Free Delivery on all Books at the Book Depository

Thursday, February 28, 2008

Keruntuhan Berteraskan Hadhari

Semoga yang bertanggungjawab mendapat balasan cash & carry di dunia.

Tuesday, February 26, 2008

Catatan Perjalanan Hainan - Hari Ketiga

15 Januari 2008
Hari ni bangun awal, sungguh teruja memandangkan aku kena bentang kertas kerja sesi pertama, mujur bukan orang pertama. Kalau tak, harus aku takleh tidur sebab stressed. Maklumlah nak bentang kali pertama hehehhe. Sarapan macam biasa, cakoi, mi ala lori garam terbalik dengan telur rebus, pau gulung, bubur dengan ikan bilis diakhiri dengan teh cina tanpa gula. Sahih geng dari Eropah tak senang makan sebab takde sarapan biasa, telur goreng pun tadak. Aku sempat ambil angin di pantai, tapi banyak mata memandang, cuak juga aku.



Treasure Island Hotel yang hampehhhhh


Taman di pinggiran pantai


Pagi-pagi tak ramai di pantai

Pembentangan berjalan lancar, well kalau suruh bercakap memang takde masalah kan. Soalan-soalan pun dapat dijawab dengan terlebih konpiden pulak ahaks. Kalau di tempat lain ada disediakan air mineral untuk peserta, kat hotel ni teh cina yang disediakan. Jadi aku asyik minum teh cina saja kerjanya. Makanan waktu rehat pagi agak sama seperti kuih-muih di Malaysia. Ada macam ondeh-ondeh ( dari tepung pulut, inti kacang merah dan digoreng), kek, kuih keladi dan popia sayur. Dan dihidang sekali teh cina. Cuma ada tambahan kopi dengan gula yang disediakan, selepas diminta oleh peserta dari Eropah yang tak biasa dengan teh cina. Oh, ehem... beberapa orang puji presentation aku. Kembang semangkuk jadinya hehhehehe. Sempat berkenalan dengan sorang dari China, erkkk dia bagitau dia nampak aku jalan-jalan pagi tadi. Katanya disini tak elok jalan sorang-sorang, bahaya. Oh, patutlah pagi tadi semua pandang aku semacam. Pelik agaknya.

Makan di Hainan pada aku tak menjadi masalah, tak banyak beza dengan yang biasa di Malaysia. Ikan kukus, ketam goreng, udang goreng, ayam dan sayur. Aku dan beberapa orang peserta muslim minta hidangan moslem, tak tau la hotel gi beli ayam sembelih kat kedai muslim yang berdekatan, tapi memang takde la masakan berasaskan daging merah jambu tu. Cuma yang cerewet makan adalah yang datang dari Pakistan. Dok minta nasi banyak, pinggan besar tau-tau sajala mangkuk nasi cina tu kecik daripada tapak tangan kan, dan nak lauk ayam dan kambing. Ikan kukus dikatanya ikan tak masak. Ketam dan makanan laut tak makan. Siap tarik muka bila tengok aku ratah ketam goreng dengan rakusnya. Nasib baik aku dah biasa dengan lauk pauk cina, jadi tak la sampai tak boleh nak makan. Cuma bila balik dari sana, baru aku terfikir, adakah derang ingat hidangan muslim tu cuma tak makan daging merah jambu tu saja. Kalau derang ingat camtu, maknanya aku dah makan ayam katok, erkkkk. Tapi bersangka baik sajala, derang beli ayam kat kedai muslim yang berdekatan. Tapi satu yang pasti, aku sampai sudah tak merasa nasi ayam Hainan. Aku dah cuba bertanya dengan dua tiga orang, tak pernah pun derang dengar nama tu. Siap minta aku cerita nasinya macam mana, ayamnya macam mana. Erkkk, ni kes air bandung jugak aku rasa nih. Memandangkan Kaklong dah minta aku tanya jugak, kat mana kedai nasi ayam, aku minta sorang peserta dari Nanjing tanyakan pada kakitangan hotel. Pun katanya tak penah dengar. Cuma dia kata mungkin ada di Haikou, tapi yang pastinya bukan dari Sanya. Jadi, kesimpulannya aku rasa nasi ayam hainan bukanlah berasal dari Hainan, mungkin resepinya dah diubahsuai daripada yang asalnya, atau mungkin juga berasal dari tempat lain. Masakan Hainan banyak berasaskan makanan laut, kalau ada pun masakan ayam yang dimasak sekali dengan kepalanya, ada stuffing. Yang lain tu, ayam goreng, ayam masak kicap atau masak gajus, ataupun nasi goreng ayam.

