Free Delivery on all Books at the Book Depository

Sunday, August 31, 2008

Sambut bersambut

Untuk yang berada di Malaysia, selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Tanah Melayu. Rutin tiap-tiap tahun, mesti akan ditunjukkan dengan bangga betapa orang terdahulu telah berjuang mempertahankan negara daripada penjajah. Tapi yang selalu kita lupa, kalau takdak penjajah pun belum tentu kita aman. Sesama sendiri pun pun boleh gaduh, gila kuasa semuanya. Psiko semuanya.

Sekarang ni pun, ada ke mana-mana negara paksa kita ikut dan patuh pada budaya dia, tapi kita cedok jugak dengan sukarela dan senang hatinya budaya orang lain. Yang heran tu, yang baik-baik tak mau dicedok, yang tak elok jugak nak diikut. Jadi, adakah kita sebenarnya dah merdeka? Sendiri mau ingat la..

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sampai ketika aku menaip ni, belum dapat berita tarikh nak mula puasa di Glasgow. Walaupun katanya Masjid di London dah isytihar puasa bermula Isnin, kami di wilayah autonomi Glasgow akan tetap mengikut keputusan masjid setempat walaupun ada kebarangkalian kami akan berpuasa lewat sehari macam tahun-tahun lepas.

Tahun ni insyaallah dapat buka puasa dengan lebih proper. Tak macam tahun lepas, buka dengan melanggah segelas air kosong sambil pegang buffer. Lepas tu, baham Snickers tak ingat punya. Tapi masih tak pasti dapat join tarawih berjemaah ke tak, isyak lewat jugak ni. Risau jugak aku nak balik lewat-lewat malam ni.

Semoga kita sama-sama mengambil kesempatan menambahkan apa-apa yang masih tercicir dalam kehidupan pada Ramadhan kali ini, gunakan hari-hari yang ada sebaik mungkin. Kerana belum pasti kita akan bayar fitrah pada tahun ni, dan kalau berkesempatan membayar fitrah tahun ni, belum tentu lagi kita akan bertemu Ramadhan selepasnya.

Ramadhan Mubarak!

Saturday, August 30, 2008

Lapisan perak di balik awan mendung


Hari Khamis ada temujanji klinik diabetes. Kira aku ni dah sebelah kaki la melangkah ke kelab orang yang manis-manis belaka ni. Mula-mula kena buat pemeriksaan kaki. Pedorthist (erkk pakar kaki?) tu sangat peramah. Sambil dok periksa nadi saraf dia sembang-sembang banyak jugak la. Bagitau kenapa aku kena amik pemeriksaan tu. Setahun sekali aku akan jumpa dia. Alhamdulillah nadi, aliran darah dan segala saraf kat kaki berfungsi normal. LOW RISK.

Lepas tu jumpa pakar pemakanan pulak. Sembang-sembang pasal menu makanan seharian. Setakat aku dah kurangkan makan nasi, roti pun dah makan wholemeal, lepas tu sayur dan buah pun aku pastikan 5 bahagian sehari. Senang je, aku amik buah 3 bahagian, sayur 2 bahagian. Pagi biasanya bubur oat, campur kismis dan buah sebiji. Dalam kul 11 makan buah lagi, tengah hari buah lagi. Petang pun buah, malam aku buat proper meal. Ada hari-hari tak makan nasi tu rasa macam nak menangis saja..harusler..meratah sayur ataupun salad ja kan..tapi tahan saja la. Yang penting kena turunkan balik paras gula. Cuma rasanya aku takleh nak tukar minum semi-skimmed atau skimmed milk, jadi aku nak kekalkan je whole milk. Terasa macam minum air sejuk dari gelas bekas susu je..warna ada tapi lemak berkrim susu dah takdak.

Pastu jumpa balik misi hari tu. Setakat ni, aku masih dalam peringkat kawalan melalui pemakanan lagi. Belum sampai tahap kena amik ubat.Urine test pun clear hari ni. Harus ler, kawal makan bagai nak rak kan. Kolesterol pun 5.8, kalau orang biasa tu kira normal. Tapi sebab aku kategori luar biasa, target limit tu diturunkan kepada 5.0. Adeh! Satu kerja lagik.

Yang bessnya, aku dapat glucometer free hehhehe. Kira ada la jugak rahmat sekalian alam tu. Kalau kat mesia rasanya rega dia mahal jugak. Yang ni aku dapat, tapi lepas habis lancet dan strip yang dia bagi tu, kena amik melalui prescription la. Bayar la nampaknya. Terus ler mengetest untuk kali pertamanya. Wahhhhhh..udah turun ke 6.4, target aku kena kekalkan <7.0. Boleh tahan la jugak keberkesanan kawalan makan selama seminggu lebih ni.

Tapi lagi 3 bulan kena buat pemeriksaan lagi. Maklumler pra-ahli kelab. Kiranya masalah pemakanan aku dah ok, tapi misi tu kata aku tetap dikira berisiko tinggi sebab genetik. Adoi! Yang tu tak dapek la den nak nolong. Tapi misi tu cakap, kalau aku on medication aku dapat lancet ngan strip tu. Kiranya ada jugaklah rahmat disebalik bala kata misi tu huhuhuhu

Tuesday, August 26, 2008

Randy Pausch's Last Lecture

Randy Pausch ni Professor di Carnegie Mellon Uni. Dia dah meninggal sebulan lepas.


Monday, August 25, 2008

(Juara+Juara+Juara)^2

Gambar disalin tampal dari laman web hijaukuning.com

Tahniah untuk pasukan Kedah. Dabel treble eh depa kata. Tahun lepas menang tiga, tahun ni pun menang tiga jugak. Jugak tahniah kepada penyokong-penyokong yang setia bersama jatuh bangun pasukan Kedah. Aku dah lama tak ikut perkembangan bola sepak di Malaysia. Errr..sebenarnya perkembangan bola kat mana-mana pun aku tak ikut sangat pun huhuhuhu

Aku memang bukan penyokong setia. Dulu-dulu ada gak la amik tau, sebab abang ipar selalu pi tengok kalau ada perlawanan yang melibatkan Kedah. Fanatik tu tak la sangat. Tapi adik abang ipar aku penah ler cat keta dia sebelah hijau, sebelah kuning. Muka dia aku tak pasti dia cat ke tak masa pi tengok perlawanan tu. Tapi yang best tu, masa aku kat sekolah dulu bila balik dari kampung lepas habis cuti sekolah. Kebetulan masa tu Kedah menang Piala Malaysia, aku lalu kat mana ntah, tiba-tiba dengar bunyi sora orang nyanyi lagu Hijau Kuning. Ingatkan sapa. Budak-budak tingkatan aku. Rupanya depa nyanyi untuk aku. Bangga siot! Pe lagik, siap senyum sambil buat lambaian juara la aku pun hahhahah

Friday, August 22, 2008

Edinburgh Festival

Hari ni aku, Khairyn, Mimi dan Sue melangkah dengan penuh semangat ke Malaysian Pavilion di Edinburgh (sebutan 'edinb(e)re) Festival. Yang semangatnya sebab dah tentu ada Malaysian Kitchen. Harapan tu besar gak le. Ingatkan ada pesta promosi makanan mesia. Jadi aku dok target nak makan nasi kerabu, atau patin masak tempoyak ke huhuhuhu. Esok hari terakhir, sampai 2 petang je. Kami bajet kalau ada macam banyak makanan mesti la kita perlukan masa yang lama lepak kat situ, sebab dah banyak makanan yang diidamkan. Tu yang semangat pi jugak hari ni sebab ada sampai jam 7 petang.


Kedudukan agak tersorok. Jauh daripada pusat bandar. Mudah untuk yang berkereta sebab ada tempat parkir, tapi seksa ler bagi yang menapak. Dari stesen ketapi nak menapak ke Holyrood tu mau setengah jam jugak.

Khairyn dan Sue, macam biasa ler menggunakan tiket bekas kuli bidang persuratkhabaran untuk menabur janji-janji manis. Temuramah bagai, nak promosi katanya. Dan kami jugak tak lupa mengisi borang peraduan yang menjanjikan hadiah percutian ke Malaysia. Harap-harap menang ler. Boleh la jimat sikit tambang balik nanti.

Makan time! Sangat kecewa la jugak. Pilihan tak banyak sangat. Char kuey tiaw, sate, roti canai dengan kari dan air kelapa muda. Ada jugak minuman panas. Kiranya hancur ler anganku nak makan nasi kerabu dan patin masak tempoyak huhuhuhu. Bersemangat makan sate, kuey tiaw dan air kelapa. Siap dapat rasa teh tarik lagik.


Sate itu sepaun secucuk, tapi kuahnya sedap . Teringat pulak nak makan sate kajang. Oh, dan kuku berwarna seperti jari kesepitan itu adalah fesyen gothic muslimah terkini!


Test main wau. Dah lama sangat tak main. Tapi pegang sat saja la..

Puas ati adik ni. Lepas tengok dayak, dapat makan char kuey tiaw.

Harap-harap menang la percutian ke mesia tu ....

Lepas dah setel semuanya, ke Edinburgh Castle untuk ke sekian kalinya. Aku ngan Khairyn je masuk. Mimi ngan Sue gi jenjalan. Seminggu festival ni orang ramai ler..banyak jugak pertunjukan jalanan. Yang paling menarik adalah Edinburgh Tatoo yang dibuat kat depan Edinburgh Castle. Sebenarnya berhajat jugak nak tonton Edinburgh Tatoo ni, tapi tu la, tiketnya dah sold out sejak bulan 12 tahun lepas. Kiranya untuk pertunjukan tahun depan, kena beli bulan 12 nanti la. Kalau idak, kempunan ler aku ngan Khairyn nak tengok tatoo ni.


Wednesday, August 20, 2008

Fennel head

Hari ni kali pertama aku merasa fennel head (atau fennel bulb). Nak terjemah ke bahasa melayu pun tak tau. Kepala/tongkol/ubi jintan manis? Aku tengok mula-mula dok terbayang rasanya macam bawang. Agaknya sebab pengaruh rupa dia macam bawang. Tapi sebenarnya takde pun, sangat rangup, takde rasa. Tapi ada bau jintan manis la. Jadi, aku buat salad je campur ngan timun.


Dah lama teringin nak makan ikan, hari-hari makan ayam pun rasa jemu. Tu yang tadi gi kedai ikan, angkat salmon sekor..harusle tahan sebulan ikan tu. Jadi, menu hari ni adalah ubi ketela (keledek-ketela ni bahasa kampung aku) lenyek(ke lecek?), ikan salmon panggang dan salad fennel head campur timun.

Tuesday, August 19, 2008

RM50 je wehhh


Aku masukkan sikit update program Feed the Fasting ni, yang drbubbles pos kat kotak komen.




Next weekend we are starting to distribute the food packs in sg choh (kg
koskan) and perkampungan orang asli kg bukit mancung,bukit beruntung.


6-7 sept kami akan distribute pula di chemor and bukit gantang.


Kalau kat mesia RM50 mungkin kecik bagi kita, la ni pulak berapa ramai orang dok cakap rendahnya nilai RM50, sekali gi pasar dah boleh habis. Tambah-tambah kalau gi pasar ramadhan. Mau sekali gi dah habis. Nak buka puasa kat hotel lagi la, terus tak cukup. Tapi di sekeliling kita akan ada yang akan menghargai nilai RM50 untuk memenuhi keperluan kehidupan.


Untuk yang ada kat UK ni, kadarnya lebih kurang £7.70 (rate £1 = RM6.50). Tak banyak mana pun kan. Bayangkan situasi biasa masa nak berbuka, kita tak tau nak makan apa sebab tak tau nak pilih yang mana, derang lak tak tau nak makan apa sebab takde apa. Tolak ketepi la yang mengidam air tebu la, kuih tako la, itu ini.


Antara yang teringin nak makan dan yang perlu makan untuk meneruskan kehidupan. Aku rasa kebanyakan kita tak penah la lagi tak dapat makan sebab memang tak mampu nak beli makanan (tolak ketepi la yang elaun tak masuk lagi tu).


Sapa-sapa yang nak menyumbang, boleh salurkan terus kepada Islamic Relief Malaysia. No akaun boleh didapati daripada laman web IRM.

Khairyn dan aku bercadang nak organise kiriman sumbangan, kalau ada yang berminat boleh kami tolong uruskan. Boleh jimatkan kos. Kadarnya £10. Kenapa lebih pulak? Sebab nak mengirim duit tu bukan pakai angin, ada kos pengirimannya ke Malaysia. Oh, perlu dijelaskan perkhidmatan kami adalah percuma. Tiada sebarang caj dikenakan. Dan aku bukan memungut deposit untuk skim cepat kaya. Oh, kalau agak-agak takut kami guna duit tu buat tambang balik, jangan bagi ler..boleh buat sendiri. Dan kalau sesapa yang agak-agak nak bagi cek plastik yang besar bagak tu, kami bukanlah orang yang sesuai kerana takde sapa nak amik gambar masuk berita pun.