Free Delivery on all Books at the Book Depository

Saturday, September 05, 2009

Ayam percik

Hari Khamis lepas aku jemput beberapa orang untuk berbuka kat umah. Tetamu utamanya Kak Zu dari mesia ngan Mama Nani dari Cardiff yang datang ke Glasgow untuk persidangan orang-orang power. Lepas tu Wan Zul yang belum pernah sempat bermakan-makan kat umah aku dan Sanna yang dah lama tenggelam dalam makmalnya. Asalnya nak masak nasi ayam, kira paling senang la. Tak payah banyak-banyak benda nak masak. Sekali Wan Zul dah masak nasi ayam, depa jemput jugak Kak Zu makan kat umah depa. Aiseh! Mati hidup balik kutu gue 8 juta kali la pulak. Terpaksa cari idea lain, tapi masih nak senang la. Jadinya, nasi minyak jintan dengan ayam percik la. Ni ayam percik ni kira penampilan sulung la, tak penah-penah masak ni. Kat mesia beli pasar malam la lagi senang walaupun mahal. Tapi memandangkan aku pun jarang makan ayam/daging kat mesia, tak le berbekas sangat kemahalan reganya.

Aku masak nasi ngan ayam ja. Pastu import tokei apam balik dari nat Dennistoun hehehehe...Dicampur ngan puding jagung Sanna, croissant Wan Zul dan pizza orang Cardiff, banyak la jugak hidangannya. Ni gambar nasi yang dipanaskan untuk soq, masa berbuka tu tak dan nak snap-snap dah. Aku buat sambal belacan untuk yang nak lebih pedas. Tapi mintak mahapla, sambalnya pun dah abih.


Bahan-bahan:
1 1/4 ekor ayam - aku potong kecik-kecik ayam tu
15 tangkai cabai kering
1 tin santan (400ml)
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
garam
gula perang/gula kabung
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan kacang goreng-ditumbuk

Bahan perapan
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia (diameter 2 kupang)
2 batang serai
1 cmt serbuk jintan (cumin)
1 cmt serbuk ketumbar
garam

Cara:
1. Kisar semua bahan perapan. Serbuk jintan, ketumbar ngan garam tu tak payah la mesin. Kalau pakai biji jintan dan ketumpar sila sangai dulu jintan dan ketumbar sebelum di mesin. Gaul semua bahan ngan ayam. Perap ayam lebih kurang sejam.
2. Masukkan ayam dalam kuali/periuk, masak sekali dengan santan, air asam jawa, bancuhan air ngan tepung beras dan cabai kering yang dimesin. Santan tu aku masukkan 2 kali, yang awal tu aku cairkan.
3. Dah mendidih, perlahankan api, masukkan gula, gula ngan kacang. Masak sampai kuah pekat, ayam masak separuh ataupun 3/4 masak.
4. Pindahkan ayam dalam dulang pembakar. Bolehla dipanggang ayam tu dalam 30-45 minit. Kalau kering sangat tuangla kuah sikit kat ayam tu. Aku suka ada kesan garing/hangit.

0 comments: