Free Delivery on all Books at the Book Depository

Wednesday, November 19, 2008

Solidarity!



Ni gambar daripada acara tahun lepas, lebih kurang sebulan kot selepas percubaan nak meletupkan Lapangan Terbang Glasgow tu. Perhimpunan ni terpaksa diadakan untuk menenangkan masyarakat setempat pada masa tu. Seingat aku ada la orang tempatan yang melatah dengan percubaan pejuang keganasan ni. Ada imam masjid yang ditikam, lepas tu ada la insult dan harassment kepada penduduk Glasgow yang muslim. Aku pun ada jugak la terkena tempias, rasanya 3 kali kot. Budak-budak muda depa la over-over gitu. Yang aku kena takat diganggu kat jalanan saja la, takla sampai mencederakan.

Aku teringat balik perhimpunan ni lepas hadir ke sesi Palestinians Speak Out petang tadi. Tiga rakyat Palestin, semuanya pelajar melobi memohon bantuan untuk mendapatkan hak pendidikan bagi rakyat Palestin. Dengan cerita dan gambar, it was an eye-opening session. Macam-macam yang dibuat oleh Israel bagi memastikan proses ethnic cleansing ni berjalan lancar. Sekatan ekonomi dah dibuat. Sekarang ni pulak dibina tembok mengelilingi petempatan Palestin. Nak belajar pun tak boleh, nak ke kelas mengambil masa berjam-jam sebab perlu melalui check points. Ada yang terpaksa balik sebab tak boleh lalu. Semuanya kena lalui pemeriksaan keselamatan, ada yang terkorban di check point. Tenaga pengajar asing dihalau keluar. Semuanya bagi memastikan generasi akan datang Palestin tak tau apa-apa, dungu dan bodoh.

Kenapa hanya orang tertentu saja yang digelas terrorist? Tak paham kan. Aku rasa terrorist paling hebat tentu saja la Israel yang mengganas di bumi Palestin. Kenapa yang tu tak dikatakan pengganas pulak. Selalunya yang digelar terrorist tu adalah sebab menuntut keadilan atas ketidakadilan yang berlaku. Even IRA kat Ireland Utara tu pun sekadar menuntut kemerdekaan daripada penjajahan empayar British. Yang dijajah digelar pengganas, yang menjajah pulak dipandang mulia. Yang lain-lain macam yang menyebabkan peristiwa 9/11 tu pun pada aku tak terbukti pun. Kalau ada bukti dah tentu-tentu takdak Kem Guantamao kan.

Oh, sebut 9/11 ni teringat pulak citer lama. Masa 9/11 ni aku kat Warwick. Beberapa hari lepas tu aku dengan kengkawan pi la jalan-jalan ke Warwick Castle. Masa kat tepi jalan tu la, ada satu keta dengan bebudak mudanya meludah kat kami dan sebut nama Osama. Aku pun dah tak ingat sangat apa dia cakap. Osama tu pun aku tak kenai sangat masa tu. Dia lagi la tak kenai aku. Masa tu ntah sapa-sapa ja Osama ni, tak pasal-pasal abih semua orang diskandalkan dengan Osama. Tu la, depa ni cepat melatah jugak tambah-tambah lagi golongan yang dok ingat kita mai sini nak perabih duit benefit depa. Bangang! Dah la bodoh sombong pulak tu.

Aku tak tau sangat cerita politik tentang Palestin ni. Kurang pendedahan. Ye la duduk kat negara yang aman damai kan, buat apa nak ditakut-takutkan rakyat tentang keganasan di negara luar kan. Boleh la takat tengok berita luar negara tu Israel menembak mati rakyat Palestin, kem dibom, baling batu dibalas dengan tembakan.

Sedangkan jiran terdekat Palestin pun takleh buat apa. Ada yang bertanya, apa yang dibuat oleh jiran-jiran Palestin sama ada menghulurkan bantuan ataupun berdiam diri. Sorang panel tu menjawab yang satu kes yang dia tau cuba mendapatkan bantuan perubatan daripada kerajaan Mesir tapi ditolak. Negara Arab lain? Ah, tau-tau sendiri la kan. Lebih baik bermewah-mewah dengan hasil minyak daripada membantu jiran agaknya.

Banyak cerita yang dipaparkan dalam sesi tadi telah diolah dengan kreatifnya oleh Khairyn.

