Free Delivery on all Books at the Book Depository

Sunday, March 04, 2012

Resepi: Sotong Goreng Tepung


Ni salah satu makanan kegemaran yang masih belum boleh dikorbankan demi kesihatan huhuhuhuhu.. sotong goreng tepung ada dua, satu lagi yang depa buat macam cucoq sotong. Aku tak suka yang tu. Kalau cucoq ikan takpa.

Bahan-bahan
Sotong segar - lebih segar lebih baik. Sotong dipotong gegelang.
Tepung gandum
Oat
Telur - dipukul. telur ni nak melekatkan tepung kat sotong tu.

1. Tepung gandum dan oat digaul rata.
2. Sotong dicelup (dicicah ke apa?) dalam telur dan digolek-golek dengan campuran tepung dan oat.
3. Goreng dalam minyak panas. Bagi dia masak dan tepung dah keras sikit baru balik-balikkan sotong. Hati-hati semasa menggoreng sebab akan mungkin akan berlaku letupan minyak panas.
4. Goreng sampai garing. Angkat, tos dan hidangkan. Sedap diratah, dicicah dengan sos cili, aku tak letak garam sebab nanti nak cicah sos pulak.

Boleh juga kalau cuma nak golekkan sotong tu dengan tepung saja dan terus goreng, tapi nanti minyak penuh tepung la dan sotong tak bersalut sangat. Kalau celup telur dulu, tepung tu melekat elok saja.

Tuesday, February 14, 2012

Jeng jeng jeng.....


Dapur dah siap. Yeay! Tapi salur gas tak beli lagi sebab tak dan nak pi cari yang panjang 3.5 m. Yang biasa ada kat kedai 2.5 m saja. Lebih panjang sebab tong gas tak letak bawah dapur, sebaliknya letak kat hujung kabinet. Ruang tak sesuai, maklumla nak letak rak pinggan mangkuk kat bawah tu. Mujur ada dapur letrik, jadi ada jugakla masak-memasak. Lepas tu oven pun ada, boleh la bakar-membakar dan panggang-memanggang. Lauk-pauk dan sayur-mayur saja la. Kuih-muih tak try apa lagi pun. Jadi buat masa ni tak ada lagi la paparan resepi. Insya Allah pada masa yang sesuai untuk memulakan aktiviti, boleh la letak. Setakat ni dok makan ikan/ayam bakaq, sayoq kukuih, nasi goreng dan megi. Takkan yang tu pun nak kena bagi resepi kan? Ekekekeke....

Saturday, December 10, 2011

Kita yang memandang terasa berat....


Ni adalah gambaq 2 orang anak pasangan sahabat yang mengidap Cerebral Palsy. Sahabat aku la ni sedang berusaha mengumpulkan dana RM500,000.00 untuk mendapatkan rawatan di China, lepas tu nak sekolahkan anak-anak di UK. Rawatan di China adalah lebih murah di Malaysia kalau dibandingkan dengan tahap intensifnya dan untuk jangka panjang. Kalau berdasarkan kes sebelum ni, masa minimum diperlukan adalah lebih kurang 6 bulan.

Sekolah pulak, tentulah nak cari sekolah dan guru-guru yang terlatih. Pendidikan khas pulak lebih kepada bisu dan pekak. Tengok saja infrastruktur kita, tak mesra dengan golongan ni. Kita expect depa ni duk rumah saja, jangan keluaq pi mana-mana. Tak payah belajar. Hidup dengan bantuan orang sepanjang hayat. Pemikiran kita belum mencapai tahap pemikiran negara maju.

Sahabat aku nak anak-anak depa ni boleh berdikari untuk buat aktiviti fizikal. Walaupun CP belum ada penyembuhan sepenuhnya, depa tetap akan berusaha kerana selain mati dan tua setiap penyakit pasti akan ada ubatnya. Hanya sebab orang belum jumpa penawar, takkan nak berputus asa kan.

Bantulah sahabat aku dalam perjuangan depa. Depa dah lepaskan apa yang boleh dilepaskan. Yang boleh dijual sudah dijual, tapi masih belum cukup. RM500,000.00 untuk rakyat marhaen bukan jumlah yang kecik. Tapi kalau rakyat marhaen yang ada pakat menyumbang seringgit dua, tak ada yang mustahil.

