Free Delivery on all Books at the Book Depository

Friday, December 25, 2009

Happy Winter Solstice! Happy Shopping!

Tadi aku ada family dinner. Kami panggang ayam turki itu dengan sayur-sayuran, kentang lenyek, kek, sparkling juice...konon la macam omputih sangat...sekali ada pulak kepok lekor liat tu hahahaha! Rilek la...omputih la ni pun beli pakora ngan onion bhaji buat starter dinner depa hehehehe... Ayam turki tu dah ditempah awal...sebenarnya bila-bila pun boleh makan ayam ni, cuma lebih banyak yang halal boleh didapati masa sambutan hari Natal ni.

Krismas atau hari Natal ni sebenarnya takdak kaitan pun dengan hari kelahiran Nabi Isa walaupun namanya Christ's-mass tu memang la dinasabkan kepada "Jesus Christ" dan Natal bermaksud kelahiran semula. Asalnya orang pagan Rom meraikan malam yang paling panjang dan siang yang paling singkat, atau dikenali sebagai Solstis Musim Sejuk. Saturnalia disambut selama seminggu, meraikan dan menyambut tuhan matahari depa, Saturn sebab lepas solstis waktu siang akan memanjang semula, malam pun makin singkat.

Kira sejak dulu kala memang musim dah silih berganti, pastu bila maharaja Rom nak jadikan kristian agama rasmi kerajaan Rom, dia pun mintak kelonggaran supaya Saturnalia masih boleh disambut, nak pujuk rakyat pagan dia supaya sama-sama jadi kristian dan nak pujuk penganut kristian masa tu, kalau tak guna alasan agama satgi mesti depa memberontak. Tapi bila guna alasan agama mesti depa pun tunduk dan patuh kan. Pandai depa reka cerita. Kena pulak golongan alim ulama kangkung macam tu, sampai berabad depa disesatkan dengan cerita dongeng.

Tapi la ni Krismas tu lebih kepada hari untuk bersama keluarga, hari yang persediaannya menyenangkan hati tokei-tokei kedai sebab kena bagi hadiah. Asalnya Sinterklaas ni cuma bishop yang bagi hadiah pada budak-budak miskin supaya dapat bergembira di hari raya. Tapi lama-lama tradisi ni dikomersialkan, jadilah musim krismas adalah musim bersoping hadiah. Setiap tahun bila dekat-dekat nak krismas, masa Buchanan Street Glasgow tu penuh dengan orang yang berpusu-pusu membeli-belah untuk hadiah, adalah orang yang bagi ceramah terbuka supaya depa ni sedaq tentang perayaan krismas yang 'sebenar'nya. Supaya orang meraikan kelahiran semula Jesus Christ dan tidak terpengaruh dengan golongan kapitalis yang dah mengubah krismas. Di kalangan mazhab kristian lain selain katolik sendiri pun ramai yang tak sambut Krismas. Jehovah Witness dan Puritan tak sambut krismas sebab cerita rekaan kelahiran semula ni.

Aku masih lagi belum ada pendirian tentang anak-anak Muslim menyertai pementasan Nativity, walaupun sebenarnya cerita Nativity tu pun hanya dongengan. Dan aku pun tak terlibat dengan sebarang pementasannya, anak-anak yang bersekolah pun takdak (biasa sekolah buat pementasan Nativity, jadi mungkin ada dilema mak bapaknya).Tapi sebab melibatkan Nabi Isa as Jesus, tak bolehla dipaparkan dengan ada pelakonnya yang jadi Nabi Isa tu. Unless kita rasa Nativity adalah sekadar satu lakonan, Jesus itu adalah Jesus dan bukan Isa Ibnu Maryam, yang takdak kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati, jadi terpulang pendapat masing-masingla. Sebelum buat apa-apa keputusan silalah mengkaji dengan lebih mendalam tentang kesan cerita ni terhadap pemikiran anak-anak. Apapun ceritanya memang pasal kelahiran Isa yang sangat berlainan dengan cerita yang kita tau. Lagi satu cerita rekaan golongan alim ulama dulu. Jadinya, cuti 25 Disember pada aku adalah sekadar cuti umum solstis, 26 Disember (Boxing Day) pulak cuti umum soping hahahaha!

Tapi tahun ni aku telah mengawalkan hari membuka kotak ni, ala 3-4 hari saja. Tak boleh nak tunggu 26 Disember dah, sebabnya kedai buku Borders UK ditutup pada 23 Disember. Tutup kedai dah rangkaian buku gergasi dari seberang Atlantik ni. Zaman gawat ni, dari kecik sampai ke besaq, bukan senang bisnes nak survive. Bala bagi Borders, rahmat la bagi pembeli kan...(bala jugak la sebab duit abih huhuhuhu)..2 hari aku pi Borders ni sebelum dia tutup kedai. Hari pertama tu (2 hari sebelum ditutup) kebanyakan buku ada diskaun 80% walaupun ada lagi yang 70%. Tak boleh nak konsentret sangat soping sebab ada janji nak jumpa dekan aku.

Hari pertama soping £17.33 untuk 9 buku (ada 70% &80% diskaun)

Esoknya aku pi lagi Borders, kali ni lama la menengok buku. Makin lama belek banyak la yang masuk bakul. Bacanya tak tau la bila lagi, lepas abih study kot hahahaha!

Hari kedua (diskaun 90%) £34.24 untuk 30 buku

Monday, December 14, 2009

Pekej kehidupan

Pernah tengok dak klip interview mana-mana rancangan realiti tv, yang tanya peserta pasai pa depa masuk rancangan tu, pasai pa nak menang? Aku rasa jawapan paling kerap selain daripada nak bantu keluarga adalah nak jadi bintang terkenal kan (kecuali Britain's Got Talent yang jugak rasa paling hebat kalau dapat perform depan sang Ratu masa Royal Gala Variety). Tu jawapan masa kanyiaq lagi la. Masa tu kira kalau pi merkit orang kenai pun dah excited sangat. Ironinya bila dah impian depa nak jadi terkenal tercapai, tiba-tiba ayat dah bertukaq -"Saya perlukan privasi", "Jangan ganggu keluarga saya."

Dah tu, masa mula hari tu angkut satu keluarga kan tunjuk kat orang, bagi orang tengok segala ruang privasi. Nak menagih simpati? Dah lupa kot dia yang pi bagi peluang untuk orang melangkau batas ruang privasi dia. Dan dia jugak tak belajar daripada sejarah. Sejak berzaman, orang bertukar, faktanya sama saja. Populariti tu bukan percuma, ada harga yang perlu dibayar. Ada sesuatu yang perlu dikorbankan. Kita nak dikenali, nak ramai peminat. Tapi dalam ramai-ramai yang kenai kita tu takkan la semuanya nak minat kita kan, dah tentu ada yang minat, ada yang rasa kita ni biasa-biasa saja (ada pun takda kesan, takdak pun tak mati), ada yang tak minat dan ada jugak anti. Tak boleh la nka expect orang yang kita suka saja yang mai kat kita kan. Nak buat camna, terima saja la.

Realitinya, kalau bukan dalam program realiti pun, apa saja yang berlaku, setiap pilihan yang kita buat sebenarnya ada kesan dan akibat yang datang dengan pekej. Pada aku, ni la gunanya akal dan kaitannya dengan takdir. Akal gunanya untuk mempertimbangkan semuanya, dan bila pilihan dah dibuat kita kena la terima kesan dan akibatnya walaupun bukan semuanya yang kita suka. Jadi kalau kita saja-saja pi buat pilihan yang terang-terang banyak kesan buruk, jangan la pulak disalahkan takdir. Life is about making decisions, whatever consequences come with them are beyond your control. You can't have the best of everything, you can only optimise. Just face them! Most importantly, make informed decisions.

Katakan kita kurang bijaksana. Kita ada pilihan sama ada terus duduk mengeluh dengan kekurangan kita tanpa berusaha memperbaiki apa yang kurang, ataupun belajar supaya kita keluar daripada kekurangan. Kalau dah kita pilih nak terus mengeluh, jangan salahkan takdir yang kita ni bodoh. Sebab kita yang pilih nak jadi bodoh, dah la bodoh sombong pulak tu. Kita pilih nak jadi ignorant, sedangkan dah disuruh Allah supaya jangan jadi ignorant, salah takdir jugak ka?

Saturday, December 12, 2009

Mereka yang terbiar

Entah malam bila aku nonton dokumentari pasal anak-anak kat Britain yang tak sempat nak kenal mak bapak sendiri, mostly bapak la. Depa ni sama ada jadi mangsa perceraian, unwanted pregnancy ataupun teenage pregnancy. Fokus dia lebih kepada psikologi anak-anak yang tak sempat nak kenal mak bapak sendiri ni. Selalunya anak-anak ni menyimpan rasa, ada yang rasa berdendam sebab ditinggalkan, the feeling of being unwanted. Ada yang bapaknya tak mau jumpa dengan alasan nak jaga hati keluarga baru, jadi budak ni dok terfikir kalau tak bersedia nak jadi bapak apesal tak amik sebarang langkah berjaga-jaga kan. Anak-anak pun tak kenal adik-beradik lain, ada kemungkinan dua beradik nanti kawin.

Ada jugak yang dibantu dalam siri ni untuk cari bapak dia. End up jumpa keluarga baru lepas 8 tahun berusaha cari bapak dia. Segala keletihan terus diganti dengan perasaan gembira sebab dah jumpa, dan yang penting bila dapat tau bapak dia pun dok mencari dia selama ni terus hilang segala susah payah mencari bapaknya selama 8 tahun.

Dalam perbincangan pasal masalah anak-anak terbiar ni, antara punca yang disebutkan adalah takdak hukuman kepada ibu bapa yang mengabaikan anak-anak. Jadinya, kalau bapaknya angkat kaki pun takdak sapa boleh kata pa. Selalunya bapakla yang tak bertanggungjawab, dan persepsi umum pun macam satu perkara biasa kalau sorang bapak mengabaikan anaknya. Tambah-tambah kalau anak tu anak luar nikah. Sedangkan kalau mak yang buat macam tu, jenuhla orang mengata.

Pengacara ni jugak interview sorang lelaki 24 tahun, ada 8 orang anak hasil intercourse di merata-rata tempat. Tak pernah pun jenguk anak-anak dia, sebabnya dia tak mau bertanggungjawab, dan dia sendiri pun takdak keja. Bayangkan nak menyara 8 orang anak, sedangkan hidup dia sendiri pun tak stabil. Memandangkan suasana kat sini yang sangat open, jadi memangla takdak sebarang soalan berkaitan kawin tak kawin. Tapi pengacara tu ada tanya sebab dia tak jumpa anak-anak dia, tak penah fikir perasaan anak-anak dia. Dia cakap dia tak bersedia, jadi terusla ditanya apesal lepas sedar dia tak mau anak, dia tak pakai sebarang protection. Dia cakap dia tak suka. Jadi ada kemungkinan anak dia akan bertambah lagi atas sikap pentingkan diri sendiri dia ni. Ada la nampak muka pengacara tu macam dah bengang, tapi ditahan saja sebab dia kena jadi neutral kan.

Masa depa ni abaikan anak-anak, depa dah tentu la tak fikir tentang anak-anak, kesan perbuatan depa pada psikologi anak-anak. Kalau fikir takkan la buat kan. Lepas tu bila dah tua, anak-anak dah mula lupakan penderitaan ditinggalkan, depa pun muncul dalam hidup anak-anak. Bila anak-anak tak boleh terima depa mula la diungkit bahawa walau apa pun yang jadi, depa adalah bapak. Jadi, anak-anak kena tetap terima depa sebab depa la anak-anak tu ada di dunia. Ha, masa depa tinggai anak-anak dulu tak pulak difikirkan depa tu bapak. Takda pulak fikir tanggungjawab sorang bapak bukan setakat menyediakan sperma saja, banyak lagi tanggungjawab menanti.