Ni lagu tangkap nangis feberet aku. Tadi pun masa dia tunjuk gambar-gambar tu aku dah sebak jugak. Nasib baik boleh mengawal perasaan.




ps: intro pop yeh yeh yang tak tahan tu..gelak kejap pastu terus syahdu huhuhu

Wednesday, November 12, 2008

Qurbani 2008


Daripada sibuk beraya posa la ni dah masuk bulan Zulqa'edah. La ni pun ramai dah pakat berbondong-bondong ke Makkah. Dah register haji? Kak aku kata hari tu kalau register tahun ni dapatla masuk senarai jemaah tahun 2020-an gitu. Kira wawasan 2020 la huhuhu

Yang pi haji tu haji la. Yang kita tak pi ni takkan nak dok saja masa 10 Zulhijjah nanti. Oh, aku tak buat sebarang open house raya haji nanti, sebabnya kat kampung aku takdak orang buat sesi rumah terbuka ni. Kalau nak pi tu pi saja la..agak-agak nak makan tu, makan ja la apa yang ada kan. Plan aku raya nanti mungkin ikut masjid kampung aku buat program korban. Tapi kalau ada yang tak mau buat kat masjid sendiri boleh gak bagi duit kat Islamic Relief tolong buatkan.

Ikut selera masing-masing la, ada orang rasa kat kawasan dia dah tak dak orang yang memerlukan, nak pi cari jauh-jauh tak dak masa. Maklumlah semuanya jadi orang penting negara, jadi kalau kes-kes macam ni sesuai la diserahkan kepada orang yang memang boleh menyampaikan korban tu. Harga semasa untuk korban setompok (kampung aku guna istilah ni) RM300.00 kalau kat mesia. Rasanya dah 2-3 tahun kan rega sama ja..erkk rega lembu tak terjejas ke dengan kenaikan rega barang lain ni huhuhuhuhu

Tuesday, November 11, 2008

Agar-agar Pelangi

Hari tu masak puding, kali ni masak agar-agar lak. Untuk jamuan Sue dapat Mastersnya Sabtu lepas. Kalau sorang-sorang nak makan memang tak kuasa la nak membuatnya, nanti seminggu tak abih. Nyemak dalam peti sejuk aku yang sedia kecik tu. Resepi diubahsuai dari sini, aku tambah serbuk koko untuk lapisan bawah sekali, pastu tabur chocolate rice kat atas tu, pasalnya konon tak nak nampak kosong dengan lapisan santan tu. Selamat menjamu mata!

Monday, November 03, 2008

Puding Pelangi

Aku buat puding ni untuk jamuan komuniti petang tadi. Resepinya diambil daripada Forum Cari bahagian masak-memasak tu. Ni kira percubaan kali ketiga. Kali pertama buat, lembik sangat. Pasalnya aku tak sukat pun air yang dimasak tu. Ingatkan satu mug tu 250 ml, rupanya satu mug tu 400 ml. Masa tu aku letak 5 mug, merasa la jadi cam kuah kastard gitu. Dah la masa tu cari serbuk agar-agar tak jumpa, aku kengkonon substitute la ngan serbuk jeli, lain sangat la jadinya. Kali kedua buat pulak aku cuba guna vegetarian gelatine, pekat sangat ler pulak. Jadi, yang ni la aku rasa elok sikit, siap sukat ayaq pakai cerek letrik tu, terlebih sikit la airnya sebab scale kat cerek tu kan besar je.

Puding Pelangi (aku pakai cawan, yang asal guna metrik, sukatan asal dalam kurungan)

Bahan-bahan
25 g serbuk agar-agar (26 g)
1350 ml air
2 cawan gula (450g)
8 biji telur
1 tin susu cair
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar serbuk koko - dibancuh dengan sedikit air panas
1/2 cawan merjerin (130g mentega)
1 camca teh esen vanila
pewarna merah dan kuning

Cara-caranya
1. Masak agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
2. Pukul telur sehingga kembang, masukkan susu dan tepung kastard. Kacau sebati. Aku mesin ngan blender je huhuhu. Tapis pun idak walaupun resepinya suh tapis dulu.
3. Satukan adunan telur dan agar-agar, masak dengan api perlahan. Jangan lupa kacau. Aku tak tunggu sampai mendidih sebab nampak dah pekat sangat.
4. Masukkan marjerin esen vanila. Kacau lagi sampai marjerin tu dah cair.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap satu dicampur dengan pewarna kuning, merah dan cairan koko. Jangan lupa dikacau rata.
6. Merengkan bekas sedikit dengan menyangga salah satu ujungnya dengan buku. Aku guna bekas porselin je, kalau ikut saranan resepi tu pakai loyang 9x9x3. Tuangkan satu cawan nasi (nasib baik kat umah ada 3 cawan) makan adunan warna coklat (aku rasa boleh letak mana-mana warna ) ke dalam bekas. Disusuli pula ngan satu cawan lagi adunan warna merah, lepas tu kuning. Tuang berselang-selang sampai ler semuanya abih.
7. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan biasa dan sejukkan puding. Aku dapat satu bekas porselin putih tu ngan dua bekas pyrex 4segi kecik tu, sebab aku pakai bekas sendiri je.

