Krismas atau hari Natal ni sebenarnya takdak kaitan pun dengan hari kelahiran Nabi Isa walaupun namanya Christ's-mass tu memang la dinasabkan kepada "Jesus Christ" dan Natal bermaksud kelahiran semula. Asalnya orang pagan Rom meraikan malam yang paling panjang dan siang yang paling singkat, atau dikenali sebagai Solstis Musim Sejuk. Saturnalia disambut selama seminggu, meraikan dan menyambut tuhan matahari depa, Saturn sebab lepas solstis waktu siang akan memanjang semula, malam pun makin singkat.
Kira sejak dulu kala memang musim dah silih berganti, pastu bila maharaja Rom nak jadikan kristian agama rasmi kerajaan Rom, dia pun mintak kelonggaran supaya Saturnalia masih boleh disambut, nak pujuk rakyat pagan dia supaya sama-sama jadi kristian dan nak pujuk penganut kristian masa tu, kalau tak guna alasan agama satgi mesti depa memberontak. Tapi bila guna alasan agama mesti depa pun tunduk dan patuh kan. Pandai depa reka cerita. Kena pulak golongan alim ulama kangkung macam tu, sampai berabad depa disesatkan dengan cerita dongeng.
Tapi la ni Krismas tu lebih kepada hari untuk bersama keluarga, hari yang persediaannya menyenangkan hati tokei-tokei kedai sebab kena bagi hadiah. Asalnya Sinterklaas ni cuma bishop yang bagi hadiah pada budak-budak miskin supaya dapat bergembira di hari raya. Tapi lama-lama tradisi ni dikomersialkan, jadilah musim krismas adalah musim bersoping hadiah. Setiap tahun bila dekat-dekat nak krismas, masa Buchanan Street Glasgow tu penuh dengan orang yang berpusu-pusu membeli-belah untuk hadiah, adalah orang yang bagi ceramah terbuka supaya depa ni sedaq tentang perayaan krismas yang 'sebenar'nya. Supaya orang meraikan kelahiran semula Jesus Christ dan tidak terpengaruh dengan golongan kapitalis yang dah mengubah krismas. Di kalangan mazhab kristian lain selain katolik sendiri pun ramai yang tak sambut Krismas. Jehovah Witness dan Puritan tak sambut krismas sebab cerita rekaan kelahiran semula ni.
Aku masih lagi belum ada pendirian tentang anak-anak Muslim menyertai pementasan Nativity, walaupun sebenarnya cerita Nativity tu pun hanya dongengan. Dan aku pun tak terlibat dengan sebarang pementasannya, anak-anak yang bersekolah pun takdak (biasa sekolah buat pementasan Nativity, jadi mungkin ada dilema mak bapaknya).Tapi sebab melibatkan Nabi Isa as Jesus, tak bolehla dipaparkan dengan ada pelakonnya yang jadi Nabi Isa tu. Unless kita rasa Nativity adalah sekadar satu lakonan, Jesus itu adalah Jesus dan bukan Isa Ibnu Maryam, yang takdak kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati, jadi terpulang pendapat masing-masingla. Sebelum buat apa-apa keputusan silalah mengkaji dengan lebih mendalam tentang kesan cerita ni terhadap pemikiran anak-anak. Apapun ceritanya memang pasal kelahiran Isa yang sangat berlainan dengan cerita yang kita tau. Lagi satu cerita rekaan golongan alim ulama dulu. Jadinya, cuti 25 Disember pada aku adalah sekadar cuti umum solstis, 26 Disember (Boxing Day) pulak cuti umum soping hahahaha!
Tapi tahun ni aku telah mengawalkan hari membuka kotak ni, ala 3-4 hari saja. Tak boleh nak tunggu 26 Disember dah, sebabnya kedai buku Borders UK ditutup pada 23 Disember. Tutup kedai dah rangkaian buku gergasi dari seberang Atlantik ni. Zaman gawat ni, dari kecik sampai ke besaq, bukan senang bisnes nak survive. Bala bagi Borders, rahmat la bagi pembeli kan...(bala jugak la sebab duit abih huhuhuhu)..2 hari aku pi Borders ni sebelum dia tutup kedai. Hari pertama tu (2 hari sebelum ditutup) kebanyakan buku ada diskaun 80% walaupun ada lagi yang 70%. Tak boleh nak konsentret sangat soping sebab ada janji nak jumpa dekan aku.
Hari pertama soping £17.33 untuk 9 buku (ada 70% &80% diskaun)
Esoknya aku pi lagi Borders, kali ni lama la menengok buku. Makin lama belek banyak la yang masuk bakul. Bacanya tak tau la bila lagi, lepas abih study kot hahahaha!