Free Delivery on all Books at the Book Depository

Sunday, March 29, 2009

Yang jadi, tak menjadi

Hari ni aku pi stesen bas. Ingatkan nak sambung lagi 10 minggu kad bas, ingatkan dapatlah harga lama lagi. Memang dah ada notis dalam bas bagitau bermula esok tambang bas akan naik lagi. Sepanjang 2 tahun kat sini ntah dah berapa kali tambang bas asik naik saja. My blood go upstairs! Masa tengah beratur tu aku terbaca notis cakap new price in operation. Aduh! Lepas tu ada la sorang pakcik pun tanya kerani kat kaunter pasai pa tambang naik lagi. Selamba ja kerani tu jawab, "Inflasi". Terus aku tak jadi nak sambung dah. Kiranya kad bas walaupun beli hari ni dah kena bayar harga tambang baru. Letih jugak la sekarang ni, walaupun harga minyak dah turun, harga barang runcit masih tinggi. Turun pun tak banyak. Semuanya kena berjimat cermat dalam keadaan pendapatan di bawah paras kemiskinan ni. Jadinya lepas ni aku akan lebih banyak berjalan kaki la, kad bas dah tak sambung.

Ada lagi aktiviti yang dirancang tak menjadi. Pagi ingat nak pi tengok pameran Dr Who kat Kelvingrove Museum, tak jadi sebab tiketnya sold out. Kesian Amang bersemangat nak bawak anaknya outing. Tapi pameran tu sampai Januari 2010 rasanya. Banyak lagi masanya. Oh, Dr Who ni cerita kat BBC rasanya, lebih kurang macam Star Trek. Sangat popular di sini, tapi harus aku akui aku cuma pernah menonton satu ja episodnya. Yang dibuat masa minggu Comic Relief rasanya, sketsa 5 minit lebih kurang. Tu pun tertengok. Jadi takleh nak cerita panjang sebab aku pun tak tau sangat, cuma Dr Who memang wira sejagat la kat sini. Berbanding Star Trek yang ada satu kapal yang besar dan staf yang ramai, Dr Who cuma ada sorang pembantu dan pondok telefon ja sebagai pengangkutan ke masa depan dan masa silam.

Lepas ke stesen bas nak beli kad bas yang tak jadi tu, aku pi rumah Sanna ambil buku. Dia tolong pinjam dari perpustakaan dia. Cadangnya lepas berlepak-lepak dan makan tengah hari di sana, nak ke taman berkelah. Lepak dulu selepas menikmati tomyam campur, ayam goreng, ulam timun dan sambal belacan sementara menunggu doktor abih menjalankan tugas. Asalnya nak ke Alexandra Park, bila Khairyn telefon tempat bertukar ke Kelvingrove Park sebab dekat. Tapi dia datang rumah Sanna dulu, boleh ler sembang-sembang dan makan nasi. Dah sampai, makan nasi, sembang-sembang pulak. Seterusnya bertukar lagi la..daripada berkelah di Kelvingrove Park, jadi berkelah di Byres Road aja huhuhuhuhu....siap turun membeli apple crumble dan aiskrim buat dessert :)

Sambil posting ini ditulis, dah masuk waktu musim panas British. Masa dah diawalkan sejam, daripada 00:59 terus jadi 02:00. Sebabnya sekarang dah cerah awal, jadi boleh la menikmati kecerahan tu sambil menjimatkan bekalan elektrik. Jadinya beza masa di tanahku dan tanah ratu sekarang adalah 7 jam. Kena tidur dulu nampaknya. Nanti bersubuh resaksa gaban pulak aku. Ciao!

Monday, March 23, 2009

Di Suatu Musim Bunga





Sekian lama aku di sini
Musim pun berganti
Cinta dan sepi membakar hati
Tanpa Ros (aiseh! nama kena tukar ) di sisi

Semakin hari semakin terasa
Indah suasana
Bunga-bunga yang tak pernah ada
Muncul tiba-tiba

Keharuman bunga sewangi rambutnya
Hingga bergegaran keimananku
Sekilas terasa dia ada bersama
Aku pun terleka dibuai rindu

Langit yang sunyi tanpa mentari
Kini cerah kembali
Burung merpati yang berpasangan
Ingatkan kenangan

Monday, March 09, 2009

Katakan Padaku

Puisi daripada Latiff Mohidin, pernah dilagukan oleh Ahmad Ramli. Aku penah tengok klip lagu ni kat tele dulu tapi tak ingat chanel pada, rasanya RTM la kan kalau lagu-lagu camni. Aku dah lama dok cari mp3 lagunya tapi tak jumpa, imeem tadak, ares tadak, mixpod tadak huhuhuhu...kalau sesapa ada mp3 nya boleh kongsi ngan aku tak

Katakan Padaku

katakan padaku
sejak puisi mengalir
sejak langit meratap
mengapa air mataku
terasa baru bagai embun terasa baru?

burung rembang membuka sayap
daun-daun menjadi lebih redup
aku lewat lagi berdayung di depanmu
kau siap lagi berdiri di tebing

semua pepohon menjadi sepohon di sampingmu
semua detik menjadi sedetik di matamu
sungai ini pun terasa betapa gemuruh
menyambut semarak api di bahumu

katakan padaku
sejak malam menjelma
sejak maut menyentuh
mengapa sepi jiwamu
terasa baru bagai pedihku terasa baru?

Sunday, March 08, 2009

Dan Kematian Makin Akrab

Puisi dari Indonesia oleh Subargio Sastrowardoyo

Ada baiknya
mati muda dan mengikut
mereka yang gugur sebelum waktunya

Di ujung musim yang mati dulu
bukan yang dirongrong penyakit
tua, melainkan dia
yang berdiri menentang angin
di atas bukit atau dekat pantai
dimana badai mengancam nyawa.

Sebelum umur pahlawan ditanam

di gigir gunung atau di taman-taman
di kota
tempat anak-anak main
layang-layang. Di jam larut
daun ketapang makin lebat berguguran
di luar rencana

Dan kematian jadi akrab, seakan kawan berkelakar

yang mengajak
tertawa
itu bahasa

semesta yang dimengerti

Berhadapan muka

seperti lewat kaca
bening
masih dikenal raut muka
bahkan kelihatan bekas luka
dekat kening

Ia menggapai tangan

di jari melekat cincin

Lihat, tak ada batas

antara kita. Aku masih
terikat kepada dunia
karena janji karena kenangan

Kematian hanya selaput

gagasan yang gampang diseberangi

Tak ada yang hilang dalam

perpisahan, semua
pulih
juga angan-angan dan selera
keisengan

Di ujung musim

dinding batas bertumbangan
dan kematian makin akrab

Sekali waktu bocah

cilik tak lagi
sedih karena layang-layangnya
robek atau hilang

Lihat, bu, aku tak menangis

sebab aku bisa terbang sendiri
dengan sayap
ke langit

Monday, March 02, 2009

Shepherd' Pie

Dah lama teringin nak makan Shepherd's pie. Masalahnya bila buat tak reti nak bajet untuk makan sorang. Sekurang-kurangnya mesti kena makan sampai 2-3 kali. Aku bukannya boleh sangat tengok benda yang aku masak tak habis. Tekanan perasaan. Jadinya bila besdey Khairyn baru-baru ni, aku buat kek keret ngan pie ni. Teringin dan saja nak tau camna masaknya, makan tak banyak mana pun. Yang penting rasa kan.


1 labu bawang besar - dicincang
5 ulas bawang putih - dicincang
1 batang lobak merah - dicincang
2 batang seleri - dicincang
1 batang leek - dicincang
500g daging cincang
1 cmb minyak
1 cmt serbuk ketumbar
1 cmt serbuk jintan putih (cumin)
2 cmb tepung
500 ml air
1 ketul kiub ayam - kalau tak dak kiub buat stok la, kira 500ml stok ayam/daging
1 cmb sos worcester (sebutannya wooster - omputih ni sukala eja lain bunyi lain)
1 cmb pes tomato
1 keping daun salam kering (bay leaf)
4 ketul ubi kentang (lebih kurang 800g semuanya)
40g marjerin
125 ml susu
garam & lada putih secukup rasa
marjerin dicairkan - nak sapu kat atas kentang nanti

* kombinasi sayur ni tak tetap, boleh ja letak lobak merah&kacang pis, kalau nak manis boleh letak lobak merah/lobak putih. Marjerin boleh digantikan dengan shredded Cheddar cheese untuk lebih lemak dan padat. Aku belum cuba lagi versi berkeju ni. Nanti-nanti cuba yang ni pulak.

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah & bawang putih. Masak dalam 5 minit.
2. Masukkan daging cincang, masak lagi. Masukkan serbuk ketumbar & serbuk jintan. Kacau rata.
3. Masukkan lobak merah, seleri. Kacau, masak lebih kurang 5 minit.
4. Masukkan tepung, kacau rata. Masukkan air, kuib ayam, daun salam, leek, sos worcester, pes tomato dan garam. Masak sampai mendidih. Perlahankan api, masak sampai sos pekat.
5. Rebus kentang sampai empuk. Tapis. Lecek kentang sekali dengan marjerin. Tambahkan susu, kacau rata. Masukkan garam & lada secukup rasa. Kalau nak cepat, rebus kentang sesambil masak intinya.
6. Panaskan oven 180-200 darjah C. Sendukkan inti ke dalam bekas yang ovenproof. Inti dia kena bagi rata. Pastu sapu kentang kat atas inti, ratakan. Sapukan marjerin cair kat atas kentang tu. Bakar lebih kurang 20 minit.

Nostalgia

Dulu-dulu aku suka sangat kumpul setem. Hobi yang aku rasa susah nak jumpa kat kad maklumat peribadi murid zaman milenium ni. Kalau setem Malaysia banyak la sumber nak dapat. Habis semua surat aku gunting setemnya. Aku paling suka setem yang ada gambar moluska laut tu. Cantik sangat. Sedar tak sedar, banyak sebenarnya yang kita belajar dengan setem, tu pun kalau rajin membelek la. Yang aku ingat, dengan setem 3 kupang tu la ada orang yang tak penah tengok pokok padi boleh tengok camna pokoknya. Selama ni dok makan nasi, tengok beras ja. Tu kawan kak aku la tu.

Kalau setem luar negara, dulu-dulu ada orang dari Kelantan yang menjual setem ni. Ramly kalau tak silap aku nama orang tu. Satu peket tu dalam RM2. Nasib la nak dapat setem mana pun. Dari setem-setem ni aku belajar kenal nama negara luar. Ingat lagi bila dapat setem dari Belize, Belarus dan ntah apa lagi negara yang aku tak penah dengar. Mula-mula ingatkan setem tiruan hehehehe. Bila ada persidangan PATA kat Mesia baru aku tau rupanya banyak lagi negara yang tak pernah pun aku dengar namanya. Kiranya masa sekolah rendah, sumber maklumat aku daripada setem tu la. Internet takdak lagi, tele pun tak banyak rancangan luar kan.

Sebab nak dapatkan setem luar jugakla aku sanggup join satu program untuk dapatkan pen-pal. Excited tak terkata bila dapat surat dari Turki, Mesir dan Itali. La ni tak tau la apa cerita semua pen-pal aku tu. Yang Turki ada 2 orang, satu kat Ankara, satu lagi kat Istanbul. Yang kat Ankara tu aku rasa dah meninggal masa gempa bumi besar kat Turki dulu. Aku agak je la. Sebabnya lepas gempa bumi tu terus takdak balasan surat aku. Yang kat Istanbul tu hilang tanpa berita jugak. Agaknya dia pi bercuti kat tempat gempa bumi tu kot. Yang kat Mesir pun ntah macam mana hilang gitu ja. Baru-baru ni aku cuba cari kat facebook, ada nama sebijik, tapi orang lain. Yang kat Itali tu seingat aku paling lama. Kiranya sampai sempat beremail la. Pun lepas tu senyap jugak. Ada gak yang dari Singapura, tapi tu aku saja-saja hantar surat, ambik alamat kat Dewan Pelajar. Sebabnya nak dapatkan setem Singapura hehehehe. Agaknya hobi ni la menyebabkan aku teringin sangat nak berjalan-jalan tengok tempat orang. Malangnya koleksi setem aku pun dah tak tau kat mana la ni.

Kalau tak membelek setem, aku baca buku cerita ataupun majalah. Banyakla koleksi buku cerita yang aku ada. Daripada buku cerita klasik macam bawang merah tu sampai la buku cerita tokoh islam. Tak lupa la buku-buku Enid Blyton 5 sekawan la, Hardy Boys, Nancy Drew pastu ada cerita siri Pedang Aurora. Dulu-dulu ada bas perpustkaan bergerak mai kampung aku. Kat situ la banyak pinjam buku. Nak beli mana la mampu kan. Masa dah darjah 4 pun dah pandai melanggan sendiri majalah Dewan Pelajar. Ingat lagi ada sekali tu aku masuk kuiz Dewan Pelajar kot, sekali dapat surat orang nak buat pen-pal. Terasa glemer gitu hehehehehe...cumanya aku rasa dalam ramai-ramai tu, kebanyakannya budak-budak sekolah yang sama. Ntah-ntah sekelas hahahahaha...

Skema gila kan. Hobi-hobi tu kalau aku ada kat rumah sorang-sorang. Dua-dua hobi tu sesuai la untuk lone ranger macam aku. Kalau aktiviti luaran aku jarang buat sorang-sorang. Ada geng baru best. Selalu lepas ngaji petang-petang kami pi cari buah rotan, buah jentik kat hutan. Kalau petang Khamis kami pi cari siput kat sungai. Kononnya kata kawan aku yang rumahnya tepi sungai tu, petang Khamis siput berkumpul sebab esoknya hari Jumaat depa nak semayang Jumaat. Harusler dongeng semata-semata, tapi masa tu memang caya abihla. Jadinya petang Khamis dikhususkan untuk mencari siput di sungai.

Kalau musim cuti sekolah, geng-geng sepupu sepapat pulak. Buat senapang kayu tu, pelurunya buah terung belanda yang jugak sedap dibuat gulai. Harusla kena marah kan, pasai dok "mengenat" buah tu. Orang nak makan, kami lak buat main. Ataupun main "capelom", yang dibuat daripada buluh. Pelurunya buah "cenerai".Agak-agak boring pi mancing ikan ataupun sauk udang sungai. Udang tu sedap makan kalau digoreng dengan telur dadar. Lepas tu buat rombongan cik kiah pi makan buah keriang. Dulu dalam ada sederet pokok keriang kat tepi petak sawah mak aku. Hah, pakatla kongsi sorang dua sepokok tu. Kalau yang tahap bos macam abang aku dia dapat satu pokok sorang dia la. Tapi kalau pokok meriam ada sepokok ja, takleh la eksyen heheheh. Musim buah sawa (ciku) pakat-pakat ambik buah, peram dan jual. Ni tok aku punya pokok la. Pokok rambai, setar, jambu, jambu kling semua ada kat umah tok aku. Sepupu aku ada 2 orang kot yang patah tangan jatuh pokok jambu kling ni. Kalau kat umah aku jambu susu. Sedapnya..rasanya lemak-lemak gitu.

Seronok pulak teringat zaman kecik-kecik dulu. Bila rasa tensen mesti teringat zaman kecik-kecik, agaknya ciri-ciri escapism aku la....