Malamnya ada dinner, siap ada persembahan tarian tradisional lagi. Kebanyakan penduduk Hainan merupakan pelaut. Jadi rupa kebanyakan orang Hainan ni walaupun matanya sepet, tapi kulitnya seperti orang cina di Pangkor. Dialek Hainan jugak lebih kasar berbanding Mandarin biasa. Banyak jugak tarian yang dipersembahkan, tapi aku macam biasa, lebih tertarik kepada makanan yang memenuhi meja. Udang, ketam, ikan, kepah dan segalanya yang boleh menaikkan tahap kolesterol aku hik hik hik. Dan macam biasa, delegasi dari Pakistan sangat tidak berpuas hati dengan makanan, sebabnya takde kambing. Dan kerana perbezaan mazhab, menjadikan salah sorang siap buat mimik muka geli bila tengok aku makan ketam dengan nikmatnya...pedulik hapa aku......

Monday, February 25, 2008

Catatan Perjalanan Hainan - Hari Kedua

14 Januari 2008 - Bangun awal pagi, ke restoran untuk sarapan. Semuanya hidangan cina. Mi goreng, pau kukus, yu tiau (cakoi), sosej dan bola-bola ikan (atau daging?), sayuran goreng, sup dan bubur. Yang pastinya memang bijirin sarapan tak kelihatan langsung. Air pun teh cina saja, gula tak disediakan. Aku cuba berkomunikasi tanya hidangan vegetarian, dua tiga kali tanya dia tak faham, last dia jawab "Mei yau." Hoh, dah la makanan tak berlabel. Aku memang dah ingat dalam hati, lain kali haram nak jejak dah hotel ni.

Lepas sarapan gi meja urusetia persidangan. Nak tanya sama ada kena daftar sekali lagi untuk ke persidangan sebab kalau ikut jadual ada sesi pendaftaran. Urusetia yang ada tak faham apa aku cakap, bengang sungguh. Nak buat persidangan antarabangsa tapi takleh cakap omputih. Terpaksa tunggu orang yang boleh cakap omputih, masa dok menunggu tu ada peserta dari UK dan Perancis, tanya pasal continental breakfast atau western breakfast. Hoh, kalau perkataan registration pun takleh paham, apetah lagi phrase kompleks cam continental/western breakfast tu hehehehehe...

Aku cuma habiskan masa kat bilik-bilik persidangan, dengar orang sembang yang inti patinya haram aku tak paham. Kesimpulan daripada peristiwa ni, bukan orang Malaysia saja yang bermasalah untuk berkomunikasi bahasa omputih ni, orang Cina pun ramai lagi. Ada satu sesi, penyampainya tak perasan ada sorang insan luar dalam bilik tu, terus dia cakap Mandarin. Semua orang kat situ pandang aku, cuma penyampai tak nampak sebab kedudukan aku terlindung sikit. Nasib baik ada sorang peserta dari Hong Kong tolong translate, tapi sebenarnya aku tak kisah pun kalau dia tak translate, sebab walaupun dah translate aku tetap tak paham heheheh

Aku ponteng sesi petang sebab dah tepu sangat rasanya. Ikut Kaklong ngan Bangah ke Sanya Bay. Depa dah keluar pagi tadi ke petempatan komuniti Islam Hui, dah siap makan kat kedai Muslim, beli barang mutiara dan kristal yang sinonim dengan Hainan ni. Dan malamnya, hidangan megi jadi santapan.....

Gambar-gambar mentah ...

Dari bilik 425, Laut selatan dengan West Island berbalam-balam


Muzium Mutiara

Sanya Bay yang sibuk



Generasi masa depan Sanya

Friday, February 22, 2008

Camar Yang Pulang

Aku dah sampai ke Glasgow. Dari Malaysia memang tak dikemas kini blog ni sebab internet kat P11 - Pendang , N18 Tokai cuma dial up saja. Mana mampu nak menunggu lama. You tube pun aku tak masuk, takut dikecewakan. Jadi Khairyn, akan ku updatekan perjalanan ke Hainan itu sedikit masa lagi, beserta pengalamanku menikmati kerang bakar, sotong kangkung (made of sotong gedik itu), pasembor, ikan bakar kuala perlis, cucur pisang dan nasi minyak air tangan kak aku.