Janji Allah, sesiapa yang mempermudahkan urusan orang lain, InsyaAllah akan dipermudahkan urusannya nanti.

Hope 2 Walk dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak) dan Mitochondrial Disease.

Dana ini bertujuan untuk membawa Annisa dan An-Nur ke Erkang Hospital di Beijing, China bagi menjalani rawatan, latihan fisioterapi dan program pemulihan yang intensif. Untuk info lanjut sila layari http://www.hfind.net/

Selepas itu Annisa dan An-Nur akan meneruskan program rawatan dan persekolahan khas Cerebral Palsy di United Kingdom.
Sila layari http://www.scope.org.uk/
http://www.b-i-r-d.org.uk/

Jumlah Sasaran: RM 500,000
Tarikh Sasaran: februari 2012
sesiapa yang ingin menyumbang ke tabung harapan Annisa dan An-Nur boleh berbuat demikian ke akaun:

MohdAffandi bin Ramli (bapa)
Account number : 1561 1400 1424

Bank Islam
Cik Annisa binti Mohd Affandi
account number : 14 229 02 001975 2

Standard Chartered
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin (ibu)
Account number : 39 9194 992754

FB Page dan blog ini dikendalikan oleh sukarelawan dan segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada ibubapa An-Nur & Annisa.

sebarang pertanyaan sila hubungi :-

FAIZAL RIDUAN - 012 212 4414 (aktivis dan penulis majalah milenia)
NASHITA MD NOOR - 013 209 6373 (aktivis sosial)
ZUMRAH HUSNI - 013-2031355 (aktivis sosial)


Saturday, December 03, 2011

Realiti hidup

Aku selalu berangan kalau boleh nak ambik tau dan fokus pada satu hal saja. Yang lain bagi la orang lain buat. Kalau aku fokus pada bidang aku, yang lain aku serahkan kepada yang empunya pakar dalam bidang masing-masing.

Boleh dak aku nak buat kerja aku tanpa memikirkan pasal pengurusan duit dan ekonomi, pasal hal-hal agama, pasal sosial. Kira serahkan saja pada mereka. Lagipun bukannya depa-depa ni nak ambik tau pasal bidang aku. Berapa orang ustaz dan ada inisiatif belajar kejuruteraan berbanding orang dalam kejuruteraan yang belajar hal-hal agama? Boleh ka aku nak percaya yang ustaz ustazah ni kalau bagi ceramah atau nak tulis depa ni buat kajian terperinci sebelum menulis? Ada orang ekonomi belajar pasal rekabentuk? Boleh ka nak harap ahli politik membantu rakyat dalam kesusahan?

Malangnya, aku tak boleh nak percaya agamawan yang kata halloween dengan sambutan valentine dan pergaulan bebas adalah agenda agenda kristian dan yahudi nak merosakkan umat Islam. Atau krismas adalah hari kelahiran al Masih. Aku takleh nak terima orang yang kata George Soros adalah punca keruntuhan ekonomi, dia dengki dengan Malaysia sebagai negara yang ekonominya maju. Atau tokoh berceramah pong pang pong pang kata yahudi cuba menjatuhkan ekonomi Islam dengan penciptaan wang kertas.

Atau seorang menteri yang kata dia tak terlibat dalam urusan pemberian projek kepada ahli keluarganya, dan ahli keluarganya layak mendapat projek kerajaan yang menggunakan wang rakyat. Nak masuk peraduan pun tak layak kalau ada ahli keluarga dalam organisasi penganjur, ni kan pulak ahli keluarga menteri.

Damn! Aku kena ambik tau jugak ka semua ni?

Friday, November 25, 2011

Bercelaru

Hari tu aku nak buka akaun simpanan Air Asia kat CIMB. Saja la konon-konon, nak buat tabung melancong, duit terus simpan situ. Lepas siap buka akaun, pegawai tu tanya la aku penah ada akaun dak dengan CIMB. Aku pun dah lupa. Mula la buka cerita kan. Dulu ada akaun BCB Islamic, pastu bila depa buka Bank Mualamat, semua akaun BCB Islamic pindah ke sana. Sebelum daripada tu, penah jugak buka akaun BBMB zaman tok nadok dulu di Lumut. Yang BCB tu buka di Bangi.

Rupanya sistem dia masih ada rekod aku ada kad ATM, jadinya tak boleh nak buat kad lagi sebab kena batalkan kad lama. Dia tanya la aku buat ATM kat mana, kad warna apa. Aiyoh! Mana la aku nak ingat peristiwa silam tu. Rasanya hijau la kan. Aku rasa yang Bangi la kot, sebab masa buka kat Lumut tu aku belum sekolah lagi pun. Duit dalam tu pun agaknya dah masuk akaun wang tak dituntut kan... Kad takleh buat lagi, minggu depan katanya baru boleh buat. Sebab kena minta cawangan utama batalkan kad yang aku tak ingat buat kat mana tu. Tapi kena 2 kali jugakla berulang nak ambik kad, sebab lepas tu aku pi, kad dah batal tapi masih takleh buat yang baru. Sangat leceh!

Minggu lepas jugak aku kena telefon call centre muamalat sebab terlupa password online banking dia. Ya la, mana nak ingat, banyak sangat password dia. Dah tu kalau nak buat yang baru dia tak terima pulak yang sebelum ni kita penah guna. Tak beruban kepala nak memikirkan password yang ada huruf besar, ada simbol, ada nombor bagai? Lagi buat yang baru, lagi la lupa. Tulis pun terlupa nak update hahahahaha!

Tu belum kira aku sangkut dengan maybank2u bulan lepas sebab salah jawab security questionnya. Ketiga-tiga salah. Adoila! Kena telefon jugak la call centre hahahaha! Hangpa boleh ingatka semua password online banking dengan credit/debit card?

Hah, dulu penah jugak masa nak minta TAC kat Maybank. Sebab kalau kat obersi nak minta TAC kena telefon kan. Ada la soalan keselamatan yang kena jawab. Dia tanya nombor akaun, nombor kad pengenalan ok lagi. Sekali dia tanya nombor telefon, salah jawab daaaa... Aku tak ingat nombor telefon yang aku pernah bagi kat bank. Dia tanya alamat pun salah jawab hahahahaha! Sebabnya aku tak ingat alamat dan nombor telefon dalam rekod bank tu yang mana. Ya la, bukak akaun tahun 1995 lagi tau. Biasalah, orang banyak rumah memang macam tu. Sampai budak tu cakap, "Puan, saya rasa elok Puan letak telefon dulu dan ingatkan balik maklumat yang saya tanya tadi. Saya bagi 7 soalan, Puan patut kena jawab dengan betul sekurang-kurangnya 4 soalan. Tapi Puan tak boleh jawab banyak ni." Hahahahaha! Sadis betul! Sudahnya kena merayu sebab aku dah malas nak telefon lagi, aku cakap la ada 2 alamat tak pasti alamat mana. Nombor telefon pun banyak. Kena sebut satu persatu. Nak pingsan dibuatnya.

Tu la, soalan-soalan keselamatan dengan password unik bagai ni, elok jugak la. Tapi bila dah lupa tahap gaban, dah menyusahkan la pulak. Boleh pingsan huhuhuhu

Monday, October 03, 2011

Tidur


Penyakit gak ni. Tak cukup pun susah, terlebih pun susah jugak. Tapi aku selalunya terlebih la, jarang sangat tak cukup tidoq ni. Kalau semalam tak tidoq esoknya seharian kena qadha.

Dulu-dulu masa degree ada la jugak, last minute punya kes. Laporan makmal dan tugasan cuma buat pada masa-masa kecemasan yang akhirnya menyebabkan aku tak tidoq semalaman. Lepas subuh print, pagi terus submit. Masuk makmal, lepas makmal pi kelas lepas tu balik terus tidoq qadha sampai petang. Memang betullah malam itu dijadikan untuk kita berehat, sebab tu kalau tak tidoq malam sesi qadhanya akan jadi sangat melampau. Dan kesudahannya otak pun mereng sikit, kepala pun pening.