Ingat lagi cerita sorang yang kawin-cerai ntah berapa kali, anak-anak ada di merata-rata dan dia sampai lupa berapa anak dia, kat mana anak-anak dia. Apalah agaknya yang jadi kalau ada antara anak-anak dia yang tak tau depa adik-beradik, pastu kawin.

Sambil menonton dokumentari tu, aku terfikir kita ada undang-undang keluarga, yang kalau dipraktikkan akan mencegah masalah-masalah yang dipaparkan. Depa cuba mengkaji punca dan macam mana nak mengatasi masalah anak-anak yang terabai. Sedangkan kita sebenarnya dah diberikan penyelesaiannya pun. Apa yang dipaparkan adalah jawapan kepada persoalan kenapa Islam dah menetapkan undang-undang keluarga. Kenapa perlu memelihara keturunan, kena jelas siapa mak bapak, adik-beradik perlu kenal antara satu sama lain. Pasai pa prinsip keadilan sangat penting dalam Islam, kita selalu bercakap tanggungjawab anak-anak kepada mak bapak, tapi adakah mak bapak dah menjalankan tanggungjawab masing-masing. Mak bapak tak boleh menzalimi anak-anak. Walaupun dah bercerai, hubungan ngan anak-anak sepatutnya terjaga. Kita ada semuanya, ada hukum dah disediakan. Mak bapak kena menunaikan tanggungjawab ngan anak-anak. Kalau bercerai pun bapak kena sediakan nafkah sampai anak-anak dah boleh bertanggungjawab ngan diri sendiri, dan jangan diabaikan saguhati untuk bekas isteri yang menjaga anak tu. Kalau bapak yang berpoligami pun kena adil kepada semua isteri dan anak-anak. Ada kedua-dua mak bapak tapi anak-anak terbiar pun zalim jugak namanya. Ada yang tak jumpa anak-anak langsung, jadi bila masanya nak menunjukkan kepimpinan melalui teladannya.

Malangnya, kita yang ada panduan tu pulak takdak penguatkuasaan yang berkesan. Atau mungkin nak tunggu jadi macam depa ni kot, baru nak sedar diri..

Thursday, December 03, 2009

Bank oh bank

Bank utama yang aku guna adalah NatWest, kira pelanggan setia la sejak tahun 2000. Kira masa orang lain bermasalah nak buka akaun 2-3 tahun kebelakangan ni, aku memang tak dak masalah sebab dah ada akaun lain. Pernah jugak try nak buka akaun ngan RBS masa mula-mula sampai Glasgow sebab cawangan NatWest tak banyak kat sini. Ada masalah sebab nama dalam pasaporte tak sama dengan nama kat rekod universiti, nama kat kontrak student hall lak sama ngan nama kat rekod universiti. Pi mai-pi mai aku pun malas dah, jadi menapak jugak la mencari cawangan NatWest kat financial district tu, NatWest kat student union cuma buka masa semester saja.

Masa sampai tu aku check akaun aktif, lagi cuma alamat kat bangi. Aku mintak la dia hantar kad debit, pastu tukar alamat ke Glasgow. Pastu, dia pun tak tanya apa dah lepas tu, aku pun assume semuanya ok. Seminggu aku tunggu tak sampai-sampai kad, pi la check lagi pasai pa lambat sangat. Rupanya dia bagitau kad dah dihantar ke rumah di mesia, no pin pun dah hantar sana. Bengong! Aku cakap aku dah tukar alamat sini. Rupanya staf dia request kad debit dulu, pastu baru dia tukar alamat. Dah tukar alamat tu tak kensel kad yang dah order tu. Adoi la...kalau ya pun ada SOP takkan takleh tanya aku nak kensel ke tak kad yang nak hantar ke mesia kan. Terpaksala kensel kad tu, order semula kad baru. Tapi lepas kad sampai PIN pulak tak sampai-sampai. Dah malas nak pi order PIN baru, aku tepon umah je la tanya no PIN yang dah dihantar tu. Barula boleh guna kad dengan aman.

Cerita lain, seminggu sebelum dompet aku hilang (masih belum ada apa-apa yang dipulangkan), aku pi NatWest untuk tukar alamat. Lepas isi semua borang, depa bagitau akaun aku due untuk review. Takpa la, buat appointment untuk review akaun. Punyala la kelam kabut aku print dan cari segala rekod kad kredit ngan akaun bank lain sebab kat notis tu dia cakap kena prepare semua dokumen. Sekali masa review tu aku rasa amik masa berapa minit ja, sat sangat sebab dia kata based on rekod akaun aku takdak masalah. Masa dompet hilang aku tepon bagitau dan mintak hantar kad baru. Rupanya alamat aku tak ditukar lagi. Dia cakap kad akan dihantar ke alamat lama. Esoknya aku pun pi la bank nak amik duit since kad takdak, staf dia cakap akaun aku due review. Aku pun bagitau baru ja pi review, pastu dia pun tanya kot-kot akaun ada masalah. Aku cakap takdak masalah apa pun, semuanya ok saja. Dia cakap patutnya kalau dah review akaun aku clear la. Mana aku tau. Yang aku tau dah pi review.

Kad yang ditunggu tak sampai-sampai walaupun ke alamat lama. Jadinya pagi semalam aku tepon la bank tanya pasai pa kad tak sampai. Rupanya, sebab masa tepon request tu aku cakap alamat la sedangkan alamat aku masih belum update, depa tak hantar kad. Ampeh! Awat tak tepon bagitau. Dah la tu, masa tepon tu kan ada security questions, tanya PIN ngan password. Aku sampai lupa masa tu, banyak sangat nombor nak kena ingat, customer number, PIN nombor ngan password. PIN tu pulak aku terlupa langsung, aku ingat PIN kad ATM ja, asik bagi nombor salah. Sampai dia cakap, "This is your last chance." 3 kali try saja. Lupa, nak buat camna kan...

Jadinya, la ni aku sedang menunggu ketibaan kad debit dan kad kredit. Kad debit dan kad kredit yang ditunggu, bil kad kredit jugak sampai. Sekurang-kurangnya depa dah update rekod alamat kan. Pastunya, bila sampai bank statement aku pun membelek la kan. Ada debit interest charge pulak dah. Bila pulak aku ada overdraf, kalau ada pun aku memang ada dapat free interest overdraf pun. Tak puas hati betul!

Hari ni aku pi bank tanya pasal interest tu. Lama jugakla depa dok belek akaun aku, dalam 10 minit jugak kot. Pastu staff dia cakap depa pun tak tau pasal pa kena charge, memang takdak overdraft. Dia mintak nombor tepon, sebab nak kena belek sampai jumpa kat mana aku kena charge tu. Tunggu la lagi 4-5 hari, depa tepon balik. Sabar sabar sabar saja la sabariah......

Tuesday, December 01, 2009

Kek Marmar Oren (Orange Marble Cake)

Kek ni ada oren tapi takdak secebis pun serpihan marmar. Kek ni disediakan untuk sahabat seperjuangan di arena pewayangan, Effa yang menyambut raya di Glasgow untuk kali terakhir. Asalnya Effa nak request kek keret, tapi memandangkan jemputan yang ramai dia pun dalam dilema, teringin nak makan kek keret tapi kalau boleh tak mau yang leceh-leceh nak hidang. Nak yang simple saja. Jadi aku cakap kat dia aku buat kek simple saja. Tak la pulak aku cakap nak buat kek ni, tapi tu la orang kata telepati kan. Dia kata dia pun sebenarnya teringin gak kek yang namanya macam ada batu marmar ni. Resepi adalah berdasarkan buku Step-by-Step Cakes & Desserts.
Kek marmar bergaya di rumah Effa

Bahan kek
225g mentega
225g gula kaster
3 biji telur besar (asalnya 4 biji telur sederhana)
225g tepung naik sendiri-diayak
parutan kulit (rind) dan jus daripada sebiji oren
25g serbuk koko- diayak
30-50 ml susu/double cream (aku tambah ni sebab susah nak sebatikan jus oren ngan serbuk koko)

Bahan topping
Parutan halus (zest) dan jus daripada sebiji oren
1 cmb gula

Cara membuat
1. Sapu tin pembakar kek dengan minyak/butter/marjerin, pastu alas ngan baking paper. Boleh guna tin bulat diameter 8 inci. Aku buat 2 adunan, satu guna tin bulat, satu lagi guna tin patsagi. Panaskan oven 10 minit sebelum letak adunan untuk dibakar. Suhu lebih kurang 170-180 C. Kalau ikut buku tu dia suh 190C, tapi aku risau kang hangit la pulak kan.
2. Mesin mentega ngan gula sampai berkrim. Aku mesin mentega dulu sampai kembang sikit, dah bawak keluaq awai pun dok membeku lagi. Agaknya kena sehari semalam awai baru ok kot.
3. Masukkan sebiji telur pastu pukul sampai adunan sebati. Ulang la sampai habih teloq tu. Jangan lupa kikis adunan yang terpercik kat tepi mangkuk tu.
4. Masukkan tepung sikit-sikit, guna senduk ka apa nak kaup dan balik-balikkan adunan kasi sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2, satu bekas tu campurkan dengan kulit oren dan sedikit jus. Pukul kasi adunan sebati.
6. Campurkan serbuk koko dengan baki jus oren. Kalau agak-agak susah nak kacau tambah la susu atau double cream. Aku tambah double cream sebab ada yang tu dalam peti ais. Susu/coublem cream akan menjadikan tekstur kek lebih lembab.
7. Sendukkan kedua-kedua aduna ke dalam tin pembakar berselang seli. Adunan dia agak pekat jadi letak setompok sana setompok sini. Pastu guna lidi/garpu untuk kasi pusing-pusing untuk meratakan dan campur adunan tapi jangan over excited pusing-pusing pulak. Satgi kengkonon nak dapat efek marmar sekali dah jadi granit kan.
8. Bakar lebih kurang 45-55 minit. Eloknya lepas 45 minit tu test la ngan lidi, takut hangit pulak nanti.
9. Dah masak tu boleh la dikeluarkan daripada tin dan sejukkan. Tuangla sirap topping kat atas dia. Topping ni kasi macam berkilat-kilat gitu. Dah sejuk topping tu bolehla dihidangkan.

Untuk topping
1. Campurkan jus dan parutan kulit oren dengan gula dalam periuk kecil. Panaskan dan kacau sampai gula larut. Kasi mendidih, pastu perlahankan api, masak 5-6 minit atau lama lagi, sampai pekat sikit.
2. Dah pekat sikit boleh la tuang atas kek.

Sunday, November 29, 2009

Kek Baldu Merah

Eid Mubarak! Sangat la sibuk pi open house, kalau kat kampung aku hari ni orang dah sibuk menyembelih korban. Kat sini takleh buat korban terbuka, kena buat kat rumah sembelihan atau abattoir. Alasannya untuk kebersihan. Tahun ni ada Scottish Islamic Foundation buka penyertaan korban untuk diserahkan kepada homeless dan refugee di sekitar Glasgow. £100 sorang. Aku tak masuk pun, buat masa ni belum lagi ada rezeki berlebihan. Insyaallah. Mungkin bukan di sini.

Atas permintaan, dipaparkan resepi yang diambil daripada Hummingbird Bakery, aku guna resepi ni sebab yang paling mudah berbanding yang lain-lain yang boleh didapati kat Internet. Ada resepi yang gunakan tepung kek, yang ni pakai tepung biasa saja. Ada yang sapu nutella antara lapisan kek, resepi menggunakan krim yang sama yang digunakan untuk topping. Senang gitu. Kalau tak suka warna merah, boleh la cuba buat warna hijau ka biru ka ungu ka, lagipun baldu ada macam-macam kaler kan...

Mentega perlu dikeluarkan awal-awal daripada peti ais, kalau dak nanti susah nak mesin. Macam aku, lupa nak kuarkan awal-awal. Keras memang takleh nak mesin. Jadi aku letak tepi heater hahahahaha

(Nota tambahan 23 Okt 2010: ni versi pertama, ada versi kedua yang aku dah post)


Kek Baldu Merah
(resepi ni boleh menghasilkan 24 kek cawan)

Bahan kek
120g mentega-biarkan pada suhu bilik (tanpa garam, kalau guna mentega biasa tak yah letak garam)
300g gula kastor
2 biji telur
20g serbuk koko
1 botol pewarna merah (aku guna Dr Oetker 38ml sebotol)
1 cmt ekstrak vanilla
240ml buttermilk*
300g tepung gandum
1 cmt garam
1 cmt soda bikarbonat
3 cmt cuka putih (aku guna cider vinegar, tu ja yg ada, expired pulak tu hahahaha)

Bahan krim frosting
360ml double cream (resepinya guna whipping cream, tapi double cream Asda ada offer, so aku guna yang mana murah hehehehe)
1 bekas- 200g soft cheese (asal 227g) - letak kat luar macam mentega
1 bekas- 250g keju mascarpone** (asal 227g) - pun letak kat luar
1 cmt ekstrak vanilla (3/4 cmt-aku malas nak sukat-sukat, letak ja secamca)
115g gula aising (atau boleh kasi mesin gula biasa saja)

* Buttermilk boleh dibuat sendiri guna 1 cmb cuka atau limau nipis/lemon yang dicampur dengan 240ml susu. Biarkan sejam (*ada yg pernah try sendiri dak buttermilk ni? kalau kat joy of baking cakap 10 minit saja) pastu boleh guna dalam resepi.

** Mascarpone ni soft cheese dari Itali, boleh saja digantikan dengan soft cheese, tapi mungkin kena guna 2 tub la kot sebab soft cheese yang murah-murah tu setub 200g. Kalau philadelphia tu 250g boleh la guna 2 tub.

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven 170C 10 minit sebelum mula membakar. Alas tin kek dengan mentega/ marjerin/minyak, pastu alas ngan baking paper. Aku guna bekas 9 inci, dapat nipis sikit. Kalau nak lebih tebal guna la bekas 8 inci. Ada yang guna 2/3 bekas nipis sebab tak payah nak potong-potong dah kek tu untuk buat lapisan, tapi aku malas nak guna banyak bekas.
2. Kacau serbuk koko, pewarna dan ekstrak vanilla sampai jadi pes dalam mangkuk kecik.
3. Mesin mentega ngan gula sampai kembang. Aku mesin mentega kasi lembut sikit, pastu baru masukkan gula untuk elakkan gula bertempiaran sebab mentega dok mengeras lagi.
4. Masukkan telur sebiji. Pukul kasi rata. Masukkan telur sebiji lagi. Pukul kasi sebati semuanya.
5. Campurkan pes merah coklat tu ke dalam adunan mentega-gula. Pukul sampai warna rata. Kalau nak senang guna spatula yang getah tu untuk scrap adunan yang bertempiaran kat tepi-tepi mangkuk.
6. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan sebahagian buttermilk, pukul sampai rata.
7. Masukkan sebahagian tepung, pukul lagi.
8. Ulangkan tuang buttermilk ngan tepung ni sampai habis dan pukul sampai semuanya sebati.
9. Masukkan garam, soda bikarbonat cuka. Pukul lagi sampai sebati. Pastu pukul guna kelajuan tinggi dalam 2-3 minit.
10. Tuangkan dalam bekas pembakar kek tu, masak 35-45 minit. Guna lidi nak tengok kek dah masak ka dak. Kalau tak masak lagi tambah lagi masa 5-10 minit, kalau atas dia dah garing tutup ngan kertas aluminium masa nak sambung bakar tu.
11. Dah masak, boleh la sejukkan kek, kalau nak senang potong & sapu krim boleh la letak dalam peti ais barang sejam sebelum memulakan proses memotong dan menyapu krim.
12. Aku bahagikan kek tu 3 lapisan. Krim tu dibahagikan kepada 4, satu untu setiap lapisan, 2 untuk atas sekali ngan tepi keliling kek.

Untuk krim
1. Mesin kedua-dua keju sampai berkrim.
2. Mesin double cream sampai jadi soft peak, pastu tuangkan ke dalam keju. Masukkan gula aising ngan vanilla. Kacau sebati. Sedia untuk disapu.

Tuesday, November 24, 2009

Parti Kuskus

Tak tidoq lagi aku ni, dok tunggu kek masak. Aku balik tadi kengkonon mencari stok nak makan dalam peti ais, rupanya banyak la pulak dah expired. Jumpa la kuah pasta yang Amang bagi, aku rebus fusili la. Nak makan nasi malas nak masak lagi untuk esok. Yogurt, buah pear dah masak (ni Khairyn punya), buttermilk, rasanya jus oren tu pun dah expired kot hehehehe. Jadi aku sedang membakar kek yang menggunakan buttermilk, Kek Velvet Merah menggunakan resepi yang dicilok daripada Hummingbird bakery. Harapnya aku tak tertidoq sebelum masak. Yogurt ada lagi 3 bekas. tak jadi la aku nak posa esok. Kena abihkan yogurt, sambal belacan yang aku buat minggu lepas pun ada lagi. Kebelakangan ni asik membeli saja makanan, bila wiken pulak sibuk menyoping tingkap. La ni kan tengah banyak jualan murah sempena Krismas. Tu yang terlupa langsung stok-stok dalam peti ais.

Hari Sabtu lepas the Tunisian French si Najla jemput makan-makan kat umah dia. Parti kuskus sebab dia nak masak hidangan kuskus. Majlis dilewatkan ke masa berbuka puasa tapi dia tak bagitau, jadi aku pun pi la ikut masa yang ditetapkan. Untungnya dapat la tengok dia masak kuskus berlaukkan kambing, syurbah ayam+kuskus, sayur-sayur dimasak dengan tomato dan yang paling best dia buat sendiri roti semolina. Kelam kabut Najla masak, yang best tu segala periuk dibawak dari Tunisia. Kuskus ngan semolina pun dibawak dari sana. Siap masuk dalam bungkusan kain lagi, sarung bantal ke apa ntah la hahahahaha. Kuskus ngan roti tu makanan asasi Tunisia, sama la macam kita dok makan nasi tu. Sedap sungguh makan, makanan pun banyak. Masa tu kenyang sangat, tak teringat nak bawak balik. La ni terkenang-kenang pulak kuskus berlaukkan kambing tu.

Lepas makan-makan mula la sesi berkenalan lebih mendalam dan bercerita soal hati pun ada hehehe. Aku dah tak kuasa dah pasai letih sangat berjalan kaki dan berhujan, lagipun dah lewat sangat. Patutnya abih kul 530, ni kul 8 pun menyembang lagi. Asalnya semua berkenalan kat Sumsa masa buka puasa, bila habis puasa kami buat majlis gedering dwi-mingguan setiap Khamis. Nak tunggu jumpa lagi bulan puasa tahun depan lama lagi kan, mau dah lupa nama masa tu. Tu yang kami amik inisiatif jumpa sembang-sembang tu, meriah sungguh.

Aku pulak konon-konon nak bawak swiss roll coklat, amik resepi kat blog orang. Bila masak, lapisannya tebal sangat. Patah pulak bila aku gulung. Jadi aku buat sajala kek coklat berlapis-lapis, letak nutella dengan pisang kat tengah-tengah hehehehe..dah abih dah benda alah ni..

Friday, November 20, 2009

Thinking of life...so far

It's so frustrating, so upsetting when you thought you have made the right decision and suddenly everything is proving otherwise. You want to rely on people, yet they are so unreliable.

People think it's the thought that matters. Not quite. You can't just plant the seeds and leave them with thoughts that eventually they will grow healthily. You can't just say you have faith in Allah and do nothing because Allah knows best. In the book of Allah, of course you will get rewards just by thinking of doing good. Allah does not rely on you. Still, He says people who follow their good intentions with deeds will be getting more rewards.

But it's different with people. We are living in an interrelated system of life. It's the thoughts, followed by deeds that count in the book of life. Or, as they say it, "Actions speak louder than words."

Thursday, November 05, 2009

Pulangkan...

Jatuh bertimpa-timpa gitu. Tiba-tiba ada pulak orang bekenan dengan purse hijau yang aku beli kat The Store Kayangan Square (the most happening place on earth) tu. Abih diangkutnya purse aku yang penuh ngan duit siling dan resit-resit pembelian, tapi sterling note pun ada gak huhuhuhuhu... dan jugak segala kad-kad bank, store card, NI, GHA, Tesco dan top up card (erkk ada gambar orang tu pun terhilang sekali, kalau tiba-tiba ada gambar tersebar ku pohon ampun awal-awal ye :), tapi kan gaya sekema belia 4B tu susah nak buat superimpose yang hehehehe). Alhamdulillah segala ID card, student card, library card aku letak asing dalam poket. Cuma lesen, kad NI ngan GHA card la

Untuk yang selalu ke SUMSA sila lah berhati-hati sebab orang luar macam bebas saja keluar masuk. Tadi sebelum masuk ke ruang sister, aku ada nampak budak lelaki kat luar tu dok berdiri kat luar, ingatkan plumber ke apa yang tengok paip toilet yang rosak tu. Terus masuk dan letak beg kat pantry (pant(r)y ni takde pulak sos lingham ngan kecap abc hehehe), masuk toilet. Kiranya berlaku atas kecuaian aku gak la, lain kali nak tinggal beg kena tinggal kat ruang semayang la. Takkan nak mengangkut beg masuk toilet macam pi surau kat mesia pulak. Nak masuk balik ke pantry budak tu pun kuar dari pantry tapi aku ingat dia masuk check paip. Takda perasan apa-apa sampaila tokey nasi kerabu sampai. Bila nak bayaq tengok-tengok purse tak dak. Utang je la duit nasi kerabu tu, ingatkan tertinggal kat opis. Balik opis pi mai pi mai cari tadak jugak, aku terus la balik umah dalam ujan lebat tu. Bila kat umah pun tadak terusla menalipon segala bank dan store yang aku ada kad tu. Aku memang pasti dah masukkan dalam beg sebab ada plan nak pi membeli barang petangnya, tapi nak kena buat dabel tripel check gak la kan. Pi opis balik, pi sumsa balik check semula. Ingatkan nak jumpa Imam mintak tengok CCTV sumsa tapi pejabatnya tutup. Pa lagi, nak beli barang duit tadak terpaksa la menalipon Khairyn hutang duit. Si semekin utang duit si semekin, BFF la katakan...ilang purse pun masih gigih lagi bersoping gitu huhuhuhu..nak buat camna hari ni je ada voucher. Ai dah bayar Khairyn, dah transfer duit sesambil menatap wajah pujaan dan mendengar lontaran suara yang meruntun jiwa itu heheheheh.

Lepas beli barang pulak pi la ke balai polis buat report. Kat sini reportnya lebih kurang ala-ala sekadar bagi info kita, in case kalau ada orang terjumpa barang kita pastu pi hantaq kat balai polis, boleh polis hubungi kita. Report pun ala lebih kurang saja, makcik tu cakap since kejadian tu baru lagi, mungkin kena tunggu la beberapa hari sambil mengharapkan ada yang jumpa dan pulangkan. Untuk sesiapa yang rajin bangun awal pagi tu tolong-tolonglah berdoa untuk aku ye, semoga dipulangkan segala kad dan lesen aku. Duit tu takpa la, walaupun bila dikenang-kenang aku rasa bolehla beli nasi kerabu 10 bungkus huhuhuhuhu..takpa amikla duit tu. Aku cuma nak balik purse dan kad saja. Oooooo pulangkan...oh pulangkanlah

Tuesday, November 03, 2009

Balik tak balik tak balik

Dua tiga minggu ni aku dok membelek web Emirates tu, cadangnya nak balik kampung la hujung tahun nanti. Mahai sungguh rega tiketnya. Seribu lebih. Kak aku yang sebelum ni dok cakap balik lambat sikit pun takpa janji balik, la ni dah bertukaq jadi "kalau mahai camtu tak payah balik la, simpan saja la duit tu." "Takpa la baju tu nanti-nanti saja la buat." Ada uniform tau untuk dipakai masa kenduri anak menakan aku nanti. Aku takla beriya sangat pasal kenduri dan baju tu, lagipun kalau aku boleh pakai pun baju tu, aku pakai masa kenduri saja la. Konpem tak pakai masa-masa lain dah.

