Tuesday, September 30, 2008
Satu Syawal
Untuk ke sekian kalinya, Glasgow menunjukkan kekuasaan autonomi untuk beraya. 1 Syawal tahun ni disambut pada hari Rabu 1 Oktober 2008. Tu pun mula-mula ada dua tarikh jugak untuk Glasgow, sebelah Govanhill raya Selasa, lepas tu keputusannya raya tu ditarik balik untuk menjaga perpaduan rakyat Glasgow. London pulak raya 30 September. Kalau ikut feedback kat islamiconline, kebanyakan negara memang sambut Aidilfitri pada 1 Oktober. Aku akan bertolak ke KL(Kota London) pada 30 Ramadhan di Glasgow dan tiba pada 1 Syawal di KL. Semoga sempatla pi Open House kat Rumah Malaysia tu nanti.
Sunday, September 28, 2008
Thursday, September 25, 2008
Yeay!
Dulu masa mula-mula nak mai Glasgow ada la yang tanya nanti-nanti nak balik cuti dak. Pastu dengan penuh sombong angkuh dan takbur aku bagitau tak mau balik. Rupanya tak ke mana pun, mai tahun 2006, awai tahun 2008 aku pun balik bercuti lepas buat pembentangan persidangan.
Memandangkan dah balik bercuti, aku pun masa nak ke sini hari tu bersemangat ler membungkus ikan, cili, udang dan sotong kering, ikan bilis, keropok, milo, megi dan macam-macam bahan kering untuk stok 2 tahun. Konon-konon la tak mau balik dah lepas ni. Beg aku hari tu penuh ngan segala yang kering, semua aku bungkus dalam kertas, masukkan dalam plastik siap letak daun pandan lagi. Alhamdulillah selamat sampai umah.
Ni stok makanan tak abih, aku dah nak balik lagi. Ada jugak terasa malas nak membuang duit dan masa balik kampung, nak travel saja dah habis 3 hari. Tapi nak kata pa, duk sini pun nanti duk sorang-sorang jugak. Takkan nak pi menempek kat umah orang macam sendiri takde rumah kan. Nak tengok wayang, harusler muntah dok menengok wayang selama universiti bercuti nanti. Rasa malas sungguh nak menghabiskan musim sejuk yang suram di Glasgow ni, hujan berpanjangan, sejuk lagi. Jadi, untuk sesapa kat Mesia tu, bersyukurlah dengan apa yang ada.

Sunday, September 21, 2008
Festive souvenirs
Memandangkan ada desas-desus katanya makanan dah tak boleh pos lagi. Aku suh Kak Fah tulis description kat borang tu as 'Festive Souvenirs'. Kak kata staf pejabat pos tu pun tanya menatang pa festive souvenir tu. Dia bagitau, " Saya pun tak tau la depa pesan suruh tulis macam tu, saya tulis saja la." Tahun lepas dia tulis ja 'Food', pun lepas jugak. Jadi aku pun tak pasti la bila orang cerita makanan takleh pos tu, betul ke tak kisahnya. Kesimpulannya, kuih raya aku dah sampai. Ada tart nenas dan biskut gajus seperti tahun-tahun lepas cuma tahun ni tart amik beli daripada orang lain...keras sikit kuihnya. Ada karas, biskut apa ntah oat ka susu tepung, pastu satu lagi biskut tidak dapat dikenal pasti, rempah peket dan obelet. Kak kata dia dah beli batang buruk sekilo, tapi lupa nak masuk dalam kotak huhuhuhu...
Sila-sila jamu mata..

Sila-sila jamu mata..
Pecah taperwer kaler-kaler ni..kak kata dia beli khas untuk pos kuih kat aku..nampaknya kena pakai yang biasa putih tu ja
Hat dalam taperwer merah tu tak tau kuih apa..tahun ni baru dapat..tapi sebelah dia biskut gajus..feberet aku jugak..tiap-tiap tahun kak pos
Aku kirim rempah kuzi, tapi dia tak jumpa, jadi dia pos yang ni huhuhu
Aha...untuk orang Armadale buat apam senyum hehehehe
Aha...untuk orang Armadale buat apam senyum hehehehe
Tuesday, September 16, 2008
Suddha tukar ka?
Apa citer?
update: datuk bendahara mangkubumi masih belum tukar, cuma jawatan penghulu bendahari yang sebelum ni dia pegang, dia kasi tukar sama dengan datuk laksamana je. tunggu lagi sampai 9/23 ni pulak.
update: datuk bendahara mangkubumi masih belum tukar, cuma jawatan penghulu bendahari yang sebelum ni dia pegang, dia kasi tukar sama dengan datuk laksamana je. tunggu lagi sampai 9/23 ni pulak.
Sunday, September 14, 2008
Kenapa kita masih perlukan ISA?
1 - Malaysia takde skim perlindungan saksi, jadi sesiapa yang polis rasa keselamatan depa terancam akan di diletakkan dibawah skim perlindungan ISA.
Berdasarkan justifikasi daripada fasilitator/penceramah BTN aku kenapa mereka yang disyaki KMM diISAkan walaupun tiada sebarang bukti penglibatan mereka dalam aktiviti pengganas. Errr..sebenarnya takde bukti pun KMM tu ada.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesahkan pembebasan itu berkata, penahanan wartawan wanita akhbar berbahasa Cina itu adalah sebahagian daripada tindakan segera polis bagi menjamin keselamatannya selepas beliau menerima panggilan ugutan.Beliau berkata risikan polis mendapati nyawa wartawan itu terancam selepas Hoon Cheng membuat laporan berita yang memetik kenyataan kontroversi bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang berbaur perkauman pada satu kempen sempena pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lalu.
Sumber: "Wartawan Sin Chew Daily dibebas." Utusan Malaysia 14 September 2008
2 - Sesiapa yang dirasakan mempunyai potensi untuk diekstradisi atau dicari oleh ejen kerajaan asing (CIA ler ni) akan diberi perlindungan melalui skim perlindungan antarabangsa ISA.Berdasarkan justifikasi daripada fasilitator/penceramah BTN aku kenapa mereka yang disyaki KMM diISAkan walaupun tiada sebarang bukti penglibatan mereka dalam aktiviti pengganas. Errr..sebenarnya takde bukti pun KMM tu ada.
Disclaimer:
Skim ini bagaimanapun tidak terpakai kepada ahli pertubuhan yang telah bersusah payah ke KL (Kota London) untuk menandatangai perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.
Skim ini bagaimanapun tidak terpakai kepada ahli pertubuhan yang telah bersusah payah ke KL (Kota London) untuk menandatangai perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.
Dalam pada itu, beliau menafikan tiada tindakan diambil terhadap Datuk Ahmad Ismail kerana Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera itu telah menerima akibat digantung keahlian parti selama tiga tahun.
“Sebagai ahli parti dia (Ahmad) telah menerima hukuman tetapi polis masih teruskan siasatan kerana ada laporan hasutan terhadapnya,” ujar beliau.
Sumber: "Tindakan ISA wajar" Utusan Malaysia 14 September 2008.
Saturday, September 13, 2008
Anugerah Sebaran Cinta

Cin bagi award ni. Terima kasih la Cin. Terharu sungguh aku. Rasa macam nak buat ucapan penghargaan pada ahli keluarga dan seluruh penduduk kampung je. Tapi tu ler, aku ni bukan reti nak sebarkan cinta ni. Sapa nak bagitau aku eh. Nasib baik suh kopi pes gambaq ja..kalau suruh jawab tag harus aku peram buat teloq abad dulu soalan-soalan tu. Macam tag Kak Finie huhuhu. Nanti la...soalan tahap tinggi sangat, tak tercapai dek akal nak menjawab kak!
Subscribe to:
Posts (Atom)