Aku, kalau dah mengantuk telan Kopiko, minum kopi ka nescafe memang tak jalan. Tengah duk mengulum Kopiko pun aku penah terlelap dalam kelas. Penyelesaiannya aku terpaksa pi toilet, tidoq atas para tempat letak beg. Masa tu budak tak ramai lagi kat uni aku macam la ni, toilet memang lengang. Set masa 15 minit pastu masuk la balik. Tak elok dan tak sopan kan tidoq depan lecture, tidoq dalam toilet takpa ekekekeke...

Masa baru-baru balik, 2 hari lepas sampai aku pi lapor diri. Pagi tu dah berpinau-pinau tahan ngantuk, malam takleh nak tidoq sebab masih jetlag. Selesai semua urusan, dalam kul 2 lebih aku pun balik. Mata terbuntang-buntang dok tahan ngantuk. Bawak keta agak melelong, nak berenti tidoq pun tak padan sebab dekat saja dan takdak R&R pun. Sampai satu tahap, aku terkejut sebab keta belakang hon. Rupanya dah terlelap sat dan keta dah melelong kiri kanan. Alhamdulillah takdak keta lain masa tu. Terus hilang ngantuk. Tapi tak lama lepas tu jadi balik, cuma memang aku buntangkan mata jugak la sampai rumah. Mujur dah dekat masa tu.

Ntah la, asyik mengantuk saja. Pemakanan tak kena kot. Nak kena revise, buat jadual balik agaknya. Tu pun kalau makanan yang jadi punca. Hari Sabtu lepas aku nak pi Sungai Petani, pun sama mengantuk jugak. Takut jadi apa-apa, aku berenti kat R&R Gurun, parking bawah pokok dan tidoq dalam 45 minit. Sadis betul! Tak kisah dah orang dok pandang ka apa ka. Kalau ada yang ambik gambaq aku pastu upload jenuh la nanti huhuhuhuhu...

Jadinya, la ni langkah pertama nak kena tengok balik aku dok makan apa tiap-tiap hari. Kena kurangkan karbo dan lebihkan protein & sayur+buah. Ke tak cukup bitamin? Atau cuaca panas sangat? Adoi!

Monday, September 19, 2011

Sawang

Dah lama tak merepek di sini sambil membuat orang lain jeles dengan pelbagai menu makanan hahahahahaha

Aku dah berada di bumi tercinta, dah mula bekerja walaupun masih belum rezeki untuk menamatkan pengajian. Dah lebih tempoh maksimum pun masih lagi merangkak-rangkak. Belum rezeki! Balik sini mujur opis di ulu, aman jugak hidup tak perlu berjumpa sesapa yang tidak diingini. It's hard. Bukan mudah memahami hikmah dalam ujian kehidupan.

Heh, cerita pasal makan lagi best kan? Jadinya, bila nak mula masak-memasak lagi? La.... kalau semua sibuk masak sapa pulak nak memajukan industri gerai dan kedai makan kita kan. Malas sungguh nak masak, tapi terasa sangat tak berbaloi membayar harga makanan dengan kualiti yang diterima. Malay dilemma betul! Tapi bulan posa hari tu puas hati la, makan murtabak home made masa buka posa ramai-ramai adik-beradik aku. Well, tukang menebar dah ada kan, dah tentula kena ada murtabak hehehehhehe Masa raya pulak banyak la pak tam dapat kontrak katering, jadi selaku pembantu dapur kontrak, kenyangla aku makan nasi minyak.

Kotak-kotak barang masih menumpang di setor, belum sampai ke Changlun lagi. Rumah aku pun belum diduduki, Insyaallah minggu ni boleh la masuk kot. Agak ngeri jugak la kan, 6 tahun rumah tu kosong tak pernah diduduki. Harus aku berjaga malam mengaji surah al Baqarah nanti. Dapur di rumah pun takdak, berdapur di kedai saja la nanti. Kabinet dapur pun belum dibuat, masih dalam pencarian kontraktor yang sesuai. Masak belum tentu yang penting dapoq musti la lengkap dengan segala mesin dan gajet, bersusun kat atas para tu, kan kan kan? hahahahahhahaha