Aku ada banyak agenda nak balik kampung ni. Tapi tu la, kalau la dapat rega tiket separuh rega kan bess. Bakal mak pengantin yang kedekut tu konpem la tak sudi menyeponser tiket aku sebab kalau balik pun tak dan kenduri jugak pasai kena pi tengok presentation student. Dan kampung aku berserta dengan list to do makan aku pun semakin berbalam-balam menghilang...

Kesian kat aku kan, anak yatim piatu sebatang kara di perantauan, nak balik tak terdaya, tak dak sapa pulak mai melawat...sob..sob..sob...

Saturday, October 31, 2009

Visa

Aku baru saja dapat kelulusan extension visa pelajar. Alhamdulillah, takdak masalah. Dapatlah meneruskan study tanpa sebarang kerisauan lagi. Aku mintak extend lebih sikit. Bukan apa, sekali nak apply saja £357, bukan saja mahal, prosedur nak extend visa pun makin leceh. Segala barang dokumen kena ada. Lepas duit sponsor, duit sendiri pun kena ada jugak nak buktikan kita ada duit nak meneruskan kehidupan di sini. Pi mai pi mai amik masa dua bulan la urusan visa tu. Aku submit awal bulan 9, visa aku abih 30 September.

Lepas seminggu hantar dapatla surat dari Border Agency bagitau depa dah terima permohonan. Lepas tu yang lama menunggu, dekat sebulan jugak dok tunggu depa panggil untuk rekod biometrik. Rupanya surat biometrik tu sebenarnya lebih kurang seminggu saja daripada tarikh surat pertama tu, cuma masa tu para posmen bermogok, tu yang tak dapat apa. Cuak jugak la aku, lepas buat biometrik tu lebih kurang 2 minggu siapla semuanya. Alhamdulillah, lepas dah satu halangan. Kerja extend visa ni senaqnya sangat la leceh. Nak kena mintak surat bos, apply extension dari universiti di mesia dulu. Isi ATAS lagik. Setengah-setengah kata ATAS tak payah isi sebab masa aku mai dulu ATAS belum dikuatkuasa lagi. Tapi takpa la, bagi ada saja, senang setel. Pastu tunggu afidavit. Aku punya surat jaminan kewangan tu kira sepesel la, pasainya terpaksa amik inisiatif sendiri setelah dok email mintak daripada unit latihan depa tak layan. Terpaksa la, cakap banyak pun orang tadak kabel macam aku sapa nak pedulik kan.

Pastu nak isi borang yang 40 muka surat tu. Ala yang aku kena isi pun bukannya banyak, cuma banyak seksyen saja borang tu. Seksyen tanggungan tak payah isi, seksyen rekod jenayah pun tak payah isi kan. Cuma banyak sangat soalannya. Mujoqla bos aku tak banyak soal, tapi lembabnya tak terkata. Semuanya nak kena diingatkan. La ni pulak borang dikemas kini setiap 3 bulan. Sangatla lecehnya. Kena pulak bulan 9 ngan 10 ni musim paling sibuk urusan visa, lagi la ntah apa-apa. Untuk yang nak kena extend visa, selamat bersiap sedia dengan peraturan yang lebih ketat lagi. Kalau nak senang, simpan la duit bebanyak hehehehe...

Friday, October 23, 2009

Question Time

Aku sedang berehat-rehat sambil menonton rancangan Question Time. Tadi ajak Amang makan lempeng pisang. Topping lempeng tu ada jem, nutella, mentega kacang, mentega dan jem aprikot. Pilih saja mana yang suka. Aku pulak merasa kuay tiaw tomyam dia. Ala-ala potluck la jugak kan. Lepas dia balik aku pun bersantai la tengok Question Time ni. Rancangan ni sesi soal jawab, panel malam ni semuanya ahli politik. Depa jemput wakil semua parti politik, Labour yang memerintah, Tory, Liberal Demokrat, British National Party (ala macam ada satu parti nasional kat mesia tu) dan wakil British Museum.

Asalnya wakil BNP ni depa tak bagi masuk tivi (parti ni rasis macam parti kat malaya jugak la, Britain is for British people, British people first, British people adalah indigenious people of the British Isles katanya). Ntah berapa lama depa dok berdebat patut ke tak patut BNP ni dibagi peluang masuk tivi. Orang pakat bantah pasai nanti takut jadi macam mempromosi kerasisan BNP (kat mesia media selambadak saja dok promosi kerasisan ni). Tapi akhirnya sehari sebelum program ni, depa panggil dia jugak sebab mempraktiskan demokrasi dan kebebasan bersuara untuk BNP.

Walaupun sepatutnya isu-isu yang dibangkitkan adalah isu-isu semasa, tapi kebanyakan soalan memang ditujukan kepada Nick Griffin la, wakil BNP tu. Setat saja soalan, terus soalan kuar pasai BNP dan Nazi. Ada satu soalan tu tanya pasai pa dia kata Islam ni vicious, wicked faith. Dia cakap sebab Islam meletakkan pompuan as 2nd class citizens, pastu katanya Islam menghukum mangsa rogol direjam sampai mati, pastu katanya Islam suh bermusuh dengan orang bukan Islam dan banyak lagi nilai yang tak sesuai dengan modern western civilisation of the christian Britain. Dan dia claim semua tu ada dalam Quran. Sangat offensive, tapi bila dipikir sebenarnya ada orang Islam sendiri yang portray ciri-ciri tu indirectly. Dia publish kat blog la pasai kebanyakan media memang tak bagi peluang kat BNP langsung. Punyala banyak kritik dia, sampai pengerusi terpaksa stop komen yang berkaitan dengan rasis ataupun Britain for British people.

BNP la ni bangga la pasai depa menang 2 kerusi masa pilihanraya Kesatuan Eropah hari tu. Tapi teruk gak la kena serang BNP ni. Mostly orang cakap depa menang hanya sebab orang dah bosan dengan mainstream party. Kalau ditengok, Nick Griffin memang kena teruk, 1 lawan 5 panel, sekali ngan pengerusi pun serang dia, audiens pun semua memang teruk bantai dia. Possible tak penonton kat umah kesian kat dia, pastu pakat sokong dia sebab jadi mangsa buli?

Even masalah imigresen pun balik-balik terkena kat BNP jugak. Sebab regulation longgar, orang luaq mai tak balik-balik. Jadinya orang tempatan tak dak keja sebab orang luaq sapu abih keja yang ada. Ala, macam kita dok kata indon ngan bangla pakat sapu abih keja sampai rakyat tempatan tak dak keja langsung, betoi dak? Walhal kalau depa-depa ni tak amik keja tu, nak ka budak-budak yang dok melepak dan mat-mat pit yang suka curi kabel telekom tu keja jadi buruh?

Kecoh jugak program ni, tapi yang aku puas hati sebab semuanya boleh membentangkan polisi masing-masing bila ditanyakan soalan. Labour, Tory, LibDem dan BNP boleh cakap depan-depan. Masuk pulak BBC1. Bila agaknya PM dan berdebat ngan shadow PM, atau MB Selangor/Terengganu ngan shadow MB Selangor/Terengganu, dan keempat-empat MB/Speaker Perak (jemput sekali pelakon-pelakon sampingan lain) heheheheh. Kalau jadi program ni, aku gerenti rating RTM1 terus mencanak naik nombor satu untuk program ni.

Thursday, October 22, 2009

Musim flu

Masuk ja bulan Oktober, dah mula sejuk. Kat atas sana dah ada salji. Jangan la banding ngan tempat macam Colorado kat US sana. Itu kawasan tak jumpa laut, jadi suhunya memang la ekstrim. Ni kat Scotland yang dekat ngan laut, beriklim kepulauan, bulan Oktober dah ada salji.

Masuk ja Oktober GP mula la contact mereka yang dikategorikan high risk group untuk dapatkan suntikan vaksin selsema, atau 'flu jab'. Aku pun tadi dah pi GP, appointment nya untuk ambik sample darah ngan urine selepas sebulan aku makan ubat untuk mengawal kolesterol. Appointment hari ni petang, since dia akan buat urine test untuk gula jugak, aku pun seharian tak makan. Tahap kelaparan sungguh, berbeza kalau puasa tak terasa sangat. Mujoqla hari ni boleh beli nasi kerabu, bolehla menikmati nasi kerabu untuk dinner. Siap beli lagi untuk esok hahahahaha

Tahun lepas kena amik flu jab ngan pnemococcal ke apa nama dia, tahun ni flu saja. Tapi satu lagi jab menanti, vaksin selsema babi. Memandangkan aku ni termasuk dalam kategori high risk group disebabkan underlying health problems i.e. borderline diabetic, jadinya nama aku dah masuk senarai bakal penerima vaksin tu. Misi kata vaksin tu tak dihantar ke GP lagi, lagipun sebenarnya hari ni baru depa start hantar ke hospital. Next stage baru depa bagi kat GP. Jadi misi cakap seminggu dua lagi sampai la, depa akan call mintak pi sana.

Hujung-hujung tahun ni memang la sangat kritikal. Masa ni la masa optimum untuk flu, asthma, pneumonia dan penyakit-penyakit yang seumpamanya. Masa ni jugakla duit banyak keluaq nak bayaq bil letrik sebab heater dah mula digunakan. Tak guna heater boleh demam pulak kesejukan kat umah. Dilema sungguh. Belum masuk lagi penyakit-penyakit yang melanda sebahagian besar calon PhD; stress, depression, insomnia, lost in space dan mental hahahahahahaha

Take care folks!

Friday, October 16, 2009

Sapa nak jadi penterjemah Glaswegian?

2-3 hari lepas ada berita pasai ada kampeni kat Landen dok cari penterjemah untuk dialek Glasgow..ala-ala nak cari penterjemah untuk loghat utara la heheheheh



Hari ni kat BBC ada la rakaman dialek Glaswegian, nama ja dialek tapi sebenarnya macam bahasa lain dah hehehehehe

Baca kat sini, ada klip audio kalau nak dengaq. Gelak aku dengaq, tapi dua-dua klip masih boleh dikategorikan ok la sebab ni belum melibatkan dialek orang Glasgow sebelah East End lagi, kalau depa ni bercakap lagi la dengan sengaunya, bersambung-sambung nya....

GOOD STYLE, by Tom Leonard

helluva hard tay read theez init
stull
if yi canny unnirston thim jiss clear aff then
gawn
get ra hell ootma road
ahmaz goodiz thi lota yiz so ah um
ah no whit ahm dayn
tellnyi
jiss try enny a yir fly patir wi me
stick thi bootnyi good style
so ah wull



ps: sebenaqnya kalau dengaq lagi senang paham daripada baca hahahahaha

Wednesday, October 14, 2009

Yeahhh!! Duit lagi

Hari ni baru teringat nak check buku yang dipinjam. Rupanya akaun library dah tamat, menandakan aku sepatutnya dah abih study la kot huhuhuhuhu...tunggu pak cik tu tulis surat untuk inform library aku 'still standing' pun dah seminggu rasanya dia tak buat jugak. Bila akaun dah expired, mana-mana buku semua kena pulangkan. Expired hari Ahad lepas, ada 7 buah buku (Ya aku memang suka pinjam buku tapi bacanya dak jugak, dok angkut la buku pi mai pi mai. Kalau ada proses osmosis kandungan buku ngan otak aku mesti dah lama aku jadi intelektual hahahahha). 1 buku, 75p, 7 buku? Huhuhuhu...

La ni tengah dok tengok-tengok apa lagi nak kena siapkan kat umah tu. Mesin basuh dah sampai hari Jumaat. Hari Sabtu aku pi pinjam tools dia sebab nak pasang mesin tu. Lepas ja pasang terus la buat acara perasmian hehehehe.... Mobile pun dah ok, 400 minit sebulan, unlimited text (sebenarnya ada limit, 3000). Kebelakangan ni memang banyak betul belanja. Rak buku pun dah dibeli. Beli online saja. Yang tu tak sampai lagi. Rasanya lepas ni duk diam saja la, tunggu elaun masuk. Elaun terakhir...lepas ni tak dak dah elaun huhuhuhuhu... Duit yang disimpan masa keja kat dental hospital hari tu aku melabur, pulangannya tak berapa memuaskan kalau di keluarkan. Jadi, tengoklah macam mana. Nanti la aku buat keputusan, tengok kemajuan projek aku. Visa aku apply untuk 2 tahun, tak tau berapa lama yang dapat. Tapi aku takla bercadang nak berlama-lama kat sini. Tapi tak tau la kan, masa depan tiba-tiba ada hal yang boleh membuatkan aku stay lebih lama...pasrah je la kan kan kan (lepas ni nak register untuk kelab mekar sejambak sumsa) ....

Sunday, October 04, 2009

Leceh 2

Aku masih takleh remove barr dari mobile. Hari Jumaat dah faxkan bil ke Oren tu. Bila aku call nak confirm, depa kata orang network security hari tu shutdown ke hapa, inbox penuh katanya. Tapi instruction untuk remove barr aku dah bagi. Tunggu je la 530 petang, kalau tak depa akan buat hari Isnin. Kalau depa tak buat jugak aku kena call balik takut depa clear semua mesej dalam inbox. Adoi la!

Aku jugak dah berjaya buat satu lagi transaction. Kali ni beli mesin basuh pulak kat Comet. Akhirnya berjaya setelah ntah berapa kali aku dah lost the count. Dua kali kena rejek masa guna visa electron. Aku guna maestro pun tak dapat. Solo pun fail. Pasai pa? Ntah, bengong sungguh. Hanya Bank of Scotland saja ada call aku tanya ada buat transaction dak ngan Comet. Aku cakap ada tapi kena rejek. Dia tanya aku ada register dak ngan Halifax Secure untuk guna kad tu online. Aku cakap dah register tapi kena rejek. Dia cakap mungkin silap taip card security kot. Huh! Malas nak argue pa. Ntah la, malas nak cakap banyak ngan depa. Tapi akhirnya ngan visa electron tu jugak la yang aku dapat beli mesin basuh. Tu yang sejuk jugak hati tu.

Berapa kali ntah kena rejek masa guna visa debit. Mula-mula aku call dia tanya ada banking in duit dak. Aku cakap ada ler. Lepas bank in, aku check online dia tulis available. So aku pun terusla buat online transaction. Dia cakap sebenarnya fund tak available lagi. Sebab tu kena rejek. Pulak! Habih tu pasai pa dia tulis 'available fund' kat online statement tu. Pening la depa ni. Kalau tak available tulis la kat situ. Bukannya susah pun. Tapi hari lepas tu aku try lagi pun kena rejek. Bila tepon lagi dia kata patutnya takde masalah sebab fund ada. Ha la, kalau takdak masalah takkan aku nak tepon tanya pasai pa transaction kena rejek. Dahla nak boleh cakap ngan staff tu bukannya terus dapat, letihla dok dengaq mesin minta maaf pasai kena tunggu.

Ntah berapa kali aku tengok web Comet tu. Rasanya ada la 2 minggu jugak proses membeli yang kena rejek tu. Bukannya dia proses serta merta. Dan yang menarik tu, sepanjang dok membelek barang-barang kat Comet tu, aku perasan perubahan rega dia. Ikut sukati mak bapak dia saja dok penaik rega barang. Macam tokey Bonnypack saja layaknya. Mula-mula aku tengok washer dryer LG. Ha la, aku teringin nak beli mesin basuh sekali ngan dryer. Malas nak menjemur. First time tengok, £599. Ada diskaun 15%, okey la dalam 500 lebih sikit kan. Aku pun dok bajet nak beli dah la. Dah siap berangan la kan betapa senangnya urusan basuh membasuh aku nanti. Masuk saja baju dalam mesin, pusing punya pusing esok dah siap, dah kering lagi. Tinggai nak lipat ngan gosok saja. Bestnya! Well, berangan tak kena bayaq kan. Sekali bila tengok balik, rega dah naik £699. Mak aii! Senang hati saja dia penaik rega. Dah masuk kategori tak mampu la jadinya kan. Kensel la. Cari yang lain pulak. Okey, dah jumpa. £449, lepas diskaun £382 lebih kurang. Aku pun mula la mengorder. 2-3 hari lepas tu dapat la result kena rejek tu. Ntah kad yang mana satu aku pun lupa. Okey, order lagik. Dan rejek jugak. Aiseh! Takpa la, mulakan proses membeli semula. Oh, rega mesin pujaanku dah murah. £399, lepas diskaun leh dapat £339. Wah, ni la yang ustat/ustazah dok kata hikmah disebalik kejadian. Jadi, kena syukurla kad sebelum ni kena rejek, betoi dak? Dah mula berangan guna mesin basuh LG yang sangat senyap sebab menggunakan direct drive dan katanya easy repair ni. Tapi sayang seribu kali sayang (macam lagu Iklim), kad ni pun kena rejek. Hampeh! Baju dah makin menimbun ni, mesin tak beli lagi.

Dengan masalah teponnya, yang Comet ni pun bermasalah jugak. Tensen aku masa ni bercampur baur antara study ngan kad kena rejek. Aku buka lagi web Comet. Huk aloh! Dah naik rega mesin basuh LG yang senyap itu. £429. Malas dah aku nak layan LG ni. nak cari model lain pulak la. Kali ni offer amat menarik untuk mesin Hotpoint. Hotpoint ni kalau kat mesia namanya Ariston. Oh, ok la. Boleh la kalau aku nak bawak balik. Apa-apa beli mesti nak bawak balik. Ntah apa-apa la aku ni. Saja, nak beli seken hen malas pulak nak amik risiko nak kena repair la apa semua. Order Hotpoint pulak. £416 dengan diskaun. Yang katanya dah reduced. Rega asalnya £500 lebih. Sampai tahap ni bukannya aku excited tunggu mesin tu, tapi nak tengok lepas ke tak lepas huhuhuhu. Dan keputusannya....tak lepas. Bengong! Ha, yang ni aku ingat guna visa debit. Bila call balik depa pun tatau pasai pa. Duit cukup, depa bolehla teka kata aku salah masuk security number. Malas banyak citer. Order lagi, yang aku ni kali terakhir la. Yang ni aku guna visa electron pulak. Lulus! Tunggu masa je la nak sampai Jumaat ni.

Walaupun mesin basuh dah order, rasa teringin jugak nak jadi ahli pemantau rega kementerian dalam negeri dan hal ehwal pengguna, tengok rega naik ka turun hahahaha. Semalam aku tengok mesin basuh LG tu dah naik jadi £469. Hotpoint pun dah naik lagi £10. Betul-betul ikut sukati dia kan.

Wednesday, September 30, 2009

Leceh

Sejak minggu lepas aku dok try beli mobile baru untuk menggantikan mobile lama yang bakal berakhir kontraknya minggu depan. Tambah-tambah lagi free minutes mobile lama pun dah abih, extra charge dia mahal la.

Kat sini kalau nak deal yang murah beli la kat Internet. Aku beli kat Dial-a-phone selepas dibanding-bandingkan dengan web lain aku rasa yang ni la paling menarik dealnya. Kat sini perhubungan dengan bank amat penting, kalau beli kat Internet depa akan tanya delivery address sama ke tak dengan billing address. Billing address tu alamat yang kita bagi kat bank la. Aku pulak tak sempat nak tukar address untuk bank utama aku, dengan kad kredit dan debit yang dah nak tamat tempoh tu lagi. Percubaan pertama membeli aku amik pekej Voda. Orang lama dalam industri. Tapi pengalaman pengguna Voda cakap service tak berapa bagus dan dengan Oren yang ada offer lebih murah, aku terus call untuk kensel pembelian.

First order cancelled, aku pun mengorder henpon yang sama tapi dengan servis Oren. Dua hari lepas tu aku check update dia kensel order. Aku tak terfikir nak call tanya, sebab ingatkan dia silap ingat aku nak kensel dua-dua order kan. So, order lagi sekali. Kali ketiga pun kensel jugak. Terus la aku call. Rupanya dia cakap service provider ada limit untuk customer ikut zon poskod. Huh! Ada pulak camtu. Sukati la kan kalau satu poskod nak pakai berapa pun. Aku rasa out of stock la tu.

Since dia cakap limit ikut poskod kan, aku try order lagi guna alamat umah lama. Kali ni problem masa nak confirm pembayaran tu, kad kredit baru aku tak diterima. Tak penah guna lagi sejak dapat kad tu beberapa minggu sebelum ni. Jadinya, buat la payment guna kad yang bakal expire bulan 10. Pe nak buat, delivery address kena sama ngan address bil kan. 3 hari lepas tu aku check order kena rejek pasai fail credit checked. Adoi la...Sampai ntah berapa kali la order aku kena rejek, last tu kena pakai alamat rumah baru, tapi cari pekej lain. Mahal sikit pun tak pa la. Excited gila masa dapat email depa yang cakap 'your order has been successfully processed' tu hahahahaha

Akhirnya sampaila mobile pada tarikh yang dijanjikan. Aku pun apa lagi kelebet sana sini la. Siap dah text beberapa orang bagitau no tepon baru. Pastu, sekali call kena barred pulak. Nak kena register SIM rupanya. OK, lepas register dia cakap call barred sebab derang takde aku nyer proof of address, jadi aku kena fax kat depa. Hari ni aku pi la kedai Oren tu, nak minta depa faxkan proof of address. Masalahnya, aku nyer permission to reside kat sini tak diterima. Council tax statement pulak takde la sebab aku bukan main tenant. Utility bill pun takdak sebab semuanya aku buat paperless, nak jimat duit la katakan. Pastu, bank statement. Mana ada bank statement, aku kan baru saja pindah ke sini. Dia cakap takleh nak buat pa, kena tunggu ada bank statement baru leh proceed. Sudahnya, ada henpon baru pun tak guna jugak huhuhuhuhu

Saturday, September 26, 2009

Rumah baru

Aku dah pindah ke rumah baru. Ni dah seminggu lebih, masih ada beberapa kotak yang belum dibuka. Rumah memang la berselerak. Yang dah dibuka cuma barang-barang dapur, beg baju dan keperluan seharian, kotak-kotak dokumen. Baju-baju yang jadi alas untuk kotak-kotak pun masih berada dalam kotak. Nak kena beli rak untuk almari baju yang takdak papan shelf tu. Mungkin beli kotak plastik yang ada roda tu saja. Dah tengok kat katalog Tesco tapi reviewnya tak berapa memuaskan. Jadinya masih mencari lagi la. Satu rak plastik beroda dan dibeli untuk barang dapur.

Petang sebelum raya pun aku menumpang orang ke IKEA, cari rak buku. Tak memuaskan hati jugak. Ada yang murah tapi kena angkat sebijik-sebijik tu la. Rega diskaun half price sebab display item. Kalau yang asal tu mahei la jugak. Balik IKEA tu aku ke rumah Khairyn untuk menikmati ayam panggang hidangan malam raya...dan tak lupa bontot ayam panggang bersalut maple syrup hehehehe

Raya pun dipenuhi dengan kunjungan ke rumah kawan-kawan. Harap pi beraya umah orang saja la...aku memang tak buat apa-apa pun. Aku la berkemas aku la yang masak. Dah penat mengemas malas nak masak.

