!

Wednesday, December 05, 2012
Projek 1200: Tamat
3 minggu tak update perkembangan projek ni. Lepas balik dari Bandung, aku mula jadi kelam-kabut dan rasa tak cukup tangan nak buat kerja. Balik dari Bandung 18 Nov, ada 2 minggu saja untuk persiapan terakhir kenduri.
Masa di Bandung kirim salam la nak kawal kalori ka apa, makan saja yang mana depan mata. Aku jadi tukang perabih pun banyak jugak. Abang ipar aku memang takleh masuk la dengan selera sana. Masuk kedai saja tanya tomyam hehehheheh. Kami banyak makan masakan Padang sebab itu saja yang kebanyakan orang boleh makan. Aku suka sambal terung, masak lemak perut, tempeh dan tahu goreng. Tahu rasa lembut, tak mampat macam tahu kat sini. Makanan ringan, aku suka pisang salai. Sedap! Kalorinya pun ntah berapa aku tak kira.. hahhahahha.
Sabtu lepas kira dah abih la projek aku, target nak kurangkan beberapa kilo. Tapi, sebab sentiasa terbabas saja, hanya 3.5 kg yang turun. Cuma, sebab aku tau kiraan kalori sentiasa berlebihan, aku senaman paling kurang 4 kali seminggu. Biasanya boleh dapat 5 hari la. Weekend kira cheat day. Tak ada senaman, tak kira kalori apa. Mula minggu baru kira badan lebih bertenaga untuk senaman berat sikit. Jadi, walaupun berat tak turun banyak, badan lebih padat dan mampat. Hahahahhaha... Tu pun ada mak menakan aku cakap nampak kecik sangat. Tak elok kalau kecik sangat, katanya.
Lepas ni, nak mula balik program ni. Lepas tu nak pi buat medical check up tengok gula dan kolesterol. Dah dapat 50kg cuma perlu maintain saja la, untuk kesihatan berpanjangan. Jadi, lepas ni kita turunkan 8 kg pulak. Yeah!!!!!!!

Thursday, November 08, 2012
Projek 1200: Minggu 4
Cepatnyaaaaaa... dah 4 minggu dah. Dalam 2 minggu ni berat turun naik. Ada raya haji, yang menyebabkan aku berkelanjuran makan secara melampau. Minggu lepas pulak aku bercuti-cuti KT di rumah Cik Mol dengan Cik Khairyn. Makan off-course la secara gigih kan.... kepok leko, masakan Cik Mol yang sudah lama dirindui, sarapan kedai yang sedap-sedap. Makanya, tak terkawal la kaloriku hehhehehe...
Berat masih maintain pada yang 2 minggu lepas. Cuma aku rasa (perasan) macam badan dah kecik hehhehe. Body toning la kiranya kan.... yang penting, baju dah fitting. Jangan tak muat sudah. Tinggal lagi 3 minggu, akan kuteruskan kegigihan ini. Cumanya, minggu depan ke Bandung pulak dah. Aiyoh! Cabaran sungguh.

Subscribe to:
Posts (Atom)