Thursday, October 30, 2008

Tentang masa

Kata Che Anon:

Years pass by with beloved ones in happiness,
As if days they were in their briefness,
Came days later of separation from beloved ones,
As if years for their length indeed they were,
Those tenants(of Time) pass away as did those years,
As if the years and the peoples but dream they were.




ps: Lamanya nak menunggu bulan doblas....

Tuesday, October 28, 2008

Warna-warna musim luruh 2008

Gambar-gambar sekitar Glasgow, musim luruh 2008

Jordanhill

Southbrae DriveSouthbrae Drive
Anniesland Road


University of Glasgow
St Vincent Terrace
Drumchapel
Drumchapel
Cathedral Precint
Scotstounhill

Collins Street
Queen Street

Wednesday, October 22, 2008

Flour Tortilla

Flour Tortilla (menunaikan permintaan Cin, aku amik resepi James Martin kot bbc good food ke hapa namanya)

Bahan-bahannya (dalam kurungan tu aku letak sukatan asal):
2 3/4 cawan tepung gandum (350g)
1/2 cawan cornmeal (100g)
2 sudu teh garam
4 sudu teh baking powder (macam banyak sangat, lenkali try buat 2 je)
2 sudu besar minyak zaitun
250 ml air suam, atau lebih kalau adunan keras sangat

Bahan-bahannya sedang mengambil tempat masing-masing


Cecaranya pulak:
1. Gaulkan tepung, cornmeal, garam dan baking powder guna tangan. Pastu masukkan minyak zaitun, gaul lagi sampai agak-agak semuanya sebati.

2. Tambahkan air sesikit sambil menguli tepung. Uli sampai adunan lembut tapi tak mo ler melakat-lekat kat jari. Kalau dah terlajak air tambah je la tepung. Aku buat tadi tak abih pun air tu. Kalau guna tepung atau cornmeal lama kena air lebih sikit la.

3. Uli ler sampai semuanya sebati gitu. Bahagikan adunan kepada bebola kecik. Pastu tutup la sat dengan kain lembab.

4. Canai bebola tepung tadi nipis. Biasa 12 cm diameter, tapi aku buat kecik sikit sebab tadak kuali besar. Kalau ada kuali rata tu boleh la buat besar. Kalau kecik-kecik nanti susah nak menggulung, kena letak intinya sikit la pulak.
5. Masak kepingan-kepingan yang dah dicanai tadi. Ada orang letak sikit minyak kat kuali. Aku tak letak langsung tadi. Rotinya jangan garing sangat, dah la nipis. Kang jadi kepok pulak.

6. Dah masak sebelah bolehlah alihkan pulak. Bila dedua belah dah masak, angkat dan boleh ler dibuat burrito dengan letak sebarang jenis filling yang disukai pastu gulungkan tortilla. Roti yang dah masak ni kalau nak kasi sentiasa lembut kena tutup ngan kain lembab. Boleh dapat 12-13 keping.

Burrito selalunya dihidang panas-panas, sapa nak makan bungkus sendiri ler. Kalau buat layan diri gitu boleh la letak sos salsa, guacamole, salad dip, keju, pastu letak kacang panggang, ayam, salad. Pastu bungkus dan makan panas-panas lagi tuh. Perghhhhhhh sedap seh. Tapinya, yang aku buat ni hanya akan dimakan sorang, pastu nak bawak bekal ke opis, jadi aku masak je la filling campur je apa yang ada. Pastu tortilla yang simpan dalam peti nanti dia susah nak gulung asik patah je, nak gulung tu kena grill sat, ataupun kukus. Tapi tu la tak berbaloi nak mengukus sekeping tortilla je.

Ni filling yang aku buat ler, letak ayam, kobis, capsicum, keret, tumis ngan bawang putih ngan lada hitam
Kepingan kedua makan malam aku, tak letak keju pasainya dah letak kat yang pertama

Bekal untuk esok, letak keju sekeping