Anyway, pindah rumah sangat la leceh. Internet pun baru dapat 2 hari lepas. Hari yang sama jugak anak menakan aku bertunang ngan orang Kelantan. Kendurinya bulan 12 nanti. Aku suka! Boleh la kerah menantu menakan aku masak nasi kerabu ngan nasi dagang nanti hehehehe....

Sunday, September 13, 2009

Keraian semua dalam satu

Yani dah nak balik kampung (back for good), Leyha tengah membuyung, Mama Tasa pulak dah abih cuti bersalin (kulit kakinya), Khairyn pulak nak balik bercuti raya dan akhir sekali aku pun dah pindah masuk umah baru. Semua ni diraikan masa majlis buka semua dalam satu. Semuanya saling meraikan antara satu sama lain. Kira buat periuk bertuah lagi la. Aku masak nasi dagang, kek lobak merah dan puding roti.

Nasib baik pipi memasing tak nampak kembung mengunyah. Daddy Tasa jugak yang tekun. Air sampai kena letak atas rak.


Tokei apam balik daging, apam balik ayam dan apam balik kaya dari Tepen yang baru lepas bersalin (kulit kaki). Atas rak kat belakang Tokei tu ada apam balik dan puding roti. Botol ayam bulu kat depan Tokei tu dah kosong, ayam bulu merupakan minuman yang kaya dengan pewarna tiruan yang merupakan produk kebanggaan orang Sekotlen

Gulai ikan mekerel 'tuna mahai gilo' untuk nasi dagang, ayam panggang bercili 'balik kampung' dari Kepala Bandar, sotong goreng tepung 'semuanya baby punya pasal' pun dari Kepala Bandar, apam balik 'tido bawah ketiak mak' dan kuay tiaw 'apam balik daging 10' goreng dari Bukitgovan

Kek lobak merah atas permintaan Yani ngan Leyha (lepas ni sila rujuk resepi ye), telur rebus dan acar timun untuk nasi dagang, dan periuk nasi yang terpaksa diturunkan maqamnya sebab dah penuh meja. Sebelah tu adalah bekas sup untuk nasi ayam yang anak angkat Tokei bagi. Semuanya kami makan dengan penuh semangat. Lepas tu pakat-pakat tapau pulak dengan penuh semangat.

Saturday, September 12, 2009

Tentang kami

Seminggu ke 2 minggu lepas komuniti charles st buat majlis buka posa reramai, ada solat terawih berjemaah. Sebabnya atas permintaan penulis artikel ni la nak amik gambar suasana masyarakat mesia puasa di luar negara kan. Tapi komisen tempat penggambaran tadak pun huhuhuhuhu. Lokasinya kat umah baru aku. Aku tak masuk lagi umah baru ni, jadi tak kisah sangat la nak dijadikan dewan komuniti buat sementara waktu. Rumah agak sempit la sebab 1 bilik je, tapi lapang sebab perabot takde lagi. Jadi nampak la bersempit-sempitan sikit jemaah terawih kita. Tapi ok la kan, sekali sekala berterawih ala mesia.

Wednesday, September 09, 2009

Coklat punya hal

Aku tak minat sangat makan coklat, aku lebih suka dark chocolate berbanding milk chocolate. Coklat buatan mesia dulu-dulu penah jugak makan, tapi aku tak suka sebab manis sangat. Homemade chocolate yang popular sekarang pun aku tak tau rasanya camna. Coklat kat sini sedap jugak, tapi aku masih jarang makan coklat. Aku suka coklat berkacang. The melting moment...the crunchy sensation....coklat ni kena makan selow untuk menikmati rasanya kan.

Cadbury Heroes yang dibeli konon-konon nak bawak balik kampung, tapi tiket mahal la pulak. Jadinya, buat makan kat umah je la hehehehe


Ahli-ahli Heroes

Dok makan coklat British je, dah lupa rasa Hershey camna. Dulu-dulu ada gak beli Hershey ngan Daim kat Langkawi, tapi berbulan-bulan dalam peti sejuk tak abih. Lepas tu dah malas nak beli. La ni depa tengah mintak gomen British selamatkan Cadbury daripada dibeli oleh Kraft Food dari Amerika. Cadbury adalah ikon British.

Boardrooms on both sides of the Atlantic are preparing for a financial food fight.

In one corner there is Cadbury, the British brand with a social conscience started by Quakers nearly 200 years ago. In the other is Kraft, the US company that turned processed cheese into a multimillion-dollar empire.

Cadbury is preparing for a big takeover battle after it rejected a surprise £10.2 billion proposal from the company, which produces of some of the world’s best-known snacks.

The outcome will determine the future of one of Britain’s best-loved brands, which started as a tea and coffee shop in Bull Street, Birmingham, and employs 7,000 people in Britain and 50,000 worldwide. Kraft is seeking to lure Cadbury investors with a mixture of cash and American-listed shares, valued at about a third more than Cadbury’s share price on Friday.

In return, famous brands — including Dairy Milk, Creme Egg, Flake, Cadbury’s Eclair and Trident chewing gum — would be taken on by Kraft, which already owns Philadelphia cheese, Oreo biscuits and Toblerone chocolate, to create a formidable food giant with $50 billion in revenues.

Irene Rosenfeld, the chairman and chief executive of Kraft, who admits on the company website that her childhood ambition was to be president of the United States, said that she wanted to create a “formidable global powerhouse of snacks, confectionery and quick meals”.

Kraft, the world’s second-biggest sweetmaker after Nestlé, has promised that it would protect Cadbury’s heritage. It also offered an unexpected reprieve for the 500 staff who work at the chocolate factory at Somerdale near Bristol, which Cadbury had earmarked for closure.


Nak baca lebih sila ke sini. Depa kata coklat British sangat sedap berbanding coklat Amerika. Betul ke?

Antara semua coklat, aku suka beli Cadbury. Salah satu sebabnya dia memang tulis 'Suitable for vegetarian'. Kalau dulu-dulu coklat Nestle Quality Street takdak tulis, la ni baru ada tanda vegetarian tu. Baru la aku beli. Tapi kena la periksa lagi, satgi kot-kot sesuai untuk vegetarian tapi ada alkohol pulak kan. Kat sini kalau brand ternama takdak pengesahan sesuai tak sesuai untuk vegetarian maknanya memang diragui la. Macam kalau aiskrim Walls kat sini memang tak leh makan sebab ada kandungan gelatin.

Cadbury World kat Birmingham pun aku dah penah sampai. Kedai kat kampung Cadbury Bourneville tak jual alkohol, penah sekali Tesco nak buka Tesco Express dekat-dekat kawasan situ dan mendapat bantahan penduduk kampung. Sebabnya nanti Tesco ada jual alkohol sedangkan semua orang tau kampung tu memang tak dak alkohol, jadi walaupun sekadar dipinggiran kampung, depa tetap tak mau Tesco kat situ. Akhirnya Tesco terpaksa membatalkan hasrat nak meluaskan bisnes depa kat situ. See, people's power.

Tak jadi pulak!

Semalam housemate aku bagitau tuan umah aku Asmat tak jadi pulak nak jual umah ni. Bengong sungguh mamat ni. Vanitha citer Asmat tepon dia, masa tu dia dah agak mesti ada pa-pa. Si Vanitha pun sebenarnya keberatan nak pindah sebab dia dah suka umah ni. Asmat sembang-sembang la tanya dah dapat umah ke belum. Pastu baru dia cakap dia tak jadi jual, sebabnya rega umah la ni tengah jatuh. Huk aloh! Aku yang tak de umah pun tau rega jualan umah rendah, takkan dia baru nak tau. Sebelum buat keputusan nak jual umah takkan tak survey dulu pasaran camna. Bengong!

Ni kali kedua dia buat camni. Sebelum ni masa aku nak masuk sini pun dia buat hal gak, petang sebelum kami angkat barang dia tepon bagitau tak jadi nak sewakan sebab nak jual umah ni. Sakit ati aku masa tu. Mana nak cari umah last minute camtu. Kat lastminute.com pun takleh dapat kalau punya last minute camtu. Terpaksa aku menumpang umah Khairyn yang lama. Lepas tu tiba-tiba dah dekat sebulan dia tepon balik si Vanitha bagitau tak jadi jual umah, pastu merayu suh duduk umah dia. Pasalnya, sama la, rega umah murah sangat takleh nak jual. Aku masa tu dah bengang giler, so aku bagitau housemate aku bagitau si Asmat dia kena angkut barang sebab kami dah pindah. Tu yang jadi gak duk sini. Tapi tu la, lemari baju aku dah nak roboh dibiar je, pintu dah pecah retu pun bukannya dia nak tukar, takat siap sapu woodfiller saja. Plaster bilik air pun tak sapu. Sambil lewa saja jaga umah.

Semalam dia siap tanya bulan 12 nanti balik mesia ke tak sebab dia sapu plaster la kot. Adoi, bengong sungguh! Kalau awal-awal lagi dia survey rega rumah kan senang, tak payah aku bayar sewa untuk 2 umah sampai 2 bulan. Boleh Vanitha cari housemate awal-awal lagi. Nak survey rega umah bukannya payah pun, berlambak-lambak ejen, kat Internet pun boleh dapat. Menyusahkan orang saja.

Tuesday, September 08, 2009

The Percik Weekend


Kuah ayam percik berlebihan. Nak dibuang sayang la pulak kan. Nak tambah ayam lagi memang aku dah tak lalu sebab dah dua hari dok makan ayam percik. Ada pulak sotong yang baru beli minggu lepas. Selamat la dok makan sotong percik. 3 kali memercik baru habis. Nasib baik sotong ni dimasak fresh setiap kali nak makan. Tak la teruk sangat. Kalau dak, harusler ada yang muntah dok makan ayam ngan sotong percik. Tu pun aku dok cadang kalau tak abih jugak memang aku buang saja kuahnya, dah tak lalu dah. Amik ko! Mau berbulan lepas ni tak teringin langsung percik mercik ni.

Masa duk jauh ni teringin nak makan boleh saja dibuat. Tapi bahan-bahan kalau nak masak masakan mesia ada saja yang tak cukup la. Kat sini nak kena beli serai dan lengkuas, kunyit ngan bunga kantan aku tak jumpa lagi. Masa ni jugakla teringin nak makan. Masa kat kampung, masa boleh pi belakang rumah amik segala bahan tu tak teringin nak buat.

Ni masa la ni lasagna, pasta, segala jenis cheese, white sauce ngan pesto sauce murah bukannya dia nak makan. Nanti balik mesia baru la terhegeh-hegeh teringin makan lasagna Pizza Hut yang tak sedap mana pun tu. Tepung segala jenis tepung murah kat sini (banding kat mesia la), dok teringin nak makan nasi ngan bihun goreng pulak. Masa daging kambing yang sedap dan senang nak beli ada, masa tu la teringin nak makan ikan bakaq, ikan 3 rasa ngan gulai ikan temenung. Nanti balik mesia baru la terhegeh-hegeh teringin nak makan gulai kambing. Yang tak dak jugak yang dia teringin.

Saturday, September 05, 2009

Ayam percik

Hari Khamis lepas aku jemput beberapa orang untuk berbuka kat umah. Tetamu utamanya Kak Zu dari mesia ngan Mama Nani dari Cardiff yang datang ke Glasgow untuk persidangan orang-orang power. Lepas tu Wan Zul yang belum pernah sempat bermakan-makan kat umah aku dan Sanna yang dah lama tenggelam dalam makmalnya. Asalnya nak masak nasi ayam, kira paling senang la. Tak payah banyak-banyak benda nak masak. Sekali Wan Zul dah masak nasi ayam, depa jemput jugak Kak Zu makan kat umah depa. Aiseh! Mati hidup balik kutu gue 8 juta kali la pulak. Terpaksa cari idea lain, tapi masih nak senang la. Jadinya, nasi minyak jintan dengan ayam percik la. Ni ayam percik ni kira penampilan sulung la, tak penah-penah masak ni. Kat mesia beli pasar malam la lagi senang walaupun mahal. Tapi memandangkan aku pun jarang makan ayam/daging kat mesia, tak le berbekas sangat kemahalan reganya.

Aku masak nasi ngan ayam ja. Pastu import tokei apam balik dari nat Dennistoun hehehehe...Dicampur ngan puding jagung Sanna, croissant Wan Zul dan pizza orang Cardiff, banyak la jugak hidangannya. Ni gambar nasi yang dipanaskan untuk soq, masa berbuka tu tak dan nak snap-snap dah. Aku buat sambal belacan untuk yang nak lebih pedas. Tapi mintak mahapla, sambalnya pun dah abih.


Bahan-bahan:
1 1/4 ekor ayam - aku potong kecik-kecik ayam tu
15 tangkai cabai kering
1 tin santan (400ml)
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
garam
gula perang/gula kabung
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan kacang goreng-ditumbuk

Bahan perapan
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia (diameter 2 kupang)
2 batang serai
1 cmt serbuk jintan (cumin)
1 cmt serbuk ketumbar
garam

Cara:
1. Kisar semua bahan perapan. Serbuk jintan, ketumbar ngan garam tu tak payah la mesin. Kalau pakai biji jintan dan ketumpar sila sangai dulu jintan dan ketumbar sebelum di mesin. Gaul semua bahan ngan ayam. Perap ayam lebih kurang sejam.
2. Masukkan ayam dalam kuali/periuk, masak sekali dengan santan, air asam jawa, bancuhan air ngan tepung beras dan cabai kering yang dimesin. Santan tu aku masukkan 2 kali, yang awal tu aku cairkan.
3. Dah mendidih, perlahankan api, masukkan gula, gula ngan kacang. Masak sampai kuah pekat, ayam masak separuh ataupun 3/4 masak.
4. Pindahkan ayam dalam dulang pembakar. Bolehla dipanggang ayam tu dalam 30-45 minit. Kalau kering sangat tuangla kuah sikit kat ayam tu. Aku suka ada kesan garing/hangit.

Thursday, September 03, 2009

Jom kumpul bekal

Jom kita tapau banyak-banyak apa yang boleh ditapau sementara masih ada kesempatan. Jangan nanti dah sampai kat sana baru sibuk nak mintak balik ke sini. Tahun ni Khairyn ngan aku tak sempat nak uruskan, tapi silalah berbondong-bondong menuju ke jalan infaq. Boleh berhubung terus dengan drbubbles untuk menapau bekalan anda.

Tuesday, September 01, 2009

Mengasapkan dapur

Literally. Kalau goreng kepok ataupun apa-apa deep fry yang pakai minyak banyak memang minyak sayuran ni menyebabkan dapurku berasap. Mungkin sebab kelikatan dia rendah kan. Tak macam minyak sawit la. Tapi kalau takat menumis saja lepas tu letak bahan lain takla berasap. Anyway, buka puasa semalam aku tak pi SUMSA sebab kena habiskan makanan yang memenuhkan peti ais.

Menghabiskan nasi dagang hari sebelumnya. Percubaan pertama hehehehe

Tapi ada jugakla dapur yang berasap kan.....

Sotong tak fresh goreng tepung. Bolehla ilang teringin sat.

Lif

Ada satu lif kat James Weir yang dikhaskan untuk staf (dan pelajar PhD). Kecik saja, muat dalam 5-6 orang, dalamnya takdak butang untuk tutup pintu. Jadi kena tunggu dengan sabar lif tu tutup pintu sendiri. Sangatla selow tak terkata. Pakcik technician (sambil menunggu lif tutup pintu sempat la bersembang) tu cakap kat aku, lif tu namanya lif akademik. Dia kena bergerak dengan seselow mungkin, supaya sempat mana-mana pensyarah nak menyiapkan slide pengajaran dalam tu sementara nak pi kelas.

Friday, August 28, 2009

Puasa dll

Kalau sembang ngan orang kat Malaysia bulan posa ni soalan popular pasai tempoh posa la. Lama mana, rasa camna suasananya. Masa puasa memang la lebih lama, buka puasa jam 840 masa hari pertama tu, subuhnya 4 pagi. Tapi tak la terasa sangat pun, agaknya pasai cuaca nyaman. Tak terasa la nak telan sejag air waktu berbuka tu walaupun ada la bau-bau bacang teringin air tebu tu.
Ni pun Alhamdulillah dah 7 hari puasa, takde la lapar haus sampai menggigil-gigil. Tak lapar sangat tapi hari pertama ngan kedua memang ada la rock n roll sat. Lepas tu ok la.

Aku memang dah daftar jadi ahli tetap untuk iftaar kat SUMSA tu. Malas nak masak dan makan sorang-sorang, aku masak untuk sahur saja. Kat SUMSA boleh sembang-sembang, suasana meriah sikit. Kalau berbuka kat SUMSA nasi briyani dah wajib la, dengan gulai ayam. Setakat ni belum ada lagi gulai kambing, tapi nasi briyani ada la dia masak nasi briyani kambing. SUMSA tak buat iftaar hari Sabtu ngan Ahad, kecuali kalau ada komuniti mana-mana yang nak sponsor. Macam tahun lepas ada beberapa hari la komuniti Libya, Lubnan ngan Iraq sponsor. Keluarga yang jadi ahli komuniti tu nanti bawak juadah memasing ke SUMSA. Tahun ni masa Ahad lepas komuniti Iraq. Komuniti Malaysia pulak alhamdulillah tahun ni reramai pakat buat kutipan derma untuk sponsor iftaar. Nak buat sponsor macam orang lain tu payah la sebab kebanyakannya mai sini memang sama-sama belajar. Kalau dak boleh la komuniti lain merasa nasi lemak, nasi ayam, nasi tomato, nasi dagang. nasi minyak..aiyoh! The list never ends. Tapi dapat merasa makanan negara lain pun bess jugak. Aku suka kuskus ngan nasi yang digulung dalam daun anggur. Syurbah versi lebih cair berbanding yang Tetah dok buat selalu dan dia tak letak oat pun, letak gandum saja. Manisan semolina yang dipanggil basbusa di Mesir dan harissa di Syria.

Bila duduk beramai-ramai kenal saudara dari pelbagai negara. Bersembang-sembang. Berkongsi cerita dan pengalaman. Perati gelagat orang. Refleksi budaya, pemikiran dan sikap. Seronok, pembelajaran secara tak langsung. Banyak yang kita belajar, pemikiran pun lebih terbuka. Budaya kalau masuk masjid terus solat tahiyyatul masjid tak dipraktikkan sangat kat mesia. Tapi kat sini, masuk masjid sebelum solat wajib 5 waktu tu mesti pakat solat sunat. Hari Jumaat pun semua pi semayang Jumaat. Hari tu la pakat bawak famili berkumpul dan bertanya khabar. Hari lain pakat sibuk belaka. Kalau yang uzur pun akan ada untuk dengar khutbah. Kira macam hari raya mingguan. Di tempat kita tak banyak masjid yang mengekalkan ruang solat muslimat untuk yang nak join solat Jumaat.

Cumanya dalam raya mingguan ni nampak jugakla budaya depa yang sombong, malas ngan tak prihatin. Stroller bawak masuk sampai ruang solat, kasut pun letak kat dalam sebab takut hilang, makan minum kat dapur masjid tinggal pinggan cawan gitu saja sampai penuh sinki. Agaknya terasa bagus la kasi peluang orang lain cari pahala dengan tolong basuh pinggan cawan depa tu. Ataupun sebab semuanya kaya dan tak biasa basuh pinggan dan jaga kebersihan kot. Langsung tak fikir orang lain nak guna cawan dan pinggan jugak.

Kasut pun pakai kasut mahal. Tu yang nak letak kat ruang solat depan mata. Depa lupa kasut digunakan dimerata permukaan, tak terfikir masalah kebersihan ruang solat sebab kasut lebih penting. Takut kasut hilang kan, bawak beg plastik, letak kasut dalam tu. Pastu usungla kasut tu, letak kat tepi masa semayang. Dalam hal ni aku rasa amalan masjid di Istanbul boleh dicontohi. Depa sediakan plastik untuk simpan kasut, nak usung pi mana pun boleh. Kat masjid glemer macam Putrajaya ada dak depa sediakan plastik? Kalau tak dak pun takpa, boleh bawak sendiri kan.

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak! Masa nak balik dari perjumpaan NTI tu aku cakap camtu la kat Sarah, dia kata dia tak faham menatang apa tu. Oh, rupanya dia baru sahaja melafazkan syahadah jadi tak biasa lagi. Aku pun cakap maknanya lebih kurang macam Happy Ramadhan.

Tahun ni SUMSA ada buat iftar. Alhamdulillah, boleh la NTI buat perjumpaan kat SUMSA setiap Rabu. Tahun 2007 SUMSA tak cukup duit, NTI terpaksa cari tempat lain untuk buat perjumpaan masa bulan puasa. Ya lah, kebanyakannya baru nak belajar puasa, tak berapa biasa nak buat periuk bertuah buka posa lagi. Aku pulak kiranya masuk tahun ni dah 4 kali la berpuasa kat Glasgow. Baru tahun ni kami mula berpuasa sama hari dengan orang lain. Sebelum ni memang tak sama la, semangat sungguh ahli majlis masjid-masjid di Glasgow ni. Dare to be different!

Orang kat Malaysia dah mula posa kan, aku sedang menunggu masa nak makan soq. Tak tidoq lagi ni, dah terlepas masa yang optimum nak tidoq terus takleh tidoq sebab takut tak jaga terus. Untuk hari pertama ni, aku masak nasik lemak, sambal bilis dan ayam goreng. Sebenarnya aku masak petang tadi untuk dinner, sebab tengah hari tadi tak makan. Maklumla, nak kena jumpa bos. Kena siapkan keja-keja nak tunjuk kat bos la. Dah selesai jumpa bos baru la rasa lega. Terus la rasa kelaparan sesangat. Dah tu mula la teringin nak makan macam-macam hehehehe Balik terus masak nasi lemak pastu terus membaham. Nasi lemak tetap feberet! Ayam pun abih 3 ketul huhuhuhuhu. Melantak! Kena goreng teloq la satgi pasai ayam ada satu ja lagi.

Teringat masa duduk umah sewa dulu. Kebetulan hari pertama posa tu cuti, tapi aku tak balik kampung. Aku tak mau balik pasai minggu sebelum tu aku dah balik. Merajuk apa ntah, aku cakap kat member baik yang satu umah dan sekampung ngan aku yang aku tak mau balik takut Tetah jemu tengok muka aku balik tiap-tiap minggu. Hahahahaha! Ntah pasai pa ntah zaman tu emosi tak berapa stabil kot. Masa tu kami satu umah amik lauk kat tukang masak asrama. Lauk telur dadar ngan sayur yang macam teratai layu di tasik madu ngan ikan selayang (sardin) goreng kot. Well, ikan sardin yang lebarnya kurang dua jari dan panjangnya kurang sejengkal tu patutnya kena kerat dua. Tapi sebab orang lain pakat balik boleh la makan sorang sekoq. Menitik ayaq mata! Sadis betul.

