Free Delivery on all Books at the Book Depository

Monday, October 03, 2011

Tidur


Penyakit gak ni. Tak cukup pun susah, terlebih pun susah jugak. Tapi aku selalunya terlebih la, jarang sangat tak cukup tidoq ni. Kalau semalam tak tidoq esoknya seharian kena qadha.

Dulu-dulu masa degree ada la jugak, last minute punya kes. Laporan makmal dan tugasan cuma buat pada masa-masa kecemasan yang akhirnya menyebabkan aku tak tidoq semalaman. Lepas subuh print, pagi terus submit. Masuk makmal, lepas makmal pi kelas lepas tu balik terus tidoq qadha sampai petang. Memang betullah malam itu dijadikan untuk kita berehat, sebab tu kalau tak tidoq malam sesi qadhanya akan jadi sangat melampau. Dan kesudahannya otak pun mereng sikit, kepala pun pening.

Aku, kalau dah mengantuk telan Kopiko, minum kopi ka nescafe memang tak jalan. Tengah duk mengulum Kopiko pun aku penah terlelap dalam kelas. Penyelesaiannya aku terpaksa pi toilet, tidoq atas para tempat letak beg. Masa tu budak tak ramai lagi kat uni aku macam la ni, toilet memang lengang. Set masa 15 minit pastu masuk la balik. Tak elok dan tak sopan kan tidoq depan lecture, tidoq dalam toilet takpa ekekekeke...

Masa baru-baru balik, 2 hari lepas sampai aku pi lapor diri. Pagi tu dah berpinau-pinau tahan ngantuk, malam takleh nak tidoq sebab masih jetlag. Selesai semua urusan, dalam kul 2 lebih aku pun balik. Mata terbuntang-buntang dok tahan ngantuk. Bawak keta agak melelong, nak berenti tidoq pun tak padan sebab dekat saja dan takdak R&R pun. Sampai satu tahap, aku terkejut sebab keta belakang hon. Rupanya dah terlelap sat dan keta dah melelong kiri kanan. Alhamdulillah takdak keta lain masa tu. Terus hilang ngantuk. Tapi tak lama lepas tu jadi balik, cuma memang aku buntangkan mata jugak la sampai rumah. Mujur dah dekat masa tu.

Ntah la, asyik mengantuk saja. Pemakanan tak kena kot. Nak kena revise, buat jadual balik agaknya. Tu pun kalau makanan yang jadi punca. Hari Sabtu lepas aku nak pi Sungai Petani, pun sama mengantuk jugak. Takut jadi apa-apa, aku berenti kat R&R Gurun, parking bawah pokok dan tidoq dalam 45 minit. Sadis betul! Tak kisah dah orang dok pandang ka apa ka. Kalau ada yang ambik gambaq aku pastu upload jenuh la nanti huhuhuhuhu...

Jadinya, la ni langkah pertama nak kena tengok balik aku dok makan apa tiap-tiap hari. Kena kurangkan karbo dan lebihkan protein & sayur+buah. Ke tak cukup bitamin? Atau cuaca panas sangat? Adoi!

Monday, September 19, 2011

Sawang

Dah lama tak merepek di sini sambil membuat orang lain jeles dengan pelbagai menu makanan hahahahahaha

Aku dah berada di bumi tercinta, dah mula bekerja walaupun masih belum rezeki untuk menamatkan pengajian. Dah lebih tempoh maksimum pun masih lagi merangkak-rangkak. Belum rezeki! Balik sini mujur opis di ulu, aman jugak hidup tak perlu berjumpa sesapa yang tidak diingini. It's hard. Bukan mudah memahami hikmah dalam ujian kehidupan.

Heh, cerita pasal makan lagi best kan? Jadinya, bila nak mula masak-memasak lagi? La.... kalau semua sibuk masak sapa pulak nak memajukan industri gerai dan kedai makan kita kan. Malas sungguh nak masak, tapi terasa sangat tak berbaloi membayar harga makanan dengan kualiti yang diterima. Malay dilemma betul! Tapi bulan posa hari tu puas hati la, makan murtabak home made masa buka posa ramai-ramai adik-beradik aku. Well, tukang menebar dah ada kan, dah tentula kena ada murtabak hehehehhehe Masa raya pulak banyak la pak tam dapat kontrak katering, jadi selaku pembantu dapur kontrak, kenyangla aku makan nasi minyak.

Kotak-kotak barang masih menumpang di setor, belum sampai ke Changlun lagi. Rumah aku pun belum diduduki, Insyaallah minggu ni boleh la masuk kot. Agak ngeri jugak la kan, 6 tahun rumah tu kosong tak pernah diduduki. Harus aku berjaga malam mengaji surah al Baqarah nanti. Dapur di rumah pun takdak, berdapur di kedai saja la nanti. Kabinet dapur pun belum dibuat, masih dalam pencarian kontraktor yang sesuai. Masak belum tentu yang penting dapoq musti la lengkap dengan segala mesin dan gajet, bersusun kat atas para tu, kan kan kan? hahahahahhahaha

Monday, June 06, 2011

Blog tentang makan

Satu ketika dulu aku penah dapat resepi kek coklat yang sangat sedap daripada kawan aku. Malangnya masa tu blog tak dak lagi, jadi resepi tu ditulis atas kertas saja. Terlupa pulak nak menulis kat tempat lain masa tu. Lepas beberapa lama, kertas resepi tu hilang ntah ke mana. Aku tanya kawan aku yang bagi resepi tu pun kata dia dah lupa resepi tu.

Dok cari kat internet kot-kot ada yang punya resepi tu, sampai la tak jumpa walaupun memang sangat banyak resepi kek coklat yang boleh didapati, 1001 macam resepi kek coklat. Rugi kan? Aku cuma ingat sebahagian bahan-bahan, tapi sukatan yang tepat memang tak ingat.

Itulah sebab utama aku letak resepi kat sini, kalau lah satu hari ni buku resepi yang aku dok salin tu hilang, senang nak rujuk kat sini. Dan kalau pi mana-mana tak payah la mengangkut buku resepi kan? (dengan syarat ada access internet la hehehehe)

Sambil tu boleh la jadikan rujukan orang lain jugak, terutama kalau nak cari ilham nak makan. Kebanyakan yang sampai ke sini melalui search pun biasanya yang mencari resepi, la ni kek velvet la yang sangat popular. Tapi kan, sebenarnya kek tu tak la sedap mana pun, cuma sedap krim dia la kot.

Adapun bagi sesiapa yang rasa aku ni asik-asik tunjuk makanan, aku nak maklumkan awal-awal bahawa aku ni biasanya makan sehari dalam 3-4 kali jugak kecuali bulan posa. Jadi, kalau nak dikira, posting berkaitan makanan hanyalah sedikit catatan saja berbanding yang sebenarnya. Hangpa yang hanya makan sebulan sekali atau dua kali saja tak akan paham.

Monday, May 23, 2011

Tat buah...masam!


Selongkar freezer, jumpa puff pastry ready made yang ntah dah berapa lama dibeli. Rasanya tahun lepas, sebab masa buat pai ayam masa krismas hari tu aku guna yang ni la. Pastri dah ada, gelek-gelek saja kasi nipis. Tapi sebab dah lama, tepung tu dah macam keras jadi bila digelek dia pecah-pecah. Takpa la, bukan nak buat masuk pertandingan Masterchef pun kan? Potong sikit-sikit kasi bentuk cam bakul dan bakar.

Bila sejuk taruk double krim dan buah. Arghhh! Masam gila buah ni, buah pun beli frozen summer fruits. Tak kelapaq nak beli dah, baik la beli stroberi dengan peach saja. Yang masam tu sebab ada red currants & blackcurrants (buah ayaq ribena). Nak bagi ilang masam kena la taburkan gula aising kat atas buah tu, sapu jem pun tak jalan!




Saturday, May 21, 2011

Resepi: Kek Coklat Lembab



Resepi ni daripada Internet, sweet^bee IGNet dan ubahsuaian sendiri. Terpaksalah pandai-pandai sendiri mengikut kesesuaian bahan yang ada. Kek ni dikukus, jadi memang sangat lembab, tapi makan banyak jadi muak pulak. Silalah tengok tekstur kek dari dekat hehehehehe


Bahan-bahan: (dulang pembakar 8 inci, kalau tak mau tebal sangat guna la 9, tapi pengukus aku muat 8 inci saja)

1 cawan gula
1 cawan susu segar
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara-cara
1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam atau sampai masak dalam kukusan yang telah dipanaskan.
7. Angkat dan sejukkan.


Coklat Topping
1 cawan susu pekat
60 gm butter
50 gm serbuk koko

1. Kacau secara double boiler sehinga larut dan sejukkan sekejap.
2. Tuangkan atas kek. Bolehla hiasa kek sesuka hati.

Tuesday, May 17, 2011

Resepi: Caponata (Terung goreng tomato, seleri, capers dan buah zaitun)

Hidangan Mediteranean dari Sicily, Itali. Rasa macam boleh masuk la makan caponata ni sebab kita pun biasa makan terung kan. Cuma ada la beberapa bahan yang rasanya susah nak dapat kat Melesia. Sekali sekala ada offer terung murah kat Lidl aku pun beli la. Kadang-kadang masak sambal, pernah jugak goreng celup teloq dan makan cicah sambal belacan. Ah, dalca dan pajeri terung jangan dilupa pulak. Rupanya depa kat mediteranean ni lebih pelbagai masakan terung, sayur utama la kiranya. Caponata ni kira makanan sihat, sebab banyak sayoq. Kalau makan dengan nasi pun boleh, nak makan ngan ikan saja tanpa nasi pun boleh.

Aku pernah masak caponata ni dulu, tapi resepi yang aku masak tu ambik dalam sotkabaq saja. Kali ni cuba resepi Rick Stein pulak daripada buku dia Mediterranean Escape. Aku tak ikut sangat sebenarnya resepi dari segi ketepatan berat bahan, dan ada bahan yang ditambah ikut keperluan macam serbuk cili. Rasa hidup tak sempurna tanpa cili hahahahaha!

Tapi kalau ikut kata Nigel Slater, resipi ni sekadar panduan, terpulang la pada kita nak mengolah pun boleh. Sebab tu la satu masakan boleh ada pelbagai versi kan? Tapi kalau nak buat kek, eloklah ikut sukatan dulu, lepas tu baru tukaq mana-mana yang patut. Sebab kita ka kena paham apa fungsi setiap bahan dan kesannya kalau kita tukaq ikut suka hati. Wah! Aku rasa macam salah bidang pulak. Macam kena buat PhD dalam food engineering ni hahahahaha!





sebiji terung-(aku agak dalam 250g kot sebab agak besaq saiznya) potong dadu
1 labu bawang besar di hiris - nak dadu pun boleh tapi kecik-kecik la
2 batang seleri-potong dlm 1cm
4 biji tomato-dicincang (atau boleh guna tomato dalam tin)
1-2 cmb cuka
1 cmb gula
1 cmt capers- rendam dan basuh (capers ni sejenis tumbuhan mediteranean, biji-biji dan selalu dimasak dgn hidangan melibatkan ikan)
segenggam buah zaitun (aku suka buah zaitun jadi letak banyak, boleh kurangkan kalau tak suka) - dipotong suku memanjang
garam dan lada hitam
minyak zaitun - dalam 100ml tapi boleh tambah kalau perlu
chili flakes-aku memandai saja tambah


1. Terung tu potong lebih kurang 1.5cm. Gaul dengan garam, pastu letak dalam penapis sebab nak keringkan.
2. Panaskan separuh minyak, goreng terung sampai lembut (lembut tau bukan lembik). Angkat dan asingkan. Masa goreng terung ni kadang-kadang nampak kering jadi tambah la sikit lagi.
3. Tuangkan baki minyak tadi, goreng bawang lebih kurang 10 minit sampai lembut dan hampir garing (warna cekelat). Masukkan seleri, goreng lagi lebih kurang 5 minit.
4. Tuangkan cuka, masak lagi sampai macam dah mendidih gitu. Masukkan tomato, gula, garam, lada hitam dan cili flakes. Tu dia! Tak cukup lada, masuk cabai lagi.
5. Kacau, tutup kuali dan merenih dalam 20 minit, sebab nak lembutkan seleri tu.
6. Masukkan capers, buah zaitun dan terung. Kacau rata dan sesuaikan rasa supaya tiada yang terkurang mahupun terlebih.
7. Boleh dihidangkan panas dengan nasi, atau macam aku makan tu dengan ikan panggang. Kalau sejuk boleh jadi antipasti.

ini adalah rupa capers tu, gambar kucilok dari sini


Friday, April 22, 2011

Tentang makan

Aku, kalau makan nasi biasanya akan makan sayur dulu. Lepas tu nasi dengan kuah, yang terakhir baru makan lauk daging atau ikan. Orang lain macam tu jugak ka? Aku pun tak tau pasai pa. Ada masanya tabiat ni menyebabkan kekeliruan kepada orang lain.

Ada sekali tu makan nasi lauk apa ntah tapi ada telur masin la. Aku punya tabiat makan telur masin pulak ialah makan yang putih dulu, hancurkan dan gaul dengan nasi atau campurkan dengan kuah. Kuning telur kan biasanya tak berapa masin, jadi aku biasa ratah lepas abih nasi. Kakak aku ni, makan sekali masa tu. Terus dia ambik telur kuning tu. "Adik tak makan ka? Kak ambik la." Terus masuk mulut pulak tu. OK, walaupun bengang masa tu, malas nak layan. Telur masin saja pun.

Hari lain, aku dan member serumah beli nasi goreng kat pasar malam. Ala, nasi goreng kawah tu la. Dalam tu ada la sikit sayur campur, kek ikan dan udang. Nasi dimakan, tapi kek ikan dan udang diasingkan. Ni macam pergerakan tangan secara otomatik, di luar kawalan aku huhuhuhuhu...

Tiba-tiba kawan aku hulur tangan ambik udang. "Ko tak makan kan? Aku amik ye." Terkebil-kebil sekejap aku macam blurr. "Eh, aku makan la. Apesal tak makan pulak." OK, dia letak balik. "Hihihihihi..Ingat kan tak makan sebab letak tepi."

Lepas tu sorang lagi kawan aku menyampuk, "Dia memang makan macam tu la. Tu la sapa suh asing-asingkan lauk lagi. Kan orang dah ingat tak makan. " Erk! Pelik sangat ke? Sebenarnya tak sedar pun. Dan aku pun tak tau tabiat bermula sejak bila. Kalau letak banyak-banyak lauk pun, aku akan tetap makan asing-asing. Kalau letak banyak-banyak lauk dalam pinggan pun, tetap akan makan satu persatu. Jadinya, kalau ada nasi goreng ayam atau lauk-lauk, aku habiskan nasi dulu. Lauk makan kemudian. La ni kalau tak hilang kesedaran aku memang cuba elakkan tabiat save the best for last ni. Rugi. Takpun aku makan lauk dulu baru makan nasi huhuhuhuhu...

Kalau makan beger, biasanya makan salad dulu dengan jeruk timun. Lepas tu roti. Lepas tu baru dagingnya. La ni dah boleh makan sekali, tapi ada masa tak sengaja juga dimakan asing-asing.


Anak menakan aku pulak, setiap kali makan cuma akan makan satu lauk. Jadi kalau senduk nasi tu dia sendukkan sikit-sikit saja. Kalau ada ayam goreng, tomyam dan ikan goreng maknanya dia akan makan 3 kali. Round 1, nasi dengan ayam goreng. Dah abih tu tambah nasi lagi, makan ngan tomyam pulak. Pastu tambah lagi, nasi dengan ikan goreng pulak.

Errrr....it doesn't run in the family, does it?