Friday, January 25, 2008

Perjalanan ke Hainan - Hari Pertama

Tujuan utama kedatanganku ke pulau Hainan di wilayah China ni adalah untuk pembentangan kertas kerja. Kalau tak sebab Xiu yang minta aku buat, jangan harap la aku nak datang ke tempat serba asing ni. Masa di Glasgow aku cuba dapatkan panduan perjalanan daripada beberapa warga China dan semuanya meyakinkan bahawa aku tak akan menghadapi sebarang masalah di Hainan memandangkan Hainan merupakan tempat pelancongan yang popular. Awal-awal lagi dah silap langkah. Terbeli tiket ke Haikou, sedangkan tempatnya di Sanya, lebih kurang 450 km ke selatan Haikou. Duh! Itulah, lambat sangat dikeluarkan memo pasal tempat persidangan. Tiger pulak takda service ke Sanya Phoenix. Kalau nak beli tiket baru maknanya hanguslah duit tiket Haikou. Tapi jaminan semua bahawa Hainan mesra pelancong membuatkan aku yakin tiada sebarang masalah besar.

Penerbangan KL-Singapore sehari lepas aku mendarat di KLIA dari Glasgow. Letih tak terkata, penat tak terhingga. Kemudiannya jumpa Kaklong dan Bangah di Kota Singa untuk sama-sama menaiki Harimau Angkasa ke Haikou. Lewat lebih sejam. Berlepas dari Terminal Bajet Changi. Hanya Tiger Airways yang menggunakan terminal ini buat masa ini. Lokasinya berdekatan, shuttle bas disediakan percuma dari terminal utama. Jadi tiada masalah seperti KLIA dan LCCT. Dalam pesawat, hanya kami bertiga penumpang bukan Cina.

Terminal Bajet Changi

Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam. Sampai di Haikou Meilan Airport, masalah teknikal pula. Hampir 20 minit pintu tak dapat dibuka. Sudah la lambat. Aku risau sebab dah 6 petang, dah mula gelap, kami ada lagi perjalanan yang perlu ditempuh. Selapas pemeriksaaan imigresen dan kastam, aku mula rasa cuak dengan jaminan rakan-rakan dari china bahawa aku tidak akan menghadapi masalah di sini. Gadis manis di kaunter maklumat pelancong juga tidak dapat berbahasa inggeris, apa lagi yang boleh diharapkan dari orang di luar sana. Komunikasi berlangsung dengan menggunakan pen dan kertas, saat ini aku rasa slogan kepentingan bahasa Inggeris untuk bergerak global tidak berguna langsung. Setelah berkira-kira harga untuk menaiki teksi ke Haikou, bas dari sana ke Sanya dan teksi lagi ke hotel, kami mengambil keputusan untuk menyewa sahaja teksi dari lapangan terbang ke Sanya. Ya, alat komunikasi yang digunakan untuk sesi tawar-menawar harga ialah pen, kertas dan kalkulator di telefon. Mujur juga ada aku cetak nama dan alamat hotel dalam tulisan Cina. Ada juga aku bawa panduan pelancongan Hainan dan Mandarin ringkas untuk pelancong, yang aku rasa seperti kurang saja gunanya pada saat-saat seperti ini.

Akhirnya dapat juga 350 yuan untuk perjalanan ke hotel di Sanya Bay. Kalau ikut kata petugas di kaunter maklumat tadi bayaran teksi 500-600 yuan. Jadi aku setuju saja, itu pun lepas memotong caj 50 yuan yang dia kenakan. Hari dah gelap dan aku pun nak berehat. Dari lapangan terbang kami dibawa dengan teksi ke hotel berdekatan dan kami berpindah ke kereta lain. Dalam gelap tu aku kurang pasti jenis keretanya, yang pasti kereta yang 2000 cc dan selesa. Pemanduannya pada sebelah yang bertentangan dengan di Malaysia. Jalan berbukit tapi kereta tetap dipandu laju. Pemandu cuba bersembang tapi kami "sepatah haram pun tak faham". Aku ingatkan Bangah yang pernah ke Beijing sebelum ni faham tapi katanya dia tak faham langsung. Kami akhirnya tiba di Sanya selepas hampir 3 jam. Hotel terletak agak jauh dari pusat bandar. Aku dah mula risau nak bayar 400 atau 350 dan aku memang takda not 50 yuan langsung. Masa sampai pengawal keselamatan dan bell boy hotel datang, aku pun keluarkan kertas persetujuan harga tadi. Aku tunjukkan harga 350 + 50 = 400 pada pemandu. Dan dia menunjukkan pada angka 400, aku tunjukkan angka 50 yang telah dipangkah itu. Dan pengawal keselamatan datang melihat. Pemandu tu pun memulangkan baki 50 yuan pada aku.

Barang-barang diangkut ke lobi. Selepas mendaftar dengan AJK Persidangan, aku check-in hotel. Lama jugak sebab orang didepan ada masalah yang aku pun tak pasti apa masalahnya. Lepas hampir sejam baru aku dapat check in, kata sorang sahabat peserta tak diberitahu awal bahawa kami perlu membayar deposit hotel 1000 yuan. Oh, aku pun tak tau juga. Selepas berhempas pulas mendaftar (kakitangan hotel pun tak tau berbahasa Inggeris), aku pun dapat kunci bilik untuk berehat. Dah dapat masuk bilik, masalah lagi, iron takde, sudu pun takde. Gi mana mau makan megi dan bancuh milo huhuhuhu. Aku pun cuba call housekeeping nak minta iron. Seksa lagi. Housekeeping tak faham, di passkan line ke bahagian lain, bila tak faham ditolak tolak lagi sampai akhirnya ke receptionist. Lantas dipanggil sorang yang kononnya boleh berbahasa Inggeris.Oh tidak, aku pulak ditanya apa masalah. Dah dieja pun tak dapat difahami, lantas terus diputuskan talian. Aku terpaksa turun dan mencari pertolongan. Di kaunter receptionist aku minta iron dihantar ke bilik, tapi nak minta sudu pulak yang bermasalah. Aku ke meja urusetia. Di meja urusetia pun saling bertolak-tolak untuk berkomunikasi. Adoi! Akhirnya dapat seorang yang membantu, sudu dipinta. Aku pun balik ke bilik.

Lobi

Tak lama kemudian, sudu pun dihantar. Tapi semalaman aku menunggu iron tak kunjung tiba. Tapi tak mengapalah, aku pakai saja baju yang ada. Pasrah, kerana aku dah terlalu penat untuk hari ni. Selamat malam Sanya.

Tuesday, January 22, 2008

Pulang

Aku sedang menikmati cuti di Malaya. Dah dekat dua minggu aku tinggalkan Glasgow dan kedinginannya. Testimonial aku untuk Emirates - Best! Walaupun terpaksa transit 9 jam di Dubai, makanan di long transit lounge yang tak sedap, tapi makanan in flight sedap, banyak pilihan, dan yang penting reganya lebih murah. Cuma urusan luggagenya lambat sikit dekat satu jam setengah, agaknya nak bawak beg dari bangunan satelit ke terminal utama tu jauh sangat. Lama jugak menunggu nak amik beg. Lepas tu naik teksi saja. Malas nak suruh orang mai sebab aku dah agak mesti lambat nak kena tunggu.

Oh, aku dah makan nasi lemak daun pisang, nasi kerabu, keropok lekor, laksa singapura, ayam kfc, sate kajang, nasi lemak ngan sambal paru nyam nyam nyam....esok ada projek lagi kat melaka hehehehe

Sunday, January 06, 2008

Pada Yang Ditinggalkan

Aku dah siap bersihkan bilik air, ruang tamu dan dapur. Dah hoover cuma tinggal bilik saja belum berhoover dan beg belum kemas. Ada sikit lagi shortbread perlu dibeli. Untuk ke Hainan, dah tukar duit dalam 1800 yuan, harap cukup la kot. Landlord pun aku dah hantar mesej, katanya nak mai petang nanti amik duit sewa. oh, Khairyn, coklat tu bila nak abihkan, tau saja la aku kan pemahit orangnya. Tadak sapa nak makan pulak nanti.

Wah, begitu sekali persediaannya sebelum meninggalkan bumi thistle buat sementara. Jadi sebenarnya boleh la aku memprofile diri aku sebagai berfikiran jauh dan tersusun. Cuma kelemahan aku cepat sangat terganggu hahahahha. Plan, plan, plan dan plan tadak masalah. Melaksanakan satu keja lain tu. Sebab tu plan aku nak siapkan slide presentation sampai la tak siap lagi. Outline dah ada, bos kata 10 minit saja cakap. 5 minit lagi soal jawab. Esok punya review lagi.

Adoi, fikiran aku dah melayang ke kampung. Teringin nak makan ikan bakar, sotong tepung, ketam masak lemak yang fresh gitu. Kat umah lak teringin nak makan ketupat ngan rendang pedas, nasi minyak, laksa patani semuanya resepi turun temurun. Nyam nyam nyam...