Takpala, tu pun mujoq bulih makan gak kan, daripada yang takdak makanan langsung macam kat Afrika, betoi dak! Tapi masa member aku balik dari kampung dia cerita la Tetah ada la tanya dia pasai pa aku tak balik. Dia pun bendul. Pi habaq sebijik macam aku cakap kat dia. Bengong! Pastu Tetah aku kata, "Dia memang macam tu. Sensitif sikit." Huhuhuhu terkesima aku. Tu la pertama kali aku dengaq orang cakap aku sensitif.

Rupanya perasaanku sangat halus dan sensitif hehehehe.... patutla...baru aku perasan pasai pa aku dengan spontannya meghimbuk (apa ye nak translate perbuatan macam tumbukan ala tomoi siam tu?) kak aku dulu-dulu bila dia kata kat aku "patutla gemuk, suka makan teloq." Dushum! Masa tu aku darjah berapa ntah, antara darjah 1-3 la sebab kak aku masa tu tak masuk sekolah menengah lagi. Gemuk-gemuk ni sensitip okeh! hahahahahahaha

Apa-apa pun, selamat menunaikan ibadah puasa dan amalan Ramadhan yang lain. Ramadhan Mubarak!

Swiss roll


Dalam banyak-banyak resepi yang aku jumpa, ni la resepi swiss roll yang paling senang. Tak pakai mentega/marjerin/minyak langsung. Resepi ni diambil daripada majalah Somerfield Jun 2008.

Bahan-bahan:
3 biji telur besar (4 biji kalau sederhana)
140g gula caster
115g tepung naik sendiri - diayak
1 cmt esen vanila - ni kalau ikutkan dia tak letak pun

jem aprikot untuk sapuan (asalnya 175g jem stroberi/rasberi - kaler merah nampak berseri kot)
150ml double cream - dipukul sampai berkrim(whipped)
baking paper untuk alas dulang pembakar
minyak untuk gris dulang pembakar

Cara membuat:
1. Oven dipanaskan 180°-200°. Pukul telur dan gula sampai kembang berkrim.
2. Masukkan tepung ke dalam adunan. Kaup adunan dan tepung hingga rata. Masukkan esen vanila.
3. Tuangkan ke dalam dulang pembakar (33 x 23 x 2 cm) yang dah dialas dengan baking paper supaya nanti senang nak keluarkan. Ratakan adunan guna senduk, jangan diketuk-ketuk. Dah rata kasi goyang sikit.
4. Bakar selama 10-12 minit. Dah masak boleh la kek dikeluarkan daripada dulang pembakar. Telangkupkan kat atas sekeping lagi baking paper. Kalau nak manis-manis boleh la taburkan gula caster kat atas baking paper tu. Tanggalkan baking paper yang digunakan untuk membakar kek.
5. Trim sikit tepi-tepi kot ada yang terhangus ke apa. Gulung kek span tu, biaq saja sampai sejuk. Dah sejuk buka gulungan tu, sapu jem ngan krim. Pastu gulung balik. Lepas tu boleh la dibungkus dalam cling wrap, nak makan nanti boleh la potong. Kalau baru-baru masak dia rapuh sikit sebab kuantiti telur yang melebihi tepung, tapi lama-lama dia lembut la sebab ada krim tu.

Sunday, August 16, 2009

Kek Pisang


Kek ni aku bakar minggu lepas, terasa nak makan. Bila dah masak makan sikit saja, nasib baik ada Leyha ngan Yani boleh tolong habiskan separuh lebih. Memandangkan ada keret, jadi boleh la dikira kek keret kan Yani kan. The midlothian carrot cake hehehehehe

Tekstur kek ni lembab dan gebu sebab ada pisang dan keret yang berair. Keret boleh diganti dengan walnut, kismis cip coklat atau choc rice dalam adunan tu, tapi teksturnya lebih kering tapi takla kering sangat sebab ada pisang. Kalau tambah walnut/kismis tambah 1-2 cmb susu/yogurt untuk elakkan tekstur kek jadi kering.

Tapi dah nama pun kek, kalau simpan sampai seminggu kering la jugak kan. Kalau seminggu pun dok lemau aja namanya biskut pisang lemau la kan..ni berdasarkan definisi jaffa cake (feberet aku) dalam kes mahkamah depa dulu. Kena turun naik mahkamah seh McVities siap kena buat jaffa cake yang besar bagak lagi nak membuktikan jaffa cake adalah jaffa cake bukannya biskut supaya tak dikenakan VAT, kalau biskut bersalut coklat kena VAT pulak.

Kek Pisang (Piret-pisang+keret)

Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri
1 cmt soda bikarbonat
3 biji pisang
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
3 biji telur
2 batang keret panjang 10cm (kalau keret besar guna sebatang saja)

Cara membuatnya
1. Tepung dan soda bikarbonat digaul rata. Kalau nak guna tepung gandum biasa kena tambah baking powder, selalunya 1-2 cmt untuk 250g tepung. Kat sini rega tepung naik sendiri sama ja ngan tepung biasa, jadi aku guna yang naik sendiri.
2. Parut keret. Lenyek pisang. Masukkan gula dalam pisang.
3. Pukul minyak dan telur sampai kembang.
4. Masukkan tepung sikit-sikit. Gaul rata.
5. Masukkan pisang ngan keret. Gaul lagi.
6. Tuang dalam tin kek, bakar dalam oven lebih kurang 160°-180° lebih kurang 30 minit atau sampai masak.
7. Kalau suka boleh la tabur sikit choc rice atau hiasan lain kat atas sebelum dibakar. Jangan lupa panaskan oven dalam 10 minit sebelum bakar kek.

Friday, August 14, 2009

Pindah rumah

Tuan rumah aku yang ntah hapa-hapa tu dah bagitau dia nak jual rumah ni. Tu pun lepas ditanya nak sambung kontrak ke tak. Patutla plaster untuk bath tub tu dari last year cakap nak tukaq tak tukaq-tukaq. Pintu rumah yang hari tu ditendang pun tak berganti baru walaupun pintu umah lain kat level aku ni semuanya dah ditukar baru. Nasib baikla aku dah dapat umah lain, tak kelam kabut nak mancari lagi.

Aku dah dapat masuk umah baru, tapi belum pindah lagi. Lepas raya baru nak pindahkan semua barang. Sebabnya masalah dengan tepon ngan jalurlebar la, umah ni pakai Tiscali. Bila nak pindah cuma boleh bawak jalurlebar saja, tepon kena mula kontrak baru dengan BT. Tak kuasa aku. Baik aku kensel ja terus. Kensel kena penalti, tapi buat masa ni guna la dulu service ni kat sini. Lepas ni aku pun nak gunakan perkhidmatan Dara jugak hehehehe

Rumah baru kosong saja. Tapi sekarang dah hampir complete la, semuanya dengan ehsan member yang duduk kat situ dulu. Selain daripada tv dan peti ais yang aku beli sekenhen, katil, sofa, meja makan, almari baju, dapur dan meja adalah ehsan member. Cuma tinggal mesin basuh dengan hoover saja la nak kena beli nanti. Tak sabar nak masuk umah baru. Cuma nak kena pikir cemaner nak hapuskan lipas kat situ huhuhuhuhu...

Wednesday, August 12, 2009

H1N1@Selsema babi

Awat depa tak sebut bahasa orang biasa saja? Pasai pa nak pakai bahasa teknikal pula, dulu ok saja selsema burung disebut. Ada orang sensitif sebab makan babi ka?

Tuesday, August 11, 2009

Hari berbasikal

Dah lebih kurang 2 minggu aku beli basikal. Hajat hati nanti nak mengayuh dari rumah baru ke universiti. Nak mengayuh dari rumah la ni tak kuasa la. Daripada dok mengayuh naik turun bukit baikla aku jalan kaki saja, lagipun kunci belum dibeli lagi. Kira sejak aku kayuh bawak balik hari beli tu sampai la Sabtu lepas gerek tu memang duk bersandaq la kat rumah. Dok tidoq saja. Memandangkan Khairyn dan Mimi pun dah beli basikal, kami pun plan hari Ahad nak berbasikal ke Kirkintilloch yang terkenal sebagai pekan terusan.

Ini basikal NHS. Awal-awal pagi dok mamai (Gambar: Mimi)

Perjalanan dari Glasgow ke Kirkintilloch memangla takdak apa masalah, cuma awal-awal tu kena ubah tempat pertemuan sebab pakat dok pusing-pusing kat Sighthill Park tu. Lepas tu lalu kawasan Port Dundas sampai la ke Possil Loch, lepas tu ikut off-road cycling path tepi Forth & Clyde Canal sampai ke Kirkintilloch. Memang jalan kampung, teringat pulak kampung halaman. Kena pulak pagi-pagi Ahad ni depa ada sesi khutbah kat mesjid tepi terusan. Ramai pulak tu jemaahnya, maklumla kat kampung. Kalau kat bandar Glasgow ni pagi Ahad pakat berjemaah kat kedai-kedai la.
Terusan Wan Mat Saman (Gambar: Mimi)


Para kuda tunggangan pun nak rehat jugak!



Pekan Kirkintilloch pun sunyi saja. Kedai-kedai banyak tak buka lagi pun walaupun dah jam 11 pagi. Dalam kul 12 baru depa mula buka kedai, rupanya sesi khutbah Ahad depa habis kul 11, lepas tu pakat sembang tanya habaq la kot.

Dah sampai pun..

Pekan yang sunyi pada pagi Ahad (Gambar: Mimi)


Kami berehat di Peel Park, sesambil tengok tinggalan tembok bersejarah Antonine tu, sesambil mengunyah.

Nak balik tu kami cadang nak naik tren saja ke Glasgow sebab Khairyn dah kekejangan otot kaki. Ye lah, lepas beli basikal tu simpan saja. Lepas tu terus mengayuh jauh-jauh, konpem dah la takdak sesi regangan apa dah tu. Excited la katakan.


Stesen Lenzie ni dekat saja dengan Glasgow, tapi tak banyak tren yang singgah. Dah tunggu setengah jam tapi kami tak dapat naik sebab ruang untuk letak basikal dalam tren dah penuh. Pakcik konduktor tu suh tunggu next train. Lagi sejam! Tu pun belum tentu boleh naik lagi, kot tren lepas tu pun dah penuh tempat basikalnya kul berapa nak boleh balik pulak nanti. Dah la ada janji nak jumpa orang pulak tu. Tiket dah beli (mahal tiket tren kat UK ni), tapi sebab tak sanggup menanggung risiko kami buat keputusan terus mengayuh saja.

Khairyn dah tak sanggup mengayuh ikut tepi terusan tu, jadi kami akan ikut laluan lain melalui Stepps untuk balik. Ikut peta nampak macam sangat dekat, cumanya kat peta tu takdak penerangan bentuk mukabumi tau. Aku saspek jugakla kawasan tu berbukit, tapi redah sajala. Rupanya memang betul la kawasan berbukit, kami dah la sangat kepenatan. Naik turun basikal la. Kalau naik bukit pakat menyorong, turun bukit naik la balik basikal. Sampai kereta yang lalu dok hon huhuhuhuhu.. Hangpa naik keta boleh la nak berlagak ngan aku!

(Gambar: Mimi)

Naik turun bukit, adala 2-3 orang menegur tanya awat tak kayuh gerek tu, gerek tu patut dikayuh bukannya dituntun gitu hahahahaha

Yeay! Dah sampai Glasgow (Gambar: Mimi)

Akhirnya sampai jugak ke Glasgow, tapi kaki punggung semuanya kejang hahahaha! Dah la kejang, lutut aku pun sakit sebab luka masa nak keluaq dari kawasan rumah. Ada ramp, terjatuh la pulak bila aku terjun ala-ala terjunan gerek tua. Sampai hari ni dok sakit lagi walaupun kejang dah ilang.

Lepas ni nak kena bersiap nak ke Clyde Falls di New Lanark pulak. Tapi nak kena beli minyak untuk basikal aku, dah mula bernyanyi sakan. Sat-sat bunyi burung, sat-sat bunyi angin, macam-macam ada.