Free Delivery on all Books at the Book Depository

Sunday, August 29, 2010

Ubat batuk

La ni musim dah nak bertukaq. Bulan September nanti dah masuk musim luruh. Musim dedaun berguguran. Bila dekat-dekat nak bertukar musim, badan pun nak menyesuaikan diri. Jadinya ramai yang sakit termasuk aku le tu hehehehhe...mula-mula sakit tekak, migraine, lepas tu demam. Dah habis demam datang ler batuk. Batuk-batuk yang siksa sikit tu, maklum ler kekuatan peparu aku agak kurang berbanding normal...pi GP pun ramai saja yang batuk-batuk. Ubat batuk kena beli, kalau prescription pun kena bayar. Penah beli ubat batuk, tapi tak abih sebotol. Dah la lepas buka botol tu kena abihkan dalam masa sebulan. Leceh sungguh. Jadinya, aku cuba resepi tradisional yang kawan-kawan bagi.

1. Ayurveda (India mari)
1 camca teh serbuk kunyit dicampur dengan 1 camca besar madu sampai jadi pes. Telan gitu-gitu saja. Jangan makan atau minum lebih kurang setengah jam. Buat ni 2-3 kali sehari. Posa-posa ni 2 kali saja la kan. Mula-mula nak telan memang susah gak la, maklumla serbuk kunyit kan. Tapi tahan saja la.

2. Resepi Kenya
1 camca teh serbuk kunyit, 1 camca teh serbuk halia (atau halia diparut) dijadikan pes dengan 1 camca besar madu. Lepastu dibancuh dengan segelas susu suam. Aku bancuh dengan susu segar yang sejuk tu, lepastu baru masukkan dalam microwave. Minum 2-3 kali sehari jugak la.

Jangan lupa bismillah, selawat, baca fatihah (surah al-Fatihah dari mula sampai habis oke bukan "Fatihah") dan doa semoga disembuhkan penyakit. Sesungguhnya penyakit dan penyembuhan itu daripada Allah. Dan jangan la expect sekali buat terus lega, adala 2-3 hari jugak.

Dapatkan bitamin C daripada jus oren (pressed, bukan concentrate) atau pil nya. Ni untuk menten saja la. Maklumla sistem imunisasi badan ni agak cerewet. Tuan punya badan pulak bila sakit baru la teringat bitamin tak bitamin bagai.

Saturday, August 28, 2010

Friday, August 27, 2010

Separuh kedua

Hari ni dah hari ke 16 kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu. Ngaji dah abih 15 juzuk dak? Aku ngaji belum masuk juzuk 15 lagipun. Tambah-tambah dengan demam dan batuk-batuk sejak minggu lepas. Tak sempat khatam dalam masa sebulan. Insyaallah khatam juga nanti. Masuk separuh kedua ni kena lebih cergas la, 10 malam terakhir kena lebih komitmen. Jom!

Wednesday, August 25, 2010

Sharing is caring

Kebanyakan pengunjung sampai ke blog ni dengan enjin carian adalah mereka yang mencari resepi, tambah-tambah di bulan puasa ni. Aku tak rasa blog ni blog makanan pun sebab tak banyak resepi yang aku letak, tapi aku gembira dapat berkongsi resepi. Cuma, apa-apa resepi pun adalah sekadar panduan untuk memulakan langkah memasak, terutamanya resepi selain kek dan biskut. Aku jarang sangat ikut resepi yang betul kalau memasak, sebab tu resepi yang aku letak adalah yang dah diubahsuai mengikut bahan yang ada, terutama lauk-pauk. Selalunya main campak-campak saja, kemudian rasa kalau ada yang perlu ditambah. Kalau yang kena kurang tu, kena la beringat kalau buat lagi lain kali.

Kalau kek dan biskut pertama kali buat ikut juga lah, tapi kalau kita tau apa fungsi bahan yang digunakan tu boleh la memandai-mandai guna substitute :). Resepi kek dari sini aku rasa sangat mudah dan senang dibuat, tanpa perlu bahan-bahan yang cerewet kalau dibandingkan dengan resepi kek dari Malaysia. Macam aku buat kek marble, kalau ikut resepi omputeh bahan asas cuma tepung, gula, mentega, telur, esen vanilla. Lepas tu tambah la serbuk koko untuk yang bahagian coklat tu. Jus oren dengan parutan untuk lebih rasa. Mudah kan? Kalau tengok resepi Malaysia? Tepung, mentega, gula, telur, air, gliserin, ovalette, esen vanilla. Lepas tu tambah la serbuk koko, chocolate emulco, pati oren. Pening kepala nak cari bahan. Sudahnya beli je la senang. Emulco dan ovalette tak dak kat kedai-kedai hatta kat Tesco maupun Asda yang besar tu. Selalunya kalau dapat resepi dari Malaysia aku cantas-cantas je mana-mana bahan yang tak perlu. Nak masak pun kena pikir jugak huhuhuhuhuhu.....

Monday, August 16, 2010

Tenangkan hati

Selalu kita terlupa, selalu kita mengharap pada manusia dan kemudiannya dikecewakan. Semoga terubat kesedihan dan kekecewaan, berserah dan berharap kepada Allah semata-mata. Setiap doa yang diucapkan dengan penuh yakin akan dimakbulkan sekiranya itulah yang terbaik untuk kita.

Saturday, August 14, 2010

Insan

Senang jadi malaikat kan. Tak payah bersusah payah sepanjang hayat melawan syaitan, syaitan daripada jin dan syaitan daripada manusia. Tak cukup dengan syaitan dari luar, nafsu sendiri pun perlu dilawan. Jihad melawan nafsu lebih hebat daripada melawan musuh di medan peperangan. Sepanjang hayat. Tak kira siapa pun kita, selain daripada nabi dan rasul, semuanya tak terlepas daripada melakukan dosa, kecil mahupun besar.

Aku sedar aku bukan maksum. Tak pernah sedikitpun perasan maksum. Ada masa tewas jugak melawan nafsu. Ada masanya aku tak berani nak menegur orang yang melakukan kesilapan, atau mengajak berbuat kebaikan. Sebab aku sedar aku pun sentiasa tersasar. Tapi teringat pulak perintah "al-amru bil-ma'ruf wan-nahyu 'an il-munkar". Kalau tunggu tak buat kesilapan langsung, makanya tak perlu la Allah turunkan perintah tu. Sebab Allah dah tau takkan ada hamba yang layak. Tapi itulah "gunanya saling berpesan-pesan dengan kebaikan" kan?

Allah tau kita akan selalu terlupa, lantas dikirimkan saudara dan sahabat untuk mengingatkan kalau diri sendiri takleh nak mengingatkan. Allah tau kita akan sentiasa melakukan dosa, kecil atau besar, lantas diturunkan wahyu mengingatkan supaya sentiasa bertaubat, diberi panduan macam mana nak bertaubat, diberi ayat pengucapan taubat. Allah tau akan ada ramai yang cuba memesongkan, diberikan akal untuk berfikir. Allah tau kita tak reti nak buat sendiri kalau takat baca al Quran semata-mata, dikirimkan Rasulullah menunjukkan.

Teringat diceritakan Rasulullah solat malam, menangis bertaubat dengan Allah. Kalau Rasulullah pun macam tu, macam mana layaknya kita? Kita tak mungkin terlepas dari dosa, cuma mampu berusaha saja supaya terhindar daripada dosa besar, boleh diminimumkan yang kecil itu, dan berdoa selalu supaya jangan ditinggalkan Allah dalam keadaan lalai.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri mengubahnya."

Menyalahkan sifat insani yang lalai dan lemah itu tidak membawa apa-apa keuntungan. Bertangguh untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan dengan alasan belum sampai seru. Seruan Allah dah sampai lebih 1400 tahun lepas, seru manakah lagi yang ditunggu?

Ada ke yang menunggu seruan Izrail? huhuhuhuhu.....

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan Mubarak!

Di beberapa tempat termasuk Malaysia, Ramadhan dah diisytiharkan akan bermula esok. Ada beberapa negara jugak akan mula berpuasa Khamis nanti. Di Glasgow, kemungkinan esoklah puasanya. Jadinya, Ramadhan Mubarak!

Semoga bulan Ramadhan ini dapat diisi dengan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah, dan meninggalkan larangannya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang lepas, semoga ditutup hati ini daripada mengulangi perkara-perkara dosa, semoga dikuatkan hati dan semangat supaya kebaikan yang dilakukan semasa Ramadhan akan berterusan hingga akhir hayat.

Ada satu artikel pasal target untuk berpuasa. Kalau masih tercari-cari apa yang nak dicapai tahun ni, dugaan berpuasa lebih mencabar daripada dulu. Aku ringkaskan saja, untuk artikel penuh sila berkunjung ke Islamicity.

Antara target untuk dicapai bulan puasa tahun ini (kalau masih belum dapat buat sebelum ni) dan untuk diteruskan selepasnya, jangan terhenti setakat sebulan ni saja....

1. Bersederhana dalam makan minum.
2. Banyakkan bersedekah.
3. Hafaz 4 surah-seminggu satu surah. Lepas posa bolehla sambung lagi 100 tu.
4. Solat tarawih - yang ni memang bulan posa saja la.
5. Solat tarawih di masjid yang ada sertakan khatam quran-ada sesetengah masjid buat solat tarawih sambil habiskan satu juzu' satu malam. Tapi kalau tak jumpa pun takpa, janji tarawih.
6. Jaga percakapan - elakkan sembang perkara sia-sia.
7. Menyambung silaturrahim
8. Technology diet-elakkan menghabiskan masa dengan televisyen dan Internet.
9. Membaca al-Quran - mulakan 5 minit sehari. Boleh, sebab dah diet Internet dengan televisyen.
10. Memaafkan semua orang yang pernah menyakiti.

